처음 200줄입니다.
(dan kejadian di dalam drama ini hanyalah rekaan semata-mata.)
Awak hanyalah seorang pembunuh...
yang tidak boleh berhenti membunuh orang.
Sebab itulah awak akan mati.
Adakah awak mahu membunuh Jo Hyun Woo?
Jika itu saja cara untuk saya selamatkan awak,
saya akan buat begitu.
Tae Pyung!
Saya dari Balai Polis Gichang.
Encik Kim, adakah awak menghubungi pembuat bom bernama Sung Min Jae?
Kami ada beberapa soalan tentang percubaan awak,
untuk membunuh Jo Hyun Woo.
Sila ikut kami ke balai.
Biar saya tanya awak sebagai peguam.
Benarkah awak letak bom itu?
Ya.
Cik Jung telah perkenalkan...
orang yang pandai membuat bom kepada saya.
Cik Jung?
Ibu Oh Sung Min, yang menguruskan Ohsung Capital?
Ya.
Itu bagaimana saya diperkenalkan...
Sung Min Jae.
Tapi kenapa?
Kenapa awak cuba membunuh seseorang...
yang telah menyerahkan dirinya?
Kerana Jo Hyun Woo akan membunuh semua orang.
Dia mahu melakukan serangan bom.
Detektif...
dan orang tidak bersalah yang lain akan mati dalam letupan itu.
Adakah Detektif Seo tahu tentang hal ini?
Jangan cakap...
mereka semua sudah tahu tentang kematian mereka.
Mereka tahu.
Bagaimana dengan bom yang awak letak itu?
Adakah mereka tahu tentang itu juga?
Cik Lee...
Jika mereka tidak tahu, mari kita tangguhkan pemecatan awak.
Disebabkan ini secara sukarela, awak boleh menolak.
Sebenarnya, jika awak menafikannya,
kita boleh tutup semua ini.
Saya akan beritahu hal yang sebenar.
Jika awak buat begitu, awak akan ditangkap serta merta.
Awak akan terus dipenjarakan.
Awak mungkin tidak dapat selamatkan sesiapa.
Saya tidak boleh ulang apa yang saya sudah lakukan.
Bagaimana jika nyawa Joon Young berada dalam bahaya?
Mungkin, Jo Hyun Woo membunuh orang kerana sikap pengecut saya.
Tae Pyung.
Saya juga mahu membunuh orang.
Saya tidak boleh berpura-pura ia tidak berlaku.
Ianya bukan pembunuhan.
Ianya percubaan membunuh.
Saya akan beri keterangan bersama dia.
Ianya tidak akan mudah,
tapi saya akan lihat sama ada dia boleh disoal siasat tanpa ditahan.
Adakah awak lelaki di dalam video ini?
- Ya. - Apa yang awak buang itu?
Ada darah di dalam paip itu.
Kenapa awak membuangnya?
Jo Hyun Woo masih hidup.
Saya ada bercakap dengannya di telefon.
Betulkah dia masih hidup?
Ya.
Ini adalah vila peribadi yang jaraknya 2km...
daripada lokasi kejadian.
Saya rasa dia merawat lukanya di sini.
Dan ini.
Ini adalah mayat Na Young Sook, seorang pencuci rumah.
Dia mengarahkan seorang lelaki membawa mayat perempuan itu,
ke tempat pengebumian.
Semakin ramai orang yang tidak bersalah terkorban.
Saya bukan mahu berpihak kepada Tae Pyung.
Tapi untuk menangkap Jo Hyun Woo, kita perlukan bantuan dia.
Awak cakap ada darah di dalam paip itu.
Itu bermakna ini adalah bukti kukuh pembunuhan.
Adakah awak tahu tentang hal itu?
Ya.
Dan awak masih mahu membuang bukti itu?
Ya.
Adakah itu bermakna awak sudah lakukan persiapan...
untuk membunuh Jo Hyun Woo?
Ya.
Saya rasa ini adalah jenayah serius.
Saya berbesar hati untuk menerima hukuman saya.
Tapi jika awak biarkan dia, detektif akan berada dalam bahaya.
Kenapa?
Satu letupan akan berlaku.
Apa?
Saya tahu sukar untuk mempercayainya,
tapi bom akan meletup semasa majlis itu.
Dia akan letupkannya.
Bagaimana awak tahu?
