처음 200줄입니다.
"Berdasarkan kisah 'Tale of On Dal in Chronicles of the Three States'."
"Watak, insiden dan tarikh tidak sepadan dengan fakta bersejarah."
Pemberontakan?
Kota Juam memberontak?
"Sebelum ini..."
Saya akan terus ketuai tentera kita.
Pergi semula ke Istana Pyeongyang.
Kita tak tahu apa yang Go Won Pyo dan anaknya mungkin lakukan.
Hanya awak saja yang boleh halang mereka.
Tuanku...
Mulai sekarang, saya akan hukum pengkhianat atas kesalahannya.
Apa maksud awak dia ditahan?
Maklumkan Puak Gwanno dan Sono segera.
Suruh mereka bersenjata...
...dan pergi ke istana.
Semuanya dah berakhir, Tuan Go.
Hanya rancangan ayah saya saja yang berakhir.
Rancangan saya masih belum bermula lagi.
Menyerah sajalah, Tuan Go.
Datanglah pada saya kalau awak nak mati!
Pecah masuk penjara?
Itu bukan tanggungjawab saya untuk bebaskan dia dan ayahnya.
Apabila keadaan berubah...
...janji juga boleh diubah.
Saya akan pergi jika awak suruh saya pergi...
...dan berhenti jika awak mahu saya berhenti.
"Episod 17"
Hei! - Lepaskan saya!
Lepaskan saya!
Lepaskan saya! - Kenapa saya ada di sini?
Diam! - Lepaskan saya!
Go Won Pyo, anaknya, Go Geon...
...dan semua askar Puak Gyeru dipenjarakan.
Puak Gyeru patut berkhidmat sebagai tulang belakang empayar kita...
...tapi mereka menderhaka?
Mereka semua mesti dipancung.
Keluarga Go berdarah diraja.
Mudah untuk memancung mereka...
...tapi kita tak boleh rosakkan reputasi kita.
Tapi tuanku...
Ada apa-apa berita daripada Puak Sono?
Tuan Hae Ji Weol dan anaknya sudah menghilangkan diri.
Saya dah suruh orang cari tempat di mana mereka mungkin menyorok.
Keluarga Go mungkin berdarah diraja,...
...tapi jenayah penderhakaan adalah lebih berat.
Begitulah.
Betul kata Tuan Jin.
Tuanku perlu tunjukkan keazaman.
Awak tamatkan rawatan dan balik awal.
Jangan cakap...
...apa-apa lagi.
Awak tipu saya dan ayah saya...
...dan sekarang awak bangga dengan diri sendiri.
Jadi...
Patutkah saya kurung awak di sebelah Go Won Pyo?
Apa...
Keadaan awak dah bertambah baik?
Ya.
Disebabkan keprihatinan tuanku, saya dah sembuh sepenuhnya.
Tuhan dah bantu awak. Baguslah.
Putera sering bertanya tentang awak.
Saya minta maaf.
Ayah dah buat keputusan untuk uruskan Go Won Pyo dan anaknya?
Esok pada waktu subuh,...
...mereka akan dipancung.
Kita dah sampai? - Ya.
Helo. Awak sangat comel.
Weol, mari sini.
Baik. - Ada banyak benda cantik.
Mari kita datang kemudian dan lihat.
Saya dah sampai. - Baik.
Saya terlepas lagi.
Macam mana patut saya bidik?
Abang Dal?
Ya? - Awak dan Kak Pyeonggang bergaduh?
Tak adalah.
Saya ingat kamu berdua bertengkar tentang Tuan Go.
Dia kata dia akan setia kepada kita tapi dia menderhaka.
Berani dia?
Awak patut bunuh dia.
Saya dengar awak dah bunuh lebih 100 orang dalam pertempuran.
Bagaimana rasanya? Tentu awak rasa sangat puas hati.
Awak nak tahu apa perasaannya...
...untuk membunuh seseorang?
Kosongkan dada, penuhkan perut.
Apa yang awak buat?
Apabila menggunakan busur,...
Kosongkan hati awak, kuatkan perut awak...
...dan bidik.
Apa yang awak buat?
Lepaskan saya.
Leher atau jantung.
Itu akan tamatkan riwayatnya dengan segera.
Awak dah gilakah?
