시즌 1

릴리스 정보

Love is Blind Poland S01E01 may
다음의 해설 dappeloe

태그

webdl
게시일: 2026-05-06
다운로드: 1
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

Siapa di sini fikir saya akan lari?

Di Poland, cinta kami mendalam.

- Dengan sentuhan huru-hara. - Selalunya, buat selamanya.

Tapi boleh tak kami jatuh cinta tanpa melihat?

Eksperimen ini telah diuji secara global.

Mari lihat jika ia berjaya di Poland, di mana cinta tak datang dengan mudah.

Di mana perasaan tersembunyi di balik gurauan.

Sensitiviti di sebalik ironi.

Tapi mari kita mula dari awal. Ini bukan rancangan janji temu biasa anda.

Di sini, wanita dan lelaki…

- Hei. - Aduhai. Saya menggigil.

…berkenalan melalui dinding.

Adakah kita ditakdirkan?

Ayuh.

Saya rasa dia mungkin orang yang saya cari.

Mereka bertemu, jatuh cinta, malah bertunang hanya dengan berbual.

- Awak sudi jadi isteri saya? - Ya!

Saya tunang orang!

Hanya selepas bertunang

mereka akhirnya bertemu secara peribadi.

Kemudian tibalah saat kebenaran.

Selepas itu, ujian muktamad.

- Saya fikir awak lebih tinggi. - Apa?

Kehidupan sebenar.

- Apa yang berlaku? - Tiada apa-apa.

Dia sangat kacak.

Tapi dia bercinta dengan kawan saya.

Saya terbuka dengan dia. Ia tak mudah.

Ia bukan satu pertandingan.

Saya tersilap pilih pasangan hidup.

Mak tak percayakan dia.

Kamu berdua bercium macam gila.

Awak buat perkara paling teruk. Ia sangat teruk.

Awak melampaui batas yang saya fikir kita takkan langgar.

Keputusan muktamad cuma hadir pada hari perkahwinan mereka.

Mereka akan kata "ya"?

Saya nak jadi keutamaan seseorang.

Bagaimana jika saya hilang sabar?

Saya akan berhenti di sini dan kemudian kita lari.

Atau pergi selamanya?

Dia khianati saya.

Mak tak nak kamu kahwin dengan dia.

Saya tak tahu apa akan berlaku. Saya tak tahu.

Sedia?

Saya harap Poland akan buktikan cinta itu buta.

LOVE IS BLIND POLAND

KUARTERS WANITA

Saya cuma nak melalui kehidupan dengan seseorang di sisi saya.

Satu hari nanti, saya nak cakap, "Ini suami saya."

Saya nak seseorang panggil saya isterinya.

KUARTERS LELAKI

Saya hadir berjuang demi cinta.

TUKANG KAYU

- Untuk kita dan untuk cinta! - Ya!

- Untuk cinta! - Cinta dalam hidup kita!

- Saya selalu bermimpi untuk memiliki… - Keluarga yang hebat?

…keluarga yang lengkap.

Impian saya nak jadi seorang ibu.

Saya percaya segala-galanya berlaku pada masa dan tempat yang sesuai.

Cinta datang apabila kita benar-benar bersedia untuk itu.

Ada sebab kita semua di sini. Hubungan lalu kita gagal

jadi bagus kita campur aduk sikit.

- Sikit. - Sikit, ya.

Ya.

Bercakap melalui dinding, saya teruja tentang itu.

Saya akan pastikan gadis itu suka saya dan benar-benar berminat.

Dengan diri saya, bukan paras rupa.

Hai, semua!

Hai, semua!

- Mari sertai kami di sini. - Ayuh kita berbual.

- Kamu semua nampak menakjubkan! - Kamu sangat cantik.

Nama saya Zosia Zborowska-Wrona.

Saya Andrzej Wrona. Selamat datang ke Love is Blind Poland.

Ayuh!

Ini satu eksperimen cinta unik yang akan mengubah hidup kamu.

Kami harap begitu.

- Saya takut. - Saya pun sama.

Di sini kamu akan memilih pasangan untuk bersama susah dan senang.

Kamu akan lakukan tanpa lihat mereka dulu.

Amboi.

Kami satu contoh hubungan yang bergerak pantas.

Kami bertunang selepas lapan bulan dan tiga bulan kemudian kami berkahwin.

Kini kami ada dua anak, dua anjing…

- Berapa lama kamu dah berkahwin? - Tujuh tahun.

Syabas!

Kamu dah bersedia untuk berkahwin?

Sudah tentu. Saya dah bersedia sejak lahir.

Awak dah pakai gaun putih.

Ini baju kahwin saya, kamu boleh nampak rupa saya. Jadi, itulah dia.

Saya dah sampai usia untuk berkeluarga dan fikir perkara yang lebih serius.

Saya nak bina keluarga, hubungan berdasarkan cinta dan kepercayaan.

Saya cuma nak diterima dan disayangi.

Saya dah bersedia untuk itu sekarang. Saya nak memiliki anak.

PENGANALISIS PERNIAGAAN

Saya terharu.

Semoga berjaya.

Untuk beberapa hari ini,

kamu akan saling mengenali, sambil duduk di pod khas,

di mana kamu tak dapat melihat satu sama lain.

