Game of Thrones

Game of Thrones

Malay 자막 다운로드

시즌 7

릴리스 정보

Game of Thrones S07E05 720p WEB h264-TBS
Game of Thrones S07E05 1080p WEB h264-TBS
Game of Thrones S07E05 REPACK WEB h264-TBS
Game of Thrones S07E05 WEB XviD-AFG
Game of Thrones S07E05 480p WEB x264-RMTeam
Game of Thrones S07E05 720p WEB HEVC x265-RMTeam
다음의 해설 badh182
Malaysia Subbers Crew. Feel free to resync to other release without lossing subtitle author credit. Visit our facebook page to get new latest info. facebook.com/malaysiasubbers/

태그

web
720p
720
x265
HEVC
x264
480p
480
1080
XviD
게시일: 2017-08-14
다운로드: 76
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

Rancangan ini memaparkan subjek dewasa.

Penonton diminta menggunakan budi bicara.

Awak patut biar saya mati saja.

- Apa awak buat tadi? - Menamatkan perang.

Membunuh dia.

Awak tak nampak naga yang berada di antara awak dan dia'?

Jadi?

Dengar sini, sehingga hutang saya sudah dibayar...

awak tak boleh mati diserang naga, awak tak boleh membunuh diri.

Hanya saya yang boleh membunuh awak.

Itu baru seekor. Dia ada 2 ekor naga lagi.

Kalau dia bawa ketiga-tiga naganya ke medan tempur...

Perkongsian kita berakhir apabila dia bawa naga.

Saya takkan tunggu dan lihat ia sembur api di King's Landing.

Saya kena maklumkan berita ini kepada Cersei.

Lebih baik awak terjun semula ke dalam sungai itu.

Beta tahu apa Cersei beritahu kamu.

Beta telah datang untuk memusnahkan kota kamu.

Membakar rumah kamu, membunuh kamu dan menjadikan...

anak-anak kamu yatim piatu.

Cersei Lannister akan melakukan perkara sebegitu, bukan beta.

Beta tidak datang untuk membunuh.

Beta mahu menghapuskan penganiayaan ke atas golongan...

miskin dan kaya, menghapuskan sistem yang tidak bawa manfaat...

kepada sesiapa kecuali orang seperti Cersei Lannister.

Beta berikan kamu pilihan.

Melutut dan berkhidmat kepada beta.

Bersama-sama, kita akan membina dunia baru yang...

lebih baik daripada dunia yang ada sekarang.

Jika kamu enggan menurut, kamu akan mati.

Melangkah ke hadapan, tuan.

Tuan enggan melutut kepada beta?

Patik berikar setia berkhidmat kepada ratu patik.

Kakak saya tidak menjadi ratu kamu sehinggalah baru-baru ini.

Dia membunuh ratu rasmi kamu dan menghapuskan Keluarga Tyrell.

Jadi, nampaknya kesetiaan kamu agak fleksibel.

Tiada pilihan mudah dalam perang.

Kamu boleh kata apa saja tentang kakak kamu.

Akan tetapi, dia anak watan Westeros.

Dia tinggal di sini sepanjang hidupnya.

Sebaliknya, kamu telah membunuh bapa kamu sendiri.

Kamu memilih untuk menyokong penceroboh asing.

Dia tidak ada pertalian dengan tanah ini.

Dia membawa tentera orang gasar.

Kamu tidak mahu gadaikan maruah diri demi nyawa.

Beta hormat keputusan tuan.

Mungkin dia boleh sertai Pengawal Malam, Tuanku.

Dia seorang satria sejati.

Pengalamannya pasti bernilai di Tembok.

Tuanku tidak boleh hantar patik ke Tembok.

Tuanku bukan ratu patik.

- Tuanku kena bunuh patik juga. - Berundur dan diam.

- Siapa kamu? - Budak dungu.

Nama patik Dickon Tarly, ayah patik adalah Randyll Tarly.

Kamulah masa depan keluarga kamu.

Perang ini telah menghapuskan sebuah keluarga pembesar penting.

Jangan biar kejadian itu berulang. Baik kamu melutut.

Tidak.

Tuanku, kurung mereka di kamar gelap selama beberapa minggu.

