릴리스 정보

왜 오수재인가 Why Her? E03 220610-NEXT-VIU
왜 오수재인가 Why Her? E04 220611-NEXT-VIU
다음의 해설 RuoXi
Ep. 3

태그

other
게시일: 2022-06-11
다운로드: 19
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

"Kisah ini adalah fiksyen. Semua watak, tempat, peristiwa...

...dan organisasi yang digambarkan dalam drama ini adalah rekaan."

"Episod 3"

Saya sayang kamu semua.

Saya akan datang ke sini setiap hari.

Kamu buat profesor dihalau sebaik saja kamu masuk fakulti perundangan.

Kamu semua sangat mengagumkan.

Terutamanya awak.

Terima kasih.

Hari ini, saya belanja. - Apa?

Kami nak pesan semua yang ada dalam menu.

Betulkah? - Okey, baiklah.

Tunggu, mereka akan buat semua yang ada dalam menu.

Tak apa. Pelaburan saya berjalan lancar kebelakangan ini.

Saya ada banyak duit.

Bagus! Ucap selamat untuk Kumpulan Lapan!

Minum! - Minum!

Saya tak buat sebab saya suka Se Ryeon.

Saya suka cik.

Ada apa, doktor palsu?

Awak belum makan malam lagi, bukan?

Mari sini, cepat. Saya nak panggang daging.

Saya sedang makan malam.

Apa-apalah. Saya pasti awak cuma makan roti atau mi cawan.

Datang cepat. Saya beli daging Hanwoo, gred premium.

Saya beli daging lembu untuk perubahan.

Saya tak mahu. Saya rasa malas hari ini.

Awak tak boleh malas untuk makan daging lembu.

Awak tak menghormati lembu.

Awak pula?

Awak nak panggang daging gred premium untuk menghormati lembu?

Betul. Tiada apa yang lebih menggembirakan...

...daripada makan makanan yang sedap.

Kasihan awak. Awak tak tahu keseronokan makan.

Apa? Apa yang awak buat? Awak minum seorang diri?

Tengoklah awak, doktor palsu. Pendengaran awak memang tajam.

Hei, saya dah cakap jangan minum seorang diri.

Aritmia awak akan bertambah teruk!

Awak nak jadi kaki botol?

Apa-apalah, letak dulu.

Peguam TK akan turut serta? Agak hebat juga, ya.

Saya sangka Profesor Jung Hee Young akan ambil jawatan pengarah.

Tapi macam mana mereka boleh sertai pasukan itu?

Bila mereka pilih ahli pasukan?

Saya tak ingat ada panggilan terbuka untuknya.

Mereka dah ada pelajar tertentu? Itu tak adil.

Para pelajar...

...yang terlibat secara aktif dalam menyelesaikan kes serangan...

...seksual dan fizikal yang melibatkan seorang profesor telah...

...dijemput untuk menyertai kumpulan pertama pasukan itu.

"Pelancaran Pusat Klinik Guaman"

Kalau kamu masuk campur dan cuba bantu, kamu takkan kata ia tak adil.

Mari pergi. Tak guna.

"Pengarah Oh Soo Jae"

Mana boleh mereka beritahu kita secara tiba-tiba begini?

Takkanlah kita tak boleh beri pendapat?

Tapi "Perkhidmatan guaman percuma"?

Macam mana kita nak buat begitu?

Betul, kita tak boleh buat.

Jadi kita boleh bertenang dan melepak saja.

Mereka akan biarkan kita melepak dan tak buat apa-apa?

Tiada apa yang percuma dalam hidup.

Perkhidmatan guaman percuma...

Tentu bagus jika kita boleh uruskannya.

Gembiralah saya dengar awak kata begitu.

Aduhai.

Saya yang pilih kamu semua.

Ada sesiapa yang tak mahu berada di sini?

Begitu.

Tak, itu tak benar. Saya berbesar hati dapat berada di sini, tuan.

Saya akan buat yang terbaik.

Aduhai, maaf saya terlambat.

Saya peguam jemputan, Song Mi Rim.

Saya akan buat dengan baik, tuan.

Saya percayakan awak.

Saya nak belanja kamu makan tengah hari. Mari pergi bersama-sama.

Aduhai! - Bagus! Mari pergi.

Tuan nak belanja kami makan stik? - Mari makan dulu.

Profesor Oh Soo Jae seorang penjenayah.

Profesor Oh Soo Jae seorang pembunuh.

Profesor Oh Soo Jae tak layak mengajar.

Profesor Oh Soo Jae seorang penjenayah.

Profesor Oh Soo Jae seorang pembunuh.

Profesor Oh Soo Jae - Tak boleh buat begini di sini.

Jangan sentuh saya!

Saya akan saman awak kerana gangguan seksual.

Profesor Oh Soo Jae seorang penjenayah.

Dia yang buat kakak saya mati!

Profesor Oh Soo Jae seorang pembunuh.

Dia yang buat kakak saya mati!

"Kakak saya mati kerana Profesor Oh Soo Jae."

Awak bunuh kakak saya.

Kakak saya mati kerana awak!

Maaf, tuan. Kita makan tengah hari lain kali saja.

Biar saya uruskan hal ini.

Kita makan bersama lain kali saja.

Saya faham betapa kecewanya awak.

