처음 200줄입니다.
HARTA PERSENDIRIAN DILARANG MASUK
COTTAGEVILLE CAROLINA SELATAN
17 MEI 2026
Ellie!
Ada nama, tapi saya tak tahu.
Anak perempuan saya tahu.
Saya tahu saya jadi juri perbicaraan ini
apabila saya dapat surat dan membukanya.
CRAIG MOYER JURI
Mak saya tengok dan dia kata,
"Oh Tuhan, kamu akan jadi juri perbicaraan Murdaugh."
Kita mulakan dengan tragedi di Lowcountry semalaman.
Dua orang, ibu dan anak, terbunuh.
Penyiasat mencari punca kejadian.
Mangsa, keluarga Murdaugh dinasti undang-undang dan politik.
Perkembangan baru kes Alex Murdaugh.
Kami baru tahu pihak berkuasa menahan Alex Murdaugh.
Alex Murdaugh didakwa atas pembunuhan isteri dan anaknya.
Banyak dah berlaku.
Keluarga ini disumpah.
Misteri pembunuhan melanda negara.
Alex upah pembunuh upahan.
Kami dapat tahu pagi ini.
Banyak kejutan dalam kes ini.
Disyaki mencuri jutaan dolar wang pampasan insurans.
Ia sebahagian daripada cerita pelik ini.
Pendakwa raya kata Murdaugh menembak mati mereka berdua
untuk mengalihkan perhatian daripada jenayah kewangannya.
Ini jadi kes yang menarik dan penuh dengan kejutan.
Apa yang digelar perbicaraan abad ini di Carolina Selatan.
Berita tergempar dari Carolina Selatan malam ini, keputusan dah keluar.
Alex Murdaugh didapati bersalah.
- Bersalah. - Bersalah.
Saya yakin tanpa keraguan munasabah
bahawa dia bersalah, jadi keputusan saya bersalah.
Saya ingat ini dah selesai.
Perkembangan mengejutkan
dalam salah satu kes pembunuhan profil tinggi Carolina Selatan.
13 MEI 2026
Tiga tahun selepas keputusan ditonton ramai,
Alex Murdaugh akan dapat perbicaraan baharu.
Ini semua disebabkan tindakan kerani mahkamah ketika itu,
wanita bernama Becky Hill.
Hakim mendapati ada gangguan juri yang mengejutkan
oleh kerani mahkamah, Becky Hill.
Dia orang yang peramah. Mungkin terlalu peramah.
Dia rasa macam juri ke-13.
Banyak yang mereka kena jelaskan.
Kami hanya cuba mengharungi semua penipuan.
BERTAUBAT ATAU MATI PILIHAN ANDA
WALTERBORO CAROLINA SELATAN
Ini Jalan Walter…
DATUK BANDAR WALTERBORO
…dan di belakang sini anda nampak Dewan Bandaraya.
Sudah tentu, anda nampak pokok palmetto di sini.
Di Carolina Selatan, anda nampak banyak palmetto.
Mungkin dua majikan terbesar kami
adalah daerah sekolah dan hospital.
Kami ada banyak pertanian dan pelancongan di sini.
Pekan yang sangat mesra.
Tempat di mana anda jemput orang
dan duduk di anjung sambil minum Coca-Cola,
segelas teh ais dan berbual.
Semua perkara yang menjadikan pekan kecil ini hebat.
Awak rasa orang kenal Murdaugh sebelum semua ini?
Keluarga Murdaugh tak bersekolah di sini.
Mereka tak membesar di sini.
Mereka bukan sebahagian komuniti ini.
Tapi kerana jenayah berlaku tepat dalam sempadan daerah,
kami adakan perbicaraan dan sebagainya, jadi…
Tapi saya rasa ia seperti berkata, "Awak kenal Joe Biden?"
Semua orang akan kata "Ya, saya kenal Joe Biden,"
tapi sebenarnya mereka tak betul-betul kenal dia.
Samalah dengan keluarga Murdaugh.
COLUMBIA CAROLINA SELATAN
Selepas hampir 50 tahun kerjaya dalam undang-undang,
pasti jumpa beberapa orang menarik dan kes menarik.
DATANG BALIK BAWA WARAN.
Ada orang beri saya ular.
PECAH JIKA KECEMASAN
Saya pun tak ingat kenapa begitu.
Saya rasa ia ada kaitan dengan personaliti saya.
Serta dubuk yang sentiasa ada
yang klien saya rasa agak menghiburkan.
Saya beritahu itulah yang terjadi pada mereka jika tak bayar.
Carolina Selatan negeri yang kecil.
JOE MCCULLOCH PEGUAM
Jadi, bilangan peguam kami juga sedikit.
Saya berkesempatan luangkan masa dengan Buster Murdaugh
datuk kepada Alex Murdaugh.
Dia pendakwa raya untuk kawasan itu.
Saya kenal dia kerana saya salah seorang pendakwa.
Jadi, kami minum arak dan pergi ke konvensyen.
Apabila saya buka firma guaman sendiri,
saya ke sana sebagai peguam bela bercakap dengan kawan lama saya, Buster.
PEJABAT PEGUAM MURDAUGH
Mereka ada firma guaman hebat yang baru-baru ini ditukar nama.
Firma guaman itu menjadi yang utama di bahagian negeri ini.
Jadi, saya membesar sebagai peguam bersama keluarga mereka
dan berinteraksi dengan mereka dan saya kenal Alex.
