The Root of the Game

The Root of the Game

Download Malay ondertitel

Seizoen 1

Release informatie

The Root Of The Game 2026 S01 PORTUGUESE NF WEB H264-EDITH
Een commentaar door tedi
Retail NF (3 eps)

Tags

webdl
Gepubliceerd op: 2026-06-21
Downloads: 19
Slechthorend: No

Voorbeeld van Malay ondertiteling

De eerste 200 regels.

Kira-kira 90% pemain pasukan Brazil bermula dengan bola sepak Várzea.

90% datang dari kawasan setinggan, komuniti kelas bawahan.

Tapi di situlah semuanya bermula. Tempat lahirnya impian dan harapan.

Tempat impian menjadi nyata.

Ia benar, ia fakta.

Saya tahu, kerana saya telah melaluinya.

Semangat bola sepak perlu dipulihkan.

Perasaan yang tak boleh dibeli itu.

Dan menjunjung asal usulnya.

Kita mewakili komuniti kita hari ini. Kita kena menang.

- Hari ini harinya! - Kita kena menang!

Satu, dua, tiga!

"Wahai, bapa kami di syurga, yang dimuliakan itu nama-Mu.

Datangkanlah kerajaan-Mu.

Jadikanlah kehendak-Mu, di bumi seperti di syurga.

Rezekikanlah kepada kami hari ini.

Ampunkanlah kami seperti kami ampunkan orang-orang yang melampaui kami.

Jauhkan godaan daripada kami…"

Satu, dua, tiga, Ipanema!

Satu, dua, tiga, MEC!

Gol!

Impian setiap pemain dari setinggan ini, dari favela ini,

bermula di sini.

Setiap favela ada pasukan Várzeanya sendiri.

Bagi kebanyakan mereka, satu-satunya peluang

untuk keluar daripada kemiskinan

adalah dengan bola sepak Várzea,

jauh daripada jenayah dan pengedaran dadah.

Saya rasa tiada stadium yang pernah beri saya tekanan seperti stadium Várzea.

Cepatlah!

Bola sepak ialah peluang untuk mengubah kehidupan mereka.

Secara tak langsung, mengubah kehidupan keluarga mereka juga.

Kami jadi wira dalam komuniti.

Di negara bola sepak, di sinilah impian bermula.

THE ROOT OF THE GAME

EPISOD 1 IMPIAN

SÃO PAULO BRAZIL

Várzea ada banyak makna.

Ia membawa maksud keseronokan, budaya, interaksi…

dan peluang dalam kehidupan.

Kita juara!

Peluang yang mengubah hidup.

Bola sepak Várzea ialah bola sepak rakyat.

Ia juga melambangkan perjuangan kelas bawahan

yang masih ada hingga kini.

Wahai, rakan-rakan!

Anda perlu berada di sini sendiri untuk nikmati suasana menakjubkan ini.

Dalam banyak-banyak pengalaman bola sepak Várzea kita,

tiada yang dapat menandingi pengalaman hari ini.

Tiada sesiapa tahu kisah di sebaliknya.

Untuk jadi juara dunia, cabarannya berliku-liku.

Ada permulaan, pertengahan dan kemenangan, iaitu pengakhirannya.

HARI PERLAWANAN AKHIR

Ayuh buat bising!

Sebentar lagi,

perlawanan akhir Super Copa Pioneer Netshoes akan bermula.

Pentas terbesar dalam bola sepak Várzea.

Semua pemain nak main dalam Super Copa Pioneer.

Ia yang terbaik, paling kompetitif, tempat pasukan-pasukan terbaik duduk.

Pada akhir pusingan pertama, hanya 32 pasukan kekal dalam pertandingan.

Pasukan yang kalah akan tersingkir.

Ia ibarat Piala Dunia.

Jika Piala Dunia untuk profesional, di Várzea, ia Piala Pioneer.

Kini ia perlawan paling penting di Brazil.

Bercakap tentang Copa Pioneer…

Luar biasa! Dapat bermain pun dah cukup baik.

Jangkaannya amat tinggi.

Bukan kami saja, tapi jangkaan komuniti juga.

Bagi penyokong, kelab mereka adalah segala-galanya.

Ia perkara paling suci.

Senario macam di Piala Dunia, seperti penyokong berdandan,

mengecat muka dan sebagainya…

Di sini, realitinya berbeza.

Ia ganas.

Ia berbahaya.

Ia bukan sekadar perlawanan.

Orang kampung macam nak keluar berperang.

Kami pasukan Gaviões! Kami pernah kalahkan mereka samua!

Kami berkuasa. Hormatlah. Kami ada sejarah!

Hormatlah sikit!

DUA BULAN SEBELUM PERLAWANAN AKHIR

CIDADE TIRADENTES, SÃO PAULO

Di desa dan di kota

MEC ialah juara

Pasukan terbaik di pekan kita

Saya emak Rafael.

Lelaki besar itu dari MEC.

MEC singkatan untuk Maranhão Esporte Clube.

Bukan "McDonald's" tapi MEC.

MEC diasaskan oleh 11 lelaki dari Maranhão pada 17 September 1997.

Pada tahun berikutnya, mereka tubuhkan akademi bola sepak remaja.

Di situlah saya bermula.

Selain bola sepak Várzea,

kami selalu buat kerja kebajikan di kawasan kejiranan kami.

Selalu tolong orang.

