처음 192줄입니다.
(Kandungan program mungkin tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun.)
[Program ini mengandungi iklan maya dan pengiklanan tidak langsung.]
(Rancangan ini adalah berdasarkan latar belakang Korea fiksyen.)
(Semua watak, kumpulan dan peristiwa adalah rekaan semata-mata.)
Dua tahun.
Sudah dua tahun!
Dua tahun yang saya tak nak ingat lagi.
Pandemik yang tak pernah berlaku telah melanda negara ini,
memusnahkan syarikat dan menjejaskan orang ramai.
Provokasi tak berasas terhadap orang kaya telah menimbulkan
perbuatan membakar dengan sengaja dan serangan pengganas.
Akhirnya...
Rusuhan Gwanghwamun.
Jamin hak untuk hidup!
Krisis ekonomi adalah perkara yang sudah berlalu.
Awak boleh lupakannya sekarang.
Saya akan ubah semuanya.
Penyakit yang menjijikkan itu
akhirnya sudah terkawal.
- Jaminnya! - Jaminnya!
Jamin hak kita!
(Jung Hak, Pengerusi Yayasan Tanggungjawab Sosial)
Kerja?
Saya akan wujudkan peluang pekerjaan.
Rakyat yang saya sayang dan hormati telah memilih saya.
Saya, Heo Joong Se,
akan menjadikan Korea hebat semula
tak kira apa jua!
Saya akan gadaikan nyawa saya untuk berbuat begitu!
Melebih-lebih bila rancangan ini disiarkan,
dia tak boleh betulkannya, tuan.
Dia tak boleh hapuskan latar belakangnya sebagai badut.
Untuk membina semula negara ini
kita perlu betulkan undang-undang.
Rang undang-undang pembaharuan kehakiman yang saya luluskan
akan bermula sekarang.
Buat pertama kalinya dalam sejarah,
semua orang awam turut serta sebagai ahli juri.
Lelaki yang tak tunjukkan belas kasihan kepada penjenayah,
hakim abad ke-21,
Hakim Kang Yo Han
akan tunjukkan perbicaraan sebenar
yang kamu semua nantikan.
Saya dah berjaya!
Saya, Heo Joong Se, berjaya mencapainya!
Perubahan sepenuhnya untuk Korea!
Ya!
Helo, semua. Saya Kang Yo Han.
Hakim Kang, ada yang kata perbicaraan langsung melanggar perlembagaan.
Apa pendapat awak?
"Ia melanggar hak asasi manusia."
"Ia cuma untuk menunjuk-nunjuk. Ada komen tentang itu?
Sesetengah orang risau yang polisi hukuman awak
terlalu keras dan tak menitikberatkan golongan yang lemah.
- Dan siapa mereka? - Apa?
Antara semua defendan yang saya hakimi, siapa dalam golongan lemah?
Pertama, ada pesalah juvenil.
Juga, seorang gelandangan dan pesakit mental.
Perogol yang merogol rakan sekelasnya, perompak yang melanggar lari,
dan pembunuh yang kejam.
Adakah mereka orang yang lemah?
Tapi untuk minoriti sosial, awak perlu...
Mereka adalah defendan.
Saya tak peduli tentang yang kuat dan yang lemah.
Adakah awak akan hukum defendan perbicaraan langsung ini dengan keras?
Ju Il Do dikenali kerana mempunyai ramai kenalan.
Jika kuasa di atas sana berikan awak tekanan...
Saya yang berkuasa.
Saya...
Saya yang berkuasa!
Saya menjalankan kuasa kehakiman yang diamanahkan oleh setiap orang Korea
yang merupakan rakyat di negara berdaulat ini.
Siapa yang lebih besar daripada rakyat?
Rakyat yang berkuasa.
Jumpa di mahkamah nanti.
Betul cakap awak.
Dia bagus.
Saya tahu.
Tahniah, bintang hakim kami.
Apa kata kita minum ucap selamat?
Untuk kuasa yang seksi.
Saya menjalankan kuasa kehakiman yang diamanahkan oleh semua orang Korea
yang merupakan rakyat di negara berdaulat ini.
Siapa yang lebih besar daripada rakyat?
Rakyat yang berkuasa.
(Memecat 36 pencari nafkah bermakna 36 keluarga akan kebuluran!)
Sekejap.
Maafkan saya.
Kenapa awak datang ke sini?
Saya dihantar untuk bekerja di sini mulai hari ini.
Awak ialah hakim untuk Pasukan Perbicaraan Langsung.
Silakan masuk.
(Pandu perlahan-lahan, masuk ke Mahkamah Agung dengan perlahan.)
Ya?
