릴리스 정보

Eternal Love Rain - Ep 19 - BERSAMA21 XYZ
다음의 해설 RADIKAL62
iQiyi Retail. Movie: https://uptobox.com/fovhwl8ermmx

태그

other
게시일: 2020-12-11
다운로드: 13
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

Tuan putera mahkota.

Apa hal yang tergesa-gesa ni?

Cik Muda Tang akan menemu jodoh di Astaka Ji Yu hari ini.

Menemu jodoh?

Dengan siapa?

Tuan Muda Yun.

Tak boleh, saya mesti pergi tengok.

Tuan putera mahkota.

Maharaja berpesan yang tuan putera mahkota tak boleh keluar dari istana.

Tapi, hal ini melibatkan pemilihan

isteri kepada putera mahkota.

Ini akan menjejaskan zuriat kerabat diraja.

Awak dapat bertanggungjawab

jika ada sesuatu yang berlaku?

Betul tu.

Biar saya maklumkan kakanda sendiri.

Tuan putera mahkota perlu jelaskan kepada maharaja.

Saya pergi menghadap baginda sekarang.

Tuan putera mahkota!

Awak hanya perlu selitkan surat ini

ke dalam buku yang Su Yin Yin hantar ke Kediaman Ning setiap hari.

Selepas itu, saya akan bayar 100 tahil kepada awak.

Jangan risau, saya pasti akan sempurnakan tugas ini.

Pergilah.

Baik.

Menyusahkan Tuan Muda Yun datang ke sini sendiri.

Cik Tang tak perlu segan dengan saya.

Walaupun ibu bapa yang mengaturkan pertemuan ini,

tapi keluarga Yun berfikiran terbuka.

Kami memandang tinggi pada menantu

yang berkahwin dengan keturunan keluarga Yun.

Oleh itu, saya bertandang ke sini hari ini

untuk melihat sama ada saya suka pada bakal isteri saya atau tak.

Apakah hobi Cik Tang?

- Saya suka... - Teh dihidangkan.

Maaf kerana biar kamu tunggu lama.

Kenapa dengan benda ini?

Ada habuk.

Mari, sila minum teh.

Cik, sila minum teh.

Awak dah boleh keluar.

Tuan.

Kami menghidangkan teh baharu.

Lagipun, ia diperbuat daripada daun muda.

Saya akan keluar selepas tuan merasainya.

Awak dah boleh keluar sekarang.

Tuan.

Itu tak dipanggil menikmati teh,

itu dipanggil telan teh.

Teh perlu dinikmati dengan perlahan-lahan.

Secawan harus diminum tiga teguk.

Tuan harus nikmatinya.

Tuan harus nikmati dengan teliti, faham tak?

Mari minum lagi.

Maafkan saya, tuan.

- Awak sangat cuai. - Muka tuan juga dah comot.

Biar saya lapkan.

Dengar sini, budiman tak gunakan kekerasan.

Sakitnya!

Selamat sejahtera, tuan putera mahkota.

Bukan, awak dah silap mengecam orang.

Saya bukan putera mahkota.

Saya lebih kacak daripada putera mahkota itu.

Awak pasti dah tersilap orang, cepat bangun.

Saya pernah jumpa tuan putera dalam upacara pertabalan.

- Diam. - Saya takkan tersilap orang.

Salam...

Salam sejahtera, tuan putera mahkota.

Cepat bangun.

Bagaimana dengan siasatan kasus pencurian jantung?

Tuanku,

patik ada hal nak laporkan.

Cakap.

Orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan kota

mengadu siasatan yang dilakukan oleh Ning Xiu Rui terlalu lambat.

Mereka mengesyaki dia mensabotaj siasatan kasus ini.

Ini jadual Tuan Ning yang dicatatkan oleh setiausaha.

Sila lihatnya, tuanku.

Adakah semua catatan ini benar?

Patik dah siasat, ia ternyata benar.

Ia dicatatkan oleh Feng Cheng daripada pasukan keselamatan kota.

Dia seorang yang teliti

dan jujur dalam buat kerja.

Tapi, ini tak dapat buktikan

bahawa Tuan Ning mensabotaj siasatan kasus.

Tuan Ning jujur dan mematuhi undang-undang selama ini.

Kasus pencurian jantung sangat rumit dan sukar disiasat.

Tuanku.

Hari ini, ada seorang wanita tuduh

Ning Xiu Rui ialah pencuri jantung.

Identiti Ning Xiu Rui sangat mencurigakan

dan menyebabkan rakyat jelata berada dalam ketakutan.

Patik tahu.

Tuanku sangat hormati Setiausaha Tertinggi Ning.

Tapi, kita akan bangkitkan kemarahan rakyat dan membahayakan istana

jika hal ini tak diselesaikan dengan segera.

