처음 181줄입니다.
Selamat pagi.
Mari buat yang terbaik juga untuk hari ini!
KAUNTER IFFOLE
Penyambut tetamu Persatuan
ialah kerja pejabat, jadi sangat terjamin.
Sebagai penjawat awam, kerja ini stabil dan terjamin.
Asalkan saya pakai uniform yang comel,
bimbing pengembara dengan senyuman
dan siapkan kerja pentadbiran dengan santai,
saya boleh balik tepat pada masanya.
Ini memang kerja yang saya impikan.
Baiklah, selamat mengembara.
Sepatutnya begitulah.
Semuanya sebab kamu belum dikalahkan.
Kerja lebih masa saya
tak habis-habis!
Tak guna!
DITULIS OLEH MATO KOUSAKA
Seterusnya.
Seterusnya.
Akhirnya giliran saya.
Itu Guns, Bilah Ganas, bukan?
Dia salah seorang ahli elit Persatuan!
Aduhai, janganlah berlengah. Cepatlah datang ke sini!
Selamat datang.
Saya nak tawan ketua aras Labirin Belfla,
Naga Api Neraka.
- Ada orang boleh buat? - Biar betul?
Saya akan sahkan untuk awak.
Adakah misi kita akan berakhir?
Nampaknya semua orang tak sabar untuk lihat kami beraksi.
Labirin ini ambil masa untuk ditawan.
Dah tentulah kamu perlu minta bantuan kami,
Pedang Perak.
Awak yang ambil masa untuk tawannya!
Kali ini, memandangkan awak bersama kumpulan,
sila tunjukkan lesen kelas kedua awak.
Saya ahli Pedang Perak, kumpulan yang paling kuat dalam Persatuan.
Awak penyambut tetamu,
jadi awak pasti tahu tanpa perlu periksa lesen saya.
Dah tentulah saya tahu!
Saya berkhidmat untuk pengembara setiap hari.
Saya sentiasa ingat.
Namun, awak tak boleh sertai misi tanpa lesen.
Dah tentu, saya tahu kelas awak.
Namun, demi keselamatan nyawa pengembara,
memastikan kelas sepadan dengan tahap kesukaran labirin
merupakan tugas penyambut tetamu juga.
Begitu. Jika begitu, begini boleh?
Sila tunjukkan lesen awak.
- Saya ahli Pedang Perak… - Sila tunjukkan lesen awak.
- Guns, Bilah Ganas… - Sila tunjukkan lesen awak.
Tiada cara lain.
Terima kasih kerana tunjukkan lesen awak.
Jika begitu, selamat mengembara.
Barisan sangat panjang.
Tak nampak penghujung pun.
Tak! Ayuh, awak boleh!
Terima kasih kerana menunggu. Seterusnya.
METROPOLIS, IFFOLE
Pada masa lalu, nenek moyang benua ini,
Helcacia, dikenali sebagai Dia.
Orang kata, mereka dirahmati oleh para dewa
dan membina tamadun yang sangat maju.
Namun, pada suatu hari, mereka tiba-tiba menghilang.
Raksasa mengambil alih seluruh benua
dan menjadikannya wilayah sepi.
Kemudian, 200 tahun lalu,
ada kumpulan datang, menyusup masuk ke kurungan,
melawan raksasa dan membina semula bandar manusia.
Mereka ialah pengembara.
Daripada semua dewan penyambut tetamu di Persatuan Pengembara,
Kaunter Iffole ialah yang paling besar.
- Minum! - Minum!
Labirin Belfla bagaimana?
Labirin itu dahsyat!
- Saya dengar ketuanya sangat kuat. - Bolehkah dikalahkan?
Saya dah nak siap memproses borang permintaan.
Saya perlu kira jumlah misi yang diterima hari ini
dan susun laporan nanti.
Kemudian…
Saya nak balik ke rumah.
Saya sepatutnya menjalani kehidupan…
yang stabil
dan teratur sekarang.
Namun, langsung tak teratur.
Saya akan buat esok saja.
Tak boleh!
Jika saya tangguhkan, bertimbun nanti.