Dia boleh lihat kematian?
Pada mulanya saya tidak percaya juga.
Tapi...
Awak tidak masuk akal.
Sekurang-kurangnya, jangan tahan dia tanpa waran.
Awak boleh gantikannya dengan waran tangkap.
Saya minta maaf.
Saya sudah lakukan yang terbaik,
tapi tidak berjaya.
Saya sudah beritahu Cik Lee.
Saya ada tulis sesuatu kepada Ketua Nam.
Sekiranya sesuatu berlaku,
jadi, saya tulis tentang...
kematian-kematian detektif.
Ia akan membantu awak...
menangkap Jo Hyun Woo.
Adakah awak ingat...
apa yang saya katakan?
Kalau awak cukup yakin yang awak boleh selamatkan mereka,
awak boleh menukar kematian mereka.
Saya akan lihat...
jika ada apa-apa yang saya boleh tolong dari dalam penjara.
Saya rindukan awak.
Saya minta maaf...
kerana datang lambat.
Hyun Woo.
Hyun Woo?
Hyun Woo.
Saya ingatkan awak tidak cam saya.
Ketika itu,
saya takut dengan awak.
Hyun Woo...
Saya benar-benar ingat...
kita akan bertemu semula.
Saya minta maaf.
Ayah bukan penjahat itu.
(Keputusan Bedah Siasat, Nam Woo Hyun)
Di mana salahnya?
Bagaimana?
Bagaimana kita boleh sampai sejauh ini?
Kenapa?
Kenapa kita?
Jurang gelap mungkin kurang menyakitkan daripada kehidupan ini.
Sekarang,
saya sendiri tidak tahu siapa saya.
Kita akan berjumpa lagi di kehidupan lain.
Jumpa lagi,
ayah.
Tidak guna.
- Ya, Ketua Yang. - Ini saya.
- Adakah awak masih di hospital? - Itu,
kami berada di Balai Polis Gichang.
Apa? Kenapa awak ada di sana?
Mereka jumpa bukti yang Tae Pyung telah membeli bom.
Dia sedang disoal siasat sekarang.
Tidak guna. Mereka agak pantas.
Lupakannya.
Syif kerja akan bertukar nanti. Datang ke balai sekarang.
Baik, tuan.
Bagaimana dengan Tae Pyung?
Nampaknya dia ditahan tanpa waran.
Sudah jelas dia memusnahkan bukti itu.
Kami tidak dapat yakinkan detektif itu.
Ini adalah surat yang Tae Pyung tulis sebelum kejadian.
Tae Pyung cakap dia tulis kematian yang dia nampak.
Dia cakap ia boleh membantu awak bersedia untuk serangan bom itu.
Kepada Ketua Nam.
Seorang penyair pernah berkata.
Kematian yang awak tahu...
adalah kematian yang sangat menyakitkan.
Maafkan saya kerana masih menulis surat ini kepada awak.
Saya akan menulis...
tentang kematian awak,
kematian Ketua Pasukan Han,
kematian Kang Jae, dan kematian Bong Soo...
di dalam surat ini.
Kematian tragik seperti awak semua...
tidak sepatutnya berlaku.
Sekiranya awak membaca surat ini,
itu bermakna...
Jo Hyun Woo masih lagi hidup.
Saya tahu saya akan bertemu dengan dia lagi dalam hidup ini.
Tapi selepas berjumpa Joon Young,
saya menyesal kerana memberitahu tentang kematiannya...
20 tahun lepas.
Awak akan bunuh diri...
di depan pegawai polis.
Saya beritahu tentang kematian dia kerana saya masih kecil dan takut.
Apa yang saya katakan mungkin telah menyeksa hidupnya.
Begitu juga dengan saya.
Selepas melihat kematian dia,
saya tidak pernah rasa tenang.
Saya sangat berharap...
yang kematian saya akan menukar...
kematian dia.
Ketua Nam, tolong lindungi dia.
Lindungi Joon Young,
ahli-ahli Bahagian Jenayah Satu,
dan...
Encik Lee Jun Hee.
Pembunuhan boleh bertukar.
Saya harap usaha awak semua...
akan berhasil.
Dalam kematian yang saya nampak,
Encik Lee...
masuk ke auditorium di bawah arahan Jo Hyun Woo.
"Kain rentang di auditorium itu bertulis,"
No comments yet. Be the first to leave one.