처음 154줄입니다.
Max! Saya nak belajar!
- Apa? - Saya nak belajar.
Nanti dulu.
Apa awak cakap tentang jeruk?
Bukan jeruk. Awak bising dan saya tak boleh belajar Liga Matematik saya.
Liga Matematik? Bukankah ia boleh memusnahkan
semua peluang untuk ada kehidupan sosial?
Awak banyak menghabiskan masa seorang diri dalam sarangnya.
- Saya tiada masa untuk berkawan. - Parti tari-menari kita tak bermakna?
Awak mungkin tak tahu, saya nak lancarkan Max 10 ke stratosfera.
Liga Matematik lebih penting.
- Roket lebih penting. - Liga Matematik.
- Roket. - Baik, roket!
SAYA MAHUKAN ANDA!
Roket ciptaan saya! Saya nak tekan butang itu.
Masih boleh tapi ia tak lancarkan apa-apa.
SYARIKAT PERPINDAHAN ACE
Apa awak lihat tak sama dengan yang sebenar
Jalani kehidupan kami dengan rahsia
Kami di sekitar, pasti awak tak sedar
Jalani kehidupan kami seperti orang biasa
Keluarga yang bahagia, itu yang kami cuba jadi
Semakin awak rapat, semakin awak nampak rahsia
Mungkin itu semua disangka realiti
Hanya keluarga biasa, cuba menjadi normal
Serta jauhi masalah, hidup dalam dua kehidupan
Ya! Saya dapat hadiah!
Siapa perlahan, kalah. Aduh!
- Siapa ambil dikenakan laser. - Jika tembak Billy, mak dapat hadiah.
Bagus. Mak memang nak benda yang bercahaya dalam gelap. Tak kisahlah.
Teruknya. Sudah enam hari berturut-turut surat khabar saya hilang.
- Ada penjahat mencurinya. - "Miscreant" itu apa?
Surat khabar itu apa?
Kita pindah ke subbandar yang jauh
dari Metroburg dan kita fikir tak perlu banteras jenayah lagi.
Tak perlu, Hank. Awak adi wira yang dah bersara. Sudah lupa?
Jenayah tak bersara.
Mula-mula surat khabar, selepas itu barang kemas berharga.
Sejak bila saya ada barang kemas berharga?
Sekarang saya jahat?
Saya nak roti bakar. Saya nak belajar untuk Liga Matematik.
Kenapa awak begitu taasub dengan Liga Matematik?
Aktiviti ini membantu permohonan ke Universiti Wira.
Saya tak boleh tunjukkan kuasa, jadi saya akan tunjuk kekuatan minda.
Kenapa? Supaya awak dapat pelekat yang tertulis "Saya Atlet Matematik"?
Lebih baik daripada "Saya Orang Dungu".
Namun, saya lebih pandai matematik daripada awak.
Ayah, siapa lebih pandai? Saya atau Max?
Ibu bapa takkan jawab soalan begitu.
- Phoebe lebih pandai. - Apa?
Dia dalam kelas kepujian matematik dan kerap dapat A.
Kamu pula dapat huruf-huruf lain.
Di Universiti Penjahat, mereka tak pentingkan gred.
Kami pentingkan gred. Esok dapat kad laporan.
Jika gred kamu tak meningkat, kami akan ambil alat-alat perosak kamu.
Sesuatu yang kami patut buat dua tahun lepas.
Semoga awak boleh naikkan gred dalam satu hari.
- Semoga awak boleh elak kerusi itu. - Kerusi apa? Aduh!
Saya akan hantar mereka. Boleh awak hantar Billy dan Nora?
Tiada masalah. Saya boleh buat.
Atau ayah boleh lantik kamu jadi teman sampingan
dan kita sendiri boleh tangkap pencuri surat khabar.
Teman sampingan?
Ini detik paling bahagia dalam hidup saya.
Seronoknya!
PEJABAT REKOD
Pasti kamu nak lihat kad laporan sebelum ibu bapa kamu tengok.
Tak boleh. Pergi ke kelas.
Tunggu apa? Mahu dipukul di punggung dengan pembaris?
Kononnya ia melanggar undang-undang sekarang.
Baik, saya pergi. Awak patut tahu "Berman" sebelum "McDougal" jika ikut abjad.
Fail awak.
Saya sudah susun tadi sebelum…
Alamak!
Biasanya saya tak begini. Tumpukan perhatian.
Bukan hari yang baik untuk berhenti minum kopi.
