처음 200줄입니다.
Setiap pekan kecil ada rahsia.
Pekan kami ada permainan.
Yang kalah tinggal di sini, dan itu kelebihan kami.
Pemenang keluar.
Di Carp, Texas, kesudahan terbaik adalah keluar.
Pemain pertaruhkan nyawa untuk menang.
Anda menang, jika dapat bertahan hingga fajar.
Penghakiman akan tiba.
Permainan ini bukan untuk membunuh.
Ia takkan membunuh.
Jika kita ikut satu syarat.
Jangan panik.
SELAMAT DATANG KE CARP
DIRAMPAS HARGA DIKURANGKAN!
Panik bermula seperti kebanyakan perkara di sini.
Oleh sebab musim panas,
dan tiada benda untuk dilakukan.
Permainan mula selepas tamat pengajian,
dan berlangsung sepanjang musim panas.
Semua senior yang lulus layak untuk bermain.
Kadangkala ada 40 pemain.
Kadangkala separuh.
Tetapi hanya ada satu pemenang.
Setiap tahun, ada pemain baru,
cabaran baru,
juri-juri baru.
Tetapi permainan ini ada kisah silam.
SELAMAT BERSEMADI JIMMY & ABBY KAMI RINDU KAMU!
Tak perlu sebut nama mereka.
SEKOLAH MENENGAH SAMUEL MAVERICK
Mereka tahu kami di mana.
Mereka tahu kami takkan ke mana-mana.
Melainkan kami bermain.
Sekarang, apa yang anda nantikan,
para graduan.
Natalie Williams.
Ya, syabas, Nat!
Bishop Moore.
Heather Nill.
-Awak lambat. -Pergi mati.
Hei, Ray.
Saya dapatkan hadiah tamat pengajian. Kecil saja.
-Mari pergi! -Apakah ini?
Kad bebas dari penjara.
Apa? Ia mungkin berguna sekiranya mahu melawat ayah awak.
Yakah?
Kalau ia kad bebas daripada herpes,
bolehlah saya tiduri ibu Tyler lagi.
Jangan jadi bodoh. Sudahlah.
Tak sangka awak tak hadir upacara itu.
Memang pun.
Ayuh, sayang.
Mari!
Ayuh!
-Itu pun anak ayah. -Hei, ayah.
Cakap dengan pak cik.
Baiklah, potret ayah dan anak. Rapat sedikit.
Heather!
Kami di sini!
Hai, kamu.
Lihat, bunga!
Terima kasih, Lilybug.
Wah, mak datang.
Mestilah mak datang.
Mak bangga dengan kamu.
Nah, mak bawakan hadiah.
-Boleh pegangkan? -Boleh.
Kamu tergila-gilakan glob salji. Asyik teringinkannya.
Waktu tujuh tahun.
Di Walmart,
kamu telah goncangkan 100 glob salji.
Mak ingat tak dapat bawa kamu keluar dari kedai.
Terima kasih, ia sangat bermakna.
Hadiah tak seberapa
sempena majlis ini.
-Kenapa mak pandang saya begitu? -Tiada apa.
Kamu ada 20 dolar?
Kereta di bengkel lagi.
Penghidupnya rosak.
Trak Bo banyak pakai minyak...
Ada itu saja.
-Oh, ya? -Ya.
Bagaimana dengan gaji tunggakan di kedai?
Tak boleh paksa mereka bayar, mak.
Kamu buat mak bangga.
Ayuh, Lily. Mari pergi.
Terima kasih. Jumpa nanti.
Sayang kamu. Jumpa lagi!
-Terujalah! Kita dah bebas! -Betul.
Sempurna.
Mari pergi dari sini.
Saya dah tak tahan tempat ini.
-Satu... -Ya.
-Dua. -Dua.
Tiga.
Terima kasih.
Ucap selamat untuk apa?
Tiada lagi gim.
-Seluar pendek. -Betul.
Pungutan terakhir.
Ayuh. Beri saya wang kamu.
