American Pastoral

American Pastoral

Malay 자막 다운로드

릴리스 정보

American Pastoral 2016 720p BluRay x264 ShAaNiG
다음의 해설 badh182

태그

BluRay
x264
720p
720
게시일: 2019-06-02
다운로드: 47
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

MENYERAH KALAH SEPENUHNYA

SELAMAT KEMBALI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH WEEQUAHIC KELAS 1961

Mari kita ingat semangatnya.

Amerika telah menang dalam peperangan.

Zaman Kemelesetan sudah dah berakhir.

Kita tak perlu berkorban lagi.

Kegembiraan kehidupan mudah terjangkit.

Kita meraikan satu saat kegembiraan bersama yang...

...takkan kita kenali lagi.

Tiada apa sepertinya dalam tahun-tahun akan datang.

Dari zaman kanak-kanak kita sehinggalah malam ini.

Perjumpaan semula ke-45 pelajar sekolah menengah.

Pada usia 30 atau 40 tahun, satu perjumpaan bekas rakan sekolah...

...adalah jenis acara yang akan saya elakkan.

Tapi pada usia 62, saya dapati diri tertarik padanya.

Seolah-olah dalam kumpulan muka yang hampir saya lupakan...

...saya akan lebih mendekati misteri hidup.

Satu helah magik yang menukar waktu yang lalu...

...menjadi waktu semasa.

Swede. Swede Levov.

Sewaktu zaman peperangan, ini satu nama yang hebat di kejiranan kami.

Daripada beberapa pelajar berkulit cerah di sekolah kerajaan kami...

...kebanyakannya pelajar Yahudi, tiada yang mempunyai...

...muka Viking seperti hero bermata biru ini, Swede.

Abang kepada kawan baik saya Jerry, dia dilahirkan ke dalam...

...puak kami sebagai Seymour Irving Levov.

Dia atlet sekolah menengah paling hebat di New Jersey.

Melihat Swede bermain, para penonton boleh melupakan...

...keadaan kehidupan pada masa itu.

Kami boleh lupakan perang.

Swede menyertai Tentera Marin pada 1944...

...tapi tak sempat bertempur...

...dan kembali kepada Dawn Dwyer, anak perempuan seorang paip...

...dari Elizabeth yang berjaya sampai ke Peraduan Ratu Cantik...

...Amerika di Atlantic City.

Seorang shiksa . Swede dah berjaya.

Tapi sebelum dia dapat berkahwin dengan Dawn, dia perlu lulus...

...satu ujian yang besar.

Dia kena jumpa orang tua Swede...

...Lou Levov, pengasas dan pemilik Sarung Tangan Newark Maid.

Dia cuma nak tanya awak beberapa soalan. Itu saja.

Itu saja? Tak bolehkah awak jawab bagi saya?

Dia nak mengenali awak. Dia bukan seorang yang peramah...

...tapi jika awak tak mudah terpengaruh...

Swede. - Dia akan menghormati awak.

Saya akan berada di sisi awak.

Dawn, mari kita bincangkan perkara yang penting.

Apa pendapat keluarga awak pasal orang Yahudi?

Keluarga saya tak banyak berbincang pasal orang Yahudi.

Itu bukan satu alasan. Kami tak banyak berbincang pasal apa-apa.

Tapi berkahwin dengan seorang Yahudi bukan satu isu besar.

Sehinggalah muncul isu agama bagi anak-anak kamu.

Ya, saya ingin anak kami dibaptiskan.

Dibaptiskan? Tak boleh!

Tapi...

Pembaptisan membersihkan dosa asal mereka.

Tanpanya, bila mereka mati, mereka akan terawang-awang.

Saya tak tahu pasal terawang-awang tapi saya tak boleh benarkan...

...pembaptisan. - Ia penting bagi saya, En. Levov.

Semua sakramen adalah penting, seperti Perjamuan Suci, Eukaris.

Apa itu? - Semua orang berlutut...

...dan makan jasad Christ. - Saya tak boleh benarkannya!

Maaf. Saya menghormati kepercayaan awak, tapi cucu saya tak boleh...

...makan Jesus! Saya boleh bagi awak Krismas.

