189 baris pertama.
Terima kasih, Cap.
Apa gunanya kawan baru?
Hebat.
Skil saya belajar semasa di Berlin.
Tengok ini.
Macam mana awak buat gerakan itu?
Gerakan tadi? Di Moscow. Zaman kanak-kanak saya pelik.
Jadi, Cap, apa rancangan awak?
Hawkeye, Wasp, perhatikan dari atas.
Iron Man, Thor, terus berlawan di bawah ini.
Widow, jom pergi jalan-jalan.
Saya suka.
Hei.
Cantik topi awak.
Awak atas, saya bawah?
Atau kita boleh tumbuk dia serentak.
Muka dia memang muka nak makan penumbuk.
Masa.
Ruang angkasa.
Realiti.
Bukan sekadar laluan linear.
Malah satu prisma dengan kemungkinan yang tak berkesudahan,
dengan satu pilihan boleh bercabang menjadi realiti tak terbatas,
mencipta dunia alternatif daripada dunia yang kita tahu.
Akulah Watcher.
Akulah jurupandu melalui realiti baru yang luas ini.
Ikut aku dan renungkan persoalan...
"Bagaimana jika?"
Saya tak buat sekuel.
Biasanya.
Apa guna lihat semula cerita
sedangkan ada banyak cerita lain untuk diceritakan?
Tapi bukan semua dunia tempat untuk Captain Peggy Carter.
Seorang askar super, wira Perang Dunia Kedua
dan wanita yang mendahului waktunya.
Cuma ada seorang Peggy Carter yang saya anggap sebagai kawan.
Dia dan Penjaga Alam Berbilang telah selamatkan semua kewujudan.
Saya kembalikan wira-wira itu ke dunia mereka, pada saat mereka pergi.
Peggy sangka kisahnya telah berakhir,
tapi ia baru saja bermula.
Hei, sayang. Nak tumpang?
Awak boleh saja ikut saya bersenam.
Saya tak minat berlari dalam bulatan.
Lagipun, Fury ada misi untuk kita.
Anggap itu senaman tambahan.
Aduhai.
Awak kena cari hobi lain.
Saya jumpa barang yang lanun itu cari.
Peggy, awak patut bersedia.
Saya jamin, Nat,
ini bukan perkara paling aneh yang saya tangani hari ini.
Ungkapan akhir yang terkenal.
HYDRA Stomper?
Ya,
dan ada orang di dalamnya.
Steve?
Peg.
Bukan Steve, tapi RoboCop.
Robo... Apa?
Tak pernah tengok? Nanti kita sewa. Filem itu hebat.
Steve...
Peg, kita kena pergi.
-Awak cakap Steve mati. -Dia dah mati.
-Semasa misi di Argentina. -Dia dah mati.
-Tahun 1953! -Dia dah mati.
Selepas perang, Rogers dan Barnes bekerjasama
dan musnahkan semua pangkalan HYDRA di bumi.
Sehinggalah misi terakhir yang mengambil nyawa Steve.
-Saya sendiri nampak dia. -Ada khabar angin
tentang HYDRA Stomper yang terselamat sejak 1960-an.
1960-an?
Kenapa saya tak diberitahu?
Sebab kami tak nak beritahu tentang Bigfoot juga.
Sekejap. Apa?
Dengar, Carter. Kalau ia betul sekalipun, HYDRA Stomper bertanggungjawab
atas beberapa keganasan di dunia
yang menyebabkan kematian ramai ejen S.H.I.E.L.D.
termasuklah kawan-kawan saya.
Fury, Steve takkan buat begitu.
Tak mustahil kalau Bilik Merah kawal dia.
Apa awak cakap?
Ada khabar angin tentang rumah lama dia jumpa dan selamatkan HYDRA Stomper.
Awak tahu tentang ini dan tak beritahu saya?
Saya tak nak awak kecewa lagi.
Ada sebab HYDRA Stomper ada di bot itu.
Operasi Teknologi nyahkod transmisi kapal itu.
Kami dapat petunjuk misi seterusnya.
Baik. Saya bawa pasukan serang.
Pastikan kru perubatan sedia merawat Rogers.
Kita tak tahu tempoh dia di dalam sut itu.
Mungkin lebih baik awak tak ikut serta.
