Hitting the Apex

Hitting the Apex

Muat Turun Sari Kata Malay

Maklumat siaran

Hitting The Apex 2015 BluRay x265-RARBG
Ulasan oleh ShasyaLala
Netflix Retail.

Tag

other
Diterbitkan pada: 2022-08-31
Muat Turun: 22
Masalah Pendengaran: No

Pratonton sari kata Malay

200 baris pertama.

Ia bermula begini.

Seorang pelumba motosikal dan ketua krunya, mencari kelajuan.

TAMAN MOTO CATTOLICA ITALI

STEFANO FRANZ 9 TAHUN

DINO FRANZ KETUA KRU/BAPA

Saya berfikir bagaimana nak ambil selekoh dengan lutut cecah jalan,

macam yang ketua kru ajar.

Susahlah.

LITAR AMERICAS 12 MAC 2013

SESI UJIAN PRAMUSIM MOTOGP

Ia bermula begini. Pelumba motosikal dan ketua krunya.

Serta jurutera perlumbaan, jurutera sistem suspensi,

jurutera tayar, jurutera elektronik

dan mekaniknya, mencari kelajuan.

Dari trek motosikal mini terkecil hingga ke litar grand prix terpantas,

daripada motosikal kecil beratus dolar hingga ke jentera MotoGP berjuta dolar.

Daripada mainan budak 32 kilometer sejam hingga grand prix 354 kilometer sejam.

Prinsipnya tetap sama. Cari jalan terpantas di trek.

Kemudian, fikir bagaimana untuk berlumba lebih pantas.

Perlumbaan motosikal grand prix adalah proses menukar api kepada kelajuan.

Pembakaran bahan api dan udara di dalam enjin

dan api membara dalam hati pelumba yang mengorbankan segalanya untuk menang.

Masa adalah musuh.

Sesaat ketinggalan atau mendahului di setiap selekoh

penentu kalah atau menang.

Juga, masa beberapa tahun yang diambil untuk ke puncak

dan cuba kekal di puncak.

Ini yang perlu dilakukan. Tekan brek betul-betul pada saat akhir.

Ambil selekoh luar.

Belok. Ambil selekoh tajam. Memecut.

Berek. Tunduk ke depan, lebih jauh.

Lebih laju. Kekal di atas motosikal.

Ambil selekoh tajam. Memecut.

Kekal di atas motosikal.

Pelanggaran menyakitkan.

Motosikal patah. Badan patah riuk.

Peluang hancur berkecai.

Kekal di atas motosikal…

dan berjuang.

Setiap pusingan. Setiap selekoh.

Setiap saat.

Dalam 18 perlumbaan seluruh dunia.

Berlumba sebanyak 3,200 kilometer dalam setiap musim.

Berjuang untuk ke garisan penamat.

Berjuang untuk ke puncak.

Berjuang.

Ini kisah enam orang pejuang.

Enam orang pelumba motosikal terpantas sepanjang zaman

dan takdir yang menanti mereka di puncak sukan ini.

Apabila kelajuan mencatat rekod tertinggi, persaingan lebih sengit

atau muncul bakat baru yang lebih menyerlah.

Inilah kisah risiko yang dihadapi mereka semua.

Kisah kemenangan

dan kisah kehilangan, apabila kita mengejar kegemilangan

pada kelajuan 321 kilometer sejam di atas motosikal.

VALENCIA, SEPANYOL PAGI AHAD, HARI PERLUMBAAN

Saya suka tidur. Saya suka lelapkan mata. Pembantu saya, Marco, kejutkan saya.

Saya makan sarapan.

Saya cuma rasa saya lebih gementar berbanding hari Sabtu.

Waktu itulah saya mula rasa tak sedap perut.

Saya benci perasaan ini.

Rasa lebih penat. Rasa kurang bertenaga.

SISTEM MEMBUKA HELMET

Saya bangun, sarapan, panaskan badan.

Selalunya saya tidur lena, tapi waktu itu saya sedikit gementar.

Pada pagi Ahad, perasaannya sentiasa sama.

Takut, gerun, teruja.

Fikir positif, tapi juga takut kalau buat silap.

Bersama, detik paling dahsyat dan terbaik dalam hidup saya.