Bagaimana dengan Easter? - Easter? Dia nak Easter, Seymour.

Bagaimana dengan pengajaran Kristian?

Tak boleh, tak kira apa ia. Kamu berdua, kita kena berbincang...

...pasal Bar Mitzvah. - Kenapa kita tak boleh benarkan...

...dia sendiri yang tentukannya? - Seorang kanak-kanak tak boleh...

...buat keputusan begitu. - Tapi saya tak nak Bar Mitzvah.

Jadi saya rasa tiada persetujuan antara kita.

Ayah! - Dia nak seorang kanak-kanak...

...membuat keputusan. Kanak-kanak tak boleh buat keputusan.

Jadi kami takkan lahirkan anak. Kami boleh berkahwin tapi...

...kami takkan lahirkan anak. - Cik Dwyer, awak sangat cantik.

Saya ucapkan tahniah bagi kejayaan awak sehingga kini.

Ibu bapa awak pasti bangga. Tapi saya rasa kita patut...

...berjabat tangan dan semua orang ambil jalan masing-masing.

Saya takkan pergi. Saya bukan hanya bergantung pada kecantikan.

En. Levov, saya diri sendiri. Saya Mary Dawn Dwyer...

...dan saya cintakan anak awak. Saya cintakan dia.

Sebab itulah saya ke sini. Jadi tolonglah...

...mari kita teruskan.

Jadi orang tua itu telah diyakinkan.

Dalam beberapa tahun, Swede mengambil alih kilang...

...sarung tangan itu dan mengembangkannya.

Dia berulang-alik dari rumah yang dia bina bersama Dawn.

30 batu ke barat Newark, melalui kawasan subbandar kaya di...

...Old Rimrock, tempat mereka besarkan anak mereka.

Seorang anak perempuan bernama Merry.

Count! Mana kau?

Count!

Saya dah dengar.

Count! Kami dah datang! Count!

Ayuhlah, Count!

Penny, Russ, apa khabar? - Apa khabar keluarga awak...

...En. Levov? - Baik, terima kasih.

Salam sejahtera. - Salam sejahtera, En. Levov.

Dia sangat bertuah.

Saya ingat keadaannya akan sentiasa begini.

Ayah! - Kehidupan akan layan dia...

...dengan baik dan dia akan menjalani kehidupan yang baik.

Sebab dia Swede.

Jerry Levov.

Alamak, Nathan.

Saya tak jangka akan berjumpa awak di sini.

Saya pun tak jangka akan jumpa awak.

Saya pasti awak takkan suka semua perasaan sentimental ini.

Ya, betul. Ia nostalgia. Ia karutlah.

Nak cari tempat duduk? - Sudah tentulah.

Jadi kenapa awak datang?

Dalam semua jenis perkara karut, yang ini akan ada paling banyak...

...kejutan yang tak menyenangkan. - Awak suka...

...kejutan tak menyenangkan? - Rasanya.

Awak nampak pameran pasal abang awak itu?

Seperti saya kata tadi, saya tak suka perkara nostalgia.

Kita kira-kira 10 tahun dan kita pergi tengok salah satu...

...latihan dia. Dia bawa bola dan rakan sepasukannya memintas dia.

Kemudian mereka menghimpit dia. Kita berdua pula risau sebentar.

Risau pasal Swede? Tak pernah. - Betul, kita risau.

Sebab mereka tolak dia jatuh dengan kuat. Tapi dia bangun...

...dan bersihkan habuk dari badannya. Bila dia lalui kita...

...dia pandang saya, kawan adik dia. Saya bukannya sesiapa.

Dia kata... -"Bola keranjang..."

"...bukan begini, Skip." - Ya, betul.

Dia panggil saya Skip.

Abang saya dah mati.

Sebab itu saya kembali dari Florida.

Bagi upacara pengebumiannya.

Bukan bagi perjumpaan ini.

Swede... - Hanya seorang baik yang...

...dimusnahkan oleh orang jahat. Abang saya, orang terbaik di...

...negara ini terlibat dalam satu perang yang dia tak mulakan.

Jerry...

...saya tak tahu apa maksud awak.

Awak tak tahu? Awak hidupkah sewaktu 60-an?