Pungutan terakhir.
-Ini dia. -Terima kasih banyak.
Pungutan terakhir.
Ini peraturannya.
Sekolah dah tamat, okey? Saya tak bermain.
Anggap saja ia insurans.
Ini pasti musim panas yang hebat.
Ya...
Ayuhlah.
Saya tak mahu bermain. Okey.
Kita semua bermain.
-Ray! -Tak kira apa pun.
Satu dolar untuk tidak dibuli lagi.
Ray, berhenti.
Saya perlukan tangan saya jika awak mahu wang.
Saya hanya bergurau.
Oh, Bishop.
Hei.
Ucapan baharu.
Untuk amnesia global.
Tidak.
Selektif.
Ada perkara yang saya nak ingat.
Apa saya terlepas?
Ucap selamat untuk masa depan tanpa Ray Hall.
-Ya. -Lelaki itu teruk.
Ya.
Ingat lagi?
Apabila awak muntah ketika rombongan sekolah?
Dia sebar khabar angin Heather mengandung?
Awak beritahu semua orang dia mempunyai klamidia.
Demi kawan saya.
Balas dendam.
Untuk klamidia.
-Saya tak mahu ucap begitu. -Apa?
Okey, saya ada satu.
Sedia?
Awak bawa diploma awak.
-Pastinya. -Pelik.
-Ya. -Ya, mestilah.
-Apa yang awak buat? -Hangus.
Natalie.
Apa? Ia tak penting, kerana...
Saya akan menang Panik.
Saya suka lagu ini! Ayuh.
-Bangun, Heather. -Nanti.
Tidak! Sekarang!
-Tidak, ayuh. -Hei. Nanti. Saya tak...
Saya tak mahu.
-Turunkan saya! -Kita akan pergi.
-Bishop! -Saya tak dengar.
Kenapa ini?
Maaf. Tangan terlepas.
-Ke pemetik api? -Tangan terlepas!
-Awak tahu... -Begini, Dick-ins,
semua orang gementar sebelum Penghakiman.
Diggins.
Diggins. Itulah yang saya katakan.
Ada khabar daripada juri?
Tidak, saya hanya pengacara.
Saya pun tunggu isyarat.
Saya harap kita tak perlu tunggu lama.
Awak tahu apa berlaku jika tak buat apa-apa.
Terjerumus perkara buruk.
Masuk ke sana, T!
Sudah lewat, Lilybug. Kamu patut tidur.
Kenapa? Kakak tak tidur.
Kamu berlengah.
Saya dah habis baca buku perpustakaan semalam.
Mahu kakak mereka cerita?
Pada suatu masa dahulu,
ada sebuah pekan, seperti pekan kita.
Kecuali semua orang diperbuat daripada batu.
Seperti patung.
Tepat. Seperti patung.
Mereka berbicara dengan lidah batu
dan mereka melambai dengan tangan batu.
Malah hati mereka dibuat daripada batu.
Tetapi ada seorang gadis berbeza.
Dia dibuat daripada debu.
"Awak bukan apa-apa," kata semua.
"Tiada apa-apa."
Mereka menguncinya di menara tinggi,
tanpa pintu dan hanya sebuah tingkap.
Adakah dia sepi? Gelapkah di sana?
Ya.
Ya, kadang-kadang.
Kadangkala dia cakap dengan angin untuk menghilangkan kesunyian.
Bagaimana dia melarikan diri dari menara tinggi?
Kakak tak tahu. Belum sampai sejauh itu.
Jadi...
mungkin dia berkawan dengan kelip-kelip.
Mungkin ia bantu dia pada waktu malam,
agar dia tak terlalu takut gelap.
Awak tahu apa?
Itu penamatnya. Itulah yang berlaku.
Selamat malam. Sayang kamu.
-Selamat malam. -Malam.
BUKU PANDUAN SASTERA SINGLETON UNTUK PENULIS MUDA
No comments yet. Be the first to leave one.