200 baris pertama.
Ayu. Rahayu.
Bangun, sembahyang subuh dahulu, Ayu.
Sembahyang subuh.
- Rahayu, pergi! - Papa!
Rahayu! Jangan sakiti anak saya! Jangan ganggu dia!
Rahayu! Lepaskan anak saya! Jangan sakiti anak saya!
Rahayu, pergi! Lepaskan! Lepas…
Papa!
Dukun sihir di Banyuwangi penggal kepala. Hingga kini motifnya masih misteri.
SIHIR HITAM MENAKUTKAN MASYARAKAT.
115 korban pembantaian dukun sihir di Banyuwangi
Sihir berakhir dengan maut.
RAMAI MENJADI KORBAN PEMBANTAIAN DUKUN SIHIR.
JETIS, TAHUN 2000
Biar saya tolong.
Tumpang lalu.
Minta maaf.
Tumpang lalu. Minta maaf.
Marilah beli, encik.
Tumpang lalu. Pn. Endang, saya mahu hantar barang.
- Rahayu, terus bawa masuk. - Ya.
- Terima kasih. - Sama-sama.
Cuma satu, puan?
Seharusnya ada dua, Rahayu.
- Belum ada. - Semuanya ada berapa?
Sepuluh, puan. Mahu bawa semuakah?
Kamu siapkan bakinya dari sekarang,
supaya esok, Pn. Husni datang, terus ambil. Dia tidak perlu menunggu lagi.
Ya, puan.
Satu lagi, baki stok itu kamu bungkus
untuk pesanan majlis khatan pondok Kiai Cholil.
Ya, puan.
Wah, larisnya kedai awak!
Jadilah pergi umrah tahun ini nampaknya.
Puan jadi pergi berapa lama?
Belum tahu lagi. Mungkin sekitar seminggu.
Baiklah, saya pergi sekarang.
Kamu jaga kedai ini baik-baik.
Kamu jangan hiraukan dia. Jangan kamu layan.
Terima kasih.
- Hati-hati, puan. - Ya.
Nampaknya puan dapat satu pakej ya?
Penjaga dan juga pelaris kedai.
Minta izin masuk. Ini satu lagi barang buat Pn. Endang.
Biar saya buat. Mahu letak di mana? Di situ?
Tak apa. Biar saya yang buat.
Terima kasih…
Ratman. Suratman.
- Rahayu. - Oh, Rahayu.
Hati-hati. Dia mungkin tidak sebaik yang awak fikirkan.
Nanti kena guna-guna.
Memang sudah kena pun.
Baiklah. Minta diri.
Dasar perempuan murahan.
KEDAI ANEKA BUSANA
Naik beca?
Silalah pilih mainan.
Ini berapa?
Ini lima ribu.
Ayu mahu kerja. Dia mahu bantu saya di sini.
Kalau kamu mahu tinggal di tempat pak cik, segalanya akan jadi lebih baik.
Urusan sekolahnya selesai, jelas.
Ayu juga boleh lanjutkan pelajarannya.
- Assalamualaikum. - Waalaikumussalam.
Itu datuk bawakan hasil tuaian.
Dan ini ada sedikit wang untuk kamu.
Terima kasih, tok.
Aji, kakak bawa mainan.
Aji suka, tidak?
Kamu jangan selalu sangat beli mainan untuk adik kamu.
Dia akan jadi manja.
Latih dia berdikari.
Aji, main di atas, ya? Mari.
Kita main di atas sahaja.
Sebaiknya kamu balik ke Wonosalam.
Bapa kamu itu satu-satunya adik pak cik.
Sejak kecil kamu diamanahkan kepada pak cik.
Jadi kamu ialah tanggungjawab pak cik.
Biarlah kami di sini sahaja, pak cik.
Ayu mahu berada di sini.
Kamu yang patut tentukan.
Jangan semua mahu ikut anak.
Cuma mereka yang saya ada.
Meskipun Rahayu bukan anak kandung saya…
Tapi saya sangat sayangkan dia.
Dengar…
almarhum suami kamu mengamanahkan kepada pak cik untuk menjual rumah kedai ini.
Kamu tahu sejarah suami kamu di sini, bukan?
Apatah lagi setelah peristiwa kematiannya.
Prasangka orang makin menjadi-jadi.
Hati-hati, Aji. Boleh lihatkah?
Hati-hati. Sudah malam.
Aji, sudah malamlah.
Tidur, ya?
Tok Sarwo?
Minta izin masuk.
Tok Sarwo?
Tok?
