릴리스 정보

Super Junior The Last Man Standing S01 720p WEB h264-KOGi
다음의 해설 singyurl

태그

web
720p
720
게시일: 2023-03-01
다운로드: 33
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

6 NOVEMBER 2005, SBS INKIGAYO DEWAN TERBUKA SBS DEUNGCHON-DONG

Ketika kami debut, saya tidak merancang...

...untuk teruskannya sampai 15 tahun.

Kami berkata, "Ayuh bersama selamanya."

Namun, kita tidak akan tahu.

Ketika kami debut, orang kata idola...

...tidak akan bertahan lebih daripada lima tahun.

Saya lebih risau berbanding teruja.

"Jika kita bertahan selama empat tahun, itu sudah cukup lama."

"Apa yang kita akan lakukan lima tahun kemudian?"

Sedar tak sedar, kumpulan ini terdiri daripada sembilan ahli sekarang.

Kami tidak tahu jika seseorang akan hilang suatu hari nanti.

"Saya tidak akan melanjutkan kontrak saya."

"Saya ingin kembali menjalani kehidupan biasa."

Kami bertengkar habis-habisan.

Kami berkata, "Tinggalkan kumpulan ini."

"Baik. Saya juga tidak ingin kekal."

Sekarang, kami menghormati keputusan satu sama lain.

Hadirin sekalian.

Saya mempersembahkan sembilan orang Superman.

E.L.F. CINTA

KELAHIRAN SUPER JUNIOR

LEE DONGHAE, LAHIR PADA 15 OKTOBER 1986 DATANG DARI MOKPO KETIKA 14 TAHUN

Senyum.

- Senyum. - Ayah saya seorang pemandu teksi.

Saya selalu menari dan menyanyi di depan ayah saya.

Rasanya saya sering mengatakan,...

..."Saya menghafal ini hari ini. Ayah ingin saksikan?"

Suatu hari, dia bertanya saya dalam perjalanan ke sekolah,...

"Kamu mahu menjadi penyanyi?" Dia cadangkan kepada saya dahulu.

Saya ingin mencari duit kerana keluarga saya banyak berhutang.

Saya membeli album ketiga S.E.S. dan ada ungkapan uji bakat.

Saya minta 10,000 won daripada ayah saya, dan membeli kamera pakai buang.

Ia mengandungi lebih 20 filem dan saya menghabiskan semuanya.

Saya hantar gambar-gambar itu dan menerima panggilan serta-merta.

Jadi, saya menaiki bas ekspres.

PARK JUNGSOO, DILAHIRKAN PADA 1 JULAI 1983

TERPILIH DI JALAN APGUJEONG, PADA TAHUN 2000

Saya akan cuba. Maafkan saya.

Jangan risau.

Saya sertai SM sewaktu di sekolah tinggi.

Dalam kalangan pelatih...

...SM umpama universiti berprestij di Seoul.

Ketika kali pertama saya sertai agensi ini, saya sangat gembira.

Namun, bukan semua berpeluang untuk muncul buat kali pertama.

Saya perlu bertahan dalam pertandingan itu.

Saya rasa tertekan setiap hari.

Apabila saya bangun keesokan harinya, seseorang tarik diri.

Orang baharu masuk.

Keesokan harinya, beberapa orang lagi tarik diri.

Kemudian, pelatih baharu masuk lagi.

Keluarga saya menghadapi masalah kewangan. Saya perlu mencari duit.

Saya perlu jadi penyanyi segera.

Namun, ada terlalu ramai pelatih.

Pada suatu hari, saya menghadiri kelas tarian.

Ada 50 hingga 60 orang. Ia sangat sesak.

Kadangkala ada lebih daripada 100 orang.

Sebelum Super Junior, saya bersiap sedia...

...untuk kumpulan yang terdiri daripada lima orang.

Ia dipanggil Smile.

Saya ketua kumpulan itu,...

...dan Dong Hae ahli termuda.

Kumpulan itu mengalami tempoh yang sangat sukar.

Saya menghabiskan tiga tahun untuk bersiap sedia.

Kami sudah selesai merakamkan lagu dan sesi bergambar kulit album.

Kami sepatutnya debut pada 25 Februari 2002.

