처음 157줄입니다.
Barb akan menyukainya.
Hai, ayah…
Tidak.
Kamu orang terakhir yang patut melihatnya.
Ayah belikan saya kereta baru? Saya menyukainya.
- Kereta ini telah dikilatkan. - Dengar sini, sayang.
Saya belum cukup umur untuk memandu tapi ayah terlalu menyayangi saya.
Terima kasih.
Phoebe…
Kereta ini untuk mak kamu.
Kenapa ayah cakap saya orang terakhir patut melihatnya?
Sebab ayah mahu berikan kejutan pada mak kamu untuk ulang tahun.
Kamu tahulah.
Tidak, saya tak tahu.
Kamu tak pandai simpan rahsia.
Apa? Saya tak pandai simpan rahsia?
Mak tahu ayah hadiahkan apa untuk hari jadi mak?
Dia merahsiakannya.
Saya boleh beritahu mak. Ia bukan jam tangan.
Itu lima tahun lalu di Metroburg. Saya pandai simpan rahsia sekarang.
Bagaimana kerja sekolah kamu?
Ayah nak bawa mak ke restoran stik untuk raikan ulang tahun!
Itu 20 minit lalu.
Namun, saya dah belajar. Saya tak beritahu pun tentang bola boling…
Betul cakap ayah.
Tolonglah. Hadiah ini amat penting. Jangan rosakkan kejutan ini.
Tidak. Saya janji. Dia akan menyukainya.
Kenderaan serba guna itu dah uzur dan kita perlukan kereta baru.
Sambil menyelam boleh minum air.
Bahagian itu tak perlu disebut sebab ia tak romantik.
Ini baru romantik.
Ayah tulis sajak untuk mak? Saya tak sabar untuk beritahu mak.
- Hei. - Tidak akan beritahu dia.
- Hei. - Saya tak beritahu.
Jangan tanya! Saya dah cakap banyak!
SYARIKAT PERPINDAHAN ACE
Apa awak lihat tak sama dengan yang sebenar
Jalani kehidupan kami dengan rahsia
Kami di sekitar pasti awak tak sedar Jalani kehidupan kami seperti orang biasa
Keluarga yang bahagia, itu yang kami cuba jadi
Semakin awak rapat, semakin awak nampak rahsia
Mungkin itu semua disangka realiti
Hanya keluarga biasa, cuba menjadi normal
Serta jauhi masalah, hidup dalam dua kehidupan
Kartun ini langsung tak masuk akal.
Ada sesiapa berusia dua tahun ke atas yang rasa ini kelakar?
Mak, maafkan saya sebab rosakkan kejutan itu
tapi yakinlah, tiada lagi kejutan lain. Makan malam saja.
Tiada apa-apa.
Baiklah, marilah. Sekarang.
Perhatian. Blobbin menelefon.
Hei, Keluarga Thunderman! Apa khabar sepupu kesayangan saya?
Anak-anak, itu sepupu kamu, Blobbin yang kami ceritakan.
Pasangan All American Blob sebelum dia meninggal dunia.
Oh, ya. Dia yang bertuah dan dapat kesemua harta.
Saya tak tahu dari mana mereka tahu semua ini.
Daripada ayah. Ayah selalu menyatakannya.
Apa dia cakapkan ini?
Sepupu Blobbin, awak duduk atas duit?
Ya. Apa lagi saya nak buat dengan duit yang Pak Cik Blob wariskan?
Sekejap, saya perlu memarakkan api.
Hai, saya Max dan awak berhutang hadiah Krismas dan hari jadi seumur hidup.
Gandakannya, kami kembar.
Blobbin, kami nak berbual tapi kami dah buat tempahan makan malam.
Sebab itu saya hubungi kamu. Selamat menyambut ulang tahun!
Awak ingat. Baiknya awak.
Kita keluarga, kita akan jaga satu sama lain.
Ingat, jika perlukan apa-apa, hubungi saya. Kamu tahu apa saya akan cakap?
- Ini kerja perlu dilakukan oleh Blob! - Ini kerja perlu dilakukan oleh Blob!
Ya! Dia memang tahu tentang adi wira.
Terima kasih sebab menelefon, Blobbin.
Baiklah. Saya sayang awak, Hank.
- Baiklah, terima kasih. - Hei.
Awak perlu balas kata-kata saya. Awak perlu membalasnya.
Awak kelakar. Saya tak nak pergi, tapi dah buat tempahan. Jumpa lagi.
Sekali saja. Awak cuma perlu balas. Helo?
- Kami akan pulang sebelum jam sepuluh. - Baiklah, hati-hati memandu.
