시즌 1

릴리스 정보

A Love So Beautiful S01E19 1080p NF WEB-DL DDP2 0 x264-SH3LBY
A Love So Beautiful S01E19 720p NF WEB-DL DDP2 0 x264-SH3LBY
다음의 해설 karagara
A Netflix Original Subtitle

태그

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
x264
1080
720p
720
게시일: 2021-02-08
다운로드: 24
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 109줄입니다.

SIRI ASLI NETFLIX

HOSPITAL UNIVERSITI HANKUK HOSPITAL YANG DIYAKINI

Nak makan apa?

Entah. Awak nak makan apa?

Jom keluar.

Dr. Cha, minumlah ini.

- Terima kasih. - Kebelakangan ini awak sibuk.

Dr. Park risau tentang awak.

Dr. Cha popular tak kira di mana dia berada.

Heon!

Saya dah sampai.

Lama saya tunggu awak!

Tumpang lalu.

Saya teramat rindu dan tak sabar nak jumpa awak!

Nak tahu banyak mana?

Banyak ini!

Awalnya awak datang.

Saya akan ke sana lepas ini.

Saja. Saya tak sabar nak jumpa awak.

Tentu ada sebab lain.

Awak sibuk. Saya boleh datang.

Heon.

Biar saya peluk awak sekejap.

Saya perlukan tenaga.

Sol-i.

Apa?

Saya keberatan nak sambung kerja.

Awak kena pergi?

Saya dipanggil.

Saya pergi dulu.

Pergilah.

SEPTEMBER 2016, MUSIM LURUH KE-27

KEGEMARAN

SAYANG

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

SOL-I

Jang Yeon-bok, 48 tahun, lelaki.

Pesakit tiba di hospital pada jam 9:30 pagi

dan terima ujian angiografi koronari.

Akibat restenosis,

pintasan aortokoronari terpaksa dilakukan.

Diketuai Prof. Yoo Min-hyeon,

pembedahan berlangsung selama lima jam dari jam 10 pagi hingga 3:30 petang.

Pembedahan ini berjaya dan pesakit kini stabil

tanpa bantuan intubasi.

Tahniah atas pembukaan akademi awak.

Terima kasih.

Sol-i, awak tahu awak paling lewat, bukan?

Saya akan kecil hati kalau awak tak datang langsung.

Maaf. Saya terlalu sibuk dengan permohonan kerja.

Semuanya okey?

Biasa saja.

Tentu susah. Nak saya tolong?

Tak apalah.

Nak bekerja di akademi seni perlukan bantuan orang dalam juga.

Bekerja dengan saya. Saya tolong.

Tak apalah.

- Awak rasa makin sihat? - Ya.

Awak boleh pulang selepas seminggu.

Baiklah. Terima kasih, doktor.

UBAT SHIN SOL-I

Saya hantar lebih daripada sepuluh permohonan.

Tapi kenapa tak ada satu pun panggilan?

Adakah…

Adakah…

ANDA TERPILIH UNTUK TEMU DUGA LATIHAN AMALI

Betulkah?

Heon…

Jawablah.

Awak cemerlang bukan saja di kelas,

tapi sepanjang latihan amali.

Terima kasih.

Sebab itu saya syorkan nama awak untuk program latihan di Amerika.

Apa?

Saya okey. Susah-susah saja.

Awak patut ke hospital.

Nah. Makan ubat selepas makan bubur ini.

Terima kasih, Ha-young, Jin-hwan.

Apa gunanya teman lelaki doktor? Awak patut hubungi Heon.

- Dia sibuk. - Orang lain sibuk juga.

Saya cukup cemas jika Ha-young terbersin.

Teman wanita lebih penting…

- Pergilah berehat. - Okey.

Kami pergi dulu. Moga cepat sembuh.

Semoga berjaya dengan temu duga esok. Jumpa lagi.

Ha-young, kenapa muka awak merah?

Awak dijangkiti selesema Sol-i?

Sudahlah!

Kita tengok wayang lain kali saja? Nak balik?

Saya okey.

Mari sini.

Awak tak boleh jatuh sakit.

Aduhai. Melebih betul.

Saya tak melebihlah.

MESEJ, SOL-I

Saya dah makan. Awak dah makan?

Heon, awak sibuk?

Saya tunggu panggilan awak.

Saya dipanggil untuk temu duga di Syarikat Reka Bentuk In

Temu duga itu esok.

SOL-I

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.

Selamat malam. Kita jumpa esok.

SYARIKAT REKA BENTUK IN TEMU DUGA PUSINGAN AWAL LATIHAN AMALI

RESUME

Cik Shin, awak lulusan pascaijazah.

Ya. Saya menyambung pengajian untuk memahami bidang ini

dengan lebih mendalam dan sistematik.

"Lebih mendalam dan sistematik"?

More Malay subtitles for A Love So Beautiful

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left