처음 200줄입니다.
Terjemahan sari kata oleh Aman
Gempa bumi?
Ohma!
Gempa bumi!
Apa? Ia dah berhenti.
Apa masalahnya?
Tak ada apa-apalah.
- Jom. - Baik!
Lelaki terkuat di dunia ditentukan di arena tempur bawah tanah.
Di Pertubuhan Kengan, yang kuat menentukan segalanya.
Dua pertubuhan pertarungan bawah tanah yang tidak sepatutnya bertembung
akan…
…merebut gelaran yang paling berkuasa!
Si tua Metsudo itu memang suka mendesak.
Tiba-tiba saja cadangkan pertandingan begitu.
Saya tak sangka ada tempat macam ini di dalam Tokyo Dome.
Saya faham sebab awak kata begitu.
Kita akan memasuki lokasi rahsia.
Arena tempur bawah tanah.
Arena tempur bawah tanah…
Sejarahnya bermula pada zaman Edo.
Ia diasaskan oleh Tokugawa Mitsukuni, Timbalan Syogun Wilayah.
Kini, ketua keluarga Tokugawa yang ke-13,
Mitsunari Tokugawa, yang mengetuainya.
Tokugawa?
Tunggu sekejap.
Pertubuhan Kengan pun…
Awak pun tahu,
Pertubuhan Kengan diasaskan oleh syogun ketujuh,
Tokugawa Ietsugu, yang mati muda.
Saya tak sangka kedua-duanya dikuasai keluarga Tokugawa yang sama.
Mereka macam adik-beradik.
Begitu rupanya. Baru saya faham.
Sebenarnya, dah lama saya kenal Mitsy.
Minum!
Kami keluar minum tempoh hari
dan teruja untuk mengadakan pertandingan setelah sekian lama tak ada.
Apa?
Pertandingan besar ini diputuskan sewaktu mereka mabuk?
Itu saya tak kisah, tapi kenapa kena lawan di tempat mereka?
Mungkin awak tak tahu, Ohma.
Apa?
Sebelum ini, kami jemput pahlawan dari arena tempur bawah tanah
ke Pertubuhan Kengan.
Apa? Jadi, ini bukan pertandingan pertama?
Nama pahlawan itu…
Tuan Guru Orochi?
Itulah yang ayah aku beritahu.
Dia dipanggil oleh tuan guru lama
dan turut serta sebagai wakil.
Kemudian?
Siapa? Siapa yang menang?
Aku cuma tahu yang dia bertempur.
Itu saja yang ayah aku cerita.
Tapi aku tahu,
selepas pertandingan itu, dia dipaksa berehat hampir enam bulan.
Biar betul? Siapa orang-orang di Pertubuhan Kengan itu?
Aku pernah dengar.
Mereka pahlawan handal yang menjadi wakil syarikat.
Hanya yang menang akan dapat ganjaran.
Betul.
Dalam dunia mereka, semua orang saling jatuh-menjatuhkan.
Jadi, kau rupa-rupanya.
Hebat cara kau guna suara untuk menyerang di medan tempur.
Itu bukan sesuatu yang mudah ditiru.
Terharu aku kau cakap begitu.
Cubalah rasa.
Sekarang juga!
Jangan.
Mesti perit kalau orang buta macam aku yang kena.
Tapi aku nak tengok tindak balas lelaki yang digelar Penghapus Bangsa.
Apa-apa pun,
kita takkan sibuk dengan tugas pengawal.
Tak ada orang yang cukup pelik di luar sana
untuk menyerang arena yang penuh dengan raksasa.
Aku setuju.
HARIMAU PUTIH
Hei, orang tua!
Apa kau nak, budak?
Aku…
Begitu, ya?
Celopar betul mulut kau. Sama saja macam ayah kau.
En. Orochi, ayah aku bangga dengan kau.
Maaf sebab biarkan kau cakap dulu.
Wah! Cantik betul garisannya. Tak ada satu pun yang cacat.
Kau pun boleh tahan hebat.
Apa kau buat sampai otot kau besar begitu?
Tak ada apa-apa.
Aku cuma tarik helikopter sampai badan aku jadi macam ini.
Kau pula buat apa?
Kau cuma perlukan kereta F1.
Kacang saja, bukan?
Aku akan pertimbangkannya.
Mereka langsung tak faham…
Maaf.
Pemetik api saya tercicir tadi.
Boleh tolong nyalakan?
Tak boleh?
