릴리스 정보

달이 뜨는 강 River Where the Moon Rises E19-E20 210316-NEXT-VIU
달이 뜨는 강 The Moon Rising River E19-E20 210316-NEXT-VIU
다음의 해설 RuoXi
Ep. 19 - 20 [VIU Ver.]. Synced for NEXT. Runtime : 01:03:03. Enjoy.... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : video download link in txt file or check my telegram channel at https://bit.ly/telchan. Sorry if the sub doesn't sync we

태그

other
게시일: 2021-03-16
다운로드: 7
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

"Berdasarkan kisah 'Tale of On Dal in Chronicles of the Three States'."

"Watak, insiden dan tarikh tidak sepadan dengan fakta bersejarah."

"Episod 10"

Ada apa?

Ke mana awak nak pergi selepas matahari terbenam?

Itu bukan urusan awak. Ke tepi.

Awak nak pergi serang di mana tuan puteri berada?

Saya akan serang awak dulu kalau awak tak ke tepi.

Masuklah.

Ayah awak sedang menunggu untuk jumpa awak.

Beta akan tebus dosa beta dengan kematian.

Tapi awak dan keluarga awak juga...

...akan bermandi darah.

Ayah nak jumpa saya?

Kalau kamu lukakan anak On Hyeop...

...dan bakar kampung mereka...

...kamu rasa tuan puteri akan jadi milik kamu?

Dia akan jadi milik saya bila dia dah tiada tempat bergantung.

Dia tipu yang dia berkahwin untuk melarikan diri.

Ini bukan sesuatu yang awak boleh uruskan dengan bertindak kasar.

Saya hanya buat seperti yang ayah ajar.

Ayah yang bunuh permaisuri...

...dan pancung On Hyeop.

Ia rancangan hebat yang takkan memakan diri.

Ayah puji keberanian kamu, tapi perjalanan kamu masih jauh.

Kuasa tiada makna jika itu saja yang ada.

Justifikasi diperlukan sebelum kamu gunakan pedang.

Tanpa itu...

...apa yang membezakan jeneral dengan penyembelih?

Justifikasi?

Saya akan reka sesuatu.

Ia akan datang kepada kita tanpa kita perlu buat apa-apa.

Kamu rasa tuan puteri boleh hidup sebagai isteri tukang petik herba?

Sehingga kita ada tujuan...

...tunggu.

Berapa lama saya perlu bazirkan masa?

Kamu sangat lembab.

Untuk tangkap ketua, kamu mesti jatuhkan kuda dia dulu.

Awak tidur nyenyak?

Ya. Awak?

Saya pun.

Kita patut kemaskan tempat ini.

Jeneral Go akan diusir ke sempadan?

Ya. Dia dah banyak kali tolong puteri...

...dan Gochuga nampaknya marah pada dia.

Dia adalah ketua Puak Gyeru yang seterusnya...

...tapi dia sangat berbeza daripada ayah dia.

Beta tahu tentang kesetiaannya kepada keluarga diraja.

Orang pertama yang beritahu beta tuan puteri masih hidup...

...ialah Jeneral Go.

Dia terlalu berbakat untuk dilepaskan.

Gochuga sangat kejam.

Dia hantar pewarisnya ke tempat yang jauh.

Saya buat dia marah.

Tapi tempat ini betul-betul jauh.

Saya terpaksa menghirup udara berpasir di utara.

Awak marah sebab saya nak pergi jauh dari sini?

Ini bukan berita baik.

Jadi nak saya tinggal di sini?

Apa?

Pada hari begini, saya harap saya boleh duduk dalam bot...

...dan minum selama berjam-jam.

Jeneral Go Geon diarah menghadap raja dengan segera.

Janganlah marah, mak.

Saya tahu saya banyak kekurangan, tapi saya akan buat yang terbaik.

Mak. Ayah Ga Jin...

...ayah mentua saya dah berikan restunya.

Mak tak percaya apa yang mak dengar.

Kamu tak ada ayah mentua.

Mak.

Saya akan hidupkan api.

Saya pandai buat begitu.

Ke tepi.

Jangan buat begini, tuan puteri.

Kamu bangsawan terbilang di dunia ini.

Kamu tak boleh buat kerja yang susah.

Saya menantu mak.

Jangan bergurau dengan wanita tua.

Berehatlah selagi kamu ada di sini.

Ayah saya arahkan saya...

...jauh ke sempadan...

...dan menghilangkan diri.

Itu adalah hukuman, bukan perintah.

Sebab kamu tolong puterikah?

Saya tak pernah...

...menjadi anak lelaki sulung yang memuaskan hatinya.

Pengawal peribadi beta dah tak sekuat dulu...

...dan keselamatan di dalam dan di luar istana makin longgar.

Beta sedang pertimbangkan...

...untuk lantik kamu jadi ketua baru.

Saya tak layak menerima jawatan itu.

Tapi...

...saya sudah pun berkemas untuk pergi ke sempadan.

