170 baris pertama.
Negara-negara di serata dunia
bertarung dalam peperangan maklumat secara diam-diam.
Dua negara yang agak tegang.
Ostania di timur.
Westalis di barat.
Westalis melancarkan Operasi Strix untuk menyiasat pergerakan
tokoh-tokoh penting dalam kerajaan Ostania yang merancang perang.
Ejen Twilight B-1, ditugaskan dalam operasi itu
dan telah berjaya selesaikan fasa satu,
iaitu membina keluarga
dan mendaftarkan anak perempuannya ke sekolah berprestij.
Si ayah seorang perisik.
Si ibu seorang pembunuh upahan.
Si anak seorang telepati.
Misi diteruskan dan mereka kekal menyembunyikan identiti masing-masing.
Ketika ini, mereka berjaya dapatkan
satu daripada lapan bintang Stella untuk menjadi Pelajar Kehormat.
Misi kini masuk ke Fasa Dua,
iaitu menghadiri
majlis di mana sasaran utama, Desmond, akan buat kemunculan.
KARYA ASAL TATSUYA ENDO DITERBITKAN DALAM SHUEISHA'S SHONEN JUMP PLUS
Baiklah, semua sudah sedia.
Mari mulakan.
Berita seterusnya,
Menteri Brantz telah tiba ke Lapangan Terbang Berlint petang semalam
dengan delegasi daripada Westalis.
Mereka cuba aturkan perbincangan antara
Timur dan Barat di sidang kemuncak
yang bermula malam ini…
SUSU
DAILY OST PEMBINAAN BANGUNAN BESAR BERMULA
Awak okey?
Hei, makan perlahan-lahan.
Terima kasih untuk makanan.
Ayah, mak, cepatlah!
- Dia tak sabar betul. - Dia tak boleh tahan.
Sebab hari ini ialah…
13 PROJEKT EPAL
Anjing menyalak gonggong
Anya, gembira betul awak hari ini.
Anjing boleh makan kacang?
Saya dengar ia tak bagus untuknya.
Apa? Teruklah.
Mari beri apa yang anjing itu suka.
Sebab kami keluar hari ini
atau objektif Operasi Strix hari ini
ialah kedai haiwan peliharaan.
Kita sudah sampai.
Ia kerana Anya mahu anjing sebagai ganjaran mendapat Stella.
Sehingga dia dapat lapan Stella untuk saya sertai majlis itu,
saya perlu pastikan dia sentiasa bersemangat.
Hadiah! Gonggong!
TAMAN KEMONO
Selamat datang.
Jadi, macam mana?
Ia semua telah dapat latihan praktikal.
Kedai ini disokong oleh organisasi dan mereka jual anjing tentera.
Saya fikir kami patut dapatkan anjing yang boleh kawal keselamatan, tapi…
Anjing-anjing ini comel dan nampak bijak.
Betul tak, Anya?
Aduhai! Tengok muka dia! Dia betul-betul bencikannya!
Awak tak ada anjing kecil dan comel?
- Anya tak mahu. - Saya boleh tanya rakan-rakan.
Ya, ia kelihatan agak menakutkan.
Katanya, ada acara anjing angkat diadakan di pusat perlindungan anjing.
Jadi, kami akan ke sana.
Misi baharu?
Maaf, perut saya sakit pula,
boleh kamu ke pusat perlindungan berdekatan stesen kereta api?
Saya nak cari tandas.
Awak okey? Kami boleh tunggu awak di sini.
Ayah berak lambat, kita patut pergi dulu.
Yakah? Saya faham.
Jangan guna perkataan kesat begitu.
Walaupun saya terlepas, namun ia agak…
Sekejap! Awak tak kata kita akan ke Ibu Pejabat!
Keluarga saya akan perasan jika lama sangat.
Merungut kepada penjaga awak. Awak dipanggil untuk kecemasan.
Rancangan pembunuhan ke atas Menteri Brantz?
Mereka mungkin merancang semasa persidangan malam ini.
Kami percaya penjenayah ini ialah
pelajar-pelajar pemencil daripada Universiti Berlint.
Polis Sulit juga memerhatikan mereka.
Kami berjaya tangkap seseorang di kedutaan dan dia sedang disoal-siasat.
