200 baris pertama.
LIBYA DAERAH SABHA
MEDIA
Sonia?
Sonia Gautier?
Diam.
Bertenang. Saya datang untuk awak.
Letakkan senjata atau dia akan mati.
Terima kasih.
- Helo? - Tuan Menteri, Kruger di sini.
Awak patut buka TV. Saya akan tiba sepuluh minit lagi.
Setakat ini, kita maklum letupan itu berlaku pada pukul 11:00 malam
di bilik Hotel Etoile di tengah-tengah daerah pentadbiran kelapan.
Menurut testimoni pertama,
letupan ini berkaitan dengan operasi yang dijalankan oleh RAID.
Mereka cuba meneutralkan sel pengganas yang akan menyerang.
Penyiasat tidak tahu jika letupan itu
berlaku sebelum atau semasa serangan, tapi ia mengorbankan beberapa mangsa.
Awal tadi, pasukan bomba mengeluarkan mayat daripada runtuhan.
Matthieu, kami akan kembali sebentar lagi.
Kami baru terima siaran akhbar pertama daripada Kementerian Dalam Negeri.
Gambar pelaku cubaan serangan ini.
Namanya, Moktar Al Tayeb.
Kalau anda nampak lelaki ini, sila laporkan kepada pihak berkuasa.
Hati-hati, dia bersenjata
- dan sangat berbahaya. - Kita perlu siarkan satu lagi gambar.
Betul.
Kurang bersih, kurang menyenangkan.
Baiklah, kami akan selesaikan isu ini secepat mungkin.
…gerakan Islam Mesir.
Saya patut maklumkan lebih awal. Minta maaf sekali lagi, Tuan Presiden.
Beberapa operasi konsesi minyak di selatan negara…
Apa yang berlaku?
- Terima kasih, Hervé. Kami baru tahu… - Dia tak keseorangan.
…terkorban dalam operasi itu,
termasuk isterinya, Imane Al Tayeb.
Bukankah awak bekerja dalam perisikan?
Awak sedar tak apa awak dah buat?
Tiada siapa tahu dia di wilayah kebangsaan.
Semua jabatan akan salahkan saya. Kita perlu cari dia segera.
Dia hubungi Victor.
- Pastore? - Ya.
Mereka mungkin akan berjumpa.
Saya boleh tempatkan orang saya di sana.
Tunggu.
Ini penting dan awak nak seseorang menyusup masuk ke dalam keluarga Pastore?
Ini bukannya kerja yang mudah.
Polis narkotik dah cuba tiga tahun lalu. Ia memakan masa dan seorang terbunuh.
Saya ada orangnya. Dia boleh masuk pasukan Pastore dengan segera.
Awak ingat Adam Franco?
Dah 20 tahun dia berkhidmat.
Baiklah. Saya nak masuk tidur.
SERANGAN DI HOTEL ETOILE
Ini saya. Benarkan dia teruskan.
TUNISIA SFAX
Semua pasukan polis di Île-de-France dikerahkan
untuk mencari pelaku serangan ini.
Pesuruhjaya Polis Paris baru mengisytiharkan darurat
untuk memudahkan siasatan.
Di Libya,
masih tiada khabar tentang rakan kami, Sonia Gautier.
Seorang wartawan dan tukang adu yang hebat,
dia telah dijadikan tebusan selama beberapa minggu
oleh kumpulan bersenjata di wilayah Fezzan Utara.
Pengganas itu menuntut lebih kurang 15 rakan seperjuangan mereka
dibebaskan oleh kerajaan Perancis.
Rundingan berjalan lancar
sebelum terhenti beberapa hari lalu.
Sonia Gautier akan dibicarakan oleh ONU bulan depan
sebagai sebahagian daripada siasatannya tentang campur tangan negara Barat
di rantau dunia ini.
MEDIA
SOLEIL1990 BARU LOG MASUK
SOLEIL1990 MENCIPTA PERMAINAN SEMBANG DENGAN ANDA
MASUK
PERBUALAN PERMAINAN
Hei, kawan. Apa khabar?
Baik, apa khabar?
Saya nampak awak dalam talian, tapi saya perlu pergi.
Kita boleh berbual esok 4:00 petang, selepas saya habis kerja.
Boleh saja.
Beginilah, mari main di rumah saya. Dah lama tak jumpa.
Di rumah awak?
Ya.
Okey, saya akan ke sana.
PASPORT
REPUBLIK PERANCIS HAMON
PERANCIS SEINE-SAINT-DENIS
Mochaccino krim dengan cip coklat.
Awak masih minum kopi?
Saya buat teh. Biar saya tuangkan.
Awak tahu tentang Hotel Étoile?
Ya, saya nampak dalam berita. Siapa lelaki itu?
Moktar Al Tayeb, pejuang dari Sudan.
Dia sekutu Perancis sebelum bertukar pihak 12 tahun lalu.
Sejak itu, dia jadi radikal.
Sekarang, dia berhubung dengan ISIS di Afrika Timur.
Kami dapat tahu dia di Perancis.
Kami hentikan satu serangannya, tapi dia berjaya melarikan diri.
Dia pasti akan cuba menyerang lagi.
Sejak bila awak uruskan operasi di Perancis?
