처음 200줄입니다.
Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew -
Perang Iran - Iraq adalah perang terlama dalam abad ke 20. Berlaku dari 1980 ke 1988.
Sepanjang perang tersebut, Iran mengalami perubahan politik dan budaya yang drastik, hasil dari Revolusi Iran 1979.
Di penghujung dekad, Iraq melancarkan peluru berpandu ke bandar-bandar utama Iran.
Iran juga bertindak balas dengan cara yang sama.
Kehidupan rakyat menjadi kelam di mana ketakutan dan kerisauan meningkat.
Jadi?
Tuan, saya hanya nak balik dan menghabiskan ijazah saya.
Menjadi seorang doktor dan berkhidmat pada masyarakat adalah cita-cita saya.
Saya tak nak masa depan saya musnah kerana satu kesilapan.
- Jadi awak mengaku? - Mengaku apa?
Apa yang telah awak lakukan.
Saya tak tahu semua perincian dalam kes saya,
tapi saya rasa sebab saya tak boleh balik adalah kerana saya pernah aktif secara politik.
Tapi tuan, semua orang aktif secara politik semasa revolusi.
Masa itu saya masih muda, masih tak tahu apa.
Saya bahkan tak faham perbezaan antara sayap kiri dan sayap kanan.
Saya hanya bersemangat seperti orang lain yang sebaya saya pada masa itu.
Saya hanya prihatin pada negara ini dan mahukan perubahan.
Saya yakin tuan akan faham.
Jika masa itu saya masuk ke dalam kumpulan radikal sayap kiri,
itu kerana masa itu saya tak tahu apa-apa.
Setiap kesalahan ada akibatnya.
Saya panggil awak masuk kemari supaya awak boleh dengar ini terus dari saya
dan berhenti membazirkan masa awak untuk datang kemari setiap hari.
Biar saya katakan dengan terus terang.
Awak tak boleh meneruskan kursus awak.
Dengan rekod awak seperti itu,
mustahil awak boleh balik ke Universiti.
Saya sarankan awak mencari cita-cita baru dalam hidup awak.
- Hello, Pn. Fakur. - Hello, sayang.
Maaf saya terlambat. Saya harap Dorsa tak nakal.
Tak adalah. Kami berseronok.
Dorsa! Mak awak!
- Apa yang berlaku? - Mak.
Oh, sayang.
Tidak apa-apa.
Tidak apa-apa, saya faham. Itulah keadaan ketika ini.
Jangan biarkan semua ini mengubah awak.
Untuk anak perempuan saya.
Tahniah kerana akan memulakan kursus perubatan.
Mak bangga pada awak. Salam sayang dari mak.
Hello? Ada orang di rumah?
Ayah, ayah, ayah!
Hello, puteri ayah.
Mana mak?
Di bilik tidur.
Mak sedang marah.
- Hello. - Hello.
Apa yang sedang awak lakukan?
Ini buku-buku kursus saya.
Berikan pada orang lain, atau jual saja.
Pergi bermain di depan, Dorsa.
Kenapa?
Mungkin keadaan akan jadi lebih baik selepas perang.
Tak ada jaminan.
Dan perang ini rasanya takkan berakhir.
Awak sudah berusaha semampu awak.
Semua sudah di luar kawalan awak.
Siapa tahu? Mungkin ada hikmahnya.
Dorsa! Lari!
Awak nak ke mana?
- Tak ada masa, kita kena turun ke bawah. - Saya tak nak tinggalkan Kimia.
Ayuh.
Hello. Hello.
Terima kasih, doktor.
- Maaf menyusahkan. - Tak mengapa.
Syukurlah, rasanya mereka letak lebih banyak tentera di sekitar Tehran.
Saya dengar berita yang Iraq sedang melancarkan banyak peluru berpandu ketika ini.
Jangan ganggu dia.
Dorsa, kemari, sayang.
Siapa budak baru ini?
Anak saudara En. Ebrahimi. Dia kehilangan ibu bapanya di Abadan.
Ayah?
Ayah?
Ayah?
Kenapa, sayang?
Awak mengalami mimpi ngeri?
Tidak mengapa.
Tidak, sayang, semua itu tak wujud.
Lain kali bila awak rasa takut, ingatlah yang awak tidak bersendirian.
Ayah berikan pada awak Kimia untuk menemani awak.
Selamat pagi.
Tolong jangan letak mainan di atas meja ketika sarapan.
Selamat pagi.
Tali pelekat di tingkap-tingkap kita tertanggal.
- Bagaimana jika tingkap pecah ketika letupan... - Nanti saya akan pasang lagi.
Awak bermimpi ngeri semalam?
Dia kata dia mendengar ada orang berjalan-jalan di rumah.
Awak sering mimpi ngeri, sama seperti mak awak.
Awak tidur dengan nyenyak semalam?
Saya?
Awak ingat saya berjalan sambil tidur lagi?
Awak mesti akan menyedarinya.
Saya tidur dengan sangat lelap.
Hanya kerana saya pernah melakukannya sekali atau dua kali 6 bulan yang lalu,
bukan bermakna itu asyik terjadi.
Lagipun ini bukan kali pertama Dorsa mimpi ngeri dan berimaginasi.
Awak bermimpi ngeri ketika awak sedang stres.
Apa itu?
