200 baris pertama.
- Saya tidak akan lakukannya. - Kenapa?
Kenapa awak tidak mahu ambil peluang itu?
Saya tidak boleh berkomunikasi dengan dia secara emosi.
Berkomunikasi, oh tolonglah.
Saya nampak awak boleh berkomunikasi dengan kemiskinan dengan baik.
Jin Joo,
awak perlu pertimbangkannya semula
Ini tentang kemandirian awak.
Tapi dia sangat biadab.
Nampaknya awak tidak tahu banyak perkara tentang orang lain.
Saya tidak nampak keseriusan awak.
Semua yang awak cakap adalah seperti satu jenaka.
Saya tidak boleh arah drama yang ditulis penulis yang anti-sosial.
Ini bukannya tentang merakam pemandangan atau apa-apa.
Ini tentang merakam sebuah drama,
bukannya merakam pemandangan untuk dimuat naik ke media sosial.
Awak perlu kritik saya secara terus-terang begini?
Awak terus kritik saya. Awak tidak tahu berkias?
Kenapa pula saya perlu buat begitu? Itu akan ambil masa.
Jadi, ambil masa yang diperlukan.
Awak tidak boleh tergesa-gesa jika ia tentang hubungan manusia.
Awak perlu bertimbang rasa dengan orang lain.
Saya beritahu masalah awak kerana saya bertimbang rasa.
- Jadi awak perlu berkias. - Saya cakap itu akan ambil masa.
Betul, awak seorang pengarah yang berjaya,
dan saya cuma seorang penulis muda. Saya faham.
Tapi cuba bayangkan jika awak di tempat saya.
Kenapa pula saya mahu buat begitu? Kedudukan saya jauh lebih bagus.
Saya rasa itu sangat lucu.
Baiklah, saya buat awak ketawa.
Saya rasa sangat bangga.
Jadi, awak akan terus bercakap begini? Tidak perlu buat perubahan?
Betul, saya seorang yang berjaya.
Saya sudah cukup berkebolehan.
Tapi, keluarga saya juga sangat kaya.
Ayah saya eksekutif di sebuah syarikat besar,
dan ibu saya ialah presiden di sebuah universiti.
Pasti pelik jika saya rasa saya perlu berubah.
Saya tidak akan lakukannya.
Awak rasa apa tujuan perbualan kita?
Ayah dia bekerja di sebuah syarikat besar dan ibu dia di universiti.
Dia seorang pengarah berjaya...
dari sebuah keluarga berjaya.
Awak memang seorang yang materialstik.
Hyo Bong, mainkan lagu lain.
Sesuatu yang menceritakan ketamakan dan kegagalan manusia.
Jin Joo,
jangan melampau.
Pasti itu bukan sebabnya.
Jadi...
saya tidak akan lakukannya.
- Kenapa awak tidak halang saya? - Apa?
Saya tidak sampai.
Jadi, awak mahu saya halang awak?
Baiklah.
Kenapa awak mahu bekerja...
dengan orang yang tidak arif tentang manusia?
Kerana saya tahu banyak perkara tentang manusia.
Jadi awak pasti tahu yang saya sangat beremosi sekarang.
Saya juga tahu yang awak akan terima tawaran saya.
Saya tidak akan lakukan.
- Oh Tuhan. - Oh Tuhan.
Jadi...
Kenapa?
Kenapa awak panggil saya?
Saya tidak panggil awak.
Apa maksud awak? Saya pusing kerana awak panggil saya.
Kenapa pula saya pusing jika bukan kerana itu?
Baiklah.
Tidak mengapa jika awak pusing dan saya panggil awak selepas itu.
Itu semua tidak penting. Saya akan panggil awak sekarang.
- Lupakan sahaja. - Lihat.
- Jin Joo. Cik Lim. - Saya kata, lupakan sahaja.
Lihat.
Nanti dahulu.
Oh Tuhan.
Awak memang pandai berlakon.
- Baiklah. Cuba awak merayu. - Apa?
Berikan sedikit pujian kepada saya,
dan saya akan berpura yang saya termakan kata-kata awak.
Awak tahu, pujian juga boleh buat ikan paus menari.
Apa faedahnya melihat ikan paus menari?
Baiklah, okey.
Awak sangat mengagumkan.
Itu sahaja?
Ya.
Awak sangat menakjubkan.
Awak memang seorang yang kejam.
Sangat kejam.
Itu sebab kenapa saya tidak boleh terima tawaran itu.
Beritahu saya kebenarannya.
Saya mungkin tidak pandai berkata-kata,
tapi saya bukan begitu dengan kerja saya.
Saya suka terima bungkusan.
Saya suka melihat menu di restoran.
Tapi saya sangat sayangkan hasil kerja saya.
Itu lebih berharga daripada perkara lain,
dan saya mahu lakukannya dengan awak.