Saya tiada di sini. Saya berada di luar negara...

...kebanyakan tahun 60-an.

Rasanya awak orang terakhir yang dapat berita ini. Penulis yang...

...terkenal, orang terakhir untuk terima berita besar.

Jadi apa berita besarnya?

Awak pun tahu dia dan Dawn ada seorang anak?

Awak ada utuskan surat kepada saya selepas kelahirannya.

Dia sangat comel bila dia dilahirkan. Tapi dia gagap.

Itu bukannya apa-apa. Tapi kemudian Merry semakin membesar.

Saya dah beritahu abang saya. "Lepaskan dia. Jika tak..."

"...emosi awak akan terganggu dan musnahkan hidup awak juga."

Tapi dia tak dapat lakukannya.

Kini saya kena kebumikan abang saya.

Merry budak yang baik. - Betul kata Jerry.

Saya seorang penulis yang terkenal, tapi orang terakhir...

...yang terima berita itu. Tapi kini saya nak tahu semuanya.

Saya nak dengar apa dah jadi kepada pemuda yang menjadi...

...harapan semua orang. Hero kami. Kennedy kami.

Atuk!

Atuk! - Ya, Merry. Apa ia?

Lady Jane sedang bunting, atuk. Saya harap ia heifer.

Apa itu heifer, sayang? Awak sedang bercakap dengan...

...seorang lelaki dari Newark. - Ia lembu betina, atuk.

Lembu betina! - Saya pasti ia akan kelihatan...

...seperti Count. Itulah lembu jantan yang mengawan dengannya.

Mengawan? Itukah caranya seorang gadis patut bercakap?

Itu memang istilahnya, ayah. - Ya, apa patut dia kata?

Bersetubuh? Ia lembu. - Kenapa anak saya perlukan lembu?

Kenapa kamu perlu hidup begitu jauh dari tamadun manusia?

Bukannya saya nak menyinggung orang tempatan di sini...

...En. Orcutt dan Pn. Orcutt, tapi marilah kita berterus-terang.

Di sini dipenuhi penyokong Republikan yang setia.

Betul kata awak. - Lou, jangan mulalah.

Apa saya kata? Ini kawasan terpencil.

Ini kawasan Ku Klux Klan. - Ayah, tolonglah berhenti.

Saya juga tak faham kenapa abang saya nak tinggal di sini...

...tapi beberapa ekor lembu takkan jadikannya Mississippi.

Ini Daerah Morris. - Atuk!

Betul kata Jerry, ayah. Tiada orang berfikir seperti awak lagi.

Kita boleh tinggal di mana kita suka. Ini Amerika.

Newark di Amerika. - Atuk!

Ya, sayang? Apa ia, sayang? - Marilah ke bangsal untuk...

...tengok Count. Atuk kena jumpanya. Ia begitu...

Saya sangat sayangkan Merry. Saya rasa dia sangat istimewa.

Terima kasih. - Kami semua pun rasa begitu.

Dia suka datang ke sini. Dia ada beritahu kami.

Ya, sangat suka. - Ada kalanya bila dia datang...

...ke sini, saya tanya dia, "Merry, perkara teruk apa yang..."

"...awak rasa akan berlaku jika awak berhenti gagap?"

"Awak rasa bagaimana perasaan ibu bapa awak jika awak berhenti?"

Tapi dia tak boleh berhenti.

Saya rasa gagap Merry ialah satu strategi.

Strategi bagi apa? - Untuk mengelakkan pertandingan...

...dengan ibunya yang cantik. Ibu Cik New Jersey yang cantiknya.

Untuk mendapat perhatian ayah kacaknya.

Ini pasal rupa kami? - Doktor...

Sheila. - Sheila, gagap bukan sesuatu...

...yang Merry pilih. Ia membuat dia sengsara.

Mungkin kelebihannya melebihi kesengsaraannya.

Tapi kami sedih melihatnya. Ibunya sedih.

Mungkin itu salah satu kelebihannya.

Pernah kamu fikirkan betapa sukarnya bagi Merry untuk...

...membesar sebagai anak perempuan seorang yang pernah mendapat...

...begitu banyak perhatian bagi perkara remeh seperti kecantikan?

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left