시즌 1

릴리스 정보

Destined with You S01E07 1080p NF WEB-DL DDP2 0 H 264-Archie
다음의 해설 N-Joy
https://linktr.ee/njoy.s

태그

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
게시일: 2023-09-13
다운로드: 64
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

DESTINED WITH YOU

- Saya belum selesai. - Apa?

Nampaknya saya,

cintakan dia,

Hong-jo.

Apa awak cakap?

Dah dengar. Kenapa tanya lagi?

Awak dah bertunang.

Saya nak tahu sebab awak yakin cakap begitu.

Saya yakin dalam banyak cara.

Sudahlah.

Awak tak kisah saya beritahu datuk bandar?

Jangan campurkan urusan peribadi dengan kerja.

Awak nak saya tutup mulut.

Maknanya awak rasa bersalah dan tak jujur tentangnya.

Bagaimana saya nak faham situasi ini?

Awak penjaga dia?

Kenapa asyik masuk campur?

Awak asyik datang ke rumah kami dan buat saya jengkel!

Bercinta dengan anak datuk bandar dan pikat pegawai dalam masa yang sama.

Masuk akalkah?

Kamu berdua, sudahlah.

Saya akan jelaskan semua, sebab dia buat begini.

Jangan cakap kecuali nak dipanggil gila.

Tak boleh.

Saya mesti beritahu.

Kamu berdua dah hilang akal?

Dah agak. Kenapa nak juga jelaskan?

Maksud awak,

dia suka awak

sebab dia minum air pengasih?

Ya.

Awak baca mantera lain untuk ungkaikan sihir.

Tapi manteranya tersilap?

Ya.

Bukankah kamu dah cukup dewasa nak membezakan fantasi dan realiti?

Gelinciran masa dan alam selari ada penjelasan saintifik.

Tapi awak percaya sihir?

Beberapa kali saya datang rumah dia.

Itu buktinya.

Sekarang pun.

Saya sangat gembira sebab Hong-jo duduk

di sebelah saya.

Tengoklah sikap dia.

Dia memang nampak pelik.

Memang pelik, tapi…

Aeng-cho, penulis buku mantera ialah manusia nyata.

Salah seorang nenek moyang saya membunuhnya.

Dia lulus ujian khidmat tentera dan berkhidmat kepada raja.

Namanya muncul beberapa kali dalam Rekod Dinasti Joseon.

Begitu hebat keluarga saya.

Kenapa percaya sihir disebabkan ini?

Hong-jo, awak diyakinkan dia juga?

Jang Hui-bin guna patung jerami untuk menyihir Permaisuri Inhyeon.

Dia mungkin buat begitu sebab berkesan.

Ketika Pencerobohan Jepun,

mereka pancang besi ke tanah untuk lemahkan semangat kebangsaan.

Awak pun sama, Hong-jo.

Sudahlah.

Kita tak perlu yakinkan dia.

- Dia tak percaya kita. - "Kita"?

Ya, kita.

Kami percayakan sihir.

Awak tak percaya sihir.

Baiklah, kita buat begini.

Periksa jika mantera itu berkesan sekarang.

Tak boleh baca mantera sesuka hati.

Perlu penuhi keperluan dan bahan-bahan yang betul.

Awak juga perlu berpakaian kemas dan berfikiran tenang.

Hong-jo sangat penat sekarang, jadi…

Saya boleh buat.

Saya patut buat dulu.

Saya tak pernah terfikir sebab awak terlalu bermasalah.

Saya selesaikan masalah orang. Saya tak pernah bermasalah.

Jika saya nampak bermasalah, itu disebabkan mantera itu.

Jangan cakap banyak.

Baca mantera sekarang dan tengok hasilnya.

Jika terbukti mantera tak berkesan,

tamatkan hubungan ini.

Jika berkesan, apa awak nak buat?

Kita tengoklah nanti.

Prosesnya ambil masa.

Tunggu di rumah kamu.

Tak, saya tunggu sini.

Eksperimen perlu dibuat di bawah keadaan yang sama.

Saya tinggal jauh, jadi ada kelemahan.

Suka hati awak. Saya masuk rumah.

Saya mudah sejuk.

Telefon apabila selesai.

Baiklah.

"Mantera Hamil."

"Mantera untuk mengandung."

