처음 200줄입니다.
"Semua watak, lokasi, kumpulan dan kejadian hanyalah rekaan."
"Episod 11"
Buka pintu ini.
Kalau saya ke sana,...
...saya boleh alih perhatian roh jahat dan lengahkan masa.
Tolonglah.
Tolonglah.
Macam mana kalau ada perkara buruk berlaku pada En. Cha?
Kalau begitu, samalah macam sepuluh tahun lalu.
Sekali lagi, saya tak boleh buat apa-apa.
Selalu macam orang dungu!
Tak guna. Ini memang gila.
En. Nam, apa patut kita buat?
Maafkan kami, Pegawai Ko.
En. Cha sangat berkeras tentangnya.
Tapi Nenek Geum Ok ikut dia,...
...jadi kita bertenang dan tunggu, okey?
Nampaknya saya tak ada pilihan.
Saya akan tunggu di sini.
Okey, bagus. Awak buat keputusan yang betul.
Berehatlah.
Berehatlah sementara awak menunggu.
Kalau awak perlukan apa-apa, beritahu kami. Okey?
Tak cukupkah Choi Geom menderita?
Kali ini, awak ada di sini.
Bagus.
Awak cederakan penasihat saya,...
...itu tak bagus untuk perniagaan.
Saya nak minta ganti rugi.
Dan bukankah ini agak lapuk?
Saya ingatkan hanya serigala jadian yang memburu di bawah bulan purnama.
Mungkin terperangkap selama 2,000 tahun...
...benar-benar beri kesan kepada awak.
Kolot betul.
Awak cakap banyak sangat.
Apa pun, di sinilah...
...awak akan menghembuskan nafas terakhir awak,...
...Poong Baek.
"Poong Baek"?
Apa yang dia cakap?
Hei! Siapa kata?
Pergi dari sini.
Ini agak menghiburkan.
Berani seorang manusia biasa...
Saya bukan manusia "biasa".
Aduh, panasnya!
Itu cuma latihan.
Awak memang licik.
Sekarang!
Nenek, sikit saja lagi! Kita hampir dapat!
Abu menjadi abu.
Roh kepada roh.
Ambil roh dia. Hapuskan kejahatan ini!
Ye Ji!
Tidak, tak guna!
Jangan berani buat begitu kepada cucu saya!
Lepaskan dia!
Awak akan pilih kehidupan?
Atau kematian?
Poong Baek.
En. Cha.
Chun Hwa?
Kamu berdua bertemu lagi?
Mati.
Mati!
Awak...
Apa? Kenapa saya di sini?
Aduh!
Ayah.
Ayah...
Ayah...
Cha Woong!
Cha Woong!
Cha Woong.
Cha Woong.
Saya akan ke sini. Awak pergi ke sana.
Mungkin ia cuma panggilan palsu.
Perlukah seluruh pasukan buat begini?
Bulan mengambang malam ini.
Memandangkan kita terima maklumat, kita patut cuba dapatkan bukti.
Bawa kereta dan ronda kawasan ini.
Baiklah.
Tak guna! - Siapa awak?
Kenapa awak ekori saya?
Jawab sekarang juga. Awak bersama Yang Tae Chun?
Saya cuma ekori awak.
Tapi kenapa?
Ketua. Ayah awak hantar saya.
Supaya dia boleh tangkap si tak guna itu sebelum awak.
Jangan halang saya. Pergi sajalah.
Yang Tae Chun?
Yang Tae Chun, semuanya dah berakhir.
Menyerah saja.
Jatuhkannya!
Kalau awak datang dekat, saya akan tembak.
"Kecemasan"
Tiada nadi. - Okey.
Sediakan defibrilator. - Ya, puan!
"Sebulan kemudian"
"Sijil Pelantikan."
"Leftenan Seo Hee Soo dari Jabatan Detektif Polis Kangguk...
...telah dinaikkan pangkat menjadi Inspektor Kanan."
"Penguasa Polis Ha Dong Young."
Ya! Kapten Seo!
Syabas!
"Majlis Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Khas"
Kes yang saya tak dapat selesaikan sebelum ini...
...akhirnya diselesaikan oleh anak saya,...
...Inspektor Kanan Seo Hee Soo.
Ia buat saya...
...sangat gembira dan bangga.
Selagi Polis Kangguk ada kami berdua,...
...Kangguk akan menjadi bandar paling selamat...