Barang yang dikemas boleh dibuka semula...

...dan perintah boleh ditarik balik.

Sebelum itu...

...untuk biarkan kamu dekat...

...beta mesti boleh percayakan kamu sepenuhnya.

Untuk buat beta percayakan kamu...

...dapatkan kepercayaan putera mahkota terlebih dahulu.

Dengan itu, beta akan ukur kesetiaan kamu kepada kerabat diraja.

Ya, tuanku.

Dia rasa tak sihat...

...dan minta tuan datang lain kali.

Awak ada beritahu dia saya guru seni bela dirinya yang baru?

Ya.

Sebenarnya...

...sejak hari puteri meninggalkan istana...

...dia terperap di kamar.

"Untuk tidak berhubung dengan orang lain."

Katanya tiada hati nak buat apa-apa.

Kak Pyeonggang di mana?

Kakak sihat, bukan?

Ayah suruh kamu dekati raja...

...dan kamu menjadi pelatih putera mahkota?

Saya buat seperti yang ayah ajar.

Untuk tangkap ketua, jatuhkan kuda dia.

Ya.

Putera mahkota ialah kuda raja.

Saya akan dapatkan kepercayaan putera mahkota, kemudian raja.

Saya akan buatkan semua orang di istana menyokong saya.

Rakyat rasa ragu-ragu kerana mereka tidak berkuasa.

Kamu ada rancangan rahsia?

Kalau saya beritahu, itu bukan lagi rahsia.

Serahkan kerabat diraja kepada saya...

...dan pastikan majlis setuju.

Mereka lebih tamak daripada yang sepatutnya.

Tiada siapa tahu apa mereka akan buat secara rahsia.

Ada berita baik akibat puteri meninggalkan istana.

Kamu dah cukup berubah untuk jaga keluarga kita.

Suka atau tidak...

...saya adalah ketua Gyeru yang seterusnya.

Saya mesti jalankan tanggungjawab sebagai anak.

Mak masih berjaga?

Kenapa kamu perlu tambah selimut lagi?

Dah cukup selimut di bilik itu.

Cuma ada satu set.

Kamu cakap kamu dah berkahwin.

Kamu nak tidur berasingan dengan diakah?

Ga Jin rasa tak selesa. Ini untuk kebaikan dia juga.

Macam mana saya nak ajar dia?

Ada bukukah?

Mak hampir tangkap saya.

Buat apa?

Tak ada apa-apa.

Saya ingatkan mak akan halau saya. Saya lega dia tak buat begitu.

Itu tak bagus.

Dia layan macam awak tak wujud.

Dia utamakan awak dahulu.

Dia mungkin pengasuh awak...

...tapi dia ambil berat tentang awak lebih daripada seorang ibu.

Begitulah apa yang seorang ibu fikirkan.

Ini buku tentang strategi tentera yang saya bawa dari istana.

Strategi tentera?

"Simseo", "Yukdo", "Samryak"...

..."Seni Peperangan", "Lima Seni".

Sekejap.

Tunggu.

Saya tak perlu baca semua ini, bukan?

Membaca sekali saja tak cukup.

Sepuluh kali, dua puluh kali.

Awak mesti boleh baca petikan dengan mata tertutup.

Saya akan ulang kaji dengan awak.

Itu tak adil. Awak kata awak akan ajar saya berlawan.

Apa gunanya menghunus pedang saja?

Awak mesti boleh gunakan kepala awak.

Apa kata saya tengok?

Aduhai.

Saya rasa baca buku ini akan buat saya jadi lebih bodoh.

Awak merungut sebelum bermula lagi.

Saya penat. Boleh kita tidur saja?

Ya? Tolonglah.

Aduhai.

Tak apalah.

Awak rasa tak selesakah?

Saya boleh tidur di bilik yang lebih besar.

Awak nak tidur berasingan selepas kita berkahwin?

Lelaki juga boleh bercerai.

Bolehkah?

Walaupun ia satu penipuan...

...berbaring di sebelah awak terasa seperti kita dah berkahwin.

Aneh rasanya.

Saya setuju.

Ga Jin. - Ya?

Jangan beritahu mak yang saya sedang belajar berlawan.

Dia akan jatuh sakit sebaik saja dia dengar.

Okey.

Awak juga. Jangan ganggu saya dan mak.

Tak banyak yang awak boleh buat untuk membantu.

Hei. Siapa lagi yang akan menjaga si isteri kalau bukan suami?

Itu sangat meyakinkan.

Apa pun, serahkannya kepada saya.

Saya nak pergi potong kayu api.

Saya perlu bawa tiga atau empat berkas dalam masa sehari.

Oh ya, Ga Jin dah keluar. Dia pergi ambil air.

Mari sini.

Dia buat apa sekarang?

Apa maksud awak? - Kenapa pula seorang puteri...

...kembali tinggal di gunung?

Mak tak percaya yang dia akan berkahwin dengan pengutip herba.

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left