처음 200줄입니다.
Abang mahu cepat laksanakan
pengesahan kerajaan ketenteraan itu?
Lepas itu apa pula?
Mesti abang sudah pergi tengok mana-mana universiti di Amerika.
Dan lepas itu?
Abang akan jadi menantu kepada Jeneral Chun?
In Ae.
Abang akan jadi wira zaman moden nanti.
In Ae, abang nampak dunia yang lebih besar.
Dunia yang kita impikan masa kecil itu.
Kita boleh capainya.
Kita boleh belajar di luar negara nanti.
Tapi kenapa saya tak rasa macam itu?
Kata-kata abang itu cuma kosong, tak berisi.
Awak kena percaya cakap abang.
Ya, itu ialah kata-kata terakhir dari nenek.
"'Kena percaya pada Kwang Hoon."'
Nenek mahu saya percaya pada abang sampai ke akhirnya.
- Tapi... - Ikutlah cakap nenek.
Macam apa yang nenek cakap,
percayalah cakap abang.
In Ae, nenek...
Siapa itu?
Siapa dia orang itu?
Itu Kwang Cheol, bukan?
Kamu siapa?
Kamu ini Han Kwang Cheol, bukan?
In Ae, apa yang terjadi ini?
Apa?
Abang
seorang saja yang tak tahu?
Kamu ini Han Kwang Cheol, bukan?
- Betul, bukan? - Betul itu.
Tak guna!
Kamu tak guna!
Tak guna!
Kamu...
Abang takkan maafkan kamu.
Kamu masih hidup tapi kamu berlakon kamu mati!
Kamu masih hidup lagi!
Tapi kamu tipu kamu sudah mati!
Kenapa? Sampai hati kamu?
Sampai hati kamu?
Sampai hati...
Sampai hati kamu?
Sampai hati kamu?
Abang tahu abang tak berhak untuk pukul kamu.
Kamu biarkan saja sebab abang ini ialah abang kamu.
Macam In Ae cakap,
abang kena keringkan lautan untuk cari kamu sampai jumpa,
tapi abang tak buat macam itu.
Tapi, Kwang Cheol, kalau kamu masih anggap abang ini ialah abang kamu,
kamu patut cari abang bila kamu balik.
Saya memang pernah cari abang.
- Saya ternampak abang di hotel. - Apa?
Abang sedang mengiring seorang yang amat penting.
Orang itu ialah Jeneral Chun Tae Woong.
- Apa kamu cakap? - Saya ekori abang.
Ada seorang perempuan sedang menunggu abang di lobi.
Ingat lagi tak abang makan bersama dengan dia di restoran Perancis itu?
Nampak sangat perempuan hodoh itu cuba menggoda abang.
Jadi masa itu kamu hanya perhatikan saja?
Saya ingat saya tak patut buat kacau masa itu.
Kacau? Kacau macam mana?
Sudahlah.
Jadi, abang jadi pembantu untuk
seorang pegawai tentera berpangkat tinggi.
Macam mana?
Abang sudah jumpa siapa yang bunuh ayah kita?
Saya tanya sudah jumpa atau belum siapa pembunuh ayah kita?
Jangan-jangan abang terfikir untuk
lupakan apa yang terjadi kepada ayah kita?
Lepas membakar ayah kita, abang lagi masih boleh
- menelan makanan Perancis? - Jaga mulut kamu.
Satu minit pun saya tak lupa! Satu saat pun tidak!
Ayah kita dibunuh oleh semua anjing itu!
Abang, tahu tak?
Kita bakar ayah macam anjing!
Sudahlah itu, Kwang Cheol.
Baiklah, saya pun tak ada apa untuk dicakapkan.
Salah saya ayah kita mati macam itu.
Jangan cakap lagi, Kwang Cheol.
Dengan kebijakan abang, abang bekerjasama dengan pihak berkuasa
dan membakar ayah macam seorang pengecut.
Jadi tinggi mana abang dah sampai?
Sampai sinikah?
Kalau dapat gembirakan anak jeneral itu,
- boleh setinggi ini agaknya... - Tutup mulut kamu, Kwang Cheol!
Jangan cakap lagi!
Kamu tak buat apa-apa silap?
Baiklah, kalau kamu memang mahu percaya
yang abang bakar ayah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa,
lebih baik kita berdua jangan berjumpa lagi.
Baiklah.
Sudah lama abang cakap yang kita bukan adik-beradik.
Walaupun saya sudah mati dan mayat saya tak dijumpai,
mungkin abang tak kisah langsung, bukan?
Sebab itulah saya tak muncul.
- Han Kwang Cheol! - Apa?
Kamu diam, Kwang Cheol. Tutup mulut kamu itu! Sudahlah!
Yang ini akan dijelaskan oleh pegawai pembantu saya
yang bertindak sebagai penterjemah saya masa di Amerika.
- Kwang Hoon. - Pembentangan Jeneral Chun
dengan wakil-wakil dari Amerika amat meyakinkan dan memuaskan hati.
Keselamatan negara kita dan perkembangan ekonomi kita
perlu diseimbangkan mulai dari sekarang.
Rancangan kita ialah menuju ke arah membina demokrasi sebenar.