Valentino, awak sangat kacak!

Kira detik perlumbaan MotoGP pada jam dua petang

dinyatakan dengan jelas oleh laungan para penyokong.

Kelas junior pada pukul 11. Kelas sederhana pada pukul 12.20.

Kemudian, tibalah masanya.

Banyak benda yang kita tak boleh kawal.

Ada yang buat kita tak selesa

dalam masa sejam sebelum perlumbaan.

Saya suka.

Saya gembira apabila lihat anak saya naik ke puncak.

Tapi juga merana.

Sebagai ibu bapa, kami takut kerana sukan ini bahaya.

Bahaya tak boleh dielak.

Ini perlumbaan atas dua tayar pada kelajuan tinggi.

Kami cuba buat lebih selamat.

Kami cuba baiki peralatan penunggang. Ada beg udara dalam jaket.

Juga, peraturan yang saya tetapkan adalah

jangan biarkan penunggang buat sesuatu yang membahayakan mereka.

Jalan ke kejuaraan dunia MotoGP

adalah panjang, sukar dan bahaya.

Ia mesti dilalui pada kelajuan maksimum sepanjang masa.

Garisan penamat jauhnya beribu kilometer,

dalam beratus perlumbaan dan beratus perlanggaran sejak ia bermula.

Beribu-ribu pelumba muda berlumba setiap tahun di Eropah, Asia dan Amerika,

mengimpikan tempat di pentas dunia.

Tidak ramai yang akan sampai.

Tiada siapa kenal kebengisan persaingan

seperti Valentino Rossi.

Dia telah berlumba dalam 300 buah perlumbaan grand prix sejak 1996,

memenangi lebih 100 perlumbaan dan merangkul sembilan kejuaraan dunia.

Dia berjaya ke MotoGP seperti pelumba lain,

naik melalui kelas junior dan sederhana,

menghafal trek grand prix menggunakan motosikal 225 kilometer sejam.

Kemudian motor 273 kilometer sejam,

sebelum beralih ke MotoGP dan motor lebih 321 kilometer sejam.

Tahun demi tahun, dia mengetepikan sekumpulan demi sekumpulan pencabar.

Lebih 100 orang pelumba datang dan pergi sepanjang tempoh dia di puncak.

Rossi satu-satunya yang tinggal daripada MotoGP tahun 2000.

Dari 2001 hingga 2005, dia memenangi lima kejuaraan MotoGP berturut-turut.

Rossi memintas dan Biaggi tak mampu buat apa-apa.

Mereka berlaga! Dia tersasar! Rossi menolaknya keluar dari trek!

Rossi akan memenangi Grand Prix Sepanyol!

Dia adalah raja dalam sukan ini yang tiada tandingan.

Di penghujung dekad itu dia masih berjuang, masih menang.

Hanya satu lagi kejuaraan kelas premier untuk dia menyamai rekod dunia.

Satu lagi langkah untuk memahat statusnya

sebagai pelumba motosikal terbaik sepanjang zaman.

Namun menjelang 2010, semakin ramai saingan Rossi.

Pesaing yang boleh menewaskannya muncul.

Jika kita tahu di mana,

tentu kita dapat jangkakan kemunculan mereka.

1994, Sepanyol. Jorge Lorenzo berusia tujuh tahun

menunggang dan menyelinap di sebuah tempat letak kereta di Mallorca.

Casey Stoner bernombor 166. Perhatikan Casey.

1997, Australia.

Casey Stoner yang berusia 12 tahun mendahului dalam perlumbaan motor lasak.

Casey Stoner 166 sedang jauh mendahului.

Dia mendahului banyak perlumbaan.

Dia pernah memenangi 32 dalam seminggu saja.

Satu kemenangan mudah dalam acara kelima.

1999, Itali.

Marco Simoncelli berusia 12 tahun memenangi kejuaraan Minimoto kebangsaan.

Pertandingan yang sama semasa Rossi memulakan kerjayanya.

2000, keluarga Casey Stoner menggunakan semua simpanan untuk berpindah ke Eropah.

Berlumba di atas trek asfalt buat kali pertama,

Stoner mendapati dia berlumba dengan pelumba terpantas yang pernah ditemuinya.

