처음 200줄입니다.
Kita semua tahu,...
...pada 2012...
...kami telah hapuskan seluruh dunia jenayah dari Mumbai.
Dalam hal ini polis telah uruskan semuanya.
Kerana Daud Ibrahim sekarang menetap di Pakistan.
Chota Shakil tidak lagi aktif,...
...Chota Rajan bekerja dengan agensi kerajaan,...
...Abu Salim dalam jel,...
...dan kita sedia maklum yang Arun Gawli dalam politik.
Semalam kami juga telah menahan Ravi Pujari.
Saya berbangga untuk katakan,...
...malah seluruh jabatan saya berbangga untuk umumkan...
...bahawa tiada lagi Bhai di Mumbai.
Tiada lagi Bhai.
Sebab itu...
...skuad gempur juga telah dibubarkan.
Semua orang akan melihat Mumbai yang aman mulai esok.
Kami telah penuhi impian anda.
Saya akan bunuh sesiapa yang mahu lakukan jenayah.
Jika sesiapa terfikir untuk lakukan jenayah, saya akan tembak.
Tiada siapa boleh lakukan jenayah. Saya takkan benarkan.
Hei Surya!
Kau dah sampai. Selamat datang ke Mumbai.
Berjuta orang datang ke sini, tapi hanya orang tertentu boleh dapat apa saja.
Jika Mumbai mula kurniakannya, ia akan beri segalanya-galanya.
Di Mumbai, kau boleh beli makanan Rs.10 bukannya Rs.10, 000.
Separuh penduduk di sini hidup dengan makan vadapav (burger India), hanya Rs. 8.
Kita bertuah sebab kita manusia yang tamak di dunia ni.
Aku bergelut masa datang ke Mumbai dulu. Tiada wang, tiada tempat tidur.
Di mana saja aku tidur orang akan halau aku. Nah!
Sahabat...
Kalau kau nak tahu, sukar untuk hidup di Mumbai ni. Tapi aku ada.
Aku akan cari kerja untuk kau dan perlahan-lahan kau akan menetap di sini.
Aku datang bukan untuk menetap perlahan-lahan! - Habis tu?
Aku datang untuk goncang seluruh Mumbai!
Hanya aku yang akan memerintah seluruh Mumbai.
Kata-kata kau macam skrip filem, mantap habis!
Aku dah nak pergi kerja, kau ada duit tak?
Ambil duit ni. Kau boleh masak di dapur yang bersepah tu atau beli di luar.
Nanti petang aku balik. Ambil ni.
Kau kerja di mana? - Syarikat Phynoil. Sebagai supervisor.
Berapa gaji kau? - Rs.12, 000. Kenapa?
Mulai hari ni kau jadi pembantu aku. Aku bagi kau...
...Rs. 25,000. Berhenti kerja tempat lain.
Kau nak aku berhenti kerja?
Jadi pembantu kau? Kau nak bagi Rs.25, 000?
Kau datang sini pun guna duit aku. Kau nak makan pun aku bagi duit.
Kau nak makan pun tak ada duit, macamana kau nak lantik aku...
Aku cakap lagi sekali. Aku datang untuk goncang Mumbai.
Kau pembantu aku, gaji kau adalah Rs. 25,000.
Kau tak payah pergi kerja.
Kau takut ke? - Ya, aku takut.
Kalau kau tak takut macamana aku nak takluk Mumbai?
Jom kita keluar.
Kau buat aku takut. Kenapa kau datang sini?
Bisnes. - Bisnes? Bisnes apa?
Jenayah! - Tolonglah balik kampung semula. Aku hantar kau naik tren petang ni.
Jangan hampiri orang kaya macam mereka. - Orang beginilah yang kita perlukan.
Siapa ni?
Siapa kau? Kau tengok apa tu?
Polis! Penolong pesuruhjaya polis.
Ini nombor plat sama semasa letupan Mumbai.
Kau yang pakai atau bagi orang lain?
