Groundhog Day

Groundhog Day

Muat Turun Sari Kata Malay

Maklumat siaran

Groundhog Day 1993 REMASTERED 1080p BluRay x264 DD5 1-Pahe in
Ulasan oleh ShasyaLala

Tag

BluRay
x264
1080
Diterbitkan pada: 2023-11-19
Muat Turun: 52
Masalah Pendengaran: No

Pratonton sari kata Malay

200 baris pertama.

Ada orang tanya saya, 'Phil, di mana ingin...

...kau berada ketika ini?' Saya berkata padanya,...

...'mungkin di sini, di Elko, Nevada'.

Cuaca panasnya mencecah 79 darjah.

Di California pula cuacanya panas, akan berlaku...

...pergaduhan kumpulan dan harga rumah pula mahal.

Di Barat Laut Pasifik pula ada banyak pokok tinggi.

Secara umumnya cuaca cerah di Pergunungan Rocky,...

...tetapi sekarang cuaca bertambah buruk.

Tiupan angin kencang mula melanda.

Angin sejuk yang kencang bertiup dari arah utara.

Ia akan bertembung dengan angin lembap di kawasan teluk...

...pada altitud tinggi dan menghasilkan salji.

Salji akan turun di Altoona tanpa menjejaskan Pittsburgh.

Kita tengok pula perkembangan sepanjang minggu ini.

Tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Saya tidak akan bersama anda untuk berita jam 10 nanti.

Esok Hari Groundhog dan saya akan ke Punxsutawney untuk...

...satu perayaan tertua di negara kita.

Seperti sedia maklum, esok 2hb Februari.

Jika tikus tanah bangun dan ternampak bayang-bayangnya,...

...musim sejuk akan berlarutan 6 minggu lagi.

Tentu menyeronokkan.

Ini tahun ketiga berturut-turut, kan?

Empat tahun sebenarnya.

Selepas ini, Editor Hiburan, Diane Kingman akan bicarakan...

...tentang seks dan keganasan dalam filem.

Bergembiralah di Punxsutawney.

Untuk pengetahuan kau, ada sebuah rangkaian utama...

...mahu ambil aku bekerja.

Rangkaian Membeli-belah Dari Rumah.

Pergi tunggu di dalam van.

Cara kau tadi bagus sekali.

Boleh ganti aku untuk berita pukul 10?

Aku juga boleh ganti untuk berita pukul 5 kalau kau...

...tak mahu balik cepat. -Aku tak mahu duduk lama di sana.

Rita kata ada banyak acara lain dan kau boleh...

...dapat gambar-gambar yang menarik di sana.

Kau belum pernah bekerja dengannya, kan?

Dia baik orangnya dan akan jadi penerbit yang bagus.

Kamu berdua tentu akan gembira di sana.

Dia bukan jenis yang aku suka.

Aku akan balik untuk berita pukul 5.

Boleh kau simpan rahsia? Mungkin aku akan tinggalkan PBH.

Ini kali terakhir kita buat liputan Hari Groundhog.

Aku tak faham apa silapnya tentang Pesta Groundhog.

Masa aku kerja di San Diego, 6 tahun berturut-turut...

...aku buat liputan di Capistrano.

Orang akan ingat aku tiada masa depan bila tengok aku...

...temu ramah seekor tikus tanah. -Aku rasa ia berita yang bagus.

Ia keluar dan melihat sekelilingnya.

Ia akan tercari-cari bayang-bayangnya.

Semua orang suka.

Kau masih baharu, kan? Sosej darah pun orang suka.

Manusia ni teruk. -Bagus sikap kau tu.

Pandang rupa kau di cermin bila kau buat macam tikus tanah.

Nak makan sosej darah? -Aku suka sosej darah.

Aku tak boleh tinggal di sini.

Kenapa? -Aku tak suka tempat ni.

Aku pernah tinggal di sini 2 tahun lepas.

Tempat ni teruk. -Kau takkan tinggal di sini.

Yakah? -Larry cuma hantar aku.

Kau akan menginap di hotel di Cherry Street.

Ini sikap seorang penerbit yang bagus.

Mesti pandai jaga hati. -Aku buat apa yang terdaya.

Boleh tolong rawat pinggul aku yang sakit ni?

Jangan mengada-ngada. Nak makan malam dengan kami?

Terima kasih sajalah. Aku pernah tengok Larry makan.

Pergilah tidur. Kita jumpa pagi esok.

Jangan lewat pula.

Dia gelar dirinya orang berbakat?

Bangun sekarang! Jangan lupa pakai but...

...kerana cuaca sejuk hari ini.

Cuaca sejuk setiap hari. Ini bukan Pantai Miami.

Hari ini diramalkan akan berlaku ribut salji.

Perkhidmatan Kaji Cuaca meramalkan akan berlaku...

...ribut salji hari ini.

Ada sebab lain mengapa hari ini begitu menarik sekali.

Perkara yang menjadi perbualan orang ramai.

Anda rasa Phil akan keluar mencari bayang-bayangnya?

Hari ini Hari Groundhog!

Selamat pagi.

Nak pergi tengok tikus tanah? -Ya.

Awak rasa musim bunga akan tiba awal?

Saya ramal ia akan tiba pada 21 Mac.

Ramalan yang tepat! Saya rasa ia memang...

...hari pertama musim bunga.

Tidur nyenyak malam tadi? -Saya tidur sendirian.

Nak minum kopi?

Ada kapucino atau espreso? -Saya kurang pasti.

Macam mana nak eja perkataan espreso atau kapucino.

Saya harap awak seronok dengan perayaan di sini.

Diramalkan akan berlaku ribut salji.

Mungkin juga takkan berlaku di sini.

