200 baris pertama.
BAHAYA
Jennifer Walters, Esquire. Peguam, milenial,
mencari jalan untuk mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadinya.
Secara tak sengaja, dos darah beradiasi gama
mengubah sifat asal badannya.
Kini, apabila Jennifer Walters berasa marah atau meradang,
perubahan mengejut akan berlaku.
Makhluk itu didorong oleh rasa marah
dan sering diganggu warganet.
INTELLIGENCIA SHE-HULK DUNGU!!!!
Balasan: AWAK DUNGU.
Jangan buat saya marah. Awak takkan suka kalau saya marah.
Kemarahannya telah dicetuskan
dan kini dia dipenjarakan.
Sekarang, orang hanya melihatnya sebagai makhluk mengamuk
yang ada di dalam dirinya.
SHE-HULK YANG GANAS
Hai, semua.
Hai, kawan.
Bagaimana keadaan awak?
Saya okey. Awak dapat hubungi Bruce?
Kami dah tinggalkan pesanan pada dia.
Saya bercakap dengan tenang,
walaupun saya sedang menghubungi Hulk.
-Mari bincangkan hal mustahak. -Ya!
Kita perlu kenal pasti setiap individu yang godam maklumat peribadi saya.
Mereka mesti didakwa...
Tunggu. Lupakan mereka. Kita perlu bincangkan kes awak.
Ini serangan bersasar. Mereka perlu bertanggungjawab atas semua ini.
Awak makan umpan mereka.
Saya marah!
Sesiapa pun akan bertindak begitu dalam situasi itu.
Tapi awak bukan orang biasa. Awak Hulk yang hilang kawalan.
Itu yang semua saksi nampak.
Mereka tawarkan rundingan pengakuan.
Pendakwa raya takkan buat pendakwaan.
Apa syaratnya?
Hei.
Sayang. Tak apa.
-Orang masuk penjara setiap hari. -Setiap hari.
Saya curi semua makanan
dan letak dalam kereta awak sebab tempat ini teruk.
Terima kasih.
Tapi saya akan terus bekerja di sini sebab gajinya lumayan.
Jangan risau tentang saya.
Terima kasih tolong.
Kami sentiasa ada untuk awak.
Sepupu perempuan Hulk yang lebih dikenali sebagai She-Hulk,
telah pun dibebaskan.
Syarat pembebasannya,
Jennifer Walters dilarang bertukar jadi She-Hulk...
Jiran yang enggan dedahkan identiti berkata dia tak selesa
-manusia berkuasa tak stabil... -Tak stabil?
-tinggal di sebelah. -She-Hulk!
Mereka ada di luar rumah saya?
Maafkan saya, Jen Walters.
Boleh awak komen tentang kehilangan kuasa awak?
Jen, kalau tiada orang nak upah awak,
awak boleh tinggal balik dengan kami.
-Terima kasih, ayah. -Sudah tentu.
Tapi barang gim mak ada dalam bilik kamu. Mak bersenam setiap hari pukul 7 pagi.
Kamu patut bersenam sekali. Jadi teman senaman.
Pasti seronok.
Itu dia!
-Jennifer, tak pergi ke pusat pemulihan? -Hei!
Hei, jangan pijak laman saya!
Saya tak peduli dengan kemarau, di sini ada banyak air.
Tak! Saya nak air berkarbonat, sandwic, snek dan guacamole.
Saya juga nak tengok semua gambar bayi dia.
Terima kasih. Saya suka mak awak.
Okey, apa awak dapat?
Nak cari identiti mereka bukan kerja yang mudah.
Kita tahu HulkKing itu pentadbir Intelligencia,
tapi sekuriti laman itu sangat ketat.
Saya dah siasat platform itu. Ia dimiliki beberapa "shell company"
yang beroperasi di luar bidang kuasa Amerika.
Macam mana nak saman kalau saya tak tahu siapa mereka?
Kebanyakan ahli Intelligencia adalah lelaki dungu.
BUDAK AYAM
Ada yang akan terlepas cakap
dan dedahkan maklumat supaya kita boleh jejak mereka.
Kita akan jumpa dan hancurkan mereka dengan apa cara pun.
Ikut undang undang.
Saya cakap, "Apa cara pun."
Tak, saya akan saman mereka untuk fitnah dan menceroboh privasi saya,
dan dakwa mereka kerana mengakses komputer
-tanpa kebenaran. -Bosan.
Jika nak ambil cara seorang peguam, saya tak kisah.
Okey. Saya ada jumpa lelaki...
-Sayang! -Tunggu. Makanan. Helo.
Mak cik ada bungkus sikit makanan untuk kamu bawa balik.
-Termasuk biskut hitam putih itu? -Ya.
Terima kasih.
Kamu pasti suka tengok video Jen dengan kawan dia
-waktu di kolej. -Mak, jangan!
-Saya dah lama nak tengok video ini! -Jangan!
Keluar! Kami nak buat kerja. Jangan tengok.