Tak, tuan! Ini kereta saya. Saya bukan pengganas!
Apa nama kau? - Kasab!
Tak, tuan. Saya bukan Kasab yang tu!
Aku tahu kau bukan Kasab yang tu. Tapi aku boleh pergunakan nama kau tu.
Mari, mari kita ke Balai Polis Dadar.
Mari. - Tak, tuan. Tolong dengar, tuan.
Balai Polis Prabhadevi.
Sini.
Aku bagitahu mereka aku ni S.I. Jangan bagitahu yang aku ni ACP.
Jangan melebih-lebih.
Aku bawa mereka sebab ada kes.
Kau pergi takutkan mereka. Kalau mereka nak lepas, minta rasuah.
Kalau mereka bagi, mereka orang jahat. Kalau tak, mereka baik.
Pergi. - Ok, tuan!
Kami perlukan cap jari kau sebagai rekod.
Ini kes besar.
Tuan, tolong! - Cepat, kami nak cap jari kau. - Tolong lepaskan kami tuan.
Kau ada duit?
Tuan, dah beres.
Selongkar lagi kereta tu. Nanti bagi nombor kau. Berapa dia bagi?
Rs. 30, 000.
Kau ambil Rs. 5,000 dan baki Rs. 25,000 bagi pada dia.
Tuan!
Jumpa lagi. - Simpan nombor saya, tuan.
Hebat.
Itu wang pendahuluan. Suka tak?
Aku tak faham semua ni.
Nak dapat duit memang senang, tapi susah nak dapat gadis cantik.
Ya, memang susah.
Aku datang nak takluk Mumbai, jadi Raja ini perlukan Permaisuri.
Aku perlukan permaisuri, kan? - Ya, memang perlu.
Kau tahu siapa permaisuri aku? - Siapa?
Anak Pesuruhjaya Bandar Mumbai, Ajay Bharadwaj,...
...Chitra.
Berapa kali aku nak cakap? Jangan kejar aku.
Aku dah cakap aku tak suka kau.
Apa kau cakap ni? - Diam!
Kenapa kau mesej dan missed call aku banyak-banyak?
Kau telefon pejabat aku di London dan kata kita ada hubungan.
Kenapa buat begitu? Sampai ayah aku tanya siapa gadis tu.
Aku tak buat! - Diamlah! Bila aku buka Facebook, ada 100 mesej.
Semua dari kau. Sampai aku takut nak buka Facebook.
Kenapa kau mesej begitu? Kau tak malu ke?
Kau ni perempuan ke apa?
Siapa bagi kau nombor telefon aku?
Aku ke negara berbeza setiap hari. Setiap perjalanan aku adalah sulit.
Kau lahir untuk musnahkan syarikat aku atau cintai aku?
Encik begitu kaya ke?
Suruh kawan kau hentikan semua ni.
Aku tak tahu. - Sudah! Diam! Jangan menangis!
Aku berada di Mumbai 10 hari.
Kalau aku nampak kau di pantai, atau kau cuba jumpa aku di Hotel Marriott...
...aku akan tanam kau di lobi hotel tu.
Hei, encik! Hai, encik.
Maaf encik, saya tak tahu kawan saya ganggu encik begitu sekali.
Apa pun, nama saya Aisha.
Dan ini kad saya. Awak boleh telefon saya bila-bila masa.
Aku tak kisah telefon gadis macam kau, tapi bukan dia tu.
Suruh kawan kau hentikan semua ni.
Ok encik.
Yes! Yes! Dia suka dengan aku.
Chitra, sudahlah. Kenapa kau ganggu dia kalau dia tak suka?
Dia orang baik, sebab tu dia kata tak sukakan kau. - Diamlah!
Aku tak pernah ganggu dia. Nama dia pun aku tak tahu.
Habis kenapa kau diam saja?
Dia tak bagi aku bercakap. Dia menyalak macam anjing.
Aku takutlah. Aku tak pernah ditengking begitu, tahu tak?