Okey, keluarga Thunderman. Waktu sekarang?
Jam lima pagi. Surat khabar akan sampai bila-bila masa.
Surat khabar dah sampai.
Terima kasih. Okey, ini umpannya. Semua orang faham rancangan?
Apabila nampak pencuri, saya beri isyarat. Kemudian, Billy ikat dia dengan pantas.
Nanti. Bukankah kita tak boleh guna kuasa super?
Ayah yang dah bersara. Kamu berdua sedang dilatih.
Itu namanya "jalan keluar". Ambil tempat masing-masing.
Cepat!
- Mak? Mak yang curi surat khabar? - Mak pergi joging.
Beritahu polis.
Hank, bagaimana jika jiran nampak kuasa anak kita?
Siapa yang pelik bangun jam lima pagi?
Orang pelik yang jelita! Mari sini.
Kami dah balik. Kad laporan dah sampai?
Sejak bila awak begitu teruja tentang kad laporan?
Hai, anak-anak. Mencari ini?
- Ya! - Ya!
Ingat. Sebelum kami lihat kad laporan kamu, kami menitikberatkan
usaha, begitu juga gred.
- Tidak. - Saya tahu, tapi perlu cakap begitu.
Pertama, Phoebe.
- Lima A dan satu B. - Ada B?
Kelas seni? Mak dan ayah suka gambar kuda yang saya lukis.
- Kuda! - Rupa-rupanya, kuda.
Baik. Max.
- Semua gred A? - Apa?
Ada Max Thunderman lain di sekolah kamu?
Max, mak sangat bangga dengan kamu.
Kamu sudah lupakan tentang menjadi jahat dan inilah hasilnya.
Ada orang dapat hasilnya.
Apa nak kata? Tak semua perlu dipelajari untuk dapat gred lebih baik.
Kamu dengar?
Saya nak bina roket baru. Sebab saya berhak.
Kad laporan saya kata "AAAAAA".
Kad laporan awak kata "AAAAA-BUH".
Ada lagi. Ini surat yang berkata kamu akan dipindahkan ke kelas kepujian Matematik.
- Apa? - Itu kelas Phoebe.
Kamu berdua boleh belajar bersama-sama.
- Kita patut lekatkan di peti sejuk. - Kamu punya juga, Pheobe. Itu tindakan
- yang betul. - Ya, kita mesti buat.
Cakap.
Saya tukar gred saya, tapi tak sangka ini berlaku.
Saya kerja kuat untuk masuk dalam kelas itu. Awak mesti pindah keluar.
Bunyinya macam leceh. Saya boleh tidur saja.
Elok juga. Bukannya awak boleh kejar pun.
- Apa awak cakap? - Ia terlalu mencabar untuk awak.
"Mencabar"? Tiada masalah matematik saya tak boleh selesaikan.
Bagaimana dengan awak campur kelas ini, hasilnya gagal?
Bagaimana dengan awak bahagi tutup mulut bersamaan dengan pergi?
Mesti baiki sindiran matematik.
Okey. Sebaik saja surat khabar sampai…
Surat khabar dah sampai.
Terima kasih. Ayah nak letak di sini.
Atas kertas perangkap lalat yang besar.
Pencuri akan tertangkap dengan perangkap melekit.
Biar betul. Kertas perangkap lalat? Itu saja boleh difikirkan, Thunder Man?
Antara teman sampingan yang terbaik ialah mereka yang senyap.
Okey. Ayah nak ubah benda ini sedikit supaya…
Tangan ayah.
Siku ayah. Tunggu.
Tidak. Muka ayah.
Sedih, bukan? Billy?
Dada saya. Siku. Siku satu lagi.
- Phoebe! - Phoebe!
- Siap! - Rekod baru.
Phoebe, awak memang hebat. Saya harap kita dalam pasukan yang sama.
Saya mahir dalam persamaan kuadratik.
- Bukan seperti orang itu. - Sekali saja.
Hari itu ada banyak debunga.
Baik, murid-murid. Berita menggembirakan.
Cikgu sudah pilih dua kapten pasukan Liga Matematik.
Kapten pasukan pertama ialah Phoebe Thunderman.
Menentang Phoebe ialah seorang pelajar baru
yang merayu dengan cikgu di tempat letak kereta untuk menjadi kapten pasukan,
- Max Thunderman. - Hadir!
Max?
Saya bawa gula-gula kapas untuk semua orang.
No comments yet. Be the first to leave one.