Biar betul?
Arena tempur bawah tanah tak ada habuan?
Mengarut betul!
Tingkatkan kemahiran dan dambakan kekuatan saja.
Ya. Itu pun dah memadai.
Tapi Cosmo, melampau sangat kalau mereka tak bayar.
Hei, semua.
Orang dari arena tempur bawah tanah…
Kau semua tak rasa muka mereka agak menakutkan?
Kau semua tengok apa?
Betul cakap kau. Mereka nampak kuat, tapi…
Aku maksudkan lelaki itu.
Menakutkan, bukan?
Mungkin gaya dia memang macam itu.
Berani betul budak Jepun itu.
Sampai bila nak buat begitu?
Sampai bedebah itu berhenti!
Aku bukan anak jantan kalau mengalah!
Mereka bersemangat!
Apa?
Mereka budak yang cekal.
Hebat juga kalau aku boleh didik mereka.
Semua di sini saling menjatuhkan.
Kalau kita buat silap di sini,
pasti kita akan dibaham.
Kita pun akan sibuk berjuang di sini. Betul tak, doktor?
Itulah yang saya nak, Yoshizawa.
Ini peluang yang sempurna
untuk membedah semua pahlawan dari arena tempur bawah tanah.
Cepatlah sikit mereka mati.
Maaf, tapi kemahuan awak takkan tercapai.
Tukang Bedah.
Awak masih hidup dan sihat.
Saya tak mahu diganggu.
Apa? Tunggu sekejap!
Lama kita tak jumpa, Dr. Kureha.
Dr. Hanafusa, baguslah awak baik-baik saja.
Apa?
Doktor berdua memang dah kenal?
Kami rakan satu universiti dulu.
Betul.
Anggap sajalah kami kawan lama.
Rasanya pertandingan hampir bermula.
BURUNG MERAH MERONA
Kami akan terangkan peraturan pertandingan ini.
Sama saja seperti sebelum ini.
Semuanya dibenarkan kecuali penggunaan senjata.
Yang paling lama bertahan dikira pemenang.
Mudah saja peraturannya.
Saya dan Metsy telah memilih lebih awal semua pahlawan yang akan bertanding.
Kami mahu menyaksikan pertarungan hebat
yang akan menggemparkan saki-baki usia tua kami.
Metsudo Katahara.
Dia telah berjaya dalam hidupnya.
Kau pernah jumpa dia?
Pernah, tapi sudah lama dulu.
Sebentar sahaja lagi,
arena tempur bawah tanah
dan Pertubuhan Kengan
akan bertarung dalam pertandingan tiga perlawanan!
Pertandingan ini dah mula.
Mana Ohma?
Dia kata nak panaskan badan sikit lagi.
Tentu dia dapat merasai sesuatu.
Aku dapat rasa.
Orang yang aku akan lawan pasti…
Tuan-tuan dan puan-puan, penantian kini berakhir!
Perlawanan pertama akan bermula!
Saya ialah pengulas anda di arena pada hari ini.
Nama saya Sayaka Katahara.
Saya, Jerry Tyson, akan mengulas bersama.
Mewakili Pertubuhan Kengan dalam perlawanan pertama,
dengan tinggi 184 sentimeter dan berat 88 kilogram,
Semangat Berjuang yang Mengaum dari Myanmar!
Saw Paing Yoroizuka!
Aku sangat bersemangat!
Lawannya dari arena tempur bawah tanah,
dengan tinggi 190.5 sentimeter dan berat 166 kilogram!
Dia merupakan bos kedua Kumpulan Hanayama
dan jaguh nombor satu Jepun!
Kaoru Hanayama!
Bos!
Mulakan!
Aku bukan orang yang tahu sabar!
- Dia serang! - Ayuh.
Pantasnya dia!
Bersedialah!
Rasakan!
Akulah Saw Paing Yoroizuka!
Biar betul?
Kuat gila.
Macam mana dia berlatih?
Aku pernah dengar tentang dia.
Dia tak pernah buat apa-apa latihan pun.
Dia cuma menggunakan sifatnya yang luar biasa.
Raksasa sejati yang bertarung dan menguasai arena tempur bawah tanah.
Itulah pahlawan
yang bernama Kaoru Hanayama.
Saya dah jumpa lawan yang kuat untuk mencabar kamu.
Macam mana, Hanayama?
Kamu nak cuba?
Baiklah.
No comments yet. Be the first to leave one.