Saya tak berlaki. Tak boleh.

"Mantera Nasib Baik."

"Mantera untuk jadi kaya"?

"Berjabat tangan dengan lelaki terkaya Joseon

dan dapatkan tenaganya."

Susah nak jumpa sesiapa sekarang. Tak boleh.

"Mantera Kulit Cerah."

"Mantera untuk jadi cantik."

Boleh tahan. Senaraikan dulu.

"Mantera Godaan."

"Mantera mendapatkan lelaki yang kamu dambakan."

Tengoklah itu.

Tak banyak mantera dia boleh baca sekarang.

Mantera yang paling mungkin dia baca

ialah Mantera Godaan.

Dia tentu nak Jae-gyeong berbanding saya.

Jae-gyeong?

Jae-gyeong.

Kenapa?

Awak kata nak tunggu di luar. Sejukkah?

Saya bukan masuk sebab sejuk.

Saya cuma nak periksa sesuatu.

Tangga ini tak bersambung dengan tingkat dua, bukan?

Ya, ia bersambung dengan bilik atas.

Tak sangka awak mudah ditipu.

Helo.

Boleh ke jalan utama?

Saya jelaskan dari sana.

Pindah ke tempat lain.

Rumah ini tentu berangin.

Awak pula cepat sejuk.

Pemanas okey saja.

Tapi tetap tak selesa.

Jika orang nampak awak dan dia tinggal bersama, apa mereka kata?

Saya tak kisah.

Paling tidak, saya bujang.

Awak tak peduli perasaan Hong-jo?

Awak pula?

Tunang orang asyik keluar masuk rumah ini.

Apa pula orang kata?

Awak tak perlu peduli.

Awak cuma orang yang tinggal di tingkat satu.

Tentulah saya peduli.

Dia suka saya.

Awak dah pun menolak dia.

Jadi jangan sibuk hal dia.

Saya menyesal tolak perasaan itu.

Mantera Cinta atau apa saja namanya.

Ia pun bukan untuk awak.

Cakap jujur.

Awak tertarik kepada Hong-jo dahulu.

Bukankah mantera itu hanya alasan?

Bukan.

Kenapa senyum?

Janji dengan saya.

Apabila terbukti mantera tak berkesan, hentikan permainan awak.

Baiklah, saya janji.

Tapi,

jika terbukti berkesan,

jangan ganggu urusan kami.

Kenapa awak resah?

Saya bukan resah.

Jam baharu, jadi saya asyik tengok.

Seminggu lepas pun jam itu.

Awak risau tentang mantera yang dia akan baca

dan hasilnya nanti?

Sin-yu.

Awak graduan undang-undang.

Saintis boleh berhajat pada tahi bintang

dan Edison mahu elak hari Jumaat bertarikh 13.

Sebab itu ada kepawangan.

Orang mempercayainya sebelum mereka menyedarinya.

Baik, katakan itu betul.

Bagaimana awak boleh terlibat

dengan Hong-jo dalam situasi begini?

Gunung Onju ialah tanah milik keluarga saya.

Tokong terletak di sana sejak dinasti Joseon.

Adalah tugas kami untuk menjaga tokong itu,

tapi Hong-jo perlu robohkannya.

dan di situlah dia dapat buku mantera itu.

Kenapa Hong-jo pula yang dapat?

Sebab dia pemilik sah kotak kayu.

Akhirnya.

Bekalan elektrik terputus sebab sihir juga?

Sebenarnya,

lebih baik jika begitu.

Sebab tentu teruk jika awak benar-benar suka Hong-jo.

Dia telefon saya.

Helo, Hong-jo.

Okey.

Dia kata dah siap. Lekas.

Sin-yu, itu menipu.

Naiklah perlahan-lahan.

Hei!

Buka pintu!

Aduhai!

Awak kata perlu buat di bawah keadaan yang sama!

Awak tak percaya sihir. Tak penting bagi awak!

Pintu kunci. Bertenang.

Saya kata bertenang.

- Tarik nafas dulu. - Saya tercungap-cungap?

- Awak yang tercungap-cungap. - Saya okey.

Awak tercungap-cungap teruk.

- Mana ada. - Tak ada?

Aduhai.

Masuklah.

Saya masuk dulu.

Kaki saya di depan awak.

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left