200 baris pertama.
Kau kurus, kau lemah Kau digigit raksasa hidra
Kau si manis yang nakal, Kaulah gadisku - T.Rex (1971)
Cuckoo!
Itu pun dia.
Si Gadis Hari Lahir dah Dekat.
Oh, tapi...
nampaknya saya pakai kaki panjang saya hari ini.
Apa jadi kalau saya...?
Bahagian Satu
Surat-surat Dia
Baiklah, anak-anak.
Inilah bahagian di mana kalian dapat buat benda
yang orang dewasa tak mahu buat lagi.
Pintu ke pintu, berjalan kaki,
ketuk-ketuk, "Pernah nampak lelaki ini?"
Sama macam dalam filem.
Pasangan dah pun ditetapkan,
jadi tiada siapa yang berkecil hati.
Suspek suka mengunjungi kawasan-kawasan tertentu.
Dia seorang lelaki Kaukasia berumur pertengahan
dan mungkin tak akan mudah menyerah diri,
jadi sentiasa anggap dia bersenjata.
Kita pergi dengan berwaspada dan berhati-hati.
Itu saja.
Baiklah, jadi,
aku boleh saja jadi yang mengetuk pintu,
kalau kau nak jadi yang tunggu di sini.
Harker?
Kau setuju?
Ya, aku setuju.
Budak itu berbau macam narkotik.
Harker.
Ianya yang itu.
Apa yang itu?
3525.
Dia di dalam sana.
Apa yang buat kau kata begitu?
Entahlah.
Kita patut laporkan.
Apa? Tak.
Tak, kita tak akan laporkan satu gerak hati
pada hari pertama keluar membuat kerja ini.
Bertenanglah.
Tapi aku akan pergi tengok.
Baik?
Lee, tenang.
FBI!
Hai!
Hai, saya tertanya kalau kamu boleh lihatkan ini untuk saya.
Jangan bergerak.
Saya tak akan.
Nyatakan nama dan pangkat kamu.
Ejen Khas Lee Harker.
Boleh sesiapa beritahu saya apa saya buat di sini?
Ejen Khas Lee Harker,
kamu dah sedia untuk mula?
Sedia memulakan apa?
Nyatakan perkataan pertama yang terdetik di minda
untuk mengiringi setiap imej.
Kamu sedia untuk mula?
Ya.
Kamera.
Meja.
Kaki.
Harimau.
Pintu.
Ibu.
Ayah.
Piano.
Satu nombor telah dijanakan
antara sifar dan 100,
termasuk sifar dan 100.
Apa nombornya?
Saya tak tahu.
33?
Satu nombor telah dijanakan
antara sifar dan 100, termasuk sifar dan 100.
Apa nombornya?
Sifar.
Kamu peminat besbol, Harker?
Tak, tuan.
Aduh.
Saya nak sembang dengan seseorang tentang kumpulan Mariners saya,
tapi...
isteri saya dah makin bagus berpura-pura minat, jadi...
Itu menjadi-jadi nanti.
Aduh, Ejen Browning, dinginnya kau.
Aku guna apa yang kau bagi saja, Ejen Carter.
Kamu kalahkan penjana nombor itu lapan kali.
Bagaimana kamu buat?
Saya juga tersasar lapan kali.
Hmm.
Separuh psikik lebih baik daripada tiada psikik langsung,
pendapat saya.
Keluarga berempat tinggal dalam rumah itu
selama 12 tahun.
Keluarga Horn.
Baik-baik orangnya.
Si ayah mengajar di kolej, melatih besbol kanak-kanak.
Si ibu menguruskan jualan roti gereja,
kemudian, dua bulan lalu,
mereka semua dibunuh dalam rumah.
Empat mangsa,
tapi sebetulnya tiga pembunuhan dan satu bunuh diri.
Pelakunya si ayah?
Ya, dia pun bukan buat separuh jalan.
Menikam isterinya 61 kali
sebelum bilahnya tercabut dari pemegang.
Bagaimana dengan anak-anaknya?
Kenapa dengan mereka?
Berapa banyak luka?
Kamu boleh membacanya dalam fail nanti.
Puan kata empat dibunuh.
Saya tak faham.
Kami pun tak faham.
Sepucuk surat ditinggalkan bersama mayat-mayat itu,
ditulis dalam huruf kod,
dan bukan dalam tangan sesiapa
yang berkaitan keluarga itu.
Jadi...
Kita ada 10 surat sepertinya,
ditulis oleh tangan yang sama.
10 rumah, 10 keluarga, selama sejak 30 tahun lepas,
dan kesemuanya ditandatangani dengan satu perkataan...
"Longlegs".
Seseorang atau sesuatu membuat si ayah melakukannya.
Setakat ini kami tak dapat langsung petunjuk siapakah orangnya.
Aku serius, dia belum bersedia.
Kalau kau ada idea yang lebih baik, Browning,
kau boleh sebutkan.
Itu dia, Harker,
tengoklah lama-lama.
Beritahu saya versi kamu
tentang apa yang berlaku di Colfax dengan penembakan Ejen Fisk.
Susah nak dijelaskan, tuan.
Ia seperti sesuatu menepuk bahu saya,
memberitahu saya di mana nak lihat.
Kamu kenal pasti rumah seorang suspek,
tanpa pengetahuan sebelumnya,
tiada petunjuk sebenar yang ianya berlainan
daripada semua rumah lain di sekitarnya.
Hal seperti itu pernah berlaku pada kamu sebelum ini,
Ejen Harker?
Dari semasa ke semasa, tuan.
Mungkin kami patut panggil kamu "bergerak hati tinggi".
Baik, tuan.
Uh-huh.
Beritahu saya apa kamu nampak.
Apa persamaan semua keluarga itu?
Itu soalan yang bagus.
Semua keluarga mangsa
ada anak gadis yang hari lahirnya pada hari ke-14
bagi mana-mana bulan.
Tapi hanya keluarga Horn
yang sebenarnya dibunuh pada tarikh itu.
Buat kerja kamu.
9-1-1. Apa kecemasan anda?
Ia...
Ianya anak gadis saya.
Ia... Ia bukan anak gadis saya...
Encik, siapa yang bukan anak gadis kamu?
Saya kena senyap.
[ Ayah Bunuh Keluarga dan Diri Sendiri ]
Saya kena senyap.
Encik, di mana kamu?
Waktu dia tidur...
Waktu dia tidur,
itulah waktu terbaik untuk lakukannya.
Lakukan apa?
Bila dia pejam matanya.
Encik, boleh kamu kekal di talian bersama saya?
Encik?
Helo?
Boleh kamu kekal di talian?
Encik?
9-1-1. Apa kecemasan anda?
Tolong!
Harker!
Kamu tahu, tengok terlalu lama pun masalah juga.
Saya mesti tak perasan masa berlalu.
Saya masih haus.
Kamu haus?
Marilah, jom pergi minum.
Maaflah, saya...
dah lewat dan saya tak minum alkohol.
Kamu tak minum, kamu betul.
Saya akan minum
sementara kamu beritahu saya hal-hal itu.
Ejen Harker.
Mari, tinggalkannya!
Ah, terima kasih, Melissa.
Silakan, Harker.
Jadi, tiada tanda-tanda masuk secara paksaan.
Sebetulnya, forensik kata
tiada langsung tanda yang dia berada di rumah itu.
Hanya ada mayat mangsa-mangsa,
dan mereka semua dah dibunuh
dengan sesuatu dari dalam rumah itu.
Dua kali, senapang patah,
kedua-duanya didaftar secara sah kepada si ayah.
No comments yet. Be the first to leave one.