Kemudian, tiba-tiba saya...

Ia telah dibatalkan.

"Ia dibatalkan. Awak akan lakukan ini. Jangan menangis di rumah."

"Hei, awak. Jangan minum."

"Tidak perlu bersedih disebabkan pembatalan ini."

"Ramai yang berjaya selepas berusia 40 tahun. Jangan risau."

Apabila dia cakap begitu,...

...saya tertanya-tanya jika ia semudah itu.

Mereka belikan kami piza.

Kumpulan itu dibatalkan dan mereka memesan piza untuk kami.

"Ini satu-satunya pilihan saya."

Saya selalu berfikir, "Habislah saya jika kehilangannya."

"Baiklah. Kami akan lebih bersedia."

Saya menjadi lebih kuat.

CHOI SIWON, LAHIR PADA 10 FEBRUARI 1987

TERPILIH SEBANYAK TIGA KALI DI JALANAN PADA TAHUN 2002

AKHIRNYA TURUT SERTA PADA TAHUN 2003 KERANA TENTANGAN IBU BAPA

Ibu bapa saya sangat menentangnya.

Namun, disebabkan sokongan SM yang tidak putus-putus...

...dan pujukan selama setahun,...

...akhirnya saya dapat menandatangani kontrak.

Ketika itu, saya tidak menyangka yang saya akan jadi penyanyi.

KIM HEECHUL, LAHIR PADA 10 JULAI 1983 LULUS UJI BAKAT SM SATURDAY PADA 2002

Saya memang menyukai genre rock.

Namun, kumpulan rock itu sudah dibatalkan.

Pihak agensi memberi saya peluang untuk jadi pelakon.

Jadi, saya sudah pun debut sebagai pelakon.

Saya, Hee Chul dan Ki Bum berlakon dalam sebuah drama.

"Saya ingin jadi pelakon. Saya ingin jadi penyanyi yang hebat."

Apabila difikirkan semula, saya terlalu sibuk untuk memikirkan tentang itu.

Satu, dua.

Kami mengambil gambar profil...

...sebelum pemilihan ahli kumpulan.

Kami diberitahu bahawa ahli kumpulan boleh bertukar...

...dan ia dipanggil SM Junior.

Jangan main-main dan duduk.

HANGENG, LAHIR PADA 9 FEBRUARI 1984 TERPILIH DALAM UJI BAKAT, H.O.T. CHINA

Nampak?

Jungsoo!

Ia sudah koyak. Saya cuma koyakkan sebanyak ini.

Apa yang dia lakukan?

Dong Hae patut duduk, Si Won dan Ki Bum patut berdiri.

KIM YOUNGWOON, LAHIR PADA 17 JANUARI 1985 TERPILIH MELALUI SEOUL LAND PADA 2001

SIN DONGHEE, LAHIR PADA 28 SEPTEMBER 1985

PEMENANG ANUGERAH UTAMA DAN HUMOR TERBAIK

PERTANDINGAN BELIA TERBAIK SM PADA 2005

Penyertaan saya agak lewat.

Saya menandatangani kontrak pada Februari 2005.

Saya terkejut dengan penyertaan Shin Dong.

Siapa sangka saya akan sertai SM dengan penampilan saya?

Tanpa menghiraukan rupa paras saya,...

...semua berkata SM tidak akan memilih saya kerana gemuk.

Jika dia menyanyi dengan sangat baik, saya akan hilang pekerjaan...

...dan disingkirkan daripada kumpulan.

Setiap hari, saya perlu berhati-hati.

"Adakah mereka menerima saya, agar saya boleh jadi penghibur?"

Secara jujurnya, saya tidak rugi apa-apa.

Sejak kecil lagi, keluarga saya tidaklah begitu kaya.

Saya tiada impian.

Saya cuma ingin menyertainya dan debut.

KIM JONGWOON, LAHIR PADA 24 OGOS 1984

TERPILIH DALAM PERTANDINGAN BELIA TERBAIK SM PADA 2001

Itu agak mengagumkan.

Mereka yang terbaik.

- Bahagian atas patut dipotong. - Kita cuba sekali lagi.

Mari kita lihat.

