200 baris pertama.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Saya tak pernah buat perkara yang memalukan.
Tapi bagaimana saya nak hidup dengan melihat awak hilang pertimbangan
dan menyedari sayalah puncanya?
Saya rasa inilah pengakhiran yang ditakdirkan untuk kita
di Dunia Manusia ini.
Maafkan saya.
Buang mayatnya.
Jangan sampai orang tahu.
- Baik, puan. - Baik, puan.
Berhenti.
Berhenti!
Jangan pergi, Ryeon.
Maafkan saya.
Ryeon.
Ryeon!
Jangan pergi macam ini.
SARKAS
Tapi hidup harus diteruskan.
"Cuaca hari ini baik. Langit hari ini berawan.
Jadi saya tak patut mati."
Gunakan itu sebagai alasan.
Satu hari nanti,
akan tiba masanya awak sedar hari ini adalah penentu segalanya.
Jadi…
teruskan hidup.
Choi Jun-woong.
Awak tahu tak penderitaan apabila berpisah
tanpa ucapkan selamat tinggal?
Tak ada bezanya dengan memilih Neraka abadi
hanya untuk melarikan diri daripada kesakitan semasa.
Jadi sebab itulah Pn. Koo tak mahu dilahirkan semula
dan terus buat kerja ini sejak itu?
Sebab dia tak nak orang lain menyesal juga?
Tapi mesti dia buat keputusan itu sebab dia dah tak tahan lagi
melihat semua ikatan perhubungan dengan orang yang dia sayang musnah.
Ikatannya dengan orang lain putus
kerana dia pilih untuk mati.
Tetapi itu juga bermaksud,
dia harus lupakan segalanya dan mulakan ikatan yang baru.
En. Park tak tahu?
Jung-gil dilahirkan semula tanpa kenangan bersama Ryeon.
Selalunya, satu kelahiran semula dah cukup untuk memadamkan ingatan,
tapi Jung-gil tiba di Jumadeung dengan luka terlalu dalam
yang masih tertanam dalam rohnya.
Sayang, terima kasih
dan maafkan saya.
Saya sayangkan awak.
Jangan risaukan kami. Pergilah dengan tenang.
Kim Hui-yeong, dilahirkan 4 November 1965 pada jam 15:33.
Nyawa ini telah diambil.
Iringi dia.
Saya dah boleh jumpa anak saya, bukan?
Anak saya bunuh diri lima tahun lepas.
Awak tak boleh jumpa dia.
Sekarang ini, dia mungkin di Neraka, dihukum untuk berjalan selamanya.
Ikatan dia dan awak juga telah putus.
Biarpun awak dilahirkan semula,
kamu berdua takkan bersama lagi.
Itulah harga yang harus dibayar oleh orang yang membunuh diri.
Sungguh kejam takdir mereka.
Puan memang tak boleh tolong?
Saya tak boleh masuk campur urusan takdir.
Kerana takdir bagi setiap makhluk telah pun ditetapkan.
Tapi itu hanyalah papan tanda jalan.
Pengakhiran jalan itu bergantung kepada pilihan yang dibuat.
Saya harap mereka berdua tidak lagi dibelenggu masa lalu.
Entahlah.
Adakah mereka akan hidup dalam masa terhenti
atau
dalam masa yang bergerak?
RYU CHO-HUI, UMUR 27 INDEKS KEMURUNGAN 95%
Saya lebih percayakan anjing atau khinzir yang lalu daripada cik muda.
Apa?
RYU CHO-HUI, UMUR 27 PENYANYI DAN PELAKON
Ini bagus, bukan?
Bukankah awak ada lawatan kerja?
Awak curang dengan saya, ya?
Bertenang. Saya jelaskan.
Baik. Cubalah jelaskan. Apa semua ini?
Sebenarnya…
Tak boleh jelaskan, betul tak? Awak pun tahu.
Saya minta maaf, tapi…
saya cintakan dia.
Berhenti!
- Okey tak? - Okey.
Babak seterusnya!
Bahagian komen akan meletup lagi.
Kenapa?
"Berani awak simbah wain ke muka dia!
Awak gila? Hilang akal? Nak mati sangat?"
Apa kita nak buat ini?
Cho-hui, nak tak kita minta pengarah sunting babak ini?
Tak perlulah. Bukannya perkara baru.
Jaga-jaga.
Baiklah. Saya mulakan taklimat.
Nama, Ryu Cho-hui. Umur 27. Mula menyanyi ketika usia 17.
Walaupun tak diuruskan oleh agensi besar,
dia raih perhatian ramai sejak mula.
Apa?
Dia sangat popular semasa saya jalani khidmat ketenteraan.
Semua orang macam nak gila apabila tengok dia di TV.