Saya perlu balik tepat pada masanya esok dan nikmati kehidupan dengan tenang!
Baiklah!
Okey, mari mulakan kerja!
Kerja saya tak berkesudahan
disebabkan ketua Labirin Belfla,
Naga Api Neraka.
Disebabkan ia tak pernah dikalahkan,
raksasa tertarik ke sana.
Kemudian, pengembara akan bergegas
untuk sertai misi demi misi hingga ia dikalahkan.
Sebab itulah kaunter sentiasa waktu siang hari
dan saya terpaksa bekerja lebih masa pada waktu malam.
Tiada penghujungnya.
Saya tak nampak harapan langsung.
Semuanya salah ketua labirin itu.
Dah sebulan saya bertahan.
Saya fikir setelah labirin ditawan,
saya akan hidup aman semula.
Bertahanlah sehingga itu, walaupun terpaksa bekerja lebih masa.
Namun, saya dah sampai had saya.
Tak guna.
Cukup-cukuplah dengan kerja lebih masa!
Saya bersumpah saya akan balik tepat pada masanya!
LABIRIN BELFLA
ARAS PALING BAWAH
Kemahiran diaktifkan, Pelindung Sigurth.
Sekarang, Guns!
Apa?
Lululee!
Sembuh!
- Lowe! - Hujan Ais!
Tak guna, magis pun tak berkesan padanya.
Ia terlalu kuat.
Mustahil untuk ditewaskan. Saya tak cukup kuat.
Teruklah begini. Kita patut berundur.
Apa? Bahaya di sini. Lari!
Kemahiran diaktifkan!
Kemahiran yang mencipta senjata?
Ini angkara kamu, naga tak guna!
Ia akan hembuskan api! Awak akan hangus terbakar!
Semuanya sebab kamu belum dikalahkan.
Kerja lebih masa saya tak habis-habis!
Tak guna!
Saya juga…
tak nak kerja lebih masa!
Kamu memang tak guna!
Biar betul?
Pakaian itu. Adakah itu Pertanda?
Pertanda?
Pengembara misteri.
Jika ada labirin yang tak dapat dikalahkan,
mereka akan tewaskan ketuanya secara solo .
Lawan seorang diri? Terlalu semberono.
Ya.
Biasanya, pengembara akan buat kumpulan dan berlawan.
Namun, Pertanda boleh uruskannya sendiri.
Saya dah boleh balik tepat pada masanya esok.
Saya buat silap lagi.
"Mencari Orang Hilang."
"Memandangkan Guns daripada Pedang Perak akan bersara,
Persatuan mencari individu berikut
untuk dilantik sebagai penyerang baru."
Adakah saya dungu?
Cik Alina!
Lyra.
Awak tahu siapa Tuan Pertanda?
Tak sama sekali.
Kenapa awak panggil dia "tuan"?
Sebab dia datang dengan bergaya untuk selamatkan orang
dan pergi tanpa kata-kata.
Tuan Jade pun popular,
tapi saya rasa Tuan Pertanda lebih hebat daripada dia!
Yakah?
Jika Tuan Pertanda sertai Pedang Perak,
mereka pasti hebat, bukan?
Tak bolehkah kita cari dia cepat-cepat?
Awak bergurau?
Jika mereka tahu saya ada lesen atas nama palsu dan tewaskan ketua,
saya akan dipecat.
Lagipun, saya penjawat awam, jadi tak boleh ada kerja sampingan.
Kerja ini menjamin kehidupan yang stabil
dan menawarkan banyak faedah.
Malah boleh bekerja seumur hidup.
Saya dapat balik tepat pada masanya
selagi saya tak perlu bekerja lebih masa.
Sebab itulah saya nak menjadi penyambut tetamu.
Saya takkan biarkan hal begini musnahkan kehidupan saya sebagai penyambut tetamu!
IBU PEJABAT PERSATUAN PENGEMBARA
Bukan dia juga.
Warna rambut dan matanya berbeza.
Betulkah dia perempuan?
Saya masih tak percaya.
No comments yet. Be the first to leave one.