Jeneral!
Awak patut beritahu kami kalau awak nak datang.
Kami akan hantar tandu atau pedati.
Perjalanan awak tentu sukar.
Saya tak sesuai naik tandu.
Awak mak mentua puteri Goguryeo...
...dan mak kepada jeneral.
Sebelum ini, Dal pergi bunuh pengkhianat...
...dan kembali dengan kemenangan yang besar.
Ya. - Betul.
Dia bunuh orang? - Ya.
Begitu. - Ke tepi.
Nampaknya awak guna tongkat yang saya buat untuk awak.
Ia bagus dan kecil, sesuai untuk saya.
Jadi awak tak sakit?
Adakah saya akan datang ke sini kalau saya sakit?
Jadi...
...saya boleh tahu daripada suara awak yang awak hidup dengan baik.
Sikit saja.
Betul. Awak nampak macam orang bandar.
Weol, tentu awak rasa sukar.
Dulu awak sekecil kacang pis...
...dan sekarang awak dah besar.
Jangan sentuh saya.
Berani awak pegang pipi seorang wanita dewasa?
Awak dah dewasa?
Dal! - Aduhai.
Apa khabar? - Dal ada di sini.
Mak.
Dal?
Mak.
Biar saya jumpa anak saya. Peluk saya.
Mak.
Ya Tuhan... Anak mak...
Mak.
Ya.
Ya. Ini mak kamu.
Saya datang nak jumpa kamu.
Saya rindukan mak juga.
Mak tahu. Sebab itulah mak datang ke sini.
Kamu menangiskah?
Tidak.
Orang akan fikir seseorang dah mati.
Berhenti menangis.
Saya tak menangis.
Kenapa pula jeneral besar Goguryeo...
...menangis di tempat awam dan malukan diri sendiri?
Aduhai. - Mak.
Mak tahu. Mak ada di sini.
Ya.
Saya sangat rindukan mak.
Ya, mak tahu.
Bagus dan rata, bukan?
Ya. Batu pun tak ada.
Betul.
Mak.
Dah berapa lama kita tak berjumpa?
Kamu tak apa-apa?
Ya.
Rasa selesa dan hangat.
Maafkan saya, mak. Saya patut bawa mak lebih awal.
Mak tak percaya mak ada di istana ini.
Bagaikan mimpi.
Kami tinggal di sini, mak.
Ia luas dan bagus, bukan?
Nampaknya begitulah. Setiap pelusuk juga berbau harum.
Mak datang dari jauh. Rehatlah sementara mak di sini.
Mak tak patut berehat.
Mak dengar ada kekecohan berlaku di dalam istana.
Semuanya dah berakhir. Jeneral On tanganinya dengan baik.
Kamu maksudkan bunuh penderhaka?
Mana mak tahu tentang itu?
Adakah Hong Mae yang beritahu?
Atau Pil Gu?
Kenapa kamu marah sangat?
Saya tak marah.
Dal.
Mak. Apa kata mak berpindah ke bandar?
Kami akan carikan tempat untuk mak tinggal.
Tak apalah.
Ia mungkin pondok yang hampir runtuh...
...tapi mak ada rumah sendiri.
Kami akan rasa lebih tenang jika mak tinggal berdekatan.
Mak hargai niat kamu.
Tapi, fikirkanlah masak-masak.
Jangan paksa dia.
Dia tak nak.
Tuan puteri.
Perjalanan puan pasti jauh.
Dia pengasuh saya dan dia dah macam keluarga saya.
Aduhai. Terima kasih banyak.
Saya hanya dayang istana.
Kesopanan tak diperlukan.
Tuan puteri. Raja mahu berjumpa Puan Sa.
Ayah saya?
Beta nak tahu tentang wanita yang besarkan Jeneral On dengan baik...
...jadi beta nak jumpa kamu.
Terima kasih, tuanku.
Ketika saya dalam masalah besar...
...dia jaga saya dengan baik.
Dia juga marah saya seperti mana-mana mak mentua lain.
Anakku.
Tuanku, ketika itu...
...saya hanya marah dia sedikit sahaja.
Puteri yang tak takut apa-apa...
...bagaikan buku bertemu ruas dengan mak mentuanya.
No comments yet. Be the first to leave one.