Profesor.
Maaf. Ketua hakim.
Saya tak boleh biasakan diri.
Ketua hakim? Jangan mengarutlah.
Wah. Awak nampak segak.
Budak ini.
Nampak macam di kuil.
Ini memang kuil.
Kuil untuk keadilan.
Ini mahkamah?
Mereka mahu siarkan perbicaraan secara langsung.
Kenapa Hakim Kang Yo Han perbesarkan hal ini?
Hakim? Dia bukan hakim biasa.
Seorang kesatria untuk selamatkan jabatan kehakiman yang rosak.
Wira yang muncul dalam negara yang menuju ke kehancuran.
Dia sangat popular.
Raksasa akan muncul pada waktu siang.
Rang undang-undang tak masuk akal yang dia luluskan.
Itu bukan dari badan perundangan. Sebaliknya daripada ahli politik.
Kalau awak begitu bencikannya,
kenapa awak letakkan saya di bahagian kehakiman?
Kita perlukan seseorang di sana.
Orang yang akan buka mata walaupun ditiup angin.
Tiada siapa di sini yang akan melawan angin.
Awak nak saya jadi Judas Iscariot?
Tolonglah.
Awak ingat apa yang saya selalu cakap dalam kelas?
Ya.
Keadilan yang mudah
tak wujud dalam dunia manusia.
Gembira bertemu awak.
Ada apa yang tak kena?
Tak ada apa-apa. Maaf. Hakim Kim Ga On, bukan?
- Ya, tuan. Bagus dapat... - Selamat datang.
Ke medan perang.
("Duit simpanan pemilik restoran, Ditipu dan Mati")
Dia nampak macam lebih
daripada yang saya jangkakan.
(Hakim Madya Oh Jin Joo, Hakim Madya Kim Ga On)
Hakim Kim Ga On?
Selamat berkenalan. Saya Oh Jin Joo.
Gembira bertemu awak, Hakim Oh.
Serabut, bukan? Maaf.
Saya ada banyak barang sebab saya datang dari jauh.
Tak apa.
Awak merancang nak tidur di sini?
Apa? Tak. Sekurang-kurangnya bukan setiap hari.
Ini asas kerja pejabat.
Bekerja keras dari awal dan ambil hati orang.
Begitu rupanya.
Awak bermula di Seoul, bukan?
Ya.
Sejak saya jadi hakim, saya sentiasa di tempat terpencil.
Ini lantikan pertama saya di Seoul.
Peluang seperti ini tak datang
dengan kerap.
Apa? Adakah awak jenis yang dingin dan garang?
Tak, maaf. Gembira bertemu awak.
Awak nampak sangat berbeza bila awak senyum.
Saya tahu apa ciri-ciri yang diperlukan oleh Pasukan Perbicaraan Langsung.
Ciri-ciri?
Sebenarnya... Kalau awak nak saya cakap...
Imej?
Apa kaitannya dengan tugas kita sebagai hakim?
Banyak. Cuba awak fikir.
Kita hakim perbicaraan langsung yang akan berdiri di hadapan negara.
Berbanding dengan apa yang betul
orang lebih percaya kata-kata orang yang mereka lebih suka.
Itulah kuasa daya tarikan.
- Kuasa? - Apa?
Jangan pedulikan saya. Jangan dengar.
Angin saya baik hari ini
jadi saya banyak berceloteh.
Sejujurnya...
saya peminat Hakim Kang Yo Han.
Saya bernasib baik sebab dapat datang ke sini.
Awak dah berjaya, Jin Joo! Mari bekerja keras.
Adakah awak mempertimbangkan keputusan awak untuk jadikan
perbicaraan Pengerusi Ju Il Do, perbicaraan langsung yang pertama?
Kes itu yang paling sesuai.
Mesti ada kes yang lebih mudah dan ringkas. Kenapa...
Ia tak rumit. Kita hanya perlu ikut undang-undang.
Dia akan gunakan firma undang-undang terbaik di negara ini.
Saya pasti.
Awak tahu rating jabatan kehakiman turun sebanyak sepuluh peratus?
Ya.
Macam mana dengan kes di mana orang akan bersetuju dengan keputusannya?
Kenapa awak perlu bicarakan kes susah sebegini...
Canselor.
Perbicaraan langsung bukanlah perbicaraan awam.
Ia cuma perbicaraan telus untuk tatapan semua rakyat.
Itu dah mencukupi.
Saya akan balik.
Okey. Jumpa esok.
Jumpa esok.
Kita akan melintas jalan. Angkat tangan.
Okey. Ikut saya. Mari sini.
Tak guna!
No comments yet. Be the first to leave one.