200 baris pertama.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Tahi bintang melintasi langit malam yang luas terbentang.
Mungkin ia membawa jawapan kepada soalan kita selama ini.
Adakah kita bersendirian di alam ini?
Dirakamkan oleh peranti biasa,
dilumuri darah dan kematian,
jawapannya ialah "tidak".
Tajuk cerita kita hari ini ialah Autopsi
yang diarahkan oleh David Prior.
AUTOPSI
Apa awak buat?
Joe, apa awak buat?
Bahayalah! Awak dah gilakah?
Apa masalah awak?
Awak nak bunuh kami?
Nanti. Apa benda itu?
MILLBROOK PEJABAT POS
HILANG RONALD HANLEY
HILANG SHARON STARKER
BERDASARKAN CERPEN OLEH MICHAEL SHEA
UNDANG-UNDANG BAILEY BERDAULAT
Kurusnya awak.
Macam lidi.
Apa rahsia awak?
- Biasalah, biologi. - Hei, Carl. Gembira jumpa awak.
- Samalah. Lama tak jumpa. - Beri beg awak.
Awak tentu penat.
Dah makan? Saya boleh pesan sesuatu.
Tak apa, kopi saja.
Emma sihat?
Dia sihat.
Anak-anak awak?
Masing-masing dah ada hidup sendiri. Syukurlah.
Cindy sedang mabuk cinta.
Nate Jr. nak jadi peguam.
Betul awak tak nak makan?
Apa yang berlaku sebenarnya?
Apa orang cakap di Montague?
Tak banyak. Sepuluh orang mati.
Sembilan orang
dan seorang manusia bertopengkan syaitan.
Apa gelaran untuk orang yang…
Teruk sangatkah?
Apa Wadleton akan buat?
Pejabat koroner yang beri kata putus,
tapi undang-undang buruh jelas bahawa pampasan kematian berakru
kalau pencarum meninggal dunia ketika sedang bekerja,
bukan di luar waktu kerja walaupun di tempat kerja.
Kematian akibat keganasan tak dikira.
Saya baru dapat arahan untuk buat autopsi kedua di bandar.
Itu kata Fordham Mutual.
Betul itu.
Mereka melobi dalam semua pilihan raya.
Kalau boleh, mereka tak nak bayar sesen pun kepada waris mangsa.
Tak berhati perut.
Apa saya akan jumpa, Nate?
Betulkah ada bom?
Pasukan penyiasat menyimpulkan ada bukti kukuh berlakunya ledakan bom.
Itu teori terbaik mereka?
- Apa pendapat awak? - Mungkin saya dilaknat.
Dilaknat?
Ya, saya dah dilaknat kerana kelalaian dan ketidakcekapan saya.
Orang tak bersalah dihukum dan saya rasa sangat berdosa.
Saya yakin Tuhan dah laknat saya.
Nate, kita dah kenal 40 tahun.
Sejujurnya, awak taklah seistimewa itu.
Jangan perasan.
Siapa awak untuk angkat diri awak sebagai hamba paling berdosa?
Mustahil hamba sesalih awak dilaknat Tuhan.
Saya betul-betul maksudkannya.
Betul juga. Mungkin saya terlalu beremosi.
Carl.
Kes ini lain daripada lain.
Kes macam ini susah nak diselesaikan.
Ceritalah kronologinya.
Dua bulan lalu…
seorang lelaki hilang.
Ronald Hanley.
Pekerja kilang, pentingkan keluarga, hilang tanpa jejak.
Kira-kira seminggu kemudian, pemilik kedai dobi layan diri pun hilang.
Enam orang hilang dalam tempoh satu bulan.
Ikut sini!
Saya dan timbalan saya…
Kami gagal jalankan tugas, jadi datang tak datang sama saja.
Pencarian di sebelah barat buntu walaupun sukarelawan…
Sini! Mereka jumpa sesuatu.
Akhirnya, kami jumpa satu mayat.
Bukalah! Tunggu apa lagi?
Bukan kerja haiwan, tapi kerja manusia.
Kulitnya disiat dengan kemas,
tapi daging tetap berdarah walaupun dah busuk.
Masalahnya, tiada setitis pun darah.
Dagingnya pucat macam isi ikan.
Macam jerki daging?
Ya.
Macam letak daging panggang di dalam bekas ais untuk buat sandwic.
Sekeping lagi.
Gambar tangan.
Cukup.