Namun, dia tidak beri sebarang maklumat tentang kawannya.
Jadi, sebab itu saya dipanggil?
Awak seorang ayah dan ejen.
Menjalankan dua tugas pasti sukar.
Jadi seorang bapa itu sebahagian misi saya.
Tapi, hakikat dunia sekarang?
Anak muda mula menjadi pengganas?
Awak tak akan dapat buat saya bercakap.
Saya tak akan khianati mereka.
Tak apa. Kami tak perlukan awak lagi.
Kami sudah dapat ketua awak.
Keith!
Itu dia! Dia yang rancang semua ini!
Dia yang hasut kami sertai dia!
- Percayalah! Bukan salah saya! - Keith, awak cakap apa ini?
Saya akan beritahu segalanya!
- Tolong lepaskan saya! - Diam! Jalan!
Celaka itu! Dia nak perangkap saya?
Bagusnya kawan awak.
Saya tak kisah siapa ketua awak.
Saya cuma kisah orang yang beri maklumat kepada kami.
Sekarang, awak akan dibawa ke…
Sekejap! Bukan saya! Dia ketuanya!
Saya tak tipu! Dia yang rancangnya!
Mari dengar perinciannya.
Keith rancang semuanya.
Nasib baik
kami temui rakaman video Keith.
Hampir mustahil untuk menyamar jadi Keith dengan rakaman pendek itu.
Jika budak itu profesional, dia pasti perasan.
Juga ada Kevin dan Kim dari Jabatan Kejuruteraan.
Itu saja yang saya tahu.
Kami guna gudang berdekatan universiti sebagai tempat persembunyian,
dan bilik di atas bar di Avenue 11th.
Apa rancangan khusus untuk pembunuhan itu?
Anjing.
Saya tak tahu jumlahnya,
tapi beberapa dozen anjing akan diikat dengan bom
dan mereka akan serang semasa transit.
Anjing bom?
Habislah. Susah nak halang anjing yang telah dilatih.
Tak sangka betul. Kos melatih anjing dengan latihan ketenteraan
sama seperti misil kecil.
Saya tak rasa pelajar kolej ada wang sebanyak itu.
Ini satu kemungkinan
kumpulan berhaluan kanan atau negara asing yang menyokong mereka.
Seperti awak dengar, keadaan semakin rumit.
Kita perlu bertindak dahulu untuk halang serangan pengganas ini.
Bagaimana jika batalkan sidang kemuncak itu?
Mustahil. Ia akan buat parti pemerintah Timur kelihatan teruk.
Walaupun ia akan menggembirakan parti lawan.
Bocor maklumat ini kepada parti pemerintah.
Mereka akan elak semua masalah yang tak perlu.
Ya.
Maaf, awak perlu tunggu lebih lama.
Saya faham.
Hubungan Timur dan Barat dalam bahaya.
Selain hasil rancangan pembunuhan ini,
maklumat ini bocor kepada orang awam juga akan memberi risiko.
Kita akan halang dengan apa cara sekalipun.
Saya nak beli kopi. Tunggu sini.
Jaga diri kamu, anjing.
Anjing-anjing ini memang bijak,
walaupun nampak tua.
KOPI
Hati-hati.
Jangan lari, nanti jatuh.
Berhenti!
- Hei, apa ia buat? - Ia akan makan saya!
- Papan tanda itu terhempas! - Nyaris terkena!
Awak selamatkan saya?
Terima kasih.
Maaf tentang anjing saya.
Jangan ke mana-mana, bodoh!
- Apa yang berlaku? - Ia lari sendiri.
Bolehkah kita guna anjing-anjing ini?
Sudah terlambat nak ubah rancangan.
Kami sudah selesai siasat dan tanda kawasan. Jadi, mari kembali.
Kita tak mahu Keith marah. Itu pasti menyusahkan.
MAJLIS AMBIL BINATANG PELIHARAAN ANGKAT
PARTI PEMINDAHAN ANJING DAN KUCING
Jadi, ini majlis ambil haiwan angkat? Besarnya majlis.
Kenapa agaknya Loid tak nak datang ke sini dari awal?
Anjing ini sangat kecil!
Kucing pun ada!
Arnab!
No comments yet. Be the first to leave one.