처음 200줄입니다.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Pilih.
Sama ada nak mati bermaruah
atau mati di tangan orang lain.
Kalau awak mara selangkah lagi,
saya akan bunuh awak.
Bunuhlah.
Puan kata, dia cuma pelanduk dua serupa.
Tapi kenapa Park Jung-gil…
Kenapa dia cuba untuk ingat siapa saya?
Sepatutnya, dia tak boleh kenal siapa saya.
Sebab itu kamu takut?
Sebab kamu bunuh orang yang dia sayang?
Nampaknya kamu tak nafikan.
Kadangkala, kata-kata yang paling jujurlah
yang paling menghiris hati.
Kenapa puan
suruh saya ketuai Pasukan PR?
Supaya kamu dapat
apa yang kamu nak.
Saya nak tahu.
Sebab kamu orang pertama yang begitu berani.
NAFAS
Sedap.
Saya pesan Americano ais untuk awak. Awak pergi mana?
Choi Jun-woong.
Fokus.
Baik.
Macam yang kamu berdua nampak,
kita ada dua kes kali ini.
Cha Yun-jae. Cha Yun-hui.
- Mereka adik beradik, tapi sebaya. - Kembar.
Kita boleh nampak indeks kemurungan Cha Yun-hui sangat tinggi.
Indeks Cha Yun-jae juga tinggi berbanding orang biasa.
- Minuman dah siap! - Okey.
Awak pergi, En. Lim. Saya nak ajar dia sikit.
- Apa? - Saya? Kenapa?
Pergilah.
Kenapa tiba-tiba nak ajar saya pula?
Agak-agaklah.
Takkanlah saya nak ajar awak di tempat macam ini?
Saya nak beritahu awak sesuatu.
Apa dia?
Begini.
Aduh, janganlah takutkan saya.
Cepatlah cakap. Saya ada buat salahkah?
Saya cakap macam ini sebab saya takut awak buat silap.
Awak kena lebih berwaspada untuk kes ini.
Kenapa?
En. Lim sensitif dengan kes kali ini.
Jadi, jaga dia baik-baik.
Kes apa?
Kes keganasan seksual.
Tak nak masuk?
Tak apalah.
Rakaman video ini adalah dari CCTV di Yanghyeon-dong, Seoul.
Seorang lelaki mencederakan seorang wanita di jalanan.
Apabila wanita tersebut cuba melarikan diri…
Wanita dalam video ini
adalah Yun-hui.
Pelaku dijatuhi hukuman penjara dua tahun dalam perbicaraan pertama.
Sekejapnya.
Ibu bapa Yun-hui telah failkan rayuan.
Perlu turunkan indeks kemurungan mereka walau apa cara sekali pun.
Supaya mereka boleh buat rayuan.
Cha Yun-hui mungkin tidak selesa dengan lelaki. Biar saya akan uruskan dia.
Kamu berdua pergi cari Cha Yun-jae.
Dia sedang buat bantahan sekarang.
Baik.
En. Lim jadi macam itu bukan sebab kes ini saja, betul tak?
Terus teranglah dengan saya. Barulah saya tak buat silap.
Semasa dia masih kecil,
mak dia diperkosa sekumpulan lelaki.
Kemudian, mak dia bunuh diri.
Mesti sukar bagi dia
untuk kendalikan kes kali ini.
HOSPITAL UNIVERSITI MYEONGSIN
Cik Cha Yun-hui.
Saya Koo Ryeon, pendakwa raya untuk kes awak.
PERKHIDMATAN PENDAKWA RAYA PENDAKWA RAYA KOO RYEON
SEMAK SEMULA HUKUMAN PELAKU KEGANASAN SEKSUAL!
Helo, En. Cha Yun-jae?
Ya.
Saya Choi Jun-woong, wartawan akhbar tempatan di Yeonha-gu.
Ini Lim Ryung-gu, juga wartawan.
Helo.
Kami datang selepas dapat tahu tentang kisah awak dan ingin membantu.
WARTAWAN CHOI JUN-WOONG
Begitu rupanya. Terima kasih.
Mesti awak susah hati.
Memang patut pun susah hati.
Sebab semua ini salah saya.
Ingat hal ini boleh buat main?
Saya tak kisah kita kalah atau menang. Tolong berhenti.
Perasaan saya tak pentingkah?
