처음 200줄입니다.
Kenapa wanita-wanita di seluruh dunia tergila-gilakan barangan berjenama?
Wanita-wanita Perancis membeli barangan berjenama untuk tradisi dan nilainya.
Wanita Jepun membeli barangan tersebut kerana keinginan mereka untuk memilikinya.
"Semua orang ada kecuali saya. Saya juga mahukannya."
Jadi, bagaimana dengan wanita-wanita dari negara ini?
Wanita-wanita Korea
membeli barangan berjenama untuk membezakan diri mereka dengan orang lain.
Tetapi kebelakangan ini, kelihatannya seolah-olah semua orang memiliki beg tangan berjenama.
"Jadi macam mana kami mahu menonjolkan diri?"
Betul. Jadi, wanita-wanita Korea...
apa yang mereka cari?
Bukankah keunikan jenama terkenal,
kerana ia lebih bernilai?
Keunikan jenama terkenal.
Itu betul. Tetapi...
Wanita-wanita kita
tidak berminat dengan sesuatu yang seringkas itu.
Jika nilai utama barangan berjenama terletak pada keunikannya,
jadi Artemis bukanlah jenama yang bernilai.
Pelajar kolej, ibu-ibu muda dan nenek-nenek tua,
seolah-olah semua orang mempunyai Artemis.
Jadi, barang premium apakah itu? Paling tinggi pun, ia hanya boleh dikira sebagai...
barang mewah sahaja.
Perbezaan yang sedang saya katakan ialah
cuma harganya. Harga sahaja.
Memiliki beg tangan paling mahal,
kasut paling mahal, barang berjenama paling mahal.
Oleh itu, kelihatan lebih baik daripada yang lain, kelihatan lebih berjaya,
adalah satu-satunya cara untuk memuaskan orang yang seperti itu.
Begitulah wanita-wanita negara kita.
Sebab itulah mereka membeli sebuah beg tangan yang berkali-kali ganda lebih mahal daripada pendapatan bulanan mereka.
Mereka sanggup berhutang untuk membelinya, atau membuat dua hingga tiga kerja.
Mereka memujuk lelaki kesayangan mereka supaya membelinya.
Tetapi...
wanita-wanita inilah
yang telah membawa Artemis ke tahap sekarang.
Jadi, setiap pengurus cawangan di luar sana,
naikkanlah harga-hargamu dengan lebih tinggi.
Lebih tinggi. Dengan. Tiada. Batasan.
Tetapi kebelakangan ini, banyak aduan dibuat tentang harga-harga yang memang sudah terlalu tinggi.
Jangan risau tentang itu.
Sebab kita bukan sahaja menjual jenama,
kita menjual ketakutan.
Sedang harga-harga itu menjadi semakin tinggi dan lebih tinggi...
menyebabkan mereka akan menjadi satu-satunya orang tanpa beg tangan Artemis yang terbaru.
Merasakan bahawa mereka tidak cukup bagus, bahawa mereka ketinggalan...
Itulah... ketakutan yang seperti itu.
Artemis akan menjadi jenama yang lebih mahal pada hari esok berbanding hari ini.
Saya selalu bekerja keras untuk menjadi orang yang lebih baik pada hari esok berbanding saya pada hari ini.
Disebabkan keadaan keluarga saya, saya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Saya juga tidak dapat pergi ke kelas bahasa seperti orang lain.
Bagaimanapun, dengan markah saya yang tinggi, saya dapat menamatkan pengajian saya di tempat kedua dalam kelas saya
dari Universiti Wanita Ewha, dalam jurusan reka fesyen.
Supaya tidak ketinggalan,
saya telah belajar sendiri dan mendapat sijil tahap 1 dalam bahasa Perancis.
Tambahan pula, saya telah menyertai pelbagai pertandingan rekaan fesyen,
dan telah memenangi banyak anugerah.
