200 baris pertama.
Entah macam mana awak yakinkan saya, Tommy.
Saya dah gila agaknya.
Kalau pihak hospital dapat tahu,
mereka heret kita balik dan pasang baju pasung sekali.
- Buat selama-lamanya. - Awak tak perlu ikut, Hawes.
- Ini antara saya dan Jason. - Saya tahu.
Namun saya masih tak faham terapinya.
Awak hanya mahu tahu Jason dah mati, bukan?
Melihat mayat dia takkan tamatkan halusinasi.
Bukan hanya melihat, tapi memusnahkannya`.
Tempat Jason adalah di neraka dan saya akan pastikan dia ke sana.
Okey, itu dia.
Itu kuburnya.
- Okey, mari pergi. - Tunggu sekejap.
Apa?
Saya perlu pastikan.
Okey, itu buktinya. Itu keranda dia. Ayuh.
- Hulurkan tuil besi. - Awak nak buka?
Hulurkan tuil besi itu.
Okey.
Saya tak suka semua ini.
Mati!
- Mati! - Tommy!
Mati!
- Tommy! - Mati!
Tommy, lari!
Awak nak ke mana?
Hei, itu untuk apa?
- Tommy, apa awak nak buat? - Celaka!
Alamak.
Celaka!
Wah.
Dia benar-benar ganggu fikiran awak.
Ya, mampuslah Jason.
Awak buat apa?
Tommy. Biarkan saja.
Tolonglah.
Tolong, Tommy. Jom beredar dari sini.
Saya dah tak tahan.
Hawes!
Tolong jangan tembak.
Awak orang dunia hiburan? Awak memang suka buat gempar.
Awak perlu buat sesuatu.
Jason hidup. Dia bunuh kawan saya. Sekarang dia nak bunuh saya.
Baik awak bertenang. Kepala awak nyaris ditembak.
- Dengarlah. - Jangan buat saya marah
atau saya akan kerjakan awak.
Dengar sini, Jason hidup.
Kami gali mayat dia. Saya nak bakar mayat dia.
Sekejap. Siapa nama awak?
Tommy Jarvis tapi kita perlu buat sesuatu.
- Dia lebih kuat daripada dulu… - Awak budak yang ibunya
- dan kawan-kawan dibunuh si gila itu? - Ya. Jason bunuh mereka.
Sejak itu, awak ditempatkan di klinik psikiatri, bukan?
Kenapa dengan cuaca ini?
- Maaf. Saya tak tahu awak… - Tak apa, Rick.
Saya nak kenalkan bekas penduduk di sini, Tommy Jarvis.
- Dia buat lawak… - Kita tiada masa untuk semua ini!
- Jason mesti dihalang! - Gurauan apa, Mike?
Hei!
Itu dikenali sebagai membuat kesilapan besar.
- Kurung dia. - Tunggu. Awak mesti dengar cakap saya.
Jason menuju ke sini. Dia mencari saya!
Saya cuba bunuh dia tapi saya silap. - Itu benar.
Saya kesal atas kejadian lama menimpa awak dan keluarga dulu,
tapi tiada sesiapa di Forest Green mahu diingatkan
kerja si gila itu lakukan. Sebab itu kami ubah namanya.
Orang nak lupa dulu tempat ini Tasik Crystal.
Mereka tak perlu sesiapa ungkit kisah Jason lagi.
Baring dan berehat. Saya akan hubungi klinik pagi nanti.
Kalau awak ke tanah perkuburan, awak akan tahu saya tak tipu.
Sama ada awak tidur atau saya akan belasah awak.
Awak akan menyesal kerana tak dengar cakap saya.
Awak akan menyesal kalau awak tak diam.
Tidur.
Cuba perlahan sikit? Susah nak baca peta ini.
Siapa suruh saya guna jalan kampung ini?
Sekejap.
Awak akui papan tanda sebut, "Kem Forest Green"
dengan anak panah arah ini?
Saya takkan mengaku tanpa bercakap dengan peguam saya.
Kita sepatutnya tinggalkan tanda.
Sudah.
Nampaknya ketua kaunselor gagal cari jalan balik ke kem.
Baik kita keluar dari kereta ini dan menjerit meminta bantuan.
- Saya bergurau, Lizbeth. - Darren, baik kita patah balik.
- Mengapa? - Saya banyak tonton filem seram
untuk tahu orang pelik memakai topeng bukannya baik.
Kita tak mampu lakukannya.
Kalau kereta jatuh ke dalam galur, kita akan terperangkap.
Awak ada cadangan yang lebih baik?
Ya.
Kita takutkan dia.
- Kita akan takutkan dia? - Ya.
Pandu saja ke arah dia. Dia akan berganjak.
- Tak sesiapa nak mati. - Memanglah.
- Lebih-lebih lagi kita. - Pandu sajalah.
Dia akan ke tepi.
Ya. Itu benar-benar menakutkan dia.
- Alamak. - Baiklah.
Kita akan kembali ke pekan dengan berundur.
