처음 200줄입니다.
Awak tak boleh bersama lelaki ini!
Hei, lepaskan tangan ini dan mari kita berbincang.
Kenapa tiba-tiba saja?
Kang Jae, kenapa awak begini?
Woo Ri!
Mari kita bercakap di luar.
Tidak, jangan.
Nanti saya datang balik.
Mari pergi.
Saya rasa Kim Bok Rae ialah penjenayah. Awak dalam bahaya.
Apa maksud awak? Jelaskan supaya saya faham.
Saya dengar seseorang di Diamond ialah Pengerusi Kim...
...jadi saya sedang menyiasat.
Saya rasa Kim Bok Rae ialah Pengerusi Kim.
Awak ada bukti? - Ya.
Masalahnya ialah...
...saya ada bukti, tapi ia dah hilang sekarang.
Apa?
Kang Jae.
Macam mana awak tahu saya ada di sini?
Saya tak beritahu sesiapa saya ada di sini.
Awak jejak lokasi saya?
Ada pembunuhan berlaku di hospital...
...jadi saya faham yang polis mungkin mengesyaki dia.
Tapi awak tak patut biarkan perasaan awak mengganggu siasatan.
Saya harap perkara begini tak berlaku lagi.
Saya masuk dulu.
Tak guna.
Saya minta maaf bagi pihak Kang Jae.
Kenapa pula awak nak minta maaf?
Tapi kenapa dia perlu meluru masuk pada saat yang penting begini?
Saya sedang menyanyi lagu itu tadi...
Mungkin itu perkara yang baik.
Saya rasa sangat malu sehingga saya mahu menghilangkan diri.
- Kenapa saya nak marah? Tiada apa-apa. - Awak tak marah, bukan?
Tentulah saya tak marah. Saya bergurau saja.
Masuklah.
Saya masuk dulu.
Terima kasih.
Saya tahu awak ada di sana. Keluar.
"Kutlet Khinzir Seo Gwi Nyeo"
Apa? Awak fikir saya tak tahu?
Biar saya cakap sesuatu.
Baik awak dengar baik-baik.
Jika perkara buruk berlaku kepada Woo Ri...
...saya akan...
...ikut awak hingga ke hujung dunia dan hancurkan awak.
Kenapa awak sebut dialog Won Bin dalam "The Man From Nowhere"?
Kenapa tiba-tiba saja awak bercakap kasual?
Biar saya tanya awak sesuatu.
Adakah awak anggap saya sebagai suspek utama...
...berdasarkan penilaian objektif awak sebagai detektif polis?
Atau awak bertindak...
...mengikut emosi sebagai bekas teman lelaki Woo Ri?
Jika awak...
...bertindak mengikut emosi dan menuduh saya sekali lagi...
...saya takkan berdiam diri.
Awak takkan berdiam diri?
Saya perhatikan awak.
Ya, tuan. Saya pergi dulu.
Awak telah digantung selama seminggu. Berehatlah.
Saya akan teruskan siasatan.
Bukankah saya dah beri amaran yang ini akan berlaku kalau awak cari pasal dengan Diamond?
Saya kata orang atasan bersaing untuk peluang...
...mengajar awak disebabkan pengerusi Diamond.
"Para detektif hanya melihat bukti."
Tuan yang ajar saya.
Awak bertindak sedangkan awak tak cukup bukti!
Saya sumpah, semasa mula-mula saya buka peti besi Raphael...
...saya nampak rantai No Man Chul.
Pengerusi Kim ada di depan kita.
Dia pecah masuk ke rumah Woo Ri! Kita mesti tangkap dia.
Okey, kami akan tangkap dia.
Tapi seminggu saja. Berehatlah dan tenangkan diri.
Berehat bantu awak lihat perkara yang awak tak nampak sebelum ini.
Kemudian awak boleh dapatkan semula keseimbangan awak.
Tiada apa-apa akan berlaku.
Tiada siapa akan mati.
Bagaimana tuan tahu?
Awak seorang sajakah yang ada gerak hati? Saya pun ada.
Pengerusi Kim tak boleh bertindak apabila tahu kita semakin hampir.
Saya tak peduli. Saya tak boleh duduk di rumah dan berehat saja.
Saya akan terus menyiasat sendiri.
Awak patut dipukul lagi. Dungu!
Hei, awak tak boleh siasat apa-apa semasa digantung kerja.
Awak bukan polis semasa digantung kerja selama seminggu. Jangan buat apa-apa!
"Polis yang mendukung Integriti dan Ketelusan"
Anda ada mesej baru.
"Lee Kang Jae telah digantung kerja."
"Dia akan berdiam diri buat sementara waktu...
...jadi selesaikan cepat. Saya tak boleh tolong awak lagi."
"Ya. Awak mesti dengar cakap saya kalau awak nak selesaikannya cepat."
"Mesej dihantar"
"Kutlet Khinzir Seo Gwi Nyeo"
Dia ambil rantai itu.
Tak guna!
Ya.
Saya nampak dengan mata saya sendiri.