Bukan secara sambil lewa, tapi dengan baik.
Awak...
boleh harapkan saya.
Dia lebih suka bekerja daripada terima bungkusan.
Lebih daripada sebuah menu.
Dia seorang yang baik.
Maksud saya, itu bukan sesuatu yang mudah ditemui.
Jadi, apa?
Akan ada 16 episod...
Hei, di sini.
Ini pembantu pengarah saya. Dia agak bijak.
Saya akan suruh dia buat semua kerja sekarang, jadi ucapkan Helo.
Lebih baik dedahkan dan beritahu tentang sifat panas baran awak.
Dia penulis kita yang panas baran.
Helo.
Helo, saya Kim Hwan Dong, kelas tahun 2019, komunikasi masa.
Helo.
Saya Lim Jin Joo. tapi tolong jangan duduk.
Kenapa ini?
Kenapa awak jadi begitu?
Apa yang sedang berlaku?
Dia nampak seperti bekas teman lelaki awak?
Saya tidak mahu lakukan.
Apa?
Saya tidak mahu lakukan.
Kenapa pula kali ini?
Nanti dahulu!
Nanti!
Tidak guna.
Hei,
Awak.
Kenapa awak masih berdiri begitu?
Awak sedang cuba tiru apa?
Awak sedang pandang apa?
Bukannya memalukan untuk rasa tenang tentang cinta lama awak.
Awak patut rasa bangga...
kerana awak berjaya lalui masa yang sukar.
Betul. Semua orang ada masalah mereka sendiri.
Tapi...
kita patut lebih berhati-hati untuk tolak tawaran pada usia begini.
Awak tahu, kedutan di wajah...
akan buat banyak peluang hilang.
Peluang jarang muncul apabila usia awak sudah meningkat.
Itu memang lumrah masyarakat ini.
Bila difikirkan semula,
saya langsung tidak ingat yang saya cakap tidak.
Saya tidak boleh ucapkan perkataan yang mudah itu.
Itu agak menyedihkan,
tapi jika saya tolak tawaran itu,
ada berjuta orang lain bersedia untuk ambil tempat saya.
Betul cakap awak.
Saya cuma orang baru yang tidak dikenali.
Saya tidak boleh tolak tawaran dengan sewenang-wenangnya.
Kenapa dia telefon pada waktu begini?
- Helo? - Hei, Eun Jung.
- Awak perlu bantu saya. - Apa?
Saya jadi panel dalam rancangan "Dengar Melalui Khabar Angin",
tapi saya perlu ke luar negara selama sebulan...
untuk penggambaran, jadi gantikan saya.
Kenapa pula saya mahu terlibat dengan rancangan itu?
Awak juga pengarah dokumentari.
Pengarah rancangan itu teruja bila dengar tentang awak.
Jadi, kenapa?
Hei,
siapa tahu awak boleh jadi tetamu tetap? Ini peluang yang bagus.
Kenapa saya mahu terlibat dengan rancangan gosip? Tidak.
- Saya minta bantuan awak... - Tidak, terima kasih.
Oh Tuhan,
awak semua mabuk lagi. Saya bosan dengan semua ini.
Ibu, bagaimana dengan diet awak?
Lupakan sahaja!
Mari masuk tidur.
Tuan, bukannya drama itu akan tamat selepas satu episod.
Dia cuma risau tentang bentuk badan kerana dia bintang idola.
Saya akan pastikan dia makan itu.
Percayakan saya, tuan.
Saya minta maaf tapi boleh saya telefon awak semula?
Biar saya lihat awak dahulu.
Awak perlu berbaik dengan rakan sekelas kerana ini tahun yang baru.
Jangan bergaduh.
- Bukankah itu sama? - Apa?
Jika saya berkawan baik dengan mereka, kenapa saya mahu bergaduh?
Ya, begitu.
Dia sudah lalui proses akil baligh atau apa?
Cik Hwang, sudah berapa lama awak bekerja di sini?
Sudah 6 tahun, 7 bulan dan 23 hari.
Melainkan cuti umum, cuti berbayar dan cuti haid,
awak tidak pernah lewat atau tidak masuk kerja tanpa beritahu kami.
- Betul cakap awak. - Awak tersenyum?
Baiklah, senyum atau masam, itu wajah awak.
Saya akan lupakan tentangnya.
Dan sekarang,
awak lihat muka saya.
Awak rasa...
saya mahu puji kedatangan awak?
Jika awak sudah lama bekerja,
pastikan awak buat kerja dengan baik.
- Kenapa awak datang bekerja? - Apa?
Kenapa awak datang ke pejabat?
Kerana ini pejabat saya?
Apa yang awak akan lakukan dengan isu ayam itu?
Jika pelakon tidak mahu makan, memang awak patut cakap,
No comments yet. Be the first to leave one.