Sejak bila awak tanya soalan?
Baiklah. Jadi, dia sasaran baharu awak.
Semua butiran ada di sini.
Ini tak mudah. Dia bijak.
Dia berhati-hati.
Sudah lima tahun kami mencari dia di Sudan dan Mesir.
Dia tak tinggalkan jejak.
MOKTAR AL TAYEB
Selepas serangan itu, dia hubungi kenalan lamanya,
Victor Pastore.
Mereka berkongsi perniagaan narkotik selama 15 tahun.
Mereka jadi sangat rapat. Victor bapa pembaptisan anaknya.
Kami tahu dia bantu sembunyikannya.
Awak akan menyusup masuk ke dalam organisasinya.
Dekati Victor dan dapatkan kepercayaannya.
Inilah cara untuk jumpa Al Tayeb.
Dia ada beberapa pengikut, tapi bukan askar sebenar.
Kecuali bekas tentera Albania yang menjaga keselamatannya.
Awak perlu tewaskan dia untuk dapat perhatian.
Penyamar sebelum ini mati dengan teruk. Hati-hati.
Awak fikirkan hal selebihnya. Satu lagi, dia ini.
Dia setia kepada Victor dan bekalkan tenaga kerja.
Gunakan dia untuk masuk. Kemudian, buat apa yang sepatutnya.
Sel sokongan?
Pasukan rahsia kecil. Hanya Cisko dan Mona akan lindungi awak.
- Sama seperti di Chad. - Guna identiti apa? Tiada di dalam fail.
Itu yang menarik.
Kita perlu latar belakang yang hebat agar awak boleh cepat menyusup.
Victor akan berwaspada.
Ini yang terbaik, bukan?
Dijon, masuk penjara,
sertai legion, kemudian tinggal di Afrika dan baru saja kembali.
Tak perlu fikir banyak. Awak dah sedia maklum.
"Cepat menyusup"? Maksudnya bila?
Esok.
Bancuhan teh awak kurang baik.
ADAM FRANCO
MOKTAR AL TAYEB
Bagus, tepat pada masanya.
Ikut saya.
Jangan ke mana-mana dan ikut arahan.
Karim, awak dah kembali ke tempat asal awak?
Betul.
- Apa khabar? Saya sihat. - Baik. Awak?
Siapa ini? Saya tak tahu pasal dia.
Adam. Jacques cadangkan saya datang kalau ada apa-apa.
Apa itu?
- Kalau saya perlukan orang untuk dipukul? - Jika bayarannya lumayan…
Bayaran lumayan, ya?
Tuan-tuan. Senjata, telefon, kad pengenalan.
Ambil kertas maklumat ini.
Tulis alamat, nombor telefon, saiz kasut dan pakaian serta jenis darah.
Jangan berani menipu jenis darah awak.
Tiada perubahan sejak musim sejuk ini?
- Sama saja. - Lagipun, awak tak pandai menulis.
Saya nak jumpa Vic.
Mari, saya perkenalkan kamu.
Ada apa, Hélène? Awak patut berada di kampus.
Empat jam tiada kelas. Saya akan belajar di sini.
Awak kenal Karim dan…
Siapa nama awak tadi?
Adam.
Baiklah, cara bekerja di sini mudah.
Kamu ikut arahan, dapat gaji dan semua orang gembira.
Victor tak suka pengampu atau mulut tempayan.
Dengar apabila dia cakap.
Hati-hati, paip bocor.
- Itu perlu dibaiki. - Pak Cik Youss!
Pak Cik Youss, tengok apa yang saya boleh buat.
- Joe, ini kali kedua! - Nampak tak?
Mak nak tidur!
Keluar dari sana!
Karim, awak ingat Manu?
Dia uruskan kejiranan sekarang. Awak akan kerja dengan dia.
Adam, awak akan tinggal di vila. Ada banyak kerja.
Hei, kamu semua! Adam, ini geng di sini.
Dah pukul 2:10 petang. Masa untuk bekerja.
Baik.
JB, kenapa tak berada di bumbung?
Youss, saya tak boleh kerja hari ini. Belakang saya sakit.
Kenapa ketawa? Saya tak tipu. Nak ikat tali kasut pun susah.
Manu, bawa orang baharu ini ke tapak pembinaan.
- Kotorlah badan saya nanti. - Jangan nak mengomel.
JB, Karim, ikut saya jumpa ahli lain di Paris 13.
Kita jumpa 15 minit lagi di depan kereta.
Hei, tak guna.
Bertenang, saya ada sebab. Pinggang saya sakit.
Kemaluan saya pun sakit.
- Dia tak boleh tambah? - Memang tak boleh.
- Empat puluh ribu dah cukup bagus. - Yakah?
Jacques nak jumpa awak.
Masuklah.
Terima kasih, Françoise.
Saya nak tanya jika saya boleh balik awal. Hujung minggu ini saya jaga anak.
Saya nak ambil cuti beberapa hari.
Ini masa yang tak sesuai.
Saya tahu, tapi ini tahun yang sukar selepas isu cerai kami.
Saya perlu lakukannya sekarang.
Sebab itu saya bawa dua ahli baru.
Awak dah kenal Karim. Adam pula, awak pasti suka dia.
No comments yet. Be the first to leave one.