- Keberanian mereka akan luput. - Perintah beta muktamad.

Beta tidak mahu kurung sesiapa.

Jika itu menjadi pilihan, ramai akan memilih jalan itu.

Beta memberi mereka pilihan dan mereka telah memilih.

- Jika tuanku mula memancung... - Beta tidak mahu memancung.

Tuanku.

Lord Randyll Tarly, Dickon Tarly, beta yang bernama...

Daenerys Targaryen yang pertama...

Pemecah Rantai dan Ibu Naga menjatuhkan...

hukuman mati ke atas kamu.

"Dracarys".

Tuan.

Kita kehilangan berapa orang'?

Kami belum mengira sepenuhnya.

Bukan tentera saja boleh memenangkan perang.

Kita ada emas Tyrell, Bank Iron menyokong kita...

kita boleh mengupah askar upahan.

Tak sama dengan tentera kita tapi mereka akan bertempur...

jika bayarannya lumayan. Mereka akan dapat bayaran tinggi.

Saya telah melihat askar Dothraki bertempur.

Mereka mampu tewaskan askar upahan...

dan mana-mana tentera yang pernah saya lihat.

Mereka anggap perbuatan membunuh sebagai sukan.

Naganya membakar seribu gerabak. Kala Jengking Qyburn melepaskan...

anak panah yang amat besar tetapi ia tidak menghalang naganya.

Dia ada tiga ekor naga.

Kita tidak boleh menang dalam perang ini.

Jadi, apa patut kita buat? Minta berdamai?

Saya duduk di takhta ayahnya yang awak telah khianati.

Awak telah membunuh dia.

Dalam fikirannya, dia sedang menang.

Tawaran apa akan dia berikan?

Mungkin kita boleh minta Tyrion berunding bagi pihak kita.

Dia boleh tebus dosanya kerana membunuh ayah kita dan anak kita.

- Bukan dia. - Awak nampak busur silang...

- dan mayat ayah kita. - Saya tak cakap pasal ayah kita.

Tyrion tidak bunuh Joffrey. Dia tidak terlibat.

Setelah sekian lama, saya kagum...

Olenna dalangnya. Dia mengaku sebelum dia mati.

Sebelum atau selepas dia minum racun yang disediakan oleh awak?

- Selepas dia minum racun. - Awak percayakah?

Kalau awak jadi Olenna, awak mahu cucu awak berkahwin...

dengan Joffrey atau Tommen'?

Siapa lebih mudah dikawal oleh Margaery?

Siapa akan menjadikan Olenna pemerintah sebenar Tujuh Kerajaan?

Dia bercakap benar.

Saya tak patut dengar cakap awak.

- Dia patut mati menjerit. - Dia sudah mati.

Anak, cucu dan semua ahli keluarganya sudah mati.

Kalau kita tidak tamatkan perang ini, kita pula akan...

- menyusuli mereka. - Jadi, kita berjuang sampai...

mati atau tunduk dan mati, saya telah buat pilihan saya.

Seorang askar patut tahu apa dia harus lakukan.

Ia memang cantik.

Bukan perkataan itu yang terlintas di fikiran patik tapi...

ya, ia memang cantik. Raksasa yang cantik.

Beta tidak anggap ia raksasa. Tak kira betapa besar atau...

menakutkan ia kepada orang lain, ia adalah anak-anak beta.

- Tuanku tak pergi lama. - Tidak.

Jadi?

Musuh beta semakin kurang berbanding semalam.

Tuan tidak tahu apa perasaan tuan tentang perkara itu.

Ya.

Berapa bilangan terkorban dibunuh tentera tuan ketika...

...Tuan merampas semula Winterfell daripada Keluarga Bolton?

- Ribuan terkorban. - Kita mahu membantu rakyat.

Kita perlu berada di kedudukan yang kuat untuk membantu mereka.

Ada masanya, kekuatan itu tidak menyenangkan.

Apabila tuan tiba di sini, Ser Davos berkata tuan ditikam...

- di jantung demi rakyat tuan. - Ser Davos terbawa-bawa.

Jadi, ia sekadar ungkapan?

Lelaki ini kata dia kawan Khaleesi.

