릴리스 정보

왜 오수재인가 Why Her? E07 220624-NEXT-VIU
왜 오수재인가 Why Her? E08 220625-NEXT-VIU
다음의 해설 RuoXi
Ep. 7

태그

other
게시일: 2022-06-25
다운로드: 23
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

"Kisah ini adalah fiksyen. Semua watak, tempat, peristiwa...

...dan organisasi yang digambarkan dalam drama ini adalah rekaan."

Kalau awak tak tahu awak di mana, beritahu saya apa yang awak nampak.

Saya boleh cari. Beritahu saya apa yang awak nampak.

Hai, Chan.

Tentang Profesor Oh. Awak tahu dia di mana?

Di mana Profesor Oh sekarang?

Kenapa? Ada sesuatu berlaku?

Saya dengar sesuatu meletup semasa bercakap di telefon dengan dia.

Saya mesti cepat.

Dia dalam bahaya sekarang.

Tapak Memancing Seokpo.

Dia pergi ke Tapak Memancing Seokpo untuk berjumpa Hong Seok Pal.

Saya telefon dari Tapak Memancing Seokpo.

Sebuah kereta meletup dan terbakar.

Ada orang cedera. Ada kemungkinan yang dia dah mati.

"Episod 7"

Kereta Hong Seok Pal meletup di Tapak Memancing Seokpo.

Kemungkinan besar dia dah mati. Siasat tentangnya.

Apa ini?

Mari kita ke sana dan siasat.

"Buat masa sekarang, Hong Seok Pal ialah suspek utama."

Nampaknya ada kebakaran berlaku di sana.

Tolong buat pusingan U.

Apa? - Saya mesti ikut kereta itu.

Cepat. Buat pusingan U sekarang.

Aduhai, apa yang berlaku?

Biar saya pandu. Keluar dari kereta.

Macam mana awak tahu saya ada di sini?

Awak nampak macam nak pengsan.

Ayuh. Keluar.

Hei! Awak fikir ini jalan awak?

Awak tak cedera? Awak tak apa-apa?

Aduhai, Cik Oh. Kenapa awak tak jawab telefon tadi?

Saya juga menuju ke tapak memancing itu.

Apa pun, kenapa kereta Hong Seok Pal tiba-tiba meletup?

Tapi sebelum itu, awak tak apa-apa?

Ya, saya okey.

Tak, saya dalam perjalanan balik sekarang.

Ya. Dia hubungi saya dulu dan ajak berjumpa.

Sebab itulah saya ke sana, tapi kereta dia tiba-tiba meletup.

Macam mana kita nak kumpulkan senarai suspek?

Ada sesiapa yang awak syak?

Hong Seok Pal!

Siapa Hong Seok Pal?

Pemilik bar GRO tempat Park So Young bekerja.

Apa? Yakah?

Saya tonton semua video yang orang ambil di tempat kejadian hari itu.

Awak tak ingat jumpa dia di tempat lain?

Dialah lelaki itu!

Aduhai.

Jadi dia pecah masuk bangunan Profesor Oh...

...dan curi telefon Park So Young?

Dia pemilik bar GRO tempat Park So Young bekerja...

...dan ada kaitan dengan kematiannya.

Sebab itulah dia curi telefonnya.

Okey. Tentu dia curi telefon Park So Young...

...kerana ada sesuatu dalam telefon itu yang boleh merugikan dia.

Tapi kenapa Hong Seok Pal, pecah masuk ke bangunan Profesor Oh?

Dia tak ada kaitan dengan Profesor Oh.

Saya pasti ia disebabkan pemacu kilat itu.

Ia mengandungi fail sulit Kumpulan Hansu.

Khabar angin mengatakan Hong Seok Pal bekerja...

...untuk Pengerusi Han sebagai orang suruhannya.

Begitu. Tentu Hansu arahkan dia untuk bawa kepada mereka.

Itu tekaan paling logik...

...tapi dia bekerja untuk Firma Guaman TK, bukan Hansu.

Apa?

Choi Ju Wan, rakan pengurusan TK.

Apa? Jadi mereka semua terlibat?

Tak guna, saya tak percaya dia rakan pengurusan firma ini.

Lelaki tak guna itu.

Kita akan uruskan kes pecah masuk itu nanti.

Mari kita kenal pasti suspek pembunuhan dulu.

Itu lebih penting.

Jika Hong Seok Pal memang membunuh Park So Young...

Tahu tak, benda itu. Ujian paterniti pranatal.

Mungkin ada kaitan dengannya.

Hakikat yang dia buat ujian paterniti pranatal bermakna...

...lelaki itu menafikan dia ayah kepada anaknya...

...yang menunjukkan kehamilan itu buat dia rasa sangat tak selesa.

Tepat sekali.

Ia menunjukkan ada kemungkinan besar...

...dia salah seorang pelanggan di bar atau teman sosialnya.

Seseorang yang akan terkesan jika hal ini tersebar.

Contohnya...

...VVIP di bar GRO.

Awak tahu semuanya, bukan?

Apa pun, siapa VVIP itu?

Han Sung Bum, pengerusi Kumpulan Hansu.

Parti Mirae. Ahli Dewan Lee In Soo.

Yang terakhir ialah...

Choi Tae Guk, pengerusi Firma Guaman TK.

Tapi itu dah melampau, bukan?

Ketua konglomerat...