Jika kamu bina ikatan emosi yang kuat dan rasa inilah orangnya,

kamu boleh melamar mereka.

Kemudian kamu akan bertemu cinta hati kamu untuk kali pertama.

Mulai saat itu, kamu kembali ke dunia nyata.

Pertama, kamu akan nikmati percutian praperkahwinan,

di mana kamu dapat kukuhkan ikatan emosi

dan wujudkan ikatan fizikal.

Kemudian, kamu akan tinggal bersama di Warsaw, berdepan tugas seharian,

bertemu orang tersayang kamu dan dalam empat minggu, berkahwin.

Di situ kamu akan berdepan keputusan muktamad.

Adakah kamu akan kata "saya sudi" dan jadi suami isteri?

Atau kamu akan berpisah selamanya?

Benarkah cinta itu buta?

Jika kamu dah bersedia merasai kebenaran, mari kita mulakan. Pod kini dibuka.

Ia sangat bagus di sini.

- Ayuh cari isteri kita! - Ia kini berlaku.

Aduhai.

Semoga berjaya!

- Hei. - Helo.

- Helo. - Hei!

Saya sedang bercakap dengan siapa?

Dengan saya.

- Awak ada nama? - Ada.

Tiga puluh enam? Pn. MILF, okey.

Ada sesiapa di sana?

Helo?

- Saya dengar Radom ramai gadis cantik. - Paling cantik, ayuh.

Radom ada lapangan terbang yang terkenal, bukan?

Bukan hanya lapangan terbang.

Saya cakap macam saya dari Podlasie.

- Nenek saya dari Podlasie. - Oh, Podlasie.

- Ya. - Kucing-kucing pergi ke bangsal.

Pendapat awak tentang pengguguran?

Tak nak cakap apa-apa. Saya lelaki, itu pilihan wanita.

Itu yang saya nak dengar.

- Awak nak anak? - Tak. Sekarang, saya nak kuda.

Apa yang penting untuk awak dalam perhubungan?

Ibaratnya begini, saya tonton perlawanan

dan awak pula berada di seberang planet ini.

Apa?

Tiga, dua, satu.

Bagaimana sifat awak? Suka buat apa?

Saya sangat hebat.

- Wanita bersiul kepada saya di jalan. - Saya tak boleh bersiul.

Saya kena ajar awak.

Tak mengapa.

Perangai saya selalu macam budak enam tahun, mungkin lima.

Saya suka bergurau. Jenaka itu macam ujian kecil bagi saya.

Saya ada ramai bekas kekasih. Satu bala tentera, boleh dikatakan.

Mereka boleh bentuk kesatuan dan mungkin hancurkan saya.

- Awak fleksibel? - Ya.

Saya tulis "seperti kulit menutup dram."

- Saya tak suka Damian. - Saya pun tak suka.

Dia agak kasar.

Dia cakap, "Saya tak nak awak tertekan

jika dapat anak terlalu awal." Apa?

Damian!

Aduhai, tanda amaran.

Helo, selamat datang ke barbeku.

- Awak suka barbeku? - Bolehlah.

- Siapa nama awak? - Damian.

Damian, hai.

- Hai, siapa nama awak? - Marta.

Hai, Marta.

Jadi Marta, awak nak ada anak?

Impian saya nak jadi ibu.

Saya nak mula bina keluarga. Saya rasa sunyi, seperti kami semua.

Saya tak pasti akan temui pasangan di sini. Tapi saya harap begitu.

Saya nak cari kilang buat kanak-kanak.

Aduhai. Saya nak dua hingga empat anak.

Wah! Saya jumpa kilang saya.

Bila awak nak anak?

Jika awak lompat seberang dinding, kita boleh mula sekarang.

Kita boleh mula dalam lima minit.

Kita harus beri diri kita sekurang-kurangnya 10 minit.

- Okey. - Jika awak faham maksud saya.

Betul.

Berapa umur awak? Melalui suara awak saya rasa 40 tahun.

- Kurang sikit. - Saya cuma bergurau.

Tiga puluh. April ini saya 30 tahun.

Saya menangis pada hari jadi saya, bukan sebab dah tua

tapi tengah malam saya keluarkan gambar lama saya tiup lilin…

Lilin siapa?

Awak memang pandai bergurau.

- Saya akan catat. - Okey.

- Jaga diri. - Senang berbual dengan awak.

Samalah, jumpa lagi.

- Jaga diri, jumpa lagi. - Jumpa lagi.

Bagaimana janji temu itu? Awak gembira?

- Helo. Bagaimana janji temu itu? - Ia bagus. Hebat.

Janji temu terakhir tadi, kami tak berbual hal kerja atau apa-apa yang khusus.

Tapi rentaknya antara yang terbaik, mungkin juga yang terbaik.

Saya seronok dengan dia. Terbaik antara semua dan tak tahu tentang dirinya.

Apabila cakap tentang hal cinta, selalunya saya yang mengejar.

Saya sering beratur untuk sesuatu, walaupun belum tentu diperlukan.

Sekarang saya nak rasa bagaimana jika dikejar.

Saya nak hubungan di mana lelaki itu seperti matahari dalam bentuk manusia.

- Hai. - Hai.

Suara awak sedap, menarik. Siapa nama awak?

- Marta. - Saya Kamil.

Kamil.

More Malay subtitles for Love Is Blind: Poland

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left