Angin lembap yang datang dari selatan akan bertiup...

...ke sebelah timur dan akan membeku pada altitud tinggi...

...lalu menghasilkan salji. Di Punxsutawney suhu akan...

...mencecah 30 darjah. Mungkin juga akan membeku...

...sebanyak 20% hari ini dan juga esok.

Awak mahu bercakap pasal cuaca atau sekadar mahu berbual?

Nak berbual saja. -Jumpa lagi.

Awak akan keluar hari ini? -Kemungkinan besar.

Phil?

Phil?

Phil Connors? Memang aku dah agak.

Apa khabar? Terima kasih kerana menonton.

Takkan dah lupa? Aku masih ingat pada kau.

Tak ingat.

Aku Ned Ryerson!

Kita sama-sama belajar di Western High.

Aku yang buat persembahan semasa pertunjukan bakat di sekolah.

Aku yang kena sakit kayap hingga hampir tidak dapat...

...tamatkan pengajian.

Aku keluar dengan adik kau hingga kau larang aku...

...keluar dengannya lagi.

Ned Ryerson?

Kau sudah jadi penghibur profesional sekarang?

Aku jual insurans.

Kau ada insurans nyawa? Kalau ada pun, boleh tambah lagi.

Betul tak cakap aku?

Aku ingin berbual dengan kau, tapi aku tak mahu.

Tak apa. Aku akan teman kau berjalan.

Setiap kali dapat peluang, aku takkan sia-siakannya.

Aku ada kawan yang hidup berpandukan jadual aktuari.

Bagi aku itu semua karut. Pernah kau dengar tentang...

...premium insurans nyawa tunggal? Ia sesuai untuk kau.

Aku gembira dapat jumpa kau.

Apa kau buat waktu makan malam? -Ada hal.

Bagus juga dapat jumpa kau.

Hati-hati bila ambil langkah pertama.

Phil! Phil, mari sini!

Kau ke mana? -Aku diserang 'lintah' gergasi.

Seronok sungguh di sini. Mereka berpesta sepanjang malam.

Mereka menyanyi dan bila sejuk, mereka panaskan badan...

...dekat unggun api.

Lepas itu, mereka sambung menyanyi.

Ya, hebat sekali.

Tidur nyenyak tanpa aku? Kau tak selesa tidur, kan?

Teruk betul kau ni. -Siapa beritahu kau?

Sudah tiba masa kemunculan tikus tanah.

Setahun sekali perhatian masyarakat...

...tertumpu ke pekan kecil...

...di Pennsylvania Barat ini untuk melihat Punxsutawney Phil.

Pakar kaji cuaca paling terkenal di dunia.

Mengikut legenda, ia boleh ramal kemunculan awal musim bunga.

Soalnya sekarang, adakah ia akan bernasib baik hari ini?

Sama saja setiap tahun. Dia akan ketuk pintu itu...

...dengan sebatang kayu. Mereka akan keluarkan...

...seekor tikus tanah dan bercakap dengannya.

Lepas itu mereka akan beritahu apa akan terjadi.

Comel,kan?

Kau suka lelaki gigi jongang? -Tak suka.

Hari ini, 2hb Februari, tepat jam 7:20:30 pagi,...

...walaupun dengan berat hati, Punxsutawney Phil,...

...raja segala ahli nujum dan tukang tilik,...

...muncul di Punxsutawney dan berkata,...

...'aku nampak bayang-bayang'.

Musim sejuk akan berlarutan 6 minggu lagi.

Inilah satu-satunya masa televisyen gagal merakamkan...

...keseronokan seekor tupai besar meramalkan cuaca.

Saya gembira dapat saksikan semuanya ini.

Phil Connors melaporkan dari Punxsutawney. Jumpa lagi.

Nak cuba sekali lagi tanpa sebarang sindiran?

Cukuplah tu. Aku nak balik.

Primadona.

Cuba tengok.

Apa yang berlaku ni? -Entahlah. Mungkin ini...

...ribut salji yang tidak sepatutnya berlaku.

Aku seorang saja boleh bunyikan hon ini.

Kau mesti alihkan lori ini!

Apa yang terjadi? -Tiada apa terjadi.

Kami akan tutup jalan. Ribut salji akan melanda.

Cuma sedikit salji saja. -Kau tak dengar ramalan cuaca?

Ribut besar akan melanda. -Aku yang buat ramalan cuaca!

Angin lembap dari teluk akan bertiup ke arah Altoona.

Kepala kau yang lembap! Sama ada patah balik...

...ke Punxsutawney atau mati kesejukan di sini.

Kau pilih sendiri.

Aku sedang berfikir. Suka hati kau.

Semua talian panggilan jarak jauh terputus?

Bagaimana dengan satelit? Di angkasa bersalji juga?

Tiada talian untuk kecemasan atau untuk selebriti?

Saya kedua-duanya. Saya selebriti dalam kecemasan.

Tolong sambungkan saya dengan talian tersebut.

Boleh tuang segelas lagi?

Aku suka tempat ni.

Nak pergi majlis Makan Malam Groundhog?

Aku dah makan tikus tanah tengah hari tadi.

Boleh tahan juga. Rasa macam ayam.

Kami berdua sajalah pergi.

Kau nampak tampan malam ini. Pasukan kau akan...

...jual biskut lagi tahun ini?

Kelakar sungguh.

Apa kau nak buat? -Balik ke bilik aku,...

...mandi dan baca majalah Hustler.

Suka hati kaulah.

Tak ada air panaskah? -Hari ini tak ada.

Bangun sekarang! Jangan lupa pakai but...

...kerana cuaca sejuk hari ini!

Cuaca sejuk setiap hari! Ini bukannya Pantai Miami.

Komen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left