Kamu sedang buat apa?
Bapa kamu memberikan tongkat itu kepada tok.
Supaya tok jaga.
Tongkat keramat.
Kalau kamu tidak berhati-hati…
kamu akan bernasib seperti ibu kamu.
Itu pisang daripada ibu.
Terima kasih.
Sama-sama, tok.
Rahayu.
Sentot masih berkeras mahu jual rumah kedai ini, ya?
Tok tahu perasaan kamu.
Itulah sebab kamu tidak sukakan datuk tiri kamu itu.
Ya, orang boleh kelihatan soleh.
Tapi kita tidak tahu isi hatinya.
Kalau rumah kedai ini terjual…
kamu boleh pindah ke rumah semasa kamu kecil,
yang sudah diwakafkan bapa kamu menjadi surau.
Di sana, di belakang pasar.
SURAU AL-MAKMUM
Kamu masih ingat?
Rahayu!
Rahayu!
SURAU AL-MAKMUM
Mari beli, puan!
Harga kami lebih murah!
Puan, ini barangnya.
Ada warna yang banyak.
- Ada warna merah jambu, warna merah. - Terima kasih.
Ada warna hijau juga, puan.
Boleh lihat dulu di dalam. Ada banyak pilihannya.
Silakan melihat-lihat, puan. Ini model yang baharu.
Dasar anak dukun!
Pakai pelaris, ya?
Minta maaf, puan.
Pelaris kamu tidak menjadi di sini.
Bapa kamu boleh jadi dukun sakti. Tapi dia sudah mampus, bukan?
Apa? Mahu juga pakai sihir?
Jangan diam sahaja!
Tidak tahu malu. Dasar anak dukun!
Anak tukang sihir!
Lepaskan saya, anak dukun!
Ayu!
Lepaskan!
Ayu!
- Astaghfirullah. - Yu? Istighfar, Yu.
- Minum ini. - Terima kasih.
Ayu, minum dahulu. Minum dahulu, Yu.
Awak tidak apa-apa?
- Minumlah. - Minum dahulu, Ayu.
Dia dirasuk.
Dirasuk?
Semalam, anak saudara saya dari kampung juga begitu. Aneh.
Setelah pergi ke surau itu!
Surau?
Benarkah kamu juga ke surau itu semalam, Yu?
Masalahnya di sana, banyak jin bekas peliharaan bapanya!
- Kamu anak Semedi, bukan? - Esy!
Semua orang bertenang dahulu. Diam dahulu. Bertenang dahulu, ya?
Tuan-tuan, puan-puan, bertenang dahulu.
Rahayu.
Benarkah ada yang mengganggu awak di surau itu?
Yu, Ayu!
Bersurai. Semua orang bersurai. Bersurai!
Sudah, bersurai. Bersurai.
Yu.
Ibu dengar…
tadi di pasar, kamu…
Ayu.
Kamu solat di surau itu?
Kamu diganggu ketika solat oleh…
Tidak.
Tidak ada yang mengganggu, ibu.
Kalau kamu merasakan kehadiran mereka…
bacalah Taawuz dan ludah ke kiri kamu tiga kali.
Insya-Allah kamu tidak akan diganggu.
- Ayu. - Ya, ibu!
SURAU AL-MAKMUM
Astaghfirullah al-'Azim, Ya Allah.
Rahayu, buang! Buang!
Bertenang. Bersabar.
Pak cik! Tolong, pak cik!
Sedarlah, Rahayu!
Rahayu, sedarlah! Sedarlah!
Kalau kamu boleh mengubati, kamu juga boleh menyakiti.
Anak ini banyak menyimpan bakat akibat cara kamu mengamalkan kelebihanmu.
- Dia masih terlalu kecil. - Sedarlah, nak.
Kita tidak tahu apa yang boleh dia lakukan nanti.
Aku tidak mahu Rahayu bergaul dengan makhluk-makhluk itu, pak cik!
Kita harus mencegahnya.
Jangan sampai terlambat.
Tapi kamu sendiri juga harus bersih.
Maksudnya?
Tinggalkan cara hidupmu.
Kamu sudah dirasuki makhluk halus.
Dirasuki jin!
Sekarang, kamu lihat akibatnya.
Tolong bersihkan Ayu. Selamatkan dia, pak cik.
Saya akan lakukan apa pun yang pak cik mahu.
Tolong ambilkan air.
Awak bawa masalah ke sini.
Salah apa anak saya, sampai anak awak mahu bunuh anak saya?
No comments yet. Be the first to leave one.