LEE SUNGMIN LAHIR PADA 1 JANUARI 1986

PENAMPILAN TERBAIK DALAM PERTANDINGAN BELIA TERBAIK SM PADA 2001

Saya menjangkakan lima hingga enam orang dalam sebuah kumpulan.

Sebab itu yang saya lihat daripada senior-senior saya.

- Di sini. - Senyumlah lagi, Hee Chul.

LEE HYUKJAE, LAHIR PADA 4 APRIL 1986 LULUS UJI BAKAT SM 2000 SELEPAS SETAHUN

Jumlah ahli yang tepat tidak diberitahu.

Saya diberitahu sekumpulan 12 orang akan debut.

Saya dapat tahu daripada pelatih lain.

Saya menyuruh dia agar berhenti berbohong.

"Itu tidak masuk akal."

Bagaimana seramai 12 orang ahli akan debut bersama?

Ada banyak rungutan.

"Awak akan selesai selepas sebaris."

"Bagaimana 12 orang ahli hendak menyanyi?"

"Ia tidak akan berhasil."

Orang bergosip mengenainya.

Ramai orang bercakap tentang jumlah ahli yang terlalu ramai.

Kumpulan yang dianggotai 13 orang.

Jumlah ahli yang muktamad ditetapkan setelah satu tahap.

Saya rasa itulah pertunjukannya.

Mereka perlu memutuskan jika mereka mahu mengekalkan kami.

Saya sering diberitahu bahawa kami mungkin tidak berpeluang untuk debut.

"Pertunjukan ini mungkin persembahan pertama dan terakhir kamu."

Saya hampir disingkirkan pada saat-saat akhir.

Ada tempoh beberapa bulan lagi sebelum persembahan tersebut.

"Jika Ye Sung tidak mengagumkan penonton,...

...dia tidak akan berpeluang untuk debut."

Kami diberitahu keputusan untuk menyenaraikan Ye Sung sebagai vokalis...

...akan ditentukan pada hari itu.

Kami semua sangat terdesak.

31 OGOS 2005 PERTUNJUKAN SUPER JUNIOR 05

Kemudian, Ryeo Wook menyertai pertunjukan pada bulan September.

KIM RYEOWOOK, LAHIR PADA 21 JUN 1987

TEMPAT KEDUA DALAM FESTIVAL BINTANG CHIN CHIN CMB 2004, TERPILIH PADA 2005

Jika Ryeo Wook menyertai kami,...

...saya dengar Ye Sung mungkin akan disingkirkan.

- Jadi, saya dan ahli kumpulan lain... - Awak beritahu mereka?

- ...langsung tidak menyapanya. - Eun Hyuk sudah pun tahu.

- Betul. Hanya saya yang menyapanya. - Sebenarnya, Ryeo Wook...

...mungkin kecewa.

Ketika itu, saya tidak menyangka saya akan menyertai Super Junior.

Saya fikir, "Kumpulan apa itu?"

"Bagaimana mereka mahu meneruskannya?"

Bagaikan kawasan itu milik mereka saja.

Walaupun hidup kami berubah, saya putuskan untuk tetap menyokongnya.

Saya fikir itu peluang terakhir saya untuk menyanyi di atas pentas.

Kami sayangkan kamu.

Kami sayangkan kamu semua.

- Kami sayangkan kamu. - Kami sayangkan kamu.

- Kami sayangkan kamu. - Kami sayangkan kamu.

Saya sangat sayangkan kamu.

Selepas pertunjukan itu,...

...semua berkumpul di rumah bersama Youngjun.

- Semua duduk di atas lantai. - Betul.

Youngjun duduk di atas kerusi seorang diri.

Katanya, "Kamu tidak pernah nampak begitu yakin...

...dan bangga sebelum ini."

Dia menangis di depan kami buat kali pertamanya.

"Ini akan jadi kumpulan kamu."

Rasanya saya tidak pernah menangis kerana terlalu gembira sebelum ini.

Ia hanya berlaku sekali.

- Awak menangis? - Ya.

Mereka kata ia jarang dilihat...

...kerana saya nampak agak dingin.

Saya agak tegas dengan mereka.

Saya tidak pernah menangis atau berlembut hati.

Itu peluang mereka untuk mengejek saya.

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left