200 baris pertama.
BERDASARKAN NOVEL CARLITO'S WAY DAN AFTER HOURS KARYA EDWIN TORRES
Seseorang menarik saya hampir ke tanah.
Saya boleh merasa tapi tak dapat melihat.
Saya tak cemas. Saya pernah ke sini. Semasa ditembak di Jalan 104 dulu.
Jangan bawa saya ke hospital. Mereka tak pernah selamatkan sesiapa.
Orang tak guna itu selalu menembak pada waktu tengah malam
dan yang bertugas di hospital hanya doktor pelatih Cina kurang cerdik.
Tengoklah mereka berkeliaran.
Untuk apa?
Orang Puerto Rico macam saya memang hidup tak lama.
Kawan-kawan saya sudah lama tak ada.
BEBASKAN DIRI KE SYURGA
Jangan risau. Jantung saya masih kuat lagi.
Saya belum bersedia untuk mati.
Rasa macam baru saja keluar dari penjara.
Saya berdiri di hadapan hakim dan memperjuangkan kebebasan saya.
Saya bukan kata mungkin hidup saya akan berbeza
kalau mak saya tak mati semasa saya masih kecil.
Itu saja mereka cakap dalam penjara,
"Aduh, nasib saya memang buruk."
BANDAR NEW YORK, 1975
Tidak. Mengarut.
Saya memang sudah jahat semasa mak saya masih hidup lagi.
Saya tahu. Tapi dia ajar saya segalanya tentang wanita.
Encik Brigante, kami perlu dengar 56 kes lagi pagi ini.
Kenapa awak melalut?
Yang Arif, Encik Brigante hanya teruja
kerana bakal dibebaskan selepas lima tahun dalam penjara.
Ini bukan pembebasan, tuan peguam bela.
Atau pengampunan atau pembuktian tidak bersalah.
Ini semata-mata kerana kejadian yang tidak sepatutnya berlaku
dan awak mengambil kesempatan daripadanya demi klien awak.
Dengan penuh hormat, Yang Arif,
kejadian itu termasuklah cubaan mencuri dengar haram
dan pencemaran bukti.
Maknanya bukti kes ini didapati secara haram.
Selepas lima tahun pemenjaraan yang tidak adil,
saya fikir Encik Brigante patut diberi peluang membela diri.
Baik, Encik Brigante. Teruskan.
Okey. Yang Arif, dengan segala hormat
dari dulu sampai sekarang dan sehingga bila-bila
saya bersumpah di dalam mahkamah ini yang saya tidak mahu buat jahat lagi.
Itu yang saya mahu beritahu selama ini.
Saya sudah muak dengan kehidupan jenayah di jalanan
dan masa semasa pemenjaraan saya yang sangat berharga
di Green Haven dan Sing Sing tidak sia-sia.
Saya sudah insaf! Saya akan ubah perangai saya.
Tentu Yang Arif pernah dengar semua ini.
Tetapi saya bercakap benar, Yang Arif. Saya sudah berubah.
Saya tidak perlu 30 tahun untuk insaf, Yang Arif, tetapi lima tahun sahaja.
Betul, Yang Arif. Lima tahun saja. Lihatlah saya.
Pulih sepenuhnya,
kembali hidup, kembali teratur dan akhirnya akan dipindahkan.
Saya ingin ucapkan terima kasih kepada ramai orang.
Saya lihat ada Encik Norwalk di sana.
Terima kasih, tuan.
Kerana merakam pita-pita itu secara haram.
Terima kasih kepada Mahkamah Rayuan kerana menarik balik keputusan Yang Arif.
Terima kasih kepada Tuhan Maha Besar kerana ini terjadi dengan keizinan-Nya.
Saya tak percaya ini.
Saya hampir terlupa! Macam mana saya boleh lupa,
peguam saya dan rakan baik saya, David Kleinfeld
yang sentiasa bersama saya dalam susah dan senang. Betul, David?
Bangun.