...pengerusi firma guaman dan calon presiden...

...mengarahkan seorang pemilik bar...

...untuk membunuh seorang gadis yang bekerja di sana?

Okey, katakanlah itu benar.

Tapi mereka pilih untuk lakukannya di taman atas bumbung TK?

Awak tak rasa teori ini agak tak masuk akal?

Tepat sekali. Kenapa di sana?

Tentu mereka akan rasa tak selesa.

Hong Seok Pal ada cara untuk menjejakinya dalam masa nyata.

Tentu dia mengekorinya, mengetahui yang dia menuju ke TK.

Jadi dia ekori Park So Young sampai ke sana.

Kemudian atas sebab tertentu...

Tak semena-mena dia menolaknya?

Ia tak mustahil.

Mungkin ia berlaku secara tiba-tiba.

Atau mungkin mereka bergaduh.

Kita patut berfikiran terbuka terhadap semua kemungkinan.

Hong Seok Pal dan VVIP di bar GRO.

Kamu mungkin rasa maklumat ini membantu.

Khabar angin mengatakan Park So Young dan Pengerusi Han agak rapat.

Orang dalam industri yang cakap begitu.

Itu menjijikkan.

Tapi saya akan mulakan di klinik yang Park So Young selalu pergi.

Perut saya semakin besar. - Saya pasti...

...dia sebut sesuatu tentang bapa bayi itu.

Jin Myung, awak suka latte vanila ais?

Saya akan siasat apa yang Pengerusi Han buat...

...pada malam Park So Young mati.

Saya masih ada sumber saya.

Siapa pesan ayam goreng?

Awak pesan ini? - Kami tak pesan ayam goreng.

Saya dan Chun Poong akan siasat Hong Seok Pal.

Saya pandai berlakon.

Awak boleh harapkan saya, Chan.

"Tapak Memancing Seokpo"

"Pusat Klinik Guaman"

Saya dengar daripada penyelaras di klinik sakit puan Park So Young.

Dia kata bapa bayi itu sangat kaya.

Park So Young naik teksi di depan bar GRO.

Saya mengesahkan...

...yang Hong Seok Pal bawa kereta untuk ekori dia selepas itu.

Buat masa sekarang, Hong Seok Pal ialah suspek utama.

Hong Seok Pal orangnya.

Orang yang pecah masuk bangunan awak dan cederakan awak.

Orang yang curi telefon Park So Young di rumah adiknya.

Semuanya dia yang buat.

Saya tahu.

Dia datang ke firma beberapa hari lalu.

Dia kata dia nak cakap sesuatu tentang Park So Young.

Dia buat kecoh dan berkeras nak jumpa Pengerusi Choi...

...tapi dia dihalau keluar.

Sesuatu tentang Park So Young?

Saya beri dia kad nama saya apabila terserempak dengan dia...

...mengatakan yang dia boleh telefon saya kalau nak cakap apa-apa...

...tentang wanita itu.

Kemudian dia telefon saya.

"Park So Young. Bagaimana jika saya bunuh dia?"

"Apa?"

Apabila saya sampai, saya nampak Hong Seok Pal...

...duduk di tempat duduk pemandu.

Ketika saya berjalan ke arahnya, dia tiba-tiba rebah ke tepi.

Ia berlaku secara tiba-tiba dan saya tak dapat buat apa-apa.

Maknanya dia bunuh diri?

Sebab dia rasa bersalah kerana membunuh Park So Young?

Saya tak pasti.

Kenapa? Apa yang saya cakap tadi dapat perhatian awak sekarang?

Saya faham. Awak juga bertanggungjawab...

...atas cara dia mati.

Apa maksud awak?

Cari saya di Tapak Memancing Seokpo sekarang.

Masuk akalkah dia cakap begini jika dia rancang nak bunuh diri?

Dia kata awak juga bertanggungjawab.

Jadi mungkin dia sengaja nak bahayakan awak juga?

Saya bercakap tentang letupan kereta.

Awak juga boleh cedera.

Macam mana kalau dia tak bunuh diri?

Sama seperti Park So Young...

...bagaimana jika ia pembunuhan yang disamarkan sebagai bunuh diri?

Awak patut pergi. Dah lewat ini.

Pembantu rumah saya yang letak, tapi saya tak pandai berkebun.

Awak patut pergi sekarang. Saya tak apa-apa.

Sofa awak besar.

Apa?

Apa awak buat di sini?

Saya perlu tidur.

Apa?

Saya penat. Saya perlu tidur.

Apa? Kalau awak buat begini sebab awak risaukan saya...

...awak boleh balik saja. Saya tak apa-apa sekarang.

Sekejap.

Apa yang dia buat?

Katilnya sangat selesa. Kenapa dia sejuk dalam bilik ini?

Biar saya pinjam selimut ini. Saya sejuk.

Hei, saya tak apa-apa. Awak boleh balik.

Kalau betul dia bunuh diri...

...dia mungkin letupkan keretanya untuk cederakan Prof. Oh juga.

Tetapi jika ia pembunuhan yang disamarkan sebagai bunuh diri...

Siapa punya angkara? Kenapa?

Kenapa sengaja membahayakan Prof. Oh?

Tidak!

Kenapa tak boleh buka?

Siapa awak?

Prof. Oh.

Awak tak apa-apa?

Prof. Oh.

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left