Beliau dengan tegasnya mahukan sebuah negara
yang berkembang pesat dan aman sejahtera.
Tahniah.
Awak nampak lebih hebat masa awak muncul di TV itu.
Telefon tak henti-henti mendering.
Mereka tanya adakah kamu bakal menantu kami.
Saya terpaksa letak ganggangnya.
Saya dengar presiden rasa gembira bila dia dapat laporan itu.
- Siapa yang cakap? - Siapa lagi?
Wanita Pertama sendiri yang menelefon saya tadi.
Inilah berita baik yang presiden kita
sudah tunggu dari awal untuk sekian lamanya.
Wanita Pertama memuji awak tadi.
Saya sudah boleh tidur untuk tiga hari.
- Kamu masih teruja dan cemaskah? - Tidak lagi.
Sekolah macam mana? Ayah sudah pergi tinjau sekolah
- untuk Han Kwang Hoon nanti, bukan? - Mestilah.
Awak tahu tak?
Mata Kwang Hoon terus berair
bila dia ternampak kampus Yale hari itu.
Agaknya nenek kepada Seo Ae Joo itu tak meninggal dunia, bukan?
Saya tak mahu awak salahkan saya jadi saya cepat beritahu awak tadi.
Sudah tentu saya yang cakap awak ada misi rahsia keluar negara.
Saya tahu saya tak perlu beritahu dia.
- Saya baik, betul tak? - Tolong jangan kacau dia lagi.
- Cik faham maksud saya tak? - Saya memang tak mahu kacau dia.
Tapi dia sendiri yang tak henti-henti telefon saya.
"'Mana Han Kwang Hoon sudah pergi?"' "'Dia sudah balikkah?"'
"'Bila dia akan balik?"' "'Keadaan nenek kritikal sekarang."'
Jadi jangan jawab telefon dia lagi.
Jangan anggap yang saya ini bodoh.
Kalau tentang cinta, saya lebih pandai daripada awak.
Saya sangat rindu pada awak.
Kamu tak perlu berasa susah hati.
Percaya pada Tuhan dan percaya pada saya.
Di dalam rumah Tuhan, ada banyak bilik.
Saya akan pergi dan sediakan satu tempat untuk kamu.
Di mana ada saya, di situ pun ada kamu juga.
Perkenankanlah.
Atas nama Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus.
Tuhan yang berkuasa mencipta langit dan bumi.
Anak perempuan kesayangan-Mu sudah kembali kepada-Mu.
Tolonglah hiburkan mereka yang susah hati di bumi ini.
Tolonglah tempatkan kasih sayang nenek dan semangat dia
di dalam hati mereka, supaya dia tidak dilupakan.
Sarah.
Terima kasih sebab sudi datang dan ikut apa yang nenek mahukan.
- Okey. - Bila nenek dedahkan kematian mak,
nenek beritahu saya yang paderi akan jadi punca kekuatan untuk saya.
Itu saja yang nenek kamu cakap?
Tambah dia lagi, paderi mungkin tahu
siapa dia ayah kandung saya sebenarnya.
Paderi tahu, bukan?
Ada nenek cakap apa-apa sebelum dia mati tak?
Saya rasa yang mungkin nenek awak tahu
siapa dia ayah kandung awak.
Dia ada cakap, bukan?
Abang mahu tahu juga.
- Buat apa? - Abang dapat rasakan
yang awak patut ada kehidupan yang berbeza.
Contohnya?
Awak sama saja macam nenek.
Lupakannya.
Mari kita turun.
Bukankah awak ada penggambaran lagi?
Kehidupan macam mana yang abang mahu saya lalui?
Apa yang anak jeneral cakap itu betul.
Dia berani cakap tentang persidangan Korea dan Amerika.
Aura Jeneral Chun pun mengagumkan.
- Mari pergi. - Cakap Kwang Cheol pun betul juga.
Kenapa abang tak pergi cari orang yang sudah bunuh ayah abang?
Kamu mahu abang cari mereka dan terus hukum merekakah?
Abang boleh pinjam pistol Jeneral Chun itu!
Awak pun tak matang sama macam Kwang Cheol.
Saya mahu tahu apajenis pekerjaan
yang Kwang Cheol sedang buat sekarang.
Yakah?
Kalau dia pernah tinggal di Jepun,
dia pernah bekerja bersama dengan mafia Jepunkah?
Cikgu rasa bos Kwang Cheol bukan macam itu orangnya.
- Semua sama saja. - Apa yang sama?
Maksud saya ialah sikap manusia tak mudah berubah.
Betul juga.
Kamu tak boleh sorokkan sikap kamu bila ke mana-mana.
Dia ialah lelaki sejati.
Cikgu mahu bertanggungjawab untuk hidup Kwang Cheol?
Cikgu?
Kenapa cikgu kena bertanggungjawab untuk Kwang Cheol?
Kwang Cheol yang kena jaga cikgu kalau ada apa-apa.
Cikgu Jo.
Kalau ada apa-apa terjadi,
saya akan pastikan cikgu bertanggungjawab.
Cikgu tahu kamu amat sayang pada adik kamu itu.
No comments yet. Be the first to leave one.