Saya pergi ke Daerah Colleton dengan sangkaan perbicaraan ini cuma tiga minggu.
MAHKAMAH DAERAH COLLETON
Tapi ia berlanjutan enam minggu.
Saya berada di sana setiap masa.
Jadi, saya hubungi kerani mahkamah, Becky Hill.
REBECCA H. HILL KERANI MAHKAMAH
Jadi dia aturkan untuk simpan tempat duduk saya.
Becky Hill ialah kerani mahkamah, tugas mereka menguruskan mahkamah.
Tapi paling penting bila perbicaraan bermula,
menyediakan juri dengan makanan dan privasi
dan melindungi mereka daripada gangguan luar.
MYRA CROSBY JURI
Tak banyak untuk dikatakan tentang Becky Hill.
Saya rasa Becky Hill dah cakap banyak untuk dirinya.
Nama saya Rebecca "Becky" Hill…
KERANI MAHKAMAH DAERAH COLLETON
…dan saya orang asal Walterboro.
Saya sayangkan daerah dan kerja saya.
Cik Kerani, apa cerita awak?
Saya jumpa dia semasa pemilihan juri.
Dia ceria dan gembira dan minta kami buat senarai
minuman atau pastri yang kami nak pada waktu pagi,
saya rasa dia seorang yang peramah.
Mungkin dia terlalu peramah.
Sentiasa cuba untuk sangat membantu.
Tujuan anda sebagai juri…
25 JANUARI 2023
…adalah untuk putuskan fakta kes ini.
Saya rasa ia menarik dan gila
ada orang sanggup bunuh isteri dan anak dia.
Sentiasa ada dua sisi dalam kes, jadi kena selidik betul-betul.
Saya di bilik juri setiap hari lebih lama daripada saya di tempat kerja.
Anda tak boleh bincang kes dengan keluarga, kawan atau sesiapa pun.
Anda boleh nampak orang dalam penonton yang anda kenal.
Anda nampak orang media.
Anda nampak ahli politik dan anda rasa, "Biar betul."
Adakah senjata untuk bunuh Maggie Murdaugh
milik keluarganya?
Pistol untuk bunuh Maggie masih belum ditemui,
begitu juga raifal Paul Murdaugh.
Melihat semua gambar dan bukti
ia bukan sesuatu yang orang nak lalui.
Saya masih boleh tutup mata dan nampak gambar itu.
Ia mengerikan.
Malam ini, alibi Alex Murdaugh mungkin musnah
oleh video anaknya sendiri.
Sebelum video Snapchat saya tak pasti dia buat atau tak.
Pendakwa raya mendedahkan video telefon 58 saat,
bercanggah secara langsung dengan cerita Alex Murdaugh.
Itu meletakkan dia di tempat pembunuhan.
Saya sangat yakin itu dia.
Dalam video itu, boleh dengar mereka ketawa dan bergurau.
Ia buat saya tertanya-tanya.
Macam mana video ini boleh buktikan dia bunuh mereka?
Liputan ini sangat meluas.
Tak pernah ada liputan media sebegini di sini
sejak penggambaran Forrest Gump pada 1994.
Dunia datang ke Walterboro. Kami ada media dari merata tempat.
Semasa perbicaraan, seluruh kawasan ini dipenuhi orang.
Bila perbicaraan berterusan, barisan semakin panjang.
Apabila orang menontonnya di televisyen,
mereka mula datang ke sini dari merata tempat.
Jika anda boleh lihat kawasan lapang di sana,
banyak media berita beratur.
Mereka pasang khemah, 15, 20 trak satelit di sini.
Ada trak makanan.
Ada tandas mudah alih.
Ada orang di sini yang sewakannya dan ia sangat bagus.
Ia dipanggil Taj Ma-Stalls.
Jadi, kami ada beberapa Taj Ma-Stalls di sana.
Sehinggalah kami ada isu dengan kerani mahkamah…
kami beredar dengan rasa gembira tentang apa yang kami buat
dan kami buat tugas dengan baik.
Jadi kami bangga.
Apa yang ditunjukkan oleh dua rekod itu?
Semasa perbicaraan, saya tak pasti.
Saya tak ada rasa "Dia bersalah, dia tak bersalah."
Saya ada banyak soalan.
Jika saya nak sabitkan orang atas pembunuhan,
saya perlukan lebih daripada sekadar fikiran dan teori.
Ada banyak ketidakpastian.
23 FEBRUARI 2023
En. Murdaugh, sila tampil dan berdiri di depan saya,
dan Pn. Kerani, tolong angkat sumpahnya.
Hari di mana Alex akan beri keterangan,
Becky masuk ke mahkamah dan dia sangat teruja.
Anda boleh nampak di wajahnya.
Anda dah putuskan jika nak beri keterangan?
Saya akan beri keterangan. Saya mahu.
Dia kata, "Oh Tuhan, hari ini akan jadi hebat."
"Alex akan beri keterangan."
Dia cakap kami semua akan jadi terkenal.
Katanya, "Awak kena dengar betul-betul."
"Awak kena perhatikan betul-betul pergerakan badan Alex, gerak-gerinya."
"Jangan tertipu dengan apa yang pihak pembelaan kata."
"Awak akan dengar macam-macam."
Semasa dia kata begitu, saya tertanya-tanya,
"Maksudnya mereka akan tipu?"
Selamat pagi.
Belum pernah berlaku. Itu sangat tidak wajar. Ia…
No comments yet. Be the first to leave one.