Dah makan, Dinho?

- Dah gila? - Macamlah…

- Kenapa? Aku selalu makan di sini. - Aku tak bersarapan tadi.

Makan di tempat lain? Tak naklah, ini MEC.

Kami bina keluarga.

Kelab itu keluarga bagi kami.

MEC ialah keluarga, dalam setiap aspek perkataan itu.

Makan tengah hari dengan atlet. Itulah makna perlawanan akhir.

Saya Luciano, lebih dikenali sebagai Sujão.

Saya bermain sebagai penyerang.

Macam mana Luciano boleh jadi Sujão?

Saya bermain di padang botak yang bertukar menjadi lumpur.

Saya jaringkan gol, raikannya, tapi tergelincir dan diselaputi lumpur.

Kawan-kawan pun mengejek saya. Saya marah lalu bertumbuk dengan mereka.

Tapi apabila kita mengamuk begitu, gelaran itu melekat.

Sekarang saya tak kisah.

Sujão.

Hei, Sujão. Kau dah bersedia?

- Kau harapan kami hari ini, faham? - Ya.

Bola akan masuk hari ini.

- Siapa akan menangi bola pertama? - Kita!

- Kita! Siapa akan menyerang dulu? - Kita!

- Siapa akan selamatkan gol dulu? - Kita!

- Ya! Siapa akan jaringkan gol dulu? - Kita!

Kerana kita MEC!

- Kita yang tentukannya, bukan? - Ya!

Kita dah biasa.

Ini perjanjiannya. Berikan yang terbaik! Kita boleh!

Satu, dua, tiga, MEC!

Kami merentasi bandar São Paulo untuk mewakili MEC dan komuniti kami,

kampung dan asal usul kami.

Perlawanan kalah mati ini bermula hari ini.

Perlawanan pertama adalah antara MEC

dan jiran mereka, Correria.

Saya dapat 300 hingga 400 reais setiap perlawanan.

Apabila cari rezeki dengan bola, nombor itu penting.

Setiap pusingan yang kita lepasi, lagi banyak pendedahan kita akan dapat.

Matlamatnya sentiasa untuk menang dan mara ke pusingan seterusnya.

Wang ini bantu menyara keluarga saya

kerana sekarang ini, bola sepak ialah mata pencarian saya.

Hari ini, Várzea menjadikannya kenyataan.

Correria cuba beri tekanan dari awal.

Correria bermain dengan baik.

Pertahanan menendang ke depan. Sujão mengejarnya.

Sujão menahan bola dengan dadanya!

Sujão menepis bola!

Sujão! Gol yang cantik!

Gol yang amat cantik!

Gol!

Untuk MEC!

Daripada dia!

Sujão!

Ayuh!

Sujão pemain tahap tertinggi, juga dari Zon Timur,

dari kawasan setinggan.

Dia sememangnya salah seorang pemain utama kami hari ini.

Saya yakin dia akan buat perubahan besar.

Perkara yang menjadikan pemain dari favela ini istimewa

ialah kecintaan mereka terhadap komuniti mereka.

Kesungguhan mereka bermain bola sepak,

keghairahan mereka bercerita tentang gol yang mereka jaringkan apabila balik.

MASA PENUH MEC 3-0 CORRERIA

Itulah kelainannya.

MEC mara ke pusingan seterusnya!

Legasi yang saya nak tinggalkan untuk keluarga saya

adalah menjadi ayah dan lelaki yang baik,

seseorang yang sentiasa pertahankan mereka.

Ayah selalu bekerjakah?

Ya. Ayah asyik bekerja.

- Apa kerja ayah? - Ayah keluar pagi untuk main dan menang.

- Untuk cari duit? - Ya.

Aduhai, Mikaelly.

Semua usaha saya adalah demi keluarga dan anak-anak saya.

"Wahai, bapa kami di syurga, yang dimuliakan itu nama-Mu."

Untuk beri mereka kehidupan terbaik.

Satu, dua, tiga, MEC!

SUKU AKHIR

Perlawanan kalah mati untuk kelayakan ke suku akhir

Super Copa Pioneer.

Di satu pihak, MEC, dari Zon Timur São Paulo.

Di pihak lain, Leões de Judá, dari Zon Utara.

Jika saya menangi perlawanan di Várzea, saya dapat letak makanan di atas meja.

Dengan perlawanan itu, dapatlah bonus atau sesuatu seperti itu

untuk dibawa balik,

kerana malangnya, kewangan kami tak kukuh.

Jika kau buat formasi tiga pemain, Dô akan terleka.

Dia takkan perasan kerana dia tak fokus bermain.

Dia akan berhenti ikut.

MEC mencari ruang.

Leões de Judá bertahan dan menunggu.

Hantaran ke dalam kotak.

Wah!

Penalti untuk MEC!

Ayuh, MEC! Hore!

Kaki kanan. Joel menyambar!

Gol!

SEPENUH MASA MEC 1- 0 LEÕES DE JUDÁ

Untuk MEC!

MEC mara ke pusingan seterusnya.

Pasukan dari Zon Timur São Paulo menanti lawannya,

dan lawan mereka mungkin pasukan Milianos yang hebat.

SUKU AKHIR

ADC MILIANOS JARDIM ROSANA, SÃO PAULO

Saya Vanderlei,

juga dikenali sebagai Presiden Delei.

Opmerkingen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left