Masa itu, kita takkan dapat selesaikan malapetaka ini.

Tuanku.

Semua rakyat tahu tentang khabar angin

naga jahat curi jantung dan makannya.

Sekarang, kasus ini pula tiada sebarang perkembangan.

Rakyat berada dalam ketakutan.

Sekarang, ramai orang nampak Tuan Ning

muncul di tempat kejadian.

Lagipun, pergerakan Tuan Ning sangat mencurigakan.

Hal ini menjadi topik hangat di seluruh Shengjing.

Halang rakyat bersuara lebih bahaya daripada kawal banjir.

Tuan Ning sangat mencurigakan

jika pegang jawatan ini sekarang.

Tuanku,

pihak istana harus fikirkan cara dengan segera

untuk menenangkan hati penduduk

dan hentikan khabar angin.

Kalau begitu, tarik balik semua jawatan Ning Xiu Rui sekarang.

Kasus ini diserahkan kepada Mahkamah Agung.

- Ya, serahkan kepada Mahkamah Agung. - Mahkamah Agung yang tentukannya.

Beta dah letih.

Bersurai.

Bersurai!

Maharaja titahkan saya untuk siasat kasus ini.

- Geledah tempat ini. - Ya!

Adakah khabar angin itu benar?

Akhirnya, penjahat dah ditangkap.

- Akhirnya, ada kebenaran. - Ini angkara Tuan Ning.

Lebih baik biar Mahkamah Agung yang uruskannya.

Biadab!

Ini kediaman Sarjana Besar,

guru kepada putera mahkota.

Berani kamu berkelakuan biadab di sini.

Cik Su.

Kami hanya jalankan tugas.

Kasus ini melibatkan nyawa orang,

kami harap Cik Su faham.

Ada perkembangan tentang kasus pencurian jantung?

Tuan Ning,

maharaja menitahkan

untuk tarik balik hak awak untuk menyiasat kasus ni.

Sekarang, saya yang uruskan kasus ini.

Kami datang menggeledah Kediaman Ning

sebab mengesyaki awak terlibat dalam kasus ini.

Tuan,

kami terjumpa benda ini terselit dalam buku di bilik bacaan.

Mereka boleh geledah kediaman tanpa bukti?

Mereka boleh geledah kediaman tanpa bukti?

- Yalah. - Betul tu.

Dia masih tak mengaku?

Dia masih tak mengaku?

Lihat muka dia itu, jelas sekali dia ialah naga.

Tuan Ning.

Awak tahu apa ini?

Tak tahu.

Tak tahu?

Tapi, ia dijumpai di bilik bacaan awak.

Tak kira awak tahu atau tak,

sila ikut kami.

Siapa beritahu awak ini angkara Ning Xiu Rui?

Mungkin dia difitnah orang.

Cik Su,

saya akan siasat tentang hal ini.

Jika ada orang yang mahu menganiayai Tuan Ning,

saya juga takkan lepaskan dia.

Tuan Ning,

sila ikut kami.

Ning Xiu Rui.

Akhirnya pembunuh dah ditangkap.

Bagus.

Akhirnya, mangsa boleh bersemadi dengan aman.

- Kita juga boleh tidur dengan tenang. - Betul.

- Saya dah boleh keluar hari ini. - Saya boleh tidur lena malam ini.

Saya asyik risau selama ini.

- Betul, kita dah boleh keluar. - Pembunuh dah ditangkap.

Ke tepi!

Kenapa dengan Cik Su?

Xiao Ru!

Xiao Ru!

Xiao Ru!

Apa yang berlaku, cik?

Xiao Ru, panggil orang suruhan yang tolong angkut buku saya hari itu.

Kenapa cik terburu-buru nak cari dia?

Hal ini berkaitan dengan nyawa Ning Xiu Rui.

Cepat pergi panggil dia.

Tapi, dia telah ambil cuti dan balik kampung.

Balik kampung?

Bila dia balik kampung?

Kenapa terus balik kampung selepas hantar buku saya?

Xiao Ru, arahkan semua orang bawahan pergi cari dia.

Tak kira dia lari ke mana, awak mesti cari dia sampai jumpa.

Ya, cik muda.

Cakap di sana.

Tuanku.

Tuan Luo Li jumpa bukti di Kediaman Ning

dan sudah tangkap Tuan Ning.

Arahkan sekumpulan pegawai

untuk siasat hal ini dalam diam-diam.

Ingat.

Jangan lepaskan penjahat,

tapi juga tak boleh cemarkan nama baik orang baik.

Ya, tuanku.

Cikgu.

Sudah ratusan tahun awak tak campur tangan dalam hal dunia.

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left