Cik, apakah yang kamu pegang sebagai prinsip hidup kamu? Adakah kamu mempunyai kepercayaan?
Jika ada, sila jawab dalam bahasa Perancis.
"Usaha saya ialah kekuatan saya." Itulah kepercayaan saya.
Apakah sebabnya kamu memilih kepercayaan itu?
Ayah saya mempunyai sebuah kedai roti dan kek,
dan telah bekerja selama 30 tahun di kawasan kejiranan kami.
Dia selalu berkata, "Hidup adalah seperti satu resepi."
Jika kita mengikut resepi itu dengan betul, tanpa tertinggal walau 1 gram pun,
kamu tidak akan pernah gagal.
Hasil usaha kamu tidak akan mengkhianati kamu.
"L'effort est ma force".
Apa?
Dia tidak berubah langsung.
Awak kenalkah dia?
Saya pasti akan buat yang terbaik. Sila beri tunjuk ajar.
Adakah ini masuk akal? Dia mendapat markah yang paling rendah dan dia telah diterima?
Ini ialah arahan presiden,
untuk mengambil dia bekerja untuk 1 tahun kontrak.
Arahan Oppa?
Ini mesti perempuan jalang itu.
Saya diterima bekerja!
Mak!
Akhirnya saya mendapat kerja!
Selepas tiga tahun.
Ya, walaupun ia cuma kerja kontrak,
Pasti saya ialah orang pertama yang pernah mereka ambil bekerja
yang tidak belajar di luar negara.
Saya tahu!
Oppa. Saya... telah diambil bekerja!
GN Fashion!
Tunggu dan lihat sajalah! Saya pasti akan membuka sebuah kedai di Cheongdamdong,
saya akan menjadi orang yang berjaya,
dan saya akan tinggal di sini!
Pasti!
Kerja saya adalah menjalankan tugasan untuk Puan?
Ya.
Bukankah kamu mahu mengambil seorang pereka fesyen?
Ya.
Jadi, kenapa saya tidak bekerja sebagai pereka fesyen?
Awak mendapat tempat terakhir.
Apa?
Han Se Gyeong, awak mendapat tempat terakhir dalam proses pengambilan itu.
Saya minta maaf...
tapi awak kata saya mendapat tempat terakhir?
Kalau begitu, kenapa saya diambil bekerja?
Itu adalah... misteri.
Tempat terakhir. Atau dalam erti kata lain--
paling rendah antara semua.
Saya pergi ke kolej yang bagus dan keputusan saya bagus.
Saya juga memenangi beberapa pertandingan.
Tapi saya tetap mendapat tempat terakhir. Ini satu misteri.
Walau bagaimanapun, saya diterima bekerja? Memang misteri.
Awak Ketua Kumpulan Sin In Hwa, bukan?
Bukankah awak baru saja melancarkan jenama baru itu, Club A?
Selamat sejahtera. Saya baru saja diambil bekerja.
Han Se Gyeong.
Ya. Awak kenal saya?
Ada sesuatu yang saya ingin tahu.
Adakah saya mendapat tempat terakhir dalam proses pengambilan itu?
Ya.
Adakah disebabkan saya tidak pernah belajar di luar negara?
Kamu betul separuh dan salah separuh.
Tahniah! Betul-betul tahniah!
Tahniah.
Kami sudah berputus asa dengan impian kami, tapi awak tetap hendak menjadi pereka fesyen.
Akhirnya awak berjaya.
Ya. Aku berjaya mendapat tempat terakhir.
Tapi bukankah GN Fashion cuma mengambil orang yang belajar di luar negara?
Dia kata bukan kerana aku tidak belajar di luar negara
aku mendapat tempat terakhir.
Walaupun dia tidak belajar di luar negara, tapi kelayakan akademiknya tinggi
dan dia pernah memenangi banyak anugerah.
Itu betul! Jadi kenapa aku mendapat tempat terakhir?