- Sila bangun. Kawan. - Maaf, ya.
- Encik Brigante! - Bangun, Davey Kleinfeld.
Okey, Encik Brigante
- awak bukannya dapat anugerah. - Bukan macam itu, saya…
Keputusan Mahkamah Rayuan dan cara kerja Pendakwa Raya
yang malangnya tidak mematuhi undang-undang
telah memaksa saya untuk membebaskan seorang pembunuh upahan
dan pengedar dadah yang telah disabitkan.
Tidak! Saya tak pernah disabitkan kerana mengedar dadah.
Semua dakwaan digugurkan. Banduan kini dibebaskan.
Panggil kes seterusnya.
- Saya terhutang budi kepada awak. - Okey.
Saya rasa macam dah menang. Maaf. Tahniah.
- Jangan terasa, ya? - Kita jumpa lagi Brigante.
Pandai betul awak kelentong tadi.
Saya tak kelentong. Semua itu benar, Dave.
Awak masih tak faham lagi.
Saya dah bebas. Bukan sebab dah bebas dari penjara saja.
Akhirnya saya sudah bebas sepenuhnya.
- Syukur kepada Tuhan, saya bebas! - Hei, saya masih kerja di sini. Diamlah.
Kita akan berseronok malam ini.
Baik!
Mana awak mahu cari duit? Kerja dengan Rolando lagi?
Saya dah kata, saya tak mahu buat jenayah lagi.
Dah 25 tahun saya kerja dengan dia. Apa saya dapat? Tak ada apa.
Awak mahu menari dengan saya atau menari dengan dia?
Apa maksud awak? Tak mahu buat jenayah lagi?
Awak tahu buat kerja apa lagi?
- Saya ada rancangan. - Ya? Beritahu saya.
- Beritahu awak? - Apa ini?
Awak boleh menari dengan dia kalau awak mahu.
- Ayuh! - Saya kenal Dave
sejak dia baru habis belajar.
Dia jadi kerani kepada salah seorang peguam bos mafia.
Dia ada sebatang besi bawah kerusi keretanya
dan cuba untuk tidak takut dengan klien-kliennya yang ganas.
Tapi Davey Kleinfeld sudah tak takut lagi.
Tengoklah awak.
Awak sudah berjaya dalam hidup.
Semuanya sebab awak. Saya dapat klien sebab awak.
Tapi awak memang peguam yang handal, Davey.
Wah.
Saya ada kerja untuk awak.
- Awak ingat Saso? - Saso. Ya.
Lelaki gemuk, ada restoran Argentina di Jalan Madison?
Dia ambil alih sebuah disko yang dah gulung tikar.
Tempat yang cantik. Saya carikan pelabur dan kumpul modal untuk dia.
Saya sendiri dah laburkan 50 ribu dolar. Masalahnya adalah Saso.
Dia asyik gunakan untung untuk bayar hutang judi dia.
Kalau dia tak dapat lagi 25 ribu, disko itu terpaksa dijual.
Saya pernah pergi ke sana. Duit itu bukan masalah.
Saya tak kisah melabur asalkan saya tahu
orang yang menguruskan tempat itu seseorang yang dipercayai.
Saya?
Dave, saya pernah memiliki kelab saja. Tak pernah mengurus.
Bukan susah sangat pun. Awak uruskan mana yang patut
awak dapat gaji dan sebahagian untung juga.
Tak apalah. Awak dah banyak tolong saya, Dave.
Anggap saja saya minta bantuan awak.
Jangan. Saya terhutang budi kepada awak.
Jangan minta bantuan daripada sembarangan orang.
Awak selamatkan nyawa saya.
Awak selamatkan saya, Dave. Tiga puluh tahun. Awak faham tak?
Saya ibarat dah mati. Baik awak anggap saya dah mati sajalah.
Tapi awak gali saya keluar.
Aduh.
- Saya tak tahu mahu cakap apa. - Apa kita patut buat?
Saya tak mahu cakap apa.
