릴리스 정보

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo 2016 E09 Semua HDTV MSC
다음의 해설 Aliff Najwan
Drama boleh download di 'kissasian.com' // Malaysian Subbers Crew // Weightlifting Fairy Kim Bok Joo E09!

태그

HDTV
hdtv
HD
게시일: 2016-12-25
다운로드: 43
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

(Pasukan Angkat Berat Universiti Sukan Haneol)

Bok-joo.

Betullah awak, Bok-joo.

Apa awak buat di sini?

Bok-joo, kenapa tak beritahu saya awak dah sampai?

Dia kata dia ingin melawat kampus saya...

...sebelum dia ke luar negara. Jadi saya suruh dia datang.

(Pasukan Angkat Berat Universiti Sukan Haneol)

Abang Jae-yi, sebenarnya...

Sebenarnya...

Jangan cakap.

Saya atlet angkat berat di sini.

Saya tipu tentang jurusan celo dan juga...

...tentang ke luar negara.

Dr. Jeong, maafkan saya.

Saya pun terkejut kali pertama jumpa dia di klinik abang.

Tapi apa boleh saya buat?

Bok-joo minta saya rahsiakannya.

Sekurang-kurangnya berilah petunjuk.

Abang langsung tak tahu.

Saya tak boleh buka mulut.

- Dia sangat terdesak. - Apa sebabnya?

- Apa? - Kenapa dia...

...tipu untuk ke klinik abang? Dia atlet angkat berat.

Itu...

Mungkin dia ingin turunkan berat badan.

Nampaknya dia suka seseorang.

Dia masih seorang wanita.

Mungkin itu sebabnya.

Bok-joo sendiri sedang hadapi masalah.

Pasukan dia dapat tahu.

Profesor dan jurulatihnya sangat marah...

...dan ayahnya berang. Kucar-kacir betul.

Yakah?

Aduh, abang rasa bersalah.

Macam mana ini?

Abang tak tahu apa-apa.

Salah dia kerana menipu.

Tapi dia seorang atlet dan abang suruh dia kurangkan berat.

Sudahlah. Semuanya dah tamat.

Dia fikir dia takkan dapat ke klinik abang lagi...

...sebab itu dia tipu kata dia akan ke luar negara.

Abang tak perlu risau.

Siapa orang yang dia suka itu?

Abang.

Apa?

Saya lapar.

Kenapa tiba-tiba saja dia muncul...

Semuanya dah berakhir, bukan?

Tentu dia fikir saya seorang penipu, betul tak?

Ini tak sepatutnya berlaku. Teruknya. Macam mana ini?

Untuk menukar sebuah penipuan kepada kebenaran...

...kita perlukan tujuh penipuan.

Satu penipuan membawa kepada penipuan lain dan...

...penipuan itu akan menghasilkan satu lagi penipuan...

...dan saya menjadi mesin penipuan.

Macam mana ini?

Saya malu dengan diri saya sendiri.

(Episode 9, Nilai Menyukai Seseorang)

Bok-joo!

Dia tak ada di sini.

Dia ke mana? Telefon pun tak berjawab.

Dia makan ginsengkah? Kenapa dengan dia?

Entahlah.

Entah-entah dia bertembung dengan doktor itu?

Mustahil. Joon-hyung selamatkan dia.

- Kawan dia cakap begitu. - Betul juga.

Habis itu dari mana datangnya kekuatan luar biasa itu?

- Betulkah belakang dia sakit tadi? - Budak gila itu.

Hei, dia dah berhenti. Pergilah halang.

Dia takkan dengar cakap saya. Dia seperti lembu gila sekarang.

- Sudahlah! - Sudahlah!

Si-ho, awak hilang imbangan.

Gerakan awak...

...tertangguh kerana awak terlalu fokus pada pusingan.

Tak boleh jadi. Untuk selamat, kita buat empat pusingan saja.

Tak apa. Saya akan cuba lagi.

Okey. Awak cuba dulu.

Kita sesuaikan kemudian.

Hebat! Cik Seong, nampak tak apa yang Soo-bin baru buat?

Hebatnya.

Kenapa awak tak berlatih bahagian awak?

Saya hanya ingin cuba.

Untuk lihat jika ia begitu sukar.

Helo, Si-eon.

Ayah dah keluar dari rumah?

- Dia bawa semua barang dia? - Ya.

Katanya dia akan ke Ulsan.

Ayah sengaja cari kerja di sana.

Mak pergi kerja tanpa bercakap dengan ayah.

