200 baris pertama.
Awak diberi 10 saat. Pusing. Patah balik ke pulau.
Gotham 4, sahkan pembunuhan itu.
Keselamatan, ini Rehme.
Kami terima pengesahan daripada Gotham 4.
Mangsa terkorban sebelum sampai ke pelabuhan.
Tembakan di selatan. Dua orang terkorban.
Baiklah.
Trafik udara, ini Rehme.
"Pulau Kebebasan"
"Kawalan Keselamatan"
"Jangan bercakap. Jangan merokok. Ikut garis jingga."
Nanti dulu.
Ada sebuah jet kecil dalam masalah,...
...kerana ruang udara terhad.
Di mana? -Tujuh batu dari sini.
Sudah berlepas 20 minit lepas.
Kita tidak dapat hubungi mereka.
Ada penghantaran 10 minit yang lalu.
Dikenal pasti sebagai "David 14." Tiba-tiba taliannya terputus.
David 14, beri pengesahan.
David 14, kami menghantar Penyelamat Udara.
Squawk 7700...
...hubungi 121.5.
Masih tiada balasan.
Bayonne. Ada kecemasan di ruang terhad.
Siapa dia? -Saya tak tahu.
Awak ada kod itu? -Tiada David 14 dalam komputer.
Tidak tersenarai? -Kod tidak berdaftar.
Kami dah hubungi Washington. Masih menunggu balasan.
Saya rasa saya dah dapat hubungi dia, tuan.
David 14, beri pengesahan!
Kod masuk, tuan.
"Pesawat Dikenal Pasti"
"Kod: David14"
"Nyahkod: Air Force One"
Beritahu perkara ini kepada pekerja...
...apabila mereka bertanya ke mana pemimpin awak pergi.
Kami, barisan askar pembebasan nasional Amerika,...
...atas nama pekerja...
...dan semua yang tertindas di negara imperialis ini...
...telah memberi tamparan maut kepada keganasan polis!
Buka kunci pod! Dia mengunci pintu.
Tidak bolehkah awak tembak kunci itu?
Tidak, tuan, ia kabin bertekanan.
Dah cuba cabut pintu dari engselnya?
Tidak, tuan.
Bawa saya ke pod.
Tuan, ini peranti pengesanan untuk mengesan awak...
...jika terpisah daripada pod.
Saya mengaktifkannya sekarang.
Tuhan selamatkan saya dan melindungi kamu semua.
Kapal terbang turun. -Itu pod kecemasan.
40 darjah.
50 ela dari titik impak.
Saya akan masuk.
Awak sentuh saya, dia mati.
Jika awak tidak berada di udara dalam masa 30 saat, dia mati.
Awak masuk semula, dia mati.
Dua puluh saat. -Saya bersedia untuk berbincang.
19, 18.
Apa yang awak mahu? -17, 16.
Ayuh, ayuh!
Ya, dia ada di sini, Tuan Naib Presiden.
Ini Bob Hauk.
Tak boleh, kalau masuk dengan helikopter, dia akan dibunuh.
Sudah cukup baik dia belum mati.
Mereka belum tuntut apa-apa lagi. Apabila mereka...
...sudah buat keputusan, pasti sudah terlambat.
Beritahu dia kita ikut rancangan awak sekarang.
Tak boleh tunggu hingga esok. Jika kita terpaksa masuk...
...dan kuasai pulau itu, itu pilihan terakhir kita.
Sudah pukul 8.45. Saya mahu kebenaran untuk usaha menyelamat.
Terima kasih.
Baiklah. -Dia berbahaya, tuan.
Saya tahu. Saya akan baik-baik saja.
Saya tak bodoh, Plissken.
Panggil saya Snake.
S.D. Plissken. Leftenan Amerika.
Unit Pasukan Khas, Black Flight.
Dua pingat Purple Heart, Leningrad dan Siberia.
Pegawai termuda menerima pingat daripada Presiden.
Awak merompak depositori rizab persekutuan.
Hukuman seumur hidup,...
...Penjara Keselamatan Maksimum New York.
Saya bersedia untuk belasah awak, wira perang.
Siapa awak? -Hauk.
Pesuruhjaya polis.
Bob Hauk.
Unit Pasukan Khas, Texas Thunder.
Kami tahu reputasi awak, Plissken.
Kenapa kita bercakap? -Saya ada tawaran untuk awak.
Awak akan terima pengampunan untuk setiap perbuatan jenayah...
...yang dilakukan di Amerika Syarikat.
Berlaku kemalangan kira-kira sejam yang lalu.
Sebuah jet kecil terhempas di New York City.
Presiden menaiki jet itu.
Presiden apa?
Itu tidak lucu, Plissken.
Awak masuk, cari Presiden dan bawa dia keluar dalam 24 jam...
...dan awak akan dibebaskan. -24 jam?
Saya beri awak tawaran. -Mengarut.
Itulah tawaran saya. -Saya akan pertimbangkannya.
Masa dah suntuk. Saya mahukan jawapan.