Okey, bungkus mayat ini dan ikatnya semula ke pokok itu.
Baik, tuan.
Kamu berdua pemburu?
- Ya, tuan. - Ya.
Anggaplah ini khidmat komuniti.
Pembunuh itu akan datang semula.
- Saya nak salah seorang daripada kamu… - Jim Dodge.
- Dodge? - Ya.
Boleh awak berkawal di rabung sana?
- Bagus. Awak… - Owens.
- Owens. - Owens.
Saya nak awak berkawal di sebelah selatan sana, okey?
Saya rasa situ lebih baik. Sudut pandangannya lebih jelas.
Okey, baiklah. Syukurlah kamu berdua sudi membantu.
Kamu akan berkawal dulu.
Lawrence, Davis. Beri mereka jaket kamu.
Cuaca malam ini sejuk. Beri mereka walkie-talkie.
Saya hantar filem itu untuk dicuci
dan minta Sophie hantar cap jari ke semua balai polis di Pennsylvania.
Kami nak balik ke balai.
Kalau apa-apa berlaku, perhatikan saja. Jangan bertindak, faham?
Kami akan datang lima jam lagi.
Dipendekkan cerita, kami kembali ke lokasi.
Owens.
Dodge?
Dodge.
Dodge, awak dengar?
Jawab, Dodge.
Tak guna.
Hilang tanpa jejak?
Saya betul-betul marah dan bengang.
Keesokan paginya, syerif di Rakehell telefon saya.
Dia kata mayat itu mirip lelaki bernama Abel Dougherty,
seorang pekerja kilang di Conwood.
Dia pun dilaporkan hilang.
Kali terakhir dia dilihat di bar Trucker's Tavern
pada hujung musim bunga lalu.
- Beri saya Maggie's Farm sejuk. - Okey!
- Dengan segelas bir Hamm. - Baiklah.
Trucker's.
Hei, Travis! Telefon!
Sykes?
- Maafkan saya? - Eddie Sykes.
Apa awak buat di sini?
Saya rasa awak salah orang. Nama saya Joe Allen.
Jangan kelentong. Awak Eddie Sykes.
Dah bertahun-tahun kita sama-sama kerja di Conwood.
Ke mana awak menghilang?
Saya rasa awak dah mabuk.
Awak janji nak ikut kami memancing dua bulan lalu.
Saya suka memancing.
Awak tak datang.
Awak ingat saya siapa tadi?
Saya fikir kita kawan.
Ya, kita kawan.
- Ke mana awak pergi, Eddie? Tiba-tiba… - Nama saya Joe Allen.
Awak keliru.
Kenapa awak tak nak mengaku?
Saya boleh cerita, tapi bukan di sini.
Apa kata awak ikut saya? Lagipun, kita tak nak mereka dengar.
Ini rahsia.
Kita kawan, bukan?
Kawan baik.
Awak yang cakap tadi, bukan?
Mungkin kita boleh jadi kawan baik.
- Saya… - Tolak gelas bir ke lantai.
Buat-buat gelabah.
Mengaku kita kawan.
Suruh saya hantar awak balik.
Balik?
Tolak sekarang.
Oh, Tuhan.
Awak dah mabuk. Biar saya hantar awak balik.
- Tak nak. - Beri saya kunci kereta awak.
Cepat.
Saya hantar awak balik.
Sykes suka tukar-tukar kerja.
Dia hilang sembilan bulan lalu.
Kawannya kata dia pergi mendaki di hutan.
Dia nak tengok pancuran meteor…
dan hilang sejak itu.
Seminggu kemudian, dia muncul di Bailey sebagai Joe Allen.
Ada sesiapa bernama Joe Allen menyewa di sini?
Ada, tapi dia di tempat kerja. Tuan boleh masuk dan…
Encik Allen!
Saya syerif!
Saya masuk!
- Mak awak tak ajar awak berkongsi? - Maaf. Tak cukup untuk awak.
Saya akan makan sampai habis.
Aduhai!
Sedapnya.
Tapi saya masih lapar.
Ya? Saya juga.
JOSEPH H. ALLEN PASPORT BRITISH
ABEL DOUGHERTY PEKERJA KILANG
Apa benda ini?
Saya tak tahu.
Dia kata benda itu…
Saya nampak dia bawa balik. Katanya dia jumpa di hutan.
Di hutan?
Betul.
No comments yet. Be the first to leave one.