Saya Peggy Carter dan kita bercakap tentang Steve Rogers.
Walaupun ada sedikit kemungkinan ia betul,
Stomper tetap pembunuh paling bahaya.
Saya ada perisai.
Perisai takkan menghalang dia.
Peg, Steve Rogers yang awak cinta itu dah mati pada tahun 1953.
Benda itu bukan manusia.
Apa misi HYDRA Stomper?
Setiausaha Negara Barnes... Bucky, beri arahan.
Awak tentu faham pakej bantuan Sokovia cukup bagus memandangkan...
Memandangkan ia tak termasuk hospital, sekolah atau jalan baru?
Betulkan.
Saya tak nak negara hancur dalam perang dingin
sebab kita tak buat perkara betul.
Baiklah, tuan.
Tuan Setiausaha, kita kena pindah ke tempat selamat.
Apa yang berlaku?
Tuan, kami percaya ada percubaan untuk bunuh tuan.
Okey. Saya mungkin dah tua,
tapi saya dah tumbuk Nazi dan minum dengan makhluk asing.
Saya boleh jaga diri.
Tunduk! Tunduk!
Cepat! Bawa dia keluar!
Gerak, gerak, gerak!
Pasukan jet keluar.
Natasha, saya nak awak ke sana.
Saya benarkan awak tembak dia.
Sampai mati?
Benda itu pengganas antarabangsa yang cuba bunuh pegawai AS.
Saya percaya awak akan buat perkara betul.
Cepat, cepat! Bawa setiausaha ke bumbung!
Siapa dalam sut itu?
Bucky, dia Steve.
-Steve? -Steve dalam sut itu.
-Masih hidup. -Itu agak rumit.
Apa yang menghidupkannya? Bukan Tesseract.
Howard hasilkannya selepas perang. Mungkin gabungan plutonium dan pomade.
Bagus. Saya boleh rungkaikannya.
Cepat, cepat, cepat! Mari pergi! Gerak, gerak!
Kapal terhempas! Berundur! Cepat!
Tak guna! Turun, turun! Cepat!
Biar betul!
Tak guna! Tunduk! Tunduk!
Tuan, saya dah kunci pada sasaran. Senjata sedia.
Widow, jangan!
Kebenaran untuk tembak?
Apa? Setiausaha! Tunduk! Tolong tunduk, tuan!
Tidak.
Steve takkan bunuh saya.
Steve, hei.
Tuan, sasaran saya terhalang.
Setiausaha Barnes halang saya.
Jangan bertindak!
Sedarlah. Ini saya, Bucky.
Ingat tak?
Ini bukan awak.
Jom pergi minum. Macam dulu-dulu.
Macam mana, kawan?
Kita berdua.
Carter. Pergi dari situ. Cepat.
Tak! Dia milik saya.
Steve!
Sedarlah, Steve! Steve!
Steve, bangun.
Hei, Peg. Saya di sini.
Widow.
Bawa dia masuk. Sikit lagi nak sampai bawah.
Peg?
Peg?
Peg?
Kami dah masuk!
Ayuh.
Semoga berjaya, Carter.
Terima kasih.
Apa saya boleh cakap, Peg?
Saya suka kisah cinta hebat.
Selamat datang ke St. Kilda, Scotland.
-Tak pernah dengar pun. -Saya tahu.
Begitu juga S.H.I.E.L.D. Kita selamat di sini.
Dia tak menua.
Sebab sut itu.
Benda ini bukan saja kekalkan wajah kacak dia,
tapi ia juga bantu dia terus hidup.
Tak boleh tanggal?
Tak boleh melainkan awak nak dia mati.
Sut dia sedang dibut semula.
Kita tengok siapa yang mengawal apabila dia sedar.
Apa itu?
Alkohol.
Menurut risalah ini,
setiap kali diaktifkan, kemungkinan Steve selamat semakin berkurang.
Patutlah Bilik Merah kurang gunakannya.
Tak seronok gunakan senjata bioteknologi berulang-kali.
-Bercakap tentang itu, apa kata... -Tidak.
-Kalau tak Stark, Banner? -Tak.
Cabut dan pasang semula begini takkan berkesan.
-Minta tolong. -Tak.
Kita tak ada masa nak tunggu Stark dan Banner bereksperimen.
No comments yet. Be the first to leave one.