Butterfly

Butterfly

Malay 자막 다운로드

시즌 1

릴리스 정보

Butterfly S1 E3 Busan
다음의 해설 Gabriel_J
⏱️ 00:51:48 | Episode 03 | Ada scene yang tiada subtitle (dialog korea) tapi tak ganggu jalan cerita

태그

webdl
게시일: 2025-08-17
다운로드: 70
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

Sebelum ini dalam Butterfly...

Saya ada kerja kalau awak berminat.

Siapa sasarannya?

David Jung. Rakan lama saya.

Saya patut hubungi Juno.

Beritahu saja lokasi awak, saya akan hantar pasukan.

Ada yang tak kena.

Kenapa kita belum jumpa dia?!

- Sayavong dah jumpa sasaran. - Singkirkan dia.

Ayah cedera.

Ayah ada anak perempuan?

Helo?

Saya.

Saya perlukan pesanan saya dengan segera.

Awak pesan banyak makanan. Saya masih tengah buat.

Awak boleh ambil dalam beberapa hari.

Tak boleh, saya perlukan esok. Penghantaran.

Penghantaran?

Tak boleh. Saya perlukan lebih masa.

Kami dah kelaparan. Kami tak boleh tunggu lama.

Pelanggan macam awaklah buat saya rasa nak bersara.

Kalau awak tak boleh, saya akan buat pesanan dari Pasar Jagalchi.

Jangan, jangan. Saya akan buat. Pukul 8 malam boleh?

Boleh. Jumpa nanti.

Yong-Shik.

Hutang kita dah selesai sekarang.

Hutang kita takkan selesai.

20:00 Pasar Jagalchi

Jadi, saya panggil awak ibu?

Kalau itu yang awak mahu.

Awak macam anak perempuan saya.

Saya langsung tak macam dia.

Dia tak beritahu awak tentang Minhee?

Biar betul, David.

Awak baca apa?

Dalam bahasa Inggeris, The Secret Garden.

Awak suka buku itu?

Kakak tanya kalau awak suka buku awak?

Saya suka.

Buku itu tentang seorang budak perempuan yang tak diingini ibu bapanya.

Agak suram, bukan?

Berapa umur awak, lima tahun?

Saya tujuh tahun. Hari ini hari jadi saya.

Ayah saya hilang sembilan tahun lalu,

dan sekarang dia ada anak berumur tujuh tahun?

Awak berdua bersama masa dia pergi?

Tak, sudah tentu tidak.

Saya jumpa dia di sini masa dia bersembunyi.

Kami, semuanya berlaku dengan cepat.

Minhee dilahirkan setahun kemudian.

Macam mana awak jumpa lelaki yang sepatutnya dah mati?

Ada aplikasi untuk itu?

Dia perlukan identiti baru.

Kehidupan baru. Saya bantu dia.

Dengan tidur dengannya?

Saya tahu apa yang awak cuba buat, Rebecca.

Tapi saya bukan musuh awak.

Kesian dia.

Saya bagi dia sepuluh tahun, paling lama.

dia akan jadi gila macam kita semua.

Kenapa ayah tak beritahu ayah ada anak?

Entah kenapa, awak mungkin takkan terima dengan baik.

Ayah ganti saya dan arwah ibu dengan versi Korea.

Ayah tak ganti sesiapa.

Ayah korbankan segala-galanya untuk cari awak.

Ayah tak nak awak menjauh.

Sekarang kita semua terperangkap bersama.

Keluarga bahagia kononnya.

Kita pergi ke rumah selamat dulu, rehat sekejap.

Ayah ada senjata, duit, bekalan perubatan.

Kita boleh bermalam di sana

dan naik feri ke Fukuoka esok pagi.

Saya perlukan pasport. Pasport saya rosak.

Tengah dibuat.

Akan dihantar malam ini di Busan.

Kita takkan berjaya sampai ke Busan.

Juno akan sediakan pasukan

untuk serbu kereta api di perhentian seterusnya.

Ayah tengah uruskan perkara itu.

Awak biarkan dia lepas.

Saya tak tahu dia ada bantuan.

Perempuan itu, siapakah dia?

Anak dia.

Oh. Dia ajar dia cara berlawan?

Dia tak ajar apa-apa.

Saya yang buat Rebecca jadi seperti dia sekarang.

Patutkah saya ucap tahniah?