Tak perlu buat apa-apa. Memang semua salah saya.
Saya tak nak jumpa sesiapa. Jangan datang ke sini.
Saya tak nak lalui perbicaraan lagi. Cukuplah!
Awak dengar, bukan?
Pergilah.
Tak.
Saya nak dengar lagi.
Kalau awak nak tahu apa-apa, cari saja di Internet.
Semuanya ada di situ.
Mari kita ubah semua itu.
Bolehkah undang-undang ditukar kalau pendakwa raya bertukar?
Saya tak berminat nak buat rayuan.
Tapi saya
sangat berminat dengan awak, Cik Cha.
Saya lebih suka buat keputusan lepas dengar sendiri daripada mulut awak.
Saya akan tunggu di sini. Apabila dah sedia, ceritakan kepada saya.
Semuanya salah saya.
Salah saya dia jadi pendiam macam sekarang.
Salah saya dia hanya pakai pakaian lelaki yang besar
sedangkan dulu dia suka berdandan.
Kalaulah saya…
tak benarkan dia pergi macam itu pada hari kejadian,
semua ini takkan jadi.
Apa ini?
Dah gilakah?
Hei.
Berani panggil wira kau ini "gila"?
Tak nak bangun? Tak nak pergi sekolah?
Kau akan dapat F kalau terlepas kelas hari ini, bukan?
Hei, aku dah bangunlah! Sudahlah!
Hei, hari ini aku ada hal. Aku balik lambat.
Apa? Aku pun ada hal juga.
Hei!
Aku dah cakap jangan biar jadual kita bertindih.
Sejak kita pindah keluar, mak asyik telefon setiap hari.
- Nak buat macam mana ini? - Yalah. Aku tahulah.
Pergi berambus. Cepat!
Jangan cakap saja.
Tak pandai berfikir langsung.
Tak boleh pakai.
- Hei! - Apa?
Dia ini memang…
Hei, mari minum.
- Minum! - Minum!
Kehidupan kolej aku dah musnah.
Hidup kau saja yang musnah.
Kenapa datang minum di sini juga?
Kita tak kenal. Jangan cakap dengan aku. Jangan pandang. Okey?
Pastikan.
- Mari! - Mari!
Dia inilah!
Wah, kembar pun suka bar yang sama?
Hei, muka kau dengan adik kau tak sama langsung.
- Betul tak? - Itulah.
Aku ingat semua kembar seiras.
Terima kasih atas pujian. Ini detik paling bahagia aku tahun ini.
Aku sentiasa berterima kasih kepada mak ayah aku sebab kami tak seiras.
Aku makin streslah. Jom minum lagi.
Cepat sangatlah.
Hei, minum!
- Minum! - Minum!
Jom keluar.
Nak pergi ke mana?
Hei, Cha Yun-jae.
Apa?
Kenapa buat macam kenal? Dah mabukkah?
Bila nak balik? Aku dah nak balik ini.
Okey. Baliklah.
Hei, aku takutlah. Boleh temankan aku balik?
Takut?
Kau takut?
Aku lebih takut dengan kau.
Nak kena betul!
Aku nak pergi minum lagi. Naiklah teksi.
Minum apa lagi? Nak minum sampai mati?
Hei, jomlah balik sama-sama.
Bolehlah, ya?
Jangan buat bunyi itu.
Meremang bulu roma! Hilang terus mabuk.
Pergilah balik!
Yalah.
Balik rumah nanti, jangan berani buat bising!
Tak guna…
Hei, sakit tak?
Aduhai.
Pergilah teman dia balik.
Dia cakap dia takut.
Hei, tak nampak tadi?
Dia kuat gilalah!
- Tapi sekarang dah lewat. - Aku rasa nak termuntah.
Wah, sedapnya.
Yun-hui, dapat teksi tak?
Tak dapat. Saya jalan kaki saja. Nak cuba cari teksi di jalan utama.
Telefon aku selepas sampai rumah.
Yun-hui, hantar mesej selepas sampai rumah.
Baik.
Ada-ada sajalah Cha Yun-jae ini.
Hei, tadi suruh aku balik dulu…
Jangan buat bising kalau tak nak mati.
Budak ini…
Tolong!
Tolong!
Telefon selepas dah sampai rumah.
Helo?
Mak.
No comments yet. Be the first to leave one.