Seterusnya, pengantin perempuan dan lelaki akan saling bertukar cincin.
Adakah itu cincin 1.5 karat?
Itu 3.5 karat.
Aku dengar barang kemas perkahwinan dia adalah jenama Artemis.
Bukan itu saja,
ayah mentua dia membuka sebuah kedai berjenama untuk dia...
di Cheongdamdong.
Heol!
Da Eun memang bijak.
Dia tahu jika dia cuma seorang pekerja biasa,
ia akan mengambil masa yang terlalu lama untuk dia melancarkan jenamanya sendiri.
Di kalangan kita, dulu dia yang mendapat tempat terakhir.
Hei, Han Se!
Hei, saya dah cakap jangan panggil saya begitu.
Kita sudah dewasa sekarang.
Adakah saya masih seorang budak sekolah?
Kenapa awak pergi semasa kemuncak acara yang ditunggu-tunggu masih belum sampai?
Kemuncak acara?
Kawan-kawan suami Da Eun akan datang,
dan saya dengar mereka semua kaya dan kacak.
Mereka akan dinilai sebagai kelas A khas dalam semua laman mencari jodoh.
Harta kekayaan ibu bapa mereka bernilai lebih daripada 5 bilion.
Awak fikir kenapa semua gadis berpakaian dengan begitu cantik hari ini?
Mereka semua ingin cuba mendapat salah seorang daripadanya.
Itu betul. Kita tidak boleh membuat anjing berhenti memakan najis,
jadi macam mana kita mahu mengharapkan mereka berhenti mengejar lelaki?
Awak patut berfikir secara waraslah, kawan.
Mari kita pergi bersama.
Awak bukannya masih menganggur,
malah awak ialah pereka fesyen GN.
Awak tak perlu rasa malu.
Patutkah kita pergi? Saya tahu awak nak pergi!
Hari ini saya nak jumpa In Chan.
Awak masih bersama dia?
Saya dengar dia buat satu lagi pinjaman dengan syarikat.
Demi kesihatan fizikal dan mental saya,
saya patut jauhkan diri daripada mereka semua.
Mereka sangat memalukan.
Setiap kali saya jumpa mereka, mereka semua cuma cakap tentang barang-barang berjenama.
Atau macam mana mereka boleh jadi isteri Cheongdamdong.
=Tak tahan betul.=
Se Gyeong.
Kenapa?
Saya di hospital sekarang.
Keputusan ujian ibu saya keluar hari ini.
Yakah?
Patutkah saya datang ke hospital?
=Tak perlu. Nanti saya jumpa awak. =
Baiklah.
Hari ini hari pertama saya bekerja. Dia langsung tak tanya tentang itu.
Aku bekerja keras selama 3 tahun untuk mencari kerja,
tapi aku rasa seperti sampah.
Sebab itulah saya cakap jangan beli rumah ini.
Sekejap saja ia terus naik beberapa ribu!
Awak yang suruh saya periksa tentangnya.
Awak yang marah-marah!
Setiap bulan, 2 juta hanya untuk bunga sahaja.
Sekarang mereka nak kita bayar bayaran pokok. Apa awak fikir kita patut buat sekarang?
Kita belum habis berbincang lagi! Ke mana awak nak pergi?
Hei. Apa yang berlaku?
Rumah kita mungkin akan disita.
Awak nak ke mana pula sekarang?
Setiap bulan harganya melambung naik. Macam mana kita tak beli satu?
Kalau kita tidak beli ketika itu, saya tak fikir kita akan mampu beli.
Macam mana awak boleh cakap yang kita tak patut membelinya?
Dulu, walaupun awak terpaksa mencuri duit, awak tetap kena membeli rumah.
Macam mana awak boleh salahkan saya untuk itu?
Baiklah!
Semuanya salah saya! Semuanya salah saya!
Teruk betul!
No comments yet. Be the first to leave one.