Dia pernah bersuara beberapa kali tentang isu kesihatan akibat jadual padat.
Ku rasa tenang
Mentari manis…
Dia mula berlakon tiga tahun lepas.
Pada mulanya, lakonannya teruk
dan sudah menjadi hobi seluruh negara mengkritik lakonannya.
Maafkan saya, okey? Saya tak buat lagi.
Tapi lakonannya semakin baik selepas beberapa episod
dan akhirnya orang ramai mengakui bakatnya.
Baik.
- Dah bagus, tapi… - Ya.
Kalau awak boleh…
Dia juga banyak membintangi iklan.
Ramai juga yang benci dia.
Dia tak ada buat masalah besar,
tapi dia jenis yang suka berterus terang.
Dia cakap apa?
Mereka tunggang junior, tapi ampu senior.
Mereka jadi kuat di depan yang lemah,
tapi jadi lemah di depan yang kuat.
Saja nak cari perhatianlah itu.
Tak guna. Ingat aku tak boleh cakap depan-depan?
Mimpilah. Kalau aku jumpa kau, dah lama aku bunuh.
Perempuan bodoh. Jangan berlagak bagus. Kau itu dah tua.
Dia bersuara tentang sesuatu yang perlu disuarakan.
Kenapa orang benci dia?
Dia bintang terkenal.
Mungkin mereka nak dia jadi patung cantik. Itu saja.
Saya rasa ada juga pengkritik yang benci dia secara melampau.
Apabila ada komen positif tentang Ryu Cho-hui,
mereka akan tulis komen jahat untuk penuhkan komen buruk.
Mereka akan banjiri media sosialnya dengan komen meminta dia beri penjelasan.
Mereka bersikap macam itu sebab teruja nak sertai yang lain.
Buat apa jadi selebriti?
Dia langsung tak berusaha, tapi hanya harap muka saja.
Kalau tak nak kerja, berambus!
Tahu tak berapa ramai orang nak berada di tempat itu?
Wartawan yang menulis tentang komen ini pun masalah juga.
Lebih banyak artikel hasutan yang ditulis, lebih banyak klik mereka dapat.
Minta Pasukan Sokongan Pengurusan sediakan semuanya.
Mari.
MAKLUMAT KES RISIKO BUNUH DIRI RYU CHO-HUI
INDEKS KEMURUNGAN SEMASA TAHAP 95%
Macam mana kau uruskan budak itu sampai keluar gambar begini?
Dia cakap dia nak pergi jumpa kawan.
Tak apakah mereka dengar?
Mereka pengawal baru Cho-hui.
Begitu rupanya.
Gunalah mata itu.
Maaf.
Saya tak tahu lelaki yang dia jumpa itu timbalan presiden Kumpulan Mindong…
Aduhai.
Siapa pula yang hantar benda ini?
Tak boleh bercinta dengan lelaki sebaya? Kenapa pilih lelaki tua yang dah kahwin?
Lelaki yang dah berpisah dengan isteri pula itu!
Apa kau nak buat? Nak buat apa?
Berhenti cari pasal dengan orang tak bersalah.
Cari pasal dengan saya.
Okey. Baik.
Kenapa buat macam ini?
Kau nak musnahkan semua yang kita bina dengan susah payah?
Apa kau nak buat kalau orang tahu berita ini?
Jadi tuan langsung tak fikir yang saya mungkin tak buat pun.
Habis, kenapa kau ke sana?
Saya dah sewa bilik.
Kamu berdua cakap tak selesa kalau ada orang nampak.
Tak boleh datang?
Ye-rim pula?
Yalah.
Cik Ryu.
En. Min. Apa khabar?
Kita pernah jumpa sewaktu penggambaran iklan, bukan?
Ya.
Saya penonton setia drama TV awak yang bersiaran sekarang.
Terima kasih.
- Ini bilik saya. - Begitu.
- Pergi dulu. - Jumpa lagi.
Saya dalam perjalanan.
Maaf, Cho-hui.
- Rasanya saya tak boleh pergi. - Apa?
Teman lelaki saya sakit.
Saya sakit?
Hei, diamlah.
Rasanya kena bawa dia ke hospital.
Yakah?
Ya.
- Tak apalah. - Maaf.
Lagipun, saya dah ubah jadual…
YE-RIM
Penipu.
Ia cuma satu kebetulan.
Lebih teruk lagi, mereka akan panggil kau penzina
dan perempuan simpanan suami orang.
Itu tak benar. Kenapa tak nak percaya?
Kami dah selalu percayakan kau.
Kami tutup khabar angin tentang kes buli dan lain-lain
tanpa banyak soal, betul tak?
Saya datang ke Seoul sendiri untuk berlatih sewaktu di sekolah rendah,
No comments yet. Be the first to leave one.