Tapi awak tak boleh buat begini di sini.

Awak fikir awak faham perasaan saya?

Awak pun kehilangan kakak dalam sekelip mata?

Sebab itukah awak cakap awak faham?

Tak, bukan begitu.

Siapa nama awak?

Saya Park Ji Young. Kenapa?

Park Ji Young.

Ya, Park Ji Young.

Park So Young, wanita yang awak buat dia bunuh diri itu kakak saya.

Awak tahu apa kakak awak buat untuk menyara hidup?

Ibu bapa awak yang tidak cekap mungkin tidak pernah bertanya...

...apa yang dia lakukan untuk mendapatkan wang...

...dan bagaimana dia memperoleh wang yang dia berikan kepada mereka.

Saya pasti awak teruja setiap kali kakak awak beri awak duit.

Awak, mak dan ayah awak.

Bagi kakak awak, kamu semua cuma beban.

Duduk tercegat dengan mulut ternganga...

...menunggu dia menyuap kamu.

Kamu semua cuma beban yang berat dan tak berguna.

Dengar baik-baik, Park Ji Young.

Bukan salah saya kakak awak mati.

Ini salah keluarga awak.

Mari pergi.

Jangan mengarut! Awak yang bunuh kakak saya.

Kakak saya mati kerana awak!

Kalau bukan sebab awak, kakak saya takkan mati.

Mana Profesor Oh? Ke tepi.

Kenapa dengan kamu semua? Ke tepi!

Hei! Apa yang sedang berlaku?

Masa sangat berharga. Jangan bazirkannya begini.

Awak memang dungu.

Saya ada bukti!

Saya boleh buktikan awak yang bunuh kakak saya!

Saya ada bukti!

"Park So Young, Oh Soo Jae"

"Oh Soo Jae Mengetuai TK Menuju Kemenangan...

...dalam Tuntutan Mahkamah Pengedaran Korea"

Tiada apa-apa yang muncul.

Saya pasti TK dah turunkan semuanya.

Mereka memang mampu lakukannya.

Awak kata awak arif tentang industri ini.

Benarkah kakak Park Ji Young mati disebabkan Profesor Oh?

Sebab itukah dia tak dapat jawatan rakan pengurusan...

...dan datang ke sini?

Mungkin nampak begitu, tapi bukan itu yang berlaku.

"Adakah Oh Soo Jae seorang pembunuh?"

Apa ini?

"Peguam Oh Soo Jae bunuh seorang wanita?"

Maksud awak, ini? - Ya.

Apa ini? - Ini Oh Soo Jae.

Ada apa?

Atas bumbung?

Tuan.

"Seorang peguam ialah pembunuh?"

"Peguam TK bunuh seseorang?"

Cik Oh.

Ya, tuan.

Betul. Tuan tak perlu risau tentang pelayaran itu.

Saya bercadang untuk hantar Ju Wan ke sana tak lama lagi.

Baiklah, mari buat begitu. Letak dulu.

Kenapa dengan pelayaran itu?

Khabar angin mengatakan sebuah program TV...

...sedang menyiasat sebuah syarikat palsu di Bahamas.

Ayah nak kamu pergi melawat. Sudah tiba masanya.

Okey. Orang tak guna dalam industri penyiaran...

Ada apa?

Ayah dah tengok video itu?

Di taman atas bumbung, Park So Young dan Soo Jae...

Ya, ayah dah tonton. Kenapa?

Video itu nampak macam...

...Soo Jae buat sesuatu kepada wanita itu.

Semua komen mengatakan Soo Jae yang bunuh dia.

Saya tak rasa ia isu yang boleh diabaikan, ayah.

Abaikan saja.

Apa kaitannya dengan kamu?

Kamu tak tahukah apa yang kamu patut fokus sekarang?

Berapa banyak dokumen Hansu Bio yang kamu dapat daripada Soo Jae?

Kamu dah baca muka surat pertama?

Pergi buat kerja kamu.

Tentulah, Soo Jae bukan pembunuh.

Ia telah diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

Tapi kalau orang tengok video itu...

...mereka akan nampak dia bersama Park So Young di taman atas bumbung.

Mereka akan fikir, "Soo Jae yang menyebabkan dia bunuh diri...

...dan buat dia terjun ke bawah."

"Tapi sekarang dia jadi profesor perundangan pula?"

"Dia pengarah klinik guaman fakulti?"

Memang wajarlah reaksi semua orang begitu.

Jadi tolonglah, tuan. Sayang sekali...

...tapi saya cadangkan tuan singkirkan Soo Jae...

...daripada jawatan pengarah.

Dia terpaksa lepaskan jawatan rakan pengurusan disebabkan itu...

...jadi saya rasa dia akan lebih berazam untuk berusaha gigih...

...sebagai pengarah Pusat Klinik Guaman kita.

Saya tak rasa video itu akan beri masalah kepada kita...

...tapi kalau orang syak Soo Jae atau cuba ganggu dia...

...saya percaya awak akan uruskannya.

Cik Park So Young. - Apa?

Kenapa awak datang ke sini? Macam mana awak tahu saya ada di sini?

Kenapa awak masih di sini?

Bagaimana awak masuk ke sini?

Saya ke sini untuk bunuh diri.

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left