Saya tak boleh berdiam diri saja.
Tuan, ia telah dimuktamadkan seperti yang tuan cadangkan.
Biar saya tandatangan. - Baiklah.
Ya.
Apa?
"Kutlet Khinzir Seo Gwi Nyeo"
"Kutlet Khinzir Seo Gwi Nyeo"
Awak tak boleh siasat apa-apa semasa digantung kerja.
Awak bukan polis semasa digantung kerja selama seminggu. Jangan buat apa-apa!
Aduhai! Macam mana rasanya boleh sesedap ini?
Meremang bulu roma saya.
Saya peminat awak, Cef Seo Gwi Nyeo.
Jadi awak peminat MSG. - Apa?
Kamu boleh diam tak?
Tuan Raphael. Bagaimana awak boleh sampai begitu cepat?
Kebetulan saya ada di kawasan ini untuk uruskan sesuatu.
Jika awak berada di kawasan ini, datanglah untuk makan.
Aduhai. Dah lama saya tak makan masakan rumah.
Saya akan makan di sini setiap hari jika boleh.
Awak boleh datang setiap hari.
Sebenarnya...
...hari dah lewat. Apa kata awak tidur di sini...
...dan bersarapan dengan kami pada waktu pagi?
Mak, tolonglah.
Saya mahu, tapi itu...
Sebenarnya, paip saya pecah semalam...
...jadi saya perlu tinggal di hotel selama beberapa hari.
Kenapa awak nak tinggal di hotel? Tidur saja di sini.
Aduhai. Saya tak boleh menyusahkan awak.
Di mana dia nak tidur?
Mak akan tidur di sofa.
Melihat seseorang menikmati makanan saya buat...
...saya sangat gembira.
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan tiga kali sehari dengan kami.
Saya mahu, tapi... Aduhai.
Biar saya tidur di sofa.
Tunggu, jadi awak akan tidur di sini?
Maksud saya, jika saya tidur di sini...
Tapi saya tahu awak akan rasa tak selesa.
Tak, ini bukan tentang kita. Tuan yang akan rasa tak selesa.
Tidak, saya takkan rasa tak selesa. Saya tak kisah.
Adakah ini betul? - Mak yang mahu lakukannya.
Mak selesa dengan ini. Perbincangan tamat!
Mak selesa? Mak tak nak bersihkan solekan?
Kenapa mak tiba-tiba tukar pakaian ini sebelum tidur?
Mak tak dibenarkan pakai apa yang mak nak?
Woo Ri, kamu patut tukar pakaian. - Saya akan tukar pakaian nanti.
Ini salah.
Saya pasti dia juga rasa tak selesa. Dia tak nak keluar dari bilik.
Awak sedang menonton TV? - Ya! Mari sertai kami.
Nenek. Nenek dah tukar baju.
Tapi kenapa nenek berpakaian macam nak keluar?
Tak, saya pakai baju yang selesa.
Yakah?
Ya!
Tuan Raphael, awak rasa tak selesakah?
Tidak.
Saya rasa...
...sangat selesa di sini.
Okey. Selamat malam. - Selamat malam.
Saya tak boleh tunggu lagi.
Nanti dia keluarlah. Tunggu saja. - Aduhai, mak!
Siapa yang mandi selama sejam?
Apa yang dia buat?
Saya tak boleh tahan lagi.
Kamu boleh guna tandas di tandas luar.
Saya nak mandi dan pergi kerja. Saya dah lewat.
Agaknya dia okey tak?
Dia menyanyi. - Dia menyanyi?
Apa?
Macam manalah awak boleh menyanyi pula? Hei!
Sekejap. Hei!
Terima kasih kerana hantar saya pulang.
Saya harap awak tak lewat disebabkan saya.
Saya dah kira perjalanan saya lebih awal supaya saya tak lewat.
Tapi awak mandi selama sejam?
Apa? Apa awak cakap?
Apa? Tak ada apa-apa.
Saya sangat teruja untuk tiga hari akan datang.
Betul.
Masuklah. Awak terlewat nanti.
Saya dah rancang laluan supaya awak sampai tepat pada masanya.
Cepat masuk.
Pergi dulu. - Selamat jalan.
Apa itu? - Aduhai, Cik Yu!
Apa halnya itu?
Janji temu pagi?
Perlukah awak buat begini pada saya sedangkan awak tahu saya bujang?
Tidak, dia sedang membaiki sesuatu.
Helo.
Hai, Detektif Lee. Lama tak jumpa.
Mari kita berbincang.
Baiklah. - Okey, saya tinggalkan kamu berdua.
Raphael tidur di rumah awak malam tadi?
Awak mengekori saya sekarang?
Saya sedang siasat kes ini.
Kim Bok Rae ialah suspek utama kes ini.
Awak, mak awak dan juga nenek awak mungkin berada dalam bahaya.
Rumahnya perlu dibaiki, jadi dia tinggal dengan kami beberapa hari.
Lagipun...
...tak mungkin saya tak tahu.
Apa?
No comments yet. Be the first to leave one.