Sudahlah. Agaknya...
...dia dikejar ramai gadis. Dia jadi bingung dan keliru. Itu saja.
Sudahlah.
Ke mana kami nak pergi dengan anak-anak ni, encik?
Dengar!
Kamu buat pinjaman dengan bank kami untuk bina rumah.
Tapi kamu tak pernah bayar balik. Pihak bank beri tempoh sebulan.
Jika kamu tak bayar dalam tempoh sebulan, kami akan rampas semuanya.
Mari.
Aku rasa sangat sedih.
Bila mereka halau wanita-wanita dan kanak-kanak keluar...
...aku sangat sedih. Sepatutnya tiada siapa di Dharavi perlu ke jalanan seperti ini...
...dan menangis.
Dalam 10 hari, semua masalah kamu akan selesai.
Tiada rumah yang akan dirampas.
Aku akan selesaikan semua pinjaman, ini janji Surya.
Siapa kau? Kau datang dari mana? - Hyderabad.
Kau orang Hyderabad? Apa yang kau boleh buat?
Kau orang sini, kan?
Apa sumbangan kau?
Orang yang nak buat baik tak semestinya orang tempatan.
Setiap masa orang baru perlu datang dan buat sesuatu.
Aku datang ke Mumbai juga sama. Aku akan buat sesuatu dan buat perubahan!
Kau ada pinjaman? - Ya.
Bila pinjaman kau selesai, datanglah peluk aku. Ingat nama aku, Surya.
Kita jumpa lagi di sini selepas 10 hari!
Kita akan raikan, dan lakukan perubahan!
Apa masalah kau ni? Kita nak bayar sewa bilik pun bagai nak mati.
Kau tahu Dharavi ni berapa besar? Kau tahu berapa pinjaman mereka?
Macamana kau nak bayar? Kau dah gila ke?
Tak payah risau pasal bayaran pinjaman mereka tu.
Mereka semua percaya cakap aku. Tapi kawan sendiri tak percaya.
Ape daaa kau ni.
Hai! Hello!
Kenapa panggil dia?
Dia kaya! - Habis tu? - Sini!
Tengoklah nanti!
Hai! - Korang ada di sini? Aku cari korang...
Untuk apa? Nak tanam kami di lobi hotel?
Begini. - Diam! Aku tak tahu kau siapa dan kau juga begitu.
Kau tak tahu pasal aku.
Sebenarnya. - Diamlah!
Aku menangis sepanjang malam disebabkan kata-kata kau tu.
Sampai meracau dalam mimpi.
Diam! Kenapa kau menyalak macam anjing sebelum dengar dulu?
Macam anjing? - Aku datang nak minta maaf.
Minta maaf? Untuk apa?
Malam tadi baru aku tahu yang aku tersilap orang.
Apa jadi malam tadi?
Gadis tu mabuk, datang rumah dan buat kacau.
Masa tu baru aku sedar yang kau bukannya dia.
Maaf! Aku Surya.
Chitra!
Hobi kau melukis ke?
Bukan hobi, kami profesional! Dia pelukis dan aku pemain seruling.
Kenapa lukis pakai tangan, bukan berus?
Tak perlu berus. Pakai tangan jadikan ia lebih berharga.
Ohh!
Aku tak tahu sangat pasal lukisan. Tapi ayah aku minat.
Aku masih ingat ayah aku pernah beli lukisan Picasso.
Rasanya ada dalam rumah ladang di Paris, atau...
...mungkin dialihkan ke dalam garaj rumah kami.
Garaj?
Boleh kau letak lukisan Picasso yang mahal macam tu saja?
Chitra!
Disebabkan aku sangat sibuk dengan bisnes sejak kecil,...
...aku tak pernah tahu tentang dunia seni.
Bila aku lihat orang melukis macam kau, aku seronok.
Bila lihat orang bermain seruling, aku rasa rugi sebab tak pandai main.
Rasa sangat rugi.
No comments yet. Be the first to leave one.