200 baris pertama.
Membesar di Ohio, semua orang nak jadi Buckeyes.
Ohio State ialah identiti
kemenangan,
dan itulah diri kami.
Impak jabatan olahraga Ohio State bukan
berlebihan.
Memang satu kebanggaan.
- O-h! - I-o!
- O-h! - I-o!
- O-h! - I-o!
Dulu dan kini
jabatan olahraga paling lengkap, tinggi dana,
paling mewah
dalam negara.
Standard emas bagi sukan kolej.
Kalau awak atlet Buckeyes di Ohio State, awak adiwira.
Saya sangat bangga jadi ahli Buckeye.
Memang begitu penting.
Kami atlet Ohio State.
Itulah segalanya.
Darah OSU mengalir.
Buckeyes satu agama.
Tapi, kami percayakan Universiti Ohio State.
Kami percayakan Scarlet dan Gray.
Sampai kami tahu cerita sebenar.
UNIVERSITI OHIO STATE COLUMBUS, OHIO
SENYAP!
Dakwaan salah laku seksual
40 tahun dalam pembikinan di Universiti Ohio State.
Ohio State menyiasat bekas pelatih
bagi pasukan gusti Buckeyes.
Pelatih, Dr. Richard Strauss.
Hari ini, menerusi siaran empat, mangsa mendakwa dialah
yang cetuskan siasatan
dan berterus terang tentang dakwaan tersebut.
Apabila saya mula melaporkan cerita awal pada tahun 2018,
fokus kepada seorang lelaki,
ahli gusti Universiti Ohio State,
yang mendakwa dia telah didera oleh doktor pasukan.
Reaksi awal saya,
"Betulkah? Adakah betul?"
Tapi kata-katanya mencetuskan api
tentang doktor universiti
telah mencabul bukan sahaja dia, malah atlet lain,
dan dah berpuluh tahun berlaku.
Semestinya, mangsa lain mula tunjukkan diri.
Seorang lagi bekas pelajar muncul...
Dua lagi bekas ahli gusti Buckeyes telah tampil...
Lebih ramai mangsa tampil dengan dakwaan terhadap...
Bukan saja membuka pintu untuk saya.
Butiran baru malam ini
mengenai dakwaan salah laku seksual
melibatkan doktor pasukan gusti OSU.
Siapa doktor yang dituduh ini?
Saya susah cari apa-apa maklumat pasal dia.
Sangat sukar untuk jumpa
gambar Dr. Richard Strauss.
Universiti itu sendiri tiada banyak bukti bergambar
lelaki ini.
Dia macam enigma.
Aneh.
Rasa macam direka
sebab itu lebih rasa terganggu.
UNIVERSITI OHIO STATE
Kami sentiasa bangga gelarkan diri keluarga Buckeyes.
Semasa hantar anak
di asrama Universiti Ohio State
semasa dia 18 tahun, anak pertama yang tinggalkan rumah,
saya menangis lepas balik asrama.
Tapi saya fikir, "Sekurang-kurangnya, di tempat bagus.
Dia di Universiti Ohio State."
Semua mangsa dihantar ke Ohio State.
Saya nak tahu punca semua ini jadi pada mereka.
Bagaimana pemangsa seksual dibenarkan berada di kampus
selama 20 tahun.
Macam mana boleh jadi?
Apabila skandal Ohio State tercetus
pandangan pertama saya
saya tak tahu mahu terlibat atau tak.
Yalah, isu ini begitu dalam dan saya tak bersedia
buat masa sekarang.
Jadi, saya biarkan.
Saya guru sekolah awam, dan suatu hari
saya sedang duduk di ruang istirehat guru
ketika beberapa orang bercakap pasal isu ini.
Selepas itu
seorang guru lelaki, lebih tua,
dia kata, "Saya tak percaya.
Kalau saya ada di sana
jadi pada saya,
saya belasah dia."
Saya terfikir,
"Awak tak tahu apa-apa."
Selepas itu saya fikir,
"Saya kena jelaskan pasal ini. Alamak! Ini dia."
BUCKEYES OHIO STATE TAHUN 1988-89
Wakil Buckeyes ialah Dan Ritchie.
Tahan!
Kekalkan kaki! Jangan terlanggar di belakang!
Kekalkan kaki!
Asalnya, saya sertai gusti sebab ayah fikir
sukan bagus untuk dia.
Dia boleh jadi lagi kuat
dan kekalkan bentuk badan.
Ketika itu, saya budak kurus.