Tidak.
- Mana awak dapat benda itu? - Jangan risau.
- Bertenang. - Bertenang?
Awak bukannya Dirty Harry. Hentikan.
Okey, orang tak guna. Ke tepi.
Sekarang.
Darren, masuk sekarang. Dia akan bunuh awak.
Saya akan bunuh dia dulu.
Tidak.
Tidak.
Tolong.
Tunggu dulu.
Tolonglah. Ambil ini.
Tolonglah.
Awak boleh ambil…
Ayuh, ayah.
Sekurang-kurangnya minta Rick ke Jalan Cunningham dan cari mereka.
Megan, penolong ayah ada kerja lebih penting daripada mencari
- kaunselor kem dengan kereta rosak. - Syerif.
Awak tak boleh keluarkan buletin am? Itu boleh membantu.
Mak kamu ada mesin jahit?
- Apa? - Hei, turun.
Hei. Maaf.
Darren dan kakak saya, Lizbeth bertanggungjawab
mengaturkan tapak perkhemahan dan kami tak tahu apa nak buat.
Budak-budak sampai hari ini. Kami tak bersedia untuk uruskannya.
Saya bersimpati dengan kamu.
Saya hanya boleh hubungi balai Carpenter
dan minta mereka perhatikan untuk kaunselor itu.
Saya takut sesuatu tak diingini berlaku kepada mereka.
Harap-harap mereka okey tapi dengan Jason di luar sana…
- Diam. - Jason?
Megan, jangan dekati dia. Dia berbahaya.
Saya tak berbahaya. Jason ada di luar sana.
Dia mencari saya. Mungkin dia menuju ke kem.
Saya kata diam.
Maksud awak Jason dari Kem Darah?
- Ya. - Tidak.
Baik kamu pergi.
Budak ini tak sihat dan saya perlu berbual dengan dia.
- Ayah, kami baru nak… - Megan.
Bawa kawan kamu balik ke kem.
Ayah akan beritahu kalau ada berita tentang ketua kem kamu.
Jangan belasah dia dengan teruk. Dia agak kacak.
Megan, keluar.
Dia kacak.
Saya nak klinik jemput awak tapi saya tak mahu awak di sini
meracuni fikiran anak saya atau sesiapa dengan jenaka pelik itu.
Mereka perlu tahu, syerif.
Jason akan kembali ke tempat biasa kepadanya.
Tak kira apa awak menggelarnya, ini masih Kem Tasik Crystal bagi dia.
Kami akan iringi awak ke pinggir bidang kuasa saya.
Kita akan ucap selamat tinggal dan takkan jumpa awak di sini lagi.
Faham?
Tak guna.
Saya tahu saya akan disalahkan nanti.
Mereka kata Martin bukan penjaga yang baik.
Saya lulusan sekolah tinggi dan layak untuk tugas ini.
Tak siapa akan tahu.
Budak tak guna ini tak tahu masukkan dia balik dengan betul.
Saya takkan sentuh mayat ini.
Mengapa mereka gali mayat Jason?
Hiburan bagi sesetengah orang pelik betul.
Hei, semua. Saya semakin risau.
- Berkenaan Jason? - Tak, berkenaan Darren dan Lizbeth.
Sekurang-kurangnya mereka patut telefon.
- Megan? - Apa?
- Helo? - Ya.
Gadis ini teringat semula penjara dan tawanan cintanya.
Jangan melibatkan diri dengan banduan.
- Mereka berbahaya. - Bagaimana awak tahu?
Saya dah lama hidup untuk lihat semuanya di TV.
- TV? - Ya?
Tak tahulah, Megan.
Dia agak pelik, asyik cakap berkenaan Jason.
Awak tahu, bukan? Dah lama saya cakap.
Awak perlukan lelaki macam saya.
- Lelaki yang tak pelik. - Mungkin dia tak bohong.
Hanya kerana ibu bapa kita asyik beritahu
Jason sekadar legenda tak bermakna ia benar.
Bagaimana kalau dia ke sini,
mencari kaunselor kem yang menyebabkan dia lemas,
mencari orang yang memenggal kepala maknya yang pendendam.
Awak tahu tarikh hari ini, bukan?
Saya hanya boleh fikir satu lagi perkara yang lebih menakutkan.
Apa?
Ya, budak-budak dah sampai.
Ya, benar!
Hati-hati. Jatuh nanti.
Ini pun mereka dan semuanya untuk kamu.
Saya lebih rela berdepan dengan Jason.
Sebaik saja kita dapat Roy, kemenangan milik kita.
Lama sangat. Saya lapar.
Itu masalah awak, Larry.
Itu sebabnya jualan awak selalu tak cukup kuota.
Naluri awak untuk makan lebih kuat daripada naluri untuk menang.
- Awak memang teruk, tahu? - Lebih baik daripada teruk sangat.
- Ini memang tak adil. - Lagi-lagi tak adil.
- Dengar sini, peperangan tak adil. - Sudahlah.
No comments yet. Be the first to leave one.