Sampai bila nak bekerja dari ruang tamu mak?
Selepas saya dapat pengadilan. Saya tak boleh teruskan jika mak di sini.
Baiklah!
-Boleh hantar kepada saya? -Dah hantar.
Selamat tinggal, mak. Saya akan saman kamu berdua untuk tekanan emosi.
-Alamak. -Sangat intim.
-Jen. -Betul.
Kami pernah bekerja di pejabat Pendakwa Raya
dan kami bercinta untuk masa yang agak lama.
Dia sudah tak berapa betul sebelum dia dapat kuasa lagi.
Saya salahkan nenek dia.
Jennifer! Boleh tolakkan rak buku besar ini?
-Mak nak dekat dengan tingkap. -Tak boleh!
Lupa pula. Kamu tak boleh jadi Girl-Hulk lagi.
She-Hulk, mak. Itu dulu.
Sekarang dah tak boleh.
Saya memang cakap itu yang saya nak tapi saya rasa tak sedap hati.
Ini bukan cerita adiwira yang keberatan.
Saya asyik dipermainkan.
Ini yang anda mahu?
Jennifer Walters ialah wanita yang kecundang.
-Dia tak mampu melawan. -Tak perlu guna pengulas.
Kita tak seteruk itu.
"Hei, apa cerita?"
Bruce Banner - "Hei, apa cerita?" Tidak dihantar
Dia tak boleh dihubungi.
Emil akan faham.
Emil, boleh saya tinggal di sana untuk beberapa hari?
Tidak Dihantar
Dia kata datang bila-bila masa. Inilah masanya.
Saya bukan lari daripada masalah. Ini demi kesihatan mental saya.
SELESAI! 100%
Terjumpa video She-Hulk di kolej.
She-Hulk menari macam budak dungu di kolej
Maafkan saya, Jen, atas semua ini.
Buat Siaran Baharu
Ada acara tertutup malam ini. Ini butirannya. -HulkKing
Hai, HulkKing.
Mudah pula. Mungkin saya genius.
"Sudah tentu saya akan datang."
Video yang menarik. Kita jumpa nanti di acara itu, bro!
Pug, awak masih di sini?
Saya perlukan bantuan.
Jen.
-Tak sangka awak datang sini. -Ya. Harap awak tak kisah.
Saya nak duduk sini untuk beberapa hari.
Sudah tentu.
-Saya akan sediakan bilik. -Okey.
-Juga pelukan. -Okey.
HAIKU MENDALAM oleh Emil Blonsky
"Hati kita berdegup sama.
"Jika saya ini raksasa, awak apa?"
Buku ini teruk.
Okey, dah sampai.
Pug, awak perlu masuk dan bergaul, okey?
Siasat apa yang patut tentang mereka. Jangan risau. Saya ada dengan awak.
Tak nampak pelik kalau saya masuk pakai fon telinga?
Tak, bukan awak saja pakai. Okey?
Jangan paksa saya buat.
Awak perlu lakukannya. Bergaul dengan mereka.
Jangan lupa untuk panggil wanita sebagai perempuan.
Kehidupan Jen dalam bahaya, okey?
Jadi fokus dengan tugas awak!
Pergilah. Terima kasih.
Awak tak faham cerita itu bagus.
-Duduk dan biar saya sekolahkan awak. -Jangan buang masa, okey?
-Cakap dengan sesiapa. -Suara awak tak jelas.
-Jangan buat-buat tak dengar. -Tak. Isyarat di sini teruk.
Cuba jalan-jalan.
Kenapa nak kena ada juga She-Hulk?
Bukannya ada He-Hulk.
Atau Lady Thor?
-Dia memang teruk, okey? -Ya.
Saya tak cakap begitu sebab dia perempuan.
Saya akan cakap benda yang sama kalau dia lelaki.
Ya, terlalu banyak emosi.
Cepat Pug, mula bersembang.
...tak boleh nak bergurau lagi.
-Tak. Tak boleh, Nikki. -Ya, boleh.
Awak boleh, Pug.
Okey. Cepat, Pug. Jadi kasar.
-Perempuan memang begitu! -Ya.
-Ya. Betul cakap dia. -Ya.
Pugger?
Todd Phelps?
Todd? Memang masuk akal.
Sudah tentu awak sependapat dengan kami.
Mari sini.
Ya?
Selamat datang. Gembira awak datang.
Ya, samalah. Sangat gembira.
Dia hebat, okey?
Awak dengar daripada saya.
Dia hebat dan kacak.
-Saya akan bantai awak. -Apa?
-Secara jujurnya, okey? -Tolonglah.
Dia tahu apa yang saya cakapkan.
-She-Hulk lebih bagus? -Tidak.
Dia sama kuat dengan Hulk? Dia sepandai Hulk?
-Tidak. -Tidak!
Dia takkan ada kuasa tanpa Hulk, bukan?
Kenapa kita nak biar dia dapat macam-macam?
Ini pendapat saya.
No comments yet. Be the first to leave one.