...di mana keadilan sentiasa ditegakkan.
Tolong tulis artikel yang bagus tentang anak saya.
Kamu mahu kami buat gaya untuk beberapa gambar lagi? Ayuh.
Syabas, Seo Hee Soo!
Syabas! - Syabas!
Aduhai.
Aduhai, jantung saya.
Hati-hati, En. Ma.
Awak En. Ma rupanya.
Dia baru saja mula nampak hantu.
Cuba jangan menyelinap dan takutkan dia begitu.
Awak tak boleh harapkan hantu buat begitu.
Jantung saya hampir terkeluar dari dada.
Maafkan saya. Saya masih tak biasa.
Tak mengapa, Seul Hae.
Saya ambil masa enam bulan untuk biasakan diri dengan muka En. Ma.
Ini perkara biasa.
Maafkan saya.
Duduk dan makan.
Aduhai. Awak tak perlu buat begini untuk kami setiap kali.
Kami boleh berlapar sedikit. Bukannya kami boleh mati dua kali.
Ya, jangan bawa makanan lagi.
Ini sedap. - Terima kasih untuk makanan ini!
Makanlah. Kita patut makan dengan baik dan kekal kuat.
Itu saja yang kita boleh buat sekarang.
En. Nam, awak nampak tak sihat.
Tolonglah. Hantu boleh nampak sesihat mana?
Nasib baik awak boleh nampak kami sekarang, Pegawai Ko.
Kalau tak ada orang lain selain kami bertiga,...
...ia pasti sangat mengecewakan.
Ia benar-benar satu misteri.
Bagaimana awak boleh nampak hantu selepas hari itu?
Mungkinkah kerana kuasa En. Cha telah dipindahkan kepada dia?
Yakah? Kalau begitu...
Patutkah dia jadi bos kita sekarang?
Kenapa awak cakap begitu?
Baru sekejap saja En. Cha jadi begitu.
Awak sangat kejam.
Berapa lama lagi kita nak terperap dalam rumah kosong ini?
Kita perlu buat sesuatu...
...atau Malaikat Maut akan muncul dan heret kita pergi.
Sebenarnya, kita juga semakin kehilangan kekuatan.
Tak lama lagi,...
...kita mungkin tak dapat dapat mengekalkan bentuk manusia ini...
...kerana tiada sesiapa untuk berkongsi...
...kuasa rohani mereka dengan kita.
Maafkan saya.
Walaupun saya boleh nampak kamu sekarang,...
...saya tak tahu macam mana atau...
...sama ada saya boleh berkongsi kuasa rohani dengan orang lain.
Saya harap Penasihat Choi ada di sini.
Dia roh, jadi dia mesti tahu.
Dia tak henti-henti berlagak tentang kebolehannya,...
...tapi dia tak pernah ada apabila kita perlukan dia.
Sebelum dia masuk ke dalam potret itu,...
...dia selalu bermain dan melepak di tempat yang kita tak nampak.
Tapi sebaik saja kita mula mengata dia,...
...dia akan muncul entah dari mana.
Awak bercakap tentang saya? - Ya, awak.
Nampak? Saya kutuk dia sedikit dan dia tiba-tiba muncul.
Aduhai, Penasihat Choi! - Penasihat Choi!
Tak guna. - Bila awak keluar?
Awak tak apa-apa?
Awak tak dengar apa saya cakap, bukan?
Hei, saya baru keluar. Saya rasa sihat sekarang.
Saya dengar semua yang awak cakap.
Habislah awak sekarang. - Apa?
Maafkan saya, Penasihat Choi.
Saya tak pasti apa yang saya fikirkan.
Gila.
Pegawai Ko, ini Penasihat Choi. Kamu berdua belum berkenalan.
Ini kali pertama awak jumpa dia. Ayuh!
Ucap helo! Perkenalkan diri awak dengan betul.
Helo, saya Ko Seul Hae.
Ini kali pertama saya jumpa awak.
En. Cha banyak bercerita tentang awak,...
...tapi awak lebih kacak daripada yang saya dengar.
Apa?
Awak boleh nampak saya?
Ya.
Jadi, awak nampak mereka juga?
Ya. - Aduhai.
Apa yang berlaku?
Bila ia bermula?
Sebenarnya... - Aduhai. Apa yang sedang berlaku?
Di mana Cha Woong?
Jeneral, awak dah sampai.
No comments yet. Be the first to leave one.