Dani Pedrosa, dari Sabadell berhampiran Barcelona.

Sepuluh tahun kemudian, semua pelumba generasi baru seiringan dengan Rossi.

Hampir kesemua mereka.

Seorang lagi pelumba pantas akan muncul yang mereka belum ketahui lagi.

1997, Cervera, Sepanyol.

Marc Marquez dapat sebuah motosikal sebagai hadiah Krismas.

Dia berusia tiga tahun.

Casey Stoner mengejutkan Valentino Rossi dan semua orang pada 2007,

tahun keduanya dalam MotoGP.

Dia bukan sahaja menewaskan Rossi dalam kejuaraan tahun itu,

malah menyapu bersih dengan sepuluh kemenangan berbanding empat untuk Rossi.

Kemudian, Yamaha mengikat Jorge Lorenzo sebagai pelumba kedua pada 2008.

Ia sebuah kenyataan berani. Masa Rossi dianggap telah berlalu.

Lorenzo ialah masa depan.

Pada 2010, penunggang 23 tahun itu menjalani musim yang sempurna.

Dia menamatkan setiap perlumbaan, sembilan kemenangan dan tujuh podium

dan mengumpul mata tertinggi dalam sejarah.

Saya dah ramalkan sejak dia lima tahun.

Sangat mengagumkan dia boleh menunggang

menentang akal logik, hampir menentang hukum fizik.

Apabila nampak ciri itu dalam seorang budak,

kita tahu dia ada potensi yang besar untuk berjaya dalam sukan ini.

Dia memilikinya dan juga ciri lain.

Dia sangat degil. Sangat bekerja keras.

Dia akan terus cuba sehingga dapat.

Dia bukan penurut. Utamakan kesempurnaan.

Semua ciri itu disertakan dengan keadaan yang betul

membolehkan dia berada di tahap dia sekarang.

Dani Pedrosa cemerlang dalam kelas motor kecil, memenangi tiga kejuaraan.

JUARA DUNIA 250CC 2004 & 2005

Dalam MotoGP, jaguh Sepanyol itu menjadi naib johan di belakang Stoner pada 2007

dan juga tempat kedua di belakang Lorenzo pada 2010,

memaksa Rossi turun ke tempat ketiga dalam kedudukan kejuaraan.

Dengan kejatuhan Valentino Rossi pada usia 31 tahun,

Itali mencari wira MotoGP yang baru.

Marco Simoncelli muncul.

Saya bawa dia tunggang motor kecil. Saya tak bawa dia ke kelas piano.

Dia sukakannya. Prosesnya mudah.

Dalam perlumbaan pertama, dia jatuh tiga kali. Dia tak menang.

Tapi dia cepat belajar.

Saya saksikan semua perlumbaan dia.

Sedikit demi sedikit, dengan kesukaran dan banyak kebimbangan,

kami sampai ke tahap yang dia mahu.

Daripada keazamannya dan cara dia menunggang,

dari dulu kami tahu dia akan jadi hebat. Saya dan ibunya.

Berlumba dalam kelas sederhana, Simoncelli menang enam kali pada 2008

dan mendapat gelaran dunia dalam cuaca tropika yang panas di Malaysia.

Marco, bagaimana rasanya menjadi juara dunia?

Luar biasa.

Saya…

Saya…

Saya tak boleh bercakap. Sangat panas. Maafkan saya.

Tahniah, Marco. Terima kasih banyak-banyak.

Sangat menakjubkan. Terima kasih, semua.

Marco Simoncelli tinggal di Coriano,

beberapa kilometer dari kampung halaman Valentino Rossi di Tavullia.

Muda lapan tahun daripada Rossi,

dia mengasah kemahirannya di atas jalan berliku yang sama

yang dilalui oleh juara dunia itu semasa remaja.

Lama-kelamaan, juara dunia itu menjadi sahabat dan mentornya.

Sejak 2007, saya banyak habiskan masa dengan dia.

Setiap hari di gim, lumba motor lasak, go-kart. Kami banyak bersama.

Ya, dia kawan baik saya di litar.

Hubungan kami menjadi lebih kukuh.

Pintu ke MotoGP telah terbuka untuk Simoncelli.

Komen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left