Tapi, ada sesuatu pasal gusti.
Saya membesar dengannya.
Jadi sebahagian daripada diri.
Agak menakjubkan.
Saya suka berada di luar sendirian, bergantung kepada diri sendiri.
Saya tahu kalau bekerja keras dan menang,
puncanya sebab saya yang berusaha.
Saya berusaha.
Saya menang.
Jurulatih sekolah tinggi saya, pada awal musim,
dia tunjukkan kedudukan
dan kata, "Awak nombor satu dalam negeri."
Saya macam tak percaya.
Bagi saya, menakjubkan.
Ritchie, walaupun berasal dari sekolah kampung,
ramai orang ragu-ragu dengan kemampuannya disebabkan itu.
Tapi, dia dominan sepanjang tahun.
Sepanjang
musim, saya tak dapat ditewaskan dan menang kejohanan negeri.
Juara negeri 1988
pada 167 dalam ganda A, Dan Ritchie.
Dan Ritchie!
Kejayaan ini memboleh saya
dapat biasiswa di Ohio State.
UNIVERSITI OHIO STATE
Saya sampai di sana pada 1988.
Kampung halaman saya,
dengan populasi 32 ribu orang.
Populasi Ohio State sendiri
50 ribu orang. Jadi, agak mengejutkan.
Tapi saya fikir kalau saya bergusti
ada sekumpulan kawan yang saya boleh bergaul.
Saya jumpa rakan sebilik, Mike Schyck, seorang lagi ahli gusti.
Kami terus serasi.
Pertama kali saya jumpa Dan
macam garis cukur rambut macam Vanilla Ice,
pada kepalanya.
Saya terfikir,
"Dia rakan sebilik saya? Alamak!"
Tapi tak lama selepas itu, kami jadi kawan baik.
Kami berdua suka gusti. Lebih daripada suka.
Gusti ialah
segalanya bagi saya.
Memang begitu sejak kecil.
Ayuh, Mike!
Saya suka berkelahi semasa membesar.
Kalau kami terus
bekerjasama, boleh sampai ke peringkat negeri.
Semasa gred lapan, saya kalahkan pelajar tahun akhir.
Saya berjaya ke peringkat negeri.
Saya gred lapan pertama berjaya sampai ke peringkat negeri.
Saya di peringkat akhir negeri pada tahun pertama
tempat kedua.
Pada tahun kedua saya, tempat ketiga.
Dua tahun kemudian, saya menang.
Dengan berat 152 paun, juara kita, Mike Schyck.
Banyak universiti
hantar surat dan dokumen untuk rekrut saya ketika itu.
Saya dapat nota peribadi juga
daripada ketua jurulatih Ohio State, Russ Hellickson.
Russ Hellickson juara Olimpik dua kali.
Dia salah seorang jurulatih paling bagus di dalam negeri.
Kamu semua, saya duduk di sana
di bucu sebagai jurulatih gusti.
Saya tak nampak pertarungan cukup.
Russ baru saja mula kerja sebagai jurulatih baru di Ohio State
dan dia janji untuk lahirkan pemenang.
Itu yang saya nak. Saya tak nak alasan.
Kalau tiada apa-apa, pada saat awak pulang ke rumah
awak akan jadi bentuk manusia paling hebat di planet ini.
Hellickson bawa pembantunya, Jim Jordan.
Jordan ialah legenda.
Saya saksikan dia menangi gelaran NCAA pertamanya.
Kemudian dia menang gelaran kebangsaan kedua tahun berikut.
Memang luar biasa.
Saya pilih universiti ini bukan sebab Ohio State.
Saya pilih sebab Russ Hellickson dan Jim Jordan.
Serta program yang mereka rangka.
Mereka akan laksanakannya. Saya pun mahu buat.
Pasukan Ohio State
bakal beri saya peluang
untuk realisasikan impian saya bukan saja jadi juara kebangsaan.
Tapi, impian saya besar.
Saya nak jadi juara Olimpik.
Russ Hellickson, atlet Olimpik,
dia boleh bantu realisasikan impian saya.
Semua orang kenal Jim Jordan.
Dia binatang.
Begitu taat beragama, jujur. Dia orang yang baik.
Pada masa sama, dia boleh pukul orang.
Lelaki sempurna.
Selepas perlawanan sengit
Jim jumpa saya dan kata,
"Perlawanan hebat.
Rasanya, kami mahu awak dalam pasukan."
No comments yet. Be the first to leave one.