Dapatkan presiden baru.
Kita masih berperang, Plissken. Dia mesti diselamatkan.
Saya tidak peduli tentang perang awak atau presiden awak.
Adakah itu jawapan awak? -Saya sedang memikirkannya.
Fikir betul-betul.
Kenapa saya? -Awak terbangkan Gullfire...
...di Leningrad. Awak tahu cara untuk masuk senyap-senyap.
Awak saja yang saya ada.
Nampaknya saya terpaksa terima.
Semua ini tak bermakna apa-apa bagi saya. Beri saya kertas itu.
Setelah misi selesai. -Sebelum.
Saya tak bodoh, Plissken.
Panggil saya Snake.
Ada yang memiliki kereta. Mereka guna kereta lama...
...yang ditinggalkan dan jadikannya gerabak.
Mereka mungkin juga ada bekalan gasolin dan kuasa di sana.
Rumah hijau, penjana yang direka bentuk.
Malah sesetengah kawasan ada lampu jalan.
Mereka digelar, Si Gila.
Tinggal di stesen kereta bawah tanah.
Mereka kawal sepenuhnya laluan bawah tanah.
Mereka perompak malam.
Alat penjejak, ia menghantar isyarat radio selama 15 minit.
Tekan saja, kami boleh jejaki awak melalui radar.
Sama seperti di Leningrad.
Tapi ada ciri tambahan. Rigat keselamatan.
Di mana saya mendarat?
Di atas bangunan Pusat Perdagangan Dunia.
Itu saja tempat awak boleh mendarat.
Mereka tak akan nampak dan awak tak boleh terjun.
Di atas bumbung terdapat lif perkhidmatan.
Ia masih beroperasi.
Kami gunakannya untuk menyusup ke dalam penjara.
Terdapat kotak kuasa.
Lif akan beroperasi hingga 50 tingkat ke bawah.
Dari tingkat itu, awak perlu berjalan.
Awak boleh jejaki Presiden...
...melalui gelang tanda vital.
Ia menghantar nadi isyarat. Guna ini.
Peranti pandu tuju. Ia menunjukkan arah dan jarak.
Antitoksin yang kuat.
Menghentikan bakteria dan kalis virus selama 24 jam.
Tanggalkan jaket. -Tak perlulah.
Ayuh, Plissken.
Saya tidak suka jarum.
22 jam, 59 minit, 57 saat.
Awak cakap, saya ada 24 jam.
Dalam masa 22 jam Persidangan Kemuncak Hartford akan berakhir.
Wakil China dan Kesatuan Soviet akan pulang ke tanah air.
Ketika presiden dalam perjalanan...
...ke persidangan itu pesawatnya terhempas.
Ada beg bimbit pada pergelangan tangannya.
Pita rakaman di dalam beg itu...
...perlu sampai ke Hartford dalam masa 22 jam.
Pita rakaman apa?
Awak tahu apa-apa tentang gabungan nuklear?
Baiklah.
Ia melibatkan kelangsungan hidup manusia, Plissken.
Sesuatu yang awak tidak ambil peduli.
Saya akan suntik awak. Awak akan rasa sakit sekejap.
Itu sahaja, Plissken.
Beritahu dia.
Beritahu saya apa?
Idea awak untuk pusingkan Gullfire sebanyak 180 darjah...
...dan terbang ke Kanada.
Apa yang awak buat pada saya?
Idea saya, Plissken.
Kami cuba bereksperimen dengannya.
Dua kapsul mikroskopik dimasukkan ke dalam di arteri awak.
Ia sudah pun mula melarut.
Dalam 22 jam, ia akan larut sepenuhnya.
Di dalamnya ada cas sensitif haba.
Bukan bahan letupan yang besar.
Lebih kurang sebesar kepala jarum.
Cukup besar untuk membuka kedua-dua arteri awak.
Mungkin awak akan mati dalam 10 atau 15 saat.....
Keluarkannya sekarang -Ia dilindungi lapisan teras.
15 minit sebelum jam terakhir tamat...
...kita boleh meneutralkan cas dengan imbasan X-ray.
Kami akan neutralkan cas itu jika awak dapat selamatkan Presiden.
Bagaimana jika saya lambat?
Jika Persidangan Kemuncak Hartford selesai...
...begitu juga dengan Snake Plissken.
Sekembalinya saya nanti, saya akan bunuh awak.
Gullfire sedang menunggu.
Saya sudah sedia. -21 jam.
Katakanlah Presiden sudah mati, Hauk,...
...jika saya kembali tanpa dia, awak akan neutralkan cas ini?
Bawa Presiden keluar dari situ, Plissken.
Maksud awak, awak takkan bantu saya?
"Jangka Masa Hidup" "Status Penjejakan"
Awak dapat sasaran blip?
Laluan yang betul.
Sudah lama saya tak terbangkan pesawat.
Plissken?
Plissken? Plissken, apa yang awak buat?
Bermain dengan diri sendiri. Saya akan masuk.
No comments yet. Be the first to leave one.