Specials

Maklumat siaran

너의 노래를 들려줘 I Wanna Hear Your Song E21-E22 190909-NEXT-VIU
Ulasan oleh SapickeD
Ep 21 - 22

Tag

other
Diterbitkan pada: 2019-09-13
Muat Turun: 40
Masalah Pendengaran: No

Pratonton sari kata Malay

200 baris pertama.

(Kandungan berikut tidak sesuai untuk penonton di bawah 15 tahun.)

Kita bertemu sekali lagi, Cik Hong.

Sudah lama, bukan?

Awak juga kejar saya begini pada tahun lepas, bukan?

Pada hari Kim lan mati...

Awak orang yang kejar saya, bukan?

Akhirnya awak ingat siapa saya.

Oh Tuhan, memang sukar untuk rahsiakannya daripada awak.

Kenapa awak datang ke kedai bunga makcik saya?

- Awak mahu buat apa terhadap dia? - Lihat sini.

Jangan marah sangat.

Sebaik sahaja saya jumpa semula barang saya,

Saya akan hilangkan diri.

Asalkan awak tidak buat saya marah,

saya takkan buat apa-apa.

Asalkan awak tidak buat saya marah.

Apa yang awak cari sebenarnya?

Awak cakap kepada saya di gudang itu yang awak cari sesuatu.

Saya akan carikan untuk awak.

Beritahu saya apa yang awak cari sebenarnya.

Dan...

Dan, tolong jangan ganggu keluarga saya lagi.

Awak akan carikan untuk saya?

Saya akan carikan untuk awak. Saja janji.

Tapi, sebagai balasan,

tolong beritahu saya apa yang telah berlaku pada hari itu.

Awak tahu apa yang telah berlaku, bukan?

Setahun lepas, pada hari itu.

Apa yang telah berlaku pada hari itu?

Apa yang awak mahu?

Sejak bila awak berkenalan dengan Pengerusi Jang?

Kenapa awak datang dengan dia?

Selepas buat kecoh dan menangis di hadapan awak,

saya pergi kepada dia...

kerana saya membazirkan banyak disebabkan kerana awak.

Awak beritahu Jang Yoon tentang malam itu?

Apa yang awak fikir ketika beritahu dia tentang perkara seperti itu?

Saya cuma beritahu dia apa yang saya nampak.

Yang awak ekori kereta Kim lan pada hari itu.

Saya nampak semua yang berlaku.

Saya sudah beritahu awak saya pulang ke rumah. Awak sudah tersilap.

Awak jangan tipu saya.

Sejak dari hari itu, awak sudah mula sukakan Yi Young.

Sebelum hari itu, awak cuma tahu nama dia sahaja.

Ataupun awak langsung tidak tahu nama dia?

Jadi, awak beritahu Jang Yoon...

kerana Yi Young?

Sebab kenapa saya lakukannya tidak penting.

Awak mahu berpisah dengan saya disebabkan dia.

Saya sudah cakap yang itu bukan kerana dia.

Jika itu benar, kenapa awak berada di sisi dia...

walaupun awak tidak cintakan dia?

Itu agak pelik, bukan?

Mungkin saya tersilap tentang perkara lain,

tapi saya tahu awak tidak cintakan sesiapa. Saya yakin dengan itu.

Itu yang buat perkara ini jadi lebih pelik.

Awak dapat jawatan tetap setahun selepas lan mati.

Jadi, kenapa?

Itu semua hasil kerja keras saya.

Saya tahu.

Itu memang sangat hebat.

Saya memang rasa bangga dengan awak.

Tapi, begitu,

untuk dapat jawatan itu dalam masa setahun memang menakjubkan.

Siapa yang beri jawatan itu kepada awak?

Sebagai balasan untuk apa?

Teruskan.

Saya teringin untuk tahu...

apa yang awak lakukan kepada Yi Young...

pada malam itu.

Saya mahu lihat awak...

musnah dengan teruk.

Dan, saya akan tersenyum.

Awak tidak boleh bergurau tentang perkara begitu.

Awak fikir saya akan percayakan awak?

Jika saya beritahu apa yang saya cari,

awak mungkin akan serahkannya kepada orang lain.

Awak fikir saya seorang yang dungu?

Saya takkan serahkannya kepada orang lain.

Saya tidak tahu apa yang awak cari,

dan saya langsung tidak peduli tentangnya.

Tapi, awak akan dapat bayaran jika awak jumpa barang itu?

Saya akan bantu awak.

Walaupun ia bukti pembunuhan?

Walaupun jika ada pelbagai jenis maklumat kotor di dalamnya,

awak rasa...

awak boleh jalani hidup normal selepas serahkannya kepada saya?

Awak pernah tikam seseorang sekali...

dan emosi awak terganggu sejak daripada hari itu.

Betul cakap saya, bukan?

Saya boleh lakukannya.

Saya cakap, saya boleh lakukannya.