- Cakap awak sayang saya. - Saya sayang awak.
Kalau awak perempuan, saya dah kahwin dengan awak.
- Awaklah kawan saya. - Ya, awak mesti buat itu.
Siapa itu?
- Ya, mereka… - Kami mahu ke tandas.
- Baik, selamat tinggal. - Siapa lagi kalau bukan saya?
Selamat tinggal.
Apa rancangannya?
Apa rahsia besar awak?
Awak ingat seseorang bernama Clyde Bassey?
Dia keluar dari penjara beberapa tahun lalu.
Dia pergi ke Bahamas, ke Pulau Paradise
dan dia ada perniagaan sewa kereta.
Dia selalu cakap tentang itu masa dalam penjara.
Dia bebas, dia pergi ke sana, dan memulakan hidup baru.
Perniagaan dia untung. Dia memang mengaut untung.
Beberapa bulan lalu, dia tulis surat kepada saya.
Dia kata saya boleh melabur bersama dengan 75 ribu dolar bila-bila masa.
Awak mahu sewakan kereta?
Ya.
Kenapa gelak?
- Awak nak sewakan kereta. - Ya. Saya pakar bab-bab kereta.
Saya dah biasa curi kereta sejak saya berusia 14 tahun. Dia gelak pula.
Dengar sini.
Hidup orang yang sewakan kereta tak diancam bahaya.
Mana awak mahu cari duit 75 ribu?
Entah. Mungkin ada saudara saya yang kaya akan wariskan kepada saya.
- Itu angan-angan saja, Dave. - Kita mesti ada angan-angan.
Hei.
Awak dah fikir semuanya, Carlito. Minum untuk awak.
Carlito!
Saya kembali ke jalanan. Ahad ketiga dalam bulan Ogos.
Hari itu ada pertunjukan bola lisut.
- Bila awak bebas? - Dalam dua hari lepas.
Pekan itu terbiar. Macam pekan koboi, cuma tak ada tahi lembu dan rumput kering
tapi ada bangkai kereta usang dan tahi anjing.
Banyak muka baru, ya?
Saya tak kenal orang-orang muda ini.
Memang banyak.
Mario saya sudah tak wujud lagi.
- Sini sudah jadi panas, Carlito. - Saya tahu.
Saya pun masih beraksi dengan mereka semua.
Tapi budak-budak muda zaman sekarang tak hargai nyawa manusia.
Mereka mampu menembak awak hanya untuk suka-suka saja.
Baik awak duduk di penjara saja.
Saya takut untuk pergi ke Harlem lagi.
Orang di sana lebih gila. Awak ingat Victor?
Yang ada janggut itu.
Victor kena tembak sampai mati depan sekolah.
Betul-betul depan Sekolah Patrick Henry.
- Lalin juga. Awak kenal Lalin? - Lalin Miasso. Apa khabar dia?
Lalin dipenjara 30 tahun di Attica. 30 tahun!
Walberto! Tengok sini. Tengok siapa dah datang?
Tengoklah. Hei.
- Hai, Wally. Lama tak jumpa. - Dah jadi orang besar!
Carlito, sudah merata saya cari awak.
Saya dah agak
awak akan datang sini mengenang hidup awak yang dulu.
- Sementara saya masih hidup. - Rolando nak jumpa awak.
Carlito, saya mahu pergi tengok perlawanan itu.
Tapi kalau awak perlu saya untuk jadi pengawal, panggil saya.
- Panggil saya. Jaga diri. - Pachanga. Seronok dapat jumpa awak.
- Rolando? - Ya, dia ada dekat sana.
Guajiro, tunggu saya di sini. Saya datang lima minit lagi.
- Baik, Carlito. - Siapa itu? Anak buah baru?
Dia sepupu saya. Nanti saya perlu lawat mak cik saya.
Carlito, kawan lama saya. Seronoknya dapat jumpa awak lagi.
Semasa awak dalam penjara, saya memang selalu berdoa
No comments yet. Be the first to leave one.