Orang asyik datang untuk melihat rumah itu.

Apa yang kakak buat untuk kami?

Saya suruh kakak halang semua ini dari berlaku.

Kakak patut halang mereka.

Kakak dah cakap dengan mak, tapi...

Kakak fikir bercakap saja...

...akan buat mak ubah fikiran?

Kakak patut ugut mak.

Menangis, merayu dan buat apa saja untuk halang dia.

Semua ini berlaku kerana sukan gimnastik kakak itu.

Jangan cari saya.

Si-eon!

Dia dah hilang akal. Tak siapa boleh halang.

Entahlah.

Sekejap lagi tentu dia akan pengsan.

Kenapa dengan dia itu?

Saya ingin tahu sebabnya.

Saya pun tak tahu.

Tentu dia tak puas hati tentang sesuatu.

Saya tak nak tahu.

Saya dah letih tengok dia macam ini.

Nampaknya dia akan berhenti.

Aduhai.

Tanggalkan ini.

Bangun.

Aduhai.

Sebab awak saya akan mati awal.

Hei.

- Awak tak nak cakapkah? - Awak tak perlu tahu.

Tak ada guna awak tahu. Sudahlah.

Kenapa abang awak...

...seorang yang baik hati, tak macam awak...

...tak boleh berjumpa Bok-joo?

Apa? Awak sengaja kutuk sayakah?

Dah lama kita tak keluar...

...jadi saya sediakan sesuatu.

Awak cakap baru saya cakap.

Sudahlah. Saya pun tak nak tahu.

Janji temu berenam.

Mereka adalah ratu Universiti Wanita Sukyoung.

Seorang dari mereka ialah kawan saya di media sosial.

Orangnya memang sangat cantik.

Wajahnya seperti seorang selebriti.

Macam mana?

Saya tak percaya.

Kita tak rugi apa-apa. Marilah pergi.

Mungkin ini adalah peluang yang baik untuk kita.

Helo, Si-ho.

Dinginnya.

Genggaman awak terlalu dekat.

Angkat macam ini.

Bok-joo, genggaman awak!

Lagi!

Guna otot perut!

Guna lagi.

Guna otot perut awak.

Awak tak fokus.

- Bercangkung dengan pantas. - Jurulatih Choi.

Biar mereka balik awal.

Ini hujung minggu terakhir sebelum pertandingan.

Tapi berat mereka masih belum cukup.

Begitu juga dengan tenaga.

- Mereka tak boleh keluar. - ltulah sebabnya.

Mereka patut pulang dan makan makanan sihat.

Baiklah.

Makan kerana azam, bukan kerana rasa.

Woon-gi mesti tambah 1 kilogram, dan Bok-joo, 1.5 kilogram.

- Faham? - Ya.

- Faham. - Pergilah berehat.

Pergilah jumpa keluarga kamu.

Dan makanlah sambil berehat.

Jika kamu gagal naikkan berat badan...

...bersedialah untuk makan 1O pinggan sehari, faham?

Faham.

Faham.

Susah untuk naikkan berat, bukan?

Tak apa. Bukan saya seorang saja yang susah.

Jika awak muak makan protein...

...tambah telur dan roti sekali.

Saya cuba lepas Sang-chul ajar saya.

Rasanya boleh tahan juga.

Okey, saya akan cuba.

- Awak nak pulang? - Tak.

Saya tunggu seseorang.

- Aduhai. - Saya akan cuba.

Awak tak boleh pergi saja selepas kotorkan kerusi ini.

Ia hanya susu tepung.

Takkanlah perlu bayar kos cucian?

Bok-joo, saya pergi dulu.

Jumpa lagi.

Pelajar jurusan Sastera lnggeris...

...tentu tak ada masalah ke luar negara, bukan?

Tentu kamu amat fasih berbahasa lnggeris, bukan?

Tak juga.

Kamu tak berenang di Lautan Pasifik hanya kerana kamu perenang.

Lautan Pasifik?

Awak memang pandai buat lawak.

Awak...

...memang tak banyak cakapkah?

Ya, jika dibandingkan dengan dia ini.

Apa kategori awak?

Jarak dekat?

Ya, sebab itu saya tak banyak cakap.

Perenang jarak dekat rupanya.

Maaf.

Bukankah ini Bok-joo yang teramat sibuk?

Terima kasihlah kerana telefon setelah tiga kali awak tak jawab.

Awak di mana? Di rumah?

Tak, saya di luar.

Tentu Dr. Jeong sangat terkejut, bukan?

More Malay subtitles for Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left