Kita ada satu kereta. Bukan dua.
Baiklah, mari pergi. Kamu memang ada masalah besar.
Phoebe tahu sesuatu.
Jangan risau. Saya tahu cara untuk buat dia bocorkan rahsia.
Beritahu kami atau unikorn ini akan terima padahnya.
- Ini unikorn awak. - Jangan cederakan Larry.
Tolonglah, Phoebe, beritahu saja.
- Tidak. - Boleh kita hentikannya?
Jika ada rahsia, beritahu saja.
Phoebe, awak tak beri kami pilihan lain.
Ini kerja rumah Matematik awak dengan jawapan salah.
Jangan fikir saya takkan menghantarnya.
Max, saya risaukan untuk Pho-bee Tinderman.
- Awak salah eja nama saya. - Jadi, awak gagal dalam ejaan juga.
Tiga, dua,
- satu. - Ayah belikan mak kereta!
- Kereta baru? - Bagus!
Kamu semua? Saya bimbangkan kucing itu.
- Van mini itu selalu rosak. - Saya dah serik dengan kereta itu.
- Kasut tumit tinggi ini juga. - Sebenarnya,
malam ini cukup sempurna selagi saya bersama awak…
- Awak ke mana? - Sudahlah.
Jangan bimbang. Saya tempah meja kegemaran kita.
- Awak beli kereta untuk dua orang? - Ya.
- Hai. Boleh saya bantu? - Hai.
- Thunderman, kami dah buat tempahan. - Baiklah.
Kamu lewat satu jam. Meja kamu diberi kepada orang lain.
Tak mengapa. Tak perlu kelam-kabut.
Malam ini malam istimewa. Kami mahu meja istimewa kami.
- Perlu tunggu 90 minit. - Apa-apa meja pun boleh.
Ya.
Baiklah, dah cukup lama. Semua orang keluar.
Bertenang, Pheebs. Kami cuma menghidu bau kereta baru.
Ya, ia memang baru.
Saya dah janji pada ayah takkan beritahu sesiapa.
Berkesan?
Saya ada masalah besar. Billy akan dapat papan selaju untuk hari jadinya.
Ya!
- Tolonglah, keluar dari kereta. - Dengar cakap Phoebe, keluar.
Terima kasih.
Mereka akan tolong ubahnya menjadi kereta roket.
- Ia takkan jadi kereta roket. - Nora, hulurkan mustard itu.
Sosej pedas? Dalam kereta baru? Kenapa makan sosej dalam kereta baru?
Sebab saya tak nak makan burger keju.
- Keluar sebelum awak tumpahkan apa-apa. - Saya rasa dia maksudkan awak.
Apa awak jangkakan? Saya berumur lapan tahun.
Saya lebih tua. Keluar.
- Apa yang saya beritahu? - Awak berleter?
- Selamat ulang tahun. - Selamat ulang tahun.
KAKITANGAN SAHAJA
- Awak nak tunggu meja lain? - Tak kisahlah duduk di mana pun.
Sekurang-kurangnya saya di depan awak dan dapat lihat mata awak yang cantik.
Atau satu mata. Satu mata saja dah memadai.
Baiklah.
Semua sisa sosej dah dibersihkan.
- Apa yang awak buat? - Bersihkan sisa keju.
Tiada keju dalam sosej pedas.
Tidak, tapi ada pada nacho yang tertumpah.
Selesai.
Max, kita perlu berhati-hati. Itu kereta yang mahal.
- Phoebe? - Saya suka warna merah jambu.
Ada lampu depan yang semua orang suka.
- Tiada siapa suka dan toleh! - Kita perlu hentikannya!
- Wah. - Nasib baik.
Kelakar sebab kami tak lakukannya.
Bagaimana ia terjadi?
Kami sedang duduk di sini dan buat hal masing-masing, tiba-tiba
- Gutter Ball ini terjatuh dan… - Max yang buat.
Dia tertolak gear dan kereta mula bergerak.
Kenapa mereka cerita
- jika kita akan ubah? - Tak kisahlah.
- Ayah akan mengamuk. - Betul.
- Billy, mulakan rancangan Defcon Jingga. - Baiklah!
Apa itu Defcon Jingga?
Kami bersembunyi di Argentina hingga masalah ini reda.
Jangan lari. Saya perlukan bantuan untuk baikinya
atau ayah tahu saya bocorkan rahsianya.
Awak akan beritahu dia juga. Awak memang ada masalah.
Namun, kita tak boleh lakukannya bersendirian. Kita perlukan bantuan.
Sekejap.
No comments yet. Be the first to leave one.