Seperti yang awak cakap,

Saya pernah tikam seseorang sebelum ini.

Saya cuma minta awak berhenti bekerja dengan makcik saya.

Jadi, saya boleh buat apa sahaja.

Saya rasa tersentuh kerana awak sangat sayangkan keluarga awak,

tapi saya tidak percayakan sesiapa.

Manusia adalah haiwan menjijikkan...

yang akan menipu walaupun ketika mereka berada dalam bahaya.

Pada malam itu, setahun yang lalu,

ada orang lain...

di dalam gudang itu.

Orang lain?

Ada orang lain selain lan dan saya?

Awak siapa?

awak jangan dekati kami.

Yi Young!

Siapa awak?

Cuba awak ingat semula.

Menikam seseorang tidak semestinya bermaksud membunuh.

Apa maksud awak?

Maksud awak...

mungkin bukan saya yang bunuh Kim lan?

Siapa lagi yang ada di sana?

Itu awak perlu ingat sendiri.

Ingat semula siapa orangnya.

Kemungkinan besar...

orang itu adalah pembunuh sebenar.

Awak masih ada pen...

yang Filharmonik Shinyoung beri sebagai hadiah percuma?

Pen?

Cari dan bawakan kepada saya.

Jangan cuba buka atau siasat apa ia sebenarnya.

Awak cuma perlu tutup mulut awak...

dan lakukannya secara sembunyi-sembunyi.

Jadi, saya akan beritahu awak...

identiti orang yang berada di gudang itu.

Senyumlah.

Saya akan beri nombor telefon saya kepada awak.

Awak ekori saya atau apa?

Saya tidak tahu yang awak juga berminat dengan saya.

Saya rasa kecewa. Saya sangat menghormati awak.

Apa yang awak lakukan untuk dapat jawatan tetap?

Itu sebab kenapa awak bunuh lan?

Awak pasti bersungguh-sungguh mahu saya nampak seperti pembunuh.

Saya ada satu soalan.

Awak sanggup tukar adik lelaki awak untuk sesuatu?

Awak tanya saya soalan yang tidak masuk akal.

Bagi saya, saya sayangkan jawatan ini...

sama seperti bagaimana awak sayangkan adik awak.

Mari anggap saya dapat jawatan ini dengan cara itu.

Jika saya tidak layak, bukankah semua orang akan tahu mengenainya?

Awak fikir mereka akan biarkannya?

Mereka akan cuba pecat saya selepas konsert sulung saya.

Kita akan bercakap lagi selepas ia selesai.

Pengerusi Jang, tolong jaga orkestra ini dengan baik.

Semua ahli orkestra ini sangat berkebolehan.

Mereka semua berjiwa seni.

Sejak bila awak berkenalan dengan Pengerusi Jang?

Sejak awak halau saya.

Awak tidak tahu bagaimana industri ini berfungsi?

Apabila keadaan sudah reda,

Saya akan panggil awak semula, bagaimana awak boleh khianati saya?

Awak tidak tahu apa yang saya telah lakukan untuk awak?

Apa yang paling penting adalah hasilnya.

Bukan itu memang cara untuk lakukannya?

Jadi, rasanya awak tidak berapa suka dengan Pengerusi Jang.

Tapi, dia nampaknya sangat berminat dengan awak.

Apa?

Minat yang bagaimana?

Sebenarnya,

dalam banyak aspek.

Oh, ya.

Bagaimana keadaan institusi rahsia awak kebelakangan ini?

Terima kasih atas semua...

yang awak lakukan untuk saya.

Hei.

Awak...

Berani awak?

Perempuan tidak guna...

Mari duduk.

Awak ada buat salah?

Jangan muram sangat.

- Mak cik. - Awak tidak perlu terangkannya.

Soo Young telah beritahu saya segala-galanya.

Kenapa awak tidak beritahu saya lebih awal?

Bagaimana awak boleh tanggung semua itu bersendirian?

Jangan menangis.

Saya sudah buat keputusan untuk tidak menangis lagi.

Dan...

saya akan lupakan mengenainya.

Saya bukan cuba untuk mengelaknya.

Saya cuma tidak boleh...

Saya cuma tidak boleh percaya yang awak tikam seseorang.

Saya yang besarkan awak,

jadi saya tahu siapa awak sebenarnya.

Tapi, saya masih ingat yang saya lakukannya.

Soo Young beritahu saya...

yang apabila seseorang mengalami trauma,

mereka mungkin akan cipta memori mereka sendiri.

Ya,

itu memang sesuatu yang masuk akal.

Awak seorang yang terlalu baik,

jadi rasa bersalah itu pasti telah buat awak menderita.

Tidak mengapa.

Mulai hari ini,

saya tidak benarkan awak pulang ke rumah.

Tinggal dengan kami buat sementara waktu.

Saya akan suruh Soo Young tidur di ruang tamu.

Komen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left