Dia memang kawan beta.

Tuanku.

Jon Snow, ini Ser Jorah Mormont.

Dia seorang kawan lama.

Saya pernah berkhidmat dengan ayah awak. Dia lelaki yang handal.

Kamu nampak sihat. Kamu telah jumpa penawar?

Patik tidak akan datang jika patik tidak sembuh.

Patik kembali untuk berkhidmat kepada tuanku.

- Jika tuanku sudi terima patik. - Dengan bangganya.

Utusan.

Kita kena hantar utusan.

Saya kurang percaya. Ramalan malapetaka terlalu...

banyak terutamanya menjelang musim sejuk.

Saya ingat lagi Wolkan, dia takut-takut tapi tajam fikiran.

Wilayah Utara melemahkan daya fikiran seorang Maester.

Tak pasti jika ia kerana kesejukan, minuman atau orang di sana.

Budak lumpuh itu mendakwa dia telah melihat Tentera Maut...

- berarak di sebalik Tembok. - Dengan bantuan ajaib burung...

- Raven Bermata Tiga? - Memanglah ia keterlaluan.

- Namun, kita patut membalas. - Brandon Stark.

- Budak lumpuh itu. - Kamu kenal dia?

Saya membantu dia merentasi Tembok beberapa tahun lalu.

Saya melihat dia pergi ke kawasan di luar Tembok.

- Dan? - Entah bagaimana...

budak lumpuh itu masih hidup selepas merantau beberapa...

tahun di sebalik Tembok sedangkan orang lain mati?

Pengawal Malam, Orang Liar atau sesiapa pun tidak kembali.

Mungkin kita patut dengar apa dia nak kata.

Mungkin kamu perlu dikerah membuat banyak catatan lagi...

supaya pemikiran kamu lebih berdisiplin?

Kamu ada cadangan?

Semua orang di Westeros percaya dan menghormati tuan.

Kalau tuan menyatakan ancaman itu benar, mereka akan percaya.

Kalau tuan menasihati golongan pembesar kerah tentera mereka...

ke Utara untuk mempertahankan Tembok, mereka akan menurut.

Kalau tuan meminta semua Maester di Citadel menyemak...

dengan teliti catatan yang disimpan dalam arkib perihal...

Malam Panjang, mungkin mereka dapat cari sesuatu maklumat...

untuk membolehkan kita memusnahkan Tentera Maut.

Ia boleh dilakukan.

Adakah berita ini sahih? Mungkin.

Ada juga kemungkinan utusan ini sekadar suatu helah...

oleh Ibu Naga untuk mengumpan tentera Selatan dari kawasan...

yang sedang mereka pertahankan dan membuatnya terdedah kepada...

musuh untuk ditawan dengan mudah.

Penjelasan itu lebih masuk akal daripada burung ajaib yang...

boleh bercakap dengan seorang budak yang lumpuh.

Tolonglah, Ketua Maester. Berita ini sahih.

Saya telah melihat mereka.

Kita akan minta penjelasan daripada Maester Wolkan...

yang berada di Winterfell.

Saya berjanji. Kita akan siasat perkara ini.

- Tolonglah, Ketua Maester. - Itu saja, Tarly.

Saya teringat karya Jenny dari Oldstones, dia perempuan murah.

Dia mendakwa dirinya keturunan Kanak-Kanak Hutan.

Jangan lupa pula Utusan Lodos yang berjanji Dewa Lemas...

akan bangkit semula dan memusnahkan Penakluk Aegon.

Lodos.

Bapa dan adik diakah yang temui ajal mereka...

dibakar hidup-hidup'?

- Malang sungguh. - Itu sangat malang.

Saya belum sampai hati nak memberitahunya.

Dia budak baik.

Baiklah.

Bilik utusan terbiar kali terakhir saya memeriksa.

Kesemua pemerintah akan tuntut rakyat melutut kepadanya.

Itulah sebabnya mereka pemerintah.

Dia memberi pilihan kepada Tarly, askar yang menjadi musuhnya.

- Apa lagi boleh dia buat? - Tidak bakar dia hidup hidup...

More Malay subtitles for Game of Thrones

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left