Ini adalah...
notis panggilan tentera tahunan.
Kenapa awak tidak beritahu lebih awal?
Awak ada banyak hal dalam fikiran awak.
Saya akan ke Kementerian Kesihatan nanti untuk melihat saya akan ditempatkan di mana.
Mungkin di suatu tempat yang selamat seperti tahun lepas.
Jika kita bernasib baik.
Hei, doktor.
- Nak jumpa sebentar. - Hello.
- Apa khabar keluarga awak? - Baik, terima kasih.
Berapa kali saya perlu cakap supaya pintu garaj perlu ditutup dengan betul?
- Tolong ingatkan isteri awak... - Apa maksud awak?
Biar saya tunjukkan pada awak.
Kuncinya sudah berkarat.
- Kena tekan agar boleh masuk. - Bagaimana awak tahu isteri saya yang buat?
Sama ada awak atau saya.
Saya tahu En. Fakur menutupnya dengan betul.
Dan tak ada wanita lain yang memandu di bangunan ini selain isteri awak.
Betul. Kami akan pastikan untuk menutup pintu itu dengan betul.
Selamat sejahtera.
Hello.
Hello.
Mereka menghantar saya ke Elam.
Itu betul-betul di tengah-tengah pertempuran.
Saya sudah minta pos yang lebih selamat, tapi tidak berjaya.
Saya rasa awak dan Dorsa kena pergi ke tempat ibu bapa saya.
Kenapa?
Khabar angin yang kata Iraq menggunakan peluru berpandu mungkin betul.
Lebih selamat di daerah utara. Orang-orang sudah meninggalkan bandar.
Kami okey di sini.
Takkan ada signal peringatan jika peluru berpandu datang.
Saya tak nak menjadi beban untuk ibu bapa awak.
Awak bukanlah sebuah beban.
Kali terakhir kita ke sana kakak-kakak awak asyik berkata,
"Tehran dibom dan serpihannya sampai kemari."
Kami akan okey di rumah ini.
Saya risau pada Dorsa.
Saya tidak mampu untuk menjaga anak saya sendiri?
Bukan itu maksud saya.
Maksud saya adalah saya takkan ada di sini.
Setidaknya di rumah ibu bapa saya ada orang lain yang boleh menolong.
Selama ini awak menolong ke?
Itu tidak adil.
Yang tidak adil adalah awak pergi bermain-main sebagai seorang doktor
dan menganggap saya tidak cekap.
Bermain-main sebagai seorang doktor?
Dihantar untuk pergi berperang bukanlah sebuah permainan.
Awak nak menunjuk-nunjuk? Awak nak pingat?
Saya tak ada pilihan. Saya boleh hilang lesen kedoktoran saya.
Jadi jika awak kehilangan lesen kedoktoran awak, ia akan jadi sebuah bencana.
Tapi bila saya tidak jadi doktor, itu ada hikmahnya.
Awak marah saya jadi seorang doktor?
Tidak, saya tidak marah tentang itu.
Dorsa, sudah berapa kali mak kata simpan mainan awak setelah bermain?
Awak salahkan saya sebab awak tak boleh habis belajar?
Bukan ke awak yang membuang masa berpolitik di Universiti?
Awak sama saja seperti mereka.
Saya salah ke?
Awak lupa awak panggil saya pengecut kerana terus belajar?
Macamlah awak sendiri tidak pernah cuba mengganggu saya belajar.
Bila saya buat macam tu?
Ketika Universiti dibuka kembali selepas revolusi kebudayaan.
Siapa yang suruh saya tangguh belajar untuk tinggal di rumah dan membesarkan anak?
Awak ada masalah dengan menjaga anak awak?
Awak kata saya seorang mak yang teruk ke?
Tidak. Maksud saya adalah jangan salahkan keadaan awak pada saya dan anak kita.
Beritahu saya, kenapa tiba-tiba awak ingin balik ke Universiti sekarang?
Masa itu saya tak ada pilihan. Revolusi kebudayaan sudah berlaku.
Itu empat atau lima tahun lalu. Universiti dibuka selepas setahun.
Kemudian?
Awak hanya ingin balik ke sana kerana mak awak meninggal.
Menjadi seorang doktor sudah menjadi impian saya sejak dulu.
Tidak, Shideh, itu adalah impian mak awak.
Orang yang sudah mati tak boleh ada impian.
Saya akan rasa takut di sini jika ayah tiada.
Ayah akan datang balik.
Mak akan bawa awak ke rumah nenek.
Ini duit sewa bulan ini dan bulan lepas.
Berikan pada Ebrahimi bila tiba masanya supaya dia diam.
Mak.
Mak.
Mak.
Ya?
Tilam saya basah.
Bangun.
Awak masih kencing malam di umur awak ketika ini?
Awak akan ke darjah satu tahun depan kan?
Pergi ke bilik mandi, tanggalkan pakaian awak.
Pergi ke bilik mandi.
Saya takut pergi seorang.
Roti bakar awak.
Mak...
Ayah tak ada di sini. Boleh saya tidur dengan mak?
Bukan ke awak dah besar?
Budak yang dah besar juga tidak kencing malam.
Kenapa awak susah nak tidur?
Kenapa?
Apa yang awak takutkan?
Hei.
Jin.
No comments yet. Be the first to leave one.