Awak buat saja kerja awak.

Atau saya salah pilih awak untuk kerja ini?

Tiada kesilapan.

Kita tengok nanti.

Awak tahu kereta api mana dia naik dan arahnya.

Pasukan saya sedang ke stesen seterusnya.

Pastikan awak ada di sana.

Jangan kecewakan saya lagi.

Apa yang berlaku?

Pesuruhjaya Jeneral Hwang marah mengenai insiden di Stesen Dongdaegu.

Pejabatnya dibanjiri dengan panggilan 119 daripada penumpang panik.

- Jadi dia putuskan akses kita? - Lebih daripada itu.

Dia tahu Rebecca sebahagian daripada Caddis.

Dia kata ini isu dalaman syarikat

dan putuskan hubungan dengan kita.

Mari kita guna kenalan kita dan terus langkau dia.

Tak. Berapa lama lagi sebelum kereta api sampai stesen?

Sembilan minit.

Sayang, suruh Minhee bersedia.

Kita akan turun sekarang.

Tapi kita belum sampai di stesen.

Cepat. Kita tiada masa.

Cepat.

Baik. Kita tunggu di luar.

Bersedia. Pegang kuat.

Semua dah bersedia?

Kereta api berhenti kecemasan dua kilometer dari stesen.

Itu mesti David.

Hantar pasukan kita sekarang.

Eunju. Awak okay?

Ya.

Mari sini.

Apa lagi?

David baru turun dari kereta api di bahagian utara stesen.

Ada depot lori berdekatan. Dia mungkin ke sana untuk lari.

Faham.

Hei.

Minta maaf, adakah awak menuju ke Busan?

Ya, betul.

Syukurlah.

Boleh tumpangkan kami?

Kami boleh bayar.

Maaf tapi kereta kami rosak.

Kami tak boleh panggil teksi,

dan hari ini hari jadi anak kami.

Bolehkah awak tolong kami?

Naik sebelah sana.

Terima kasih banyak.

Semua tunduk.

Dia dalam lori putih.

Nombor plat 8052.

Lori putih, nombor 8052.

Lori putih, 8052. Gerak.

Keluar!

Buka. Cepat buka!

Baik, mari pergi.

Mari.

Kakak. Kakak perlu buka kasut.

Ayah, kita sambut hari jadi saya di sini?

Tak, kita cuma tinggal satu malam saja.

Lepas itu kita akan naik feri.

Lepas itu kita akan naik kapal terbang ke tempat yang istimewa.

Minhee, jom basuh tangan dan tukar pakaian bersih.

Okey.

Di atas.

Ada sesiapa yang tahu tentang tempat ini?

Tak, rumah ini selamat.

Ayah pasti?

Caddis mesti ada cara.

Ayah yang tubuhkan Caddis. Jangan lupa itu.

Takkan lupa.

Tingkap.

Tunggu sini.

Jin-Soo?

Oh, tuan. Tak sangka tuan ada di sini.

Minta maaf.

Kalau saya tahu tuan nak datang...

Saya ingat ayah cakap tempat ini selamat?

Memang selamat.

Yakah?

Jadi siapa orang itu?

Itu Encik Kwon.

Dia jaga tempat ini untuk ayah.

Jangan risau, ayah guna nama samaran dan bayar secara tunai.

Adakah dia akan jadi masalah?

Siapa yang akan jadi masalah?

Tiada siapa.

Mana Minhee?

Tengah mandi.

Awak cakap pasal siapa?

Awak tak perlu risau.

Mari berbincang sekejap.

Saya tahu kenapa awak perlu buat ini,

untuk awak dan Rebecca.

Tapi awak juga libatkan saya dan Minhee.

Awak betul.

Maafkan saya.

Saya tak perlukan maaf awak.

Tapi kalau kita nak jadi keluarga,

mari kita betul-betul jadi keluarga.

Bukan hanya awak dan Rebecca lawan dunia.

Terima kasih.

Saya tahu ini susah untuk awak.

Dan saya tahu Rebecca tak memudahkan keadaan.

Kenapa pula dia nak buat begitu?

Saya tak dapat bayangkan apa yang dia lalui.

Saya cinta awak.

Kenapa?

Rebecca.

Dia...

Dia apa?

Berbeza.

Macam mana dengan siasatan Karpov, George?

More Malay subtitles for Butterfly

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left