De eerste 200 regels.
Sebelum ini.
Rosalind Dyer, unikorn yang paling jarang ditemui, pembunuh bersiri wanita.
Tahniah.
Saya silap tentang awak.
Rosalind, awak takkan bebas.
Dadah patut dihantar kepada siapa?
- Roy Hajek. - Wisco akan bayar
semasa awak keluar. Atau buat kerja lain untuk saya.
Kami perlukan pemandu, jadi bawa teman wanita awak.
Helo!
Jika kita nak tunjukkan yang kita pasangan kekasih,
mungkin kita perlu…
Saya baru saja terima permintaan rasmi
untuk tugaskan awak ke balai lain.
Saya akan terlepas ujian pegawai latihan.
Balai yang awak akan pergi empat jam di sempadan.
Selamat pagi. Hari yang indah untuk perbicaraan.
- Siapa awak? - Bayang-bayang awak, Timbalan Suriel.
Saya akan sentiasa bersama awak di luar penjara ini.
Saya harap awak teman yang baik.
Saya teman yang baik, jika awak bukan banduan saya.
Ini bukan pecah masuk. Saya baru saja balik daripada berlari.
- Kejutan! Selamat hari jadi! - Apa?
Terima kasih. Namun, hari ini bukan hari jadi saya.
Saya tahu. Hari ini separuh hari jadi awak dan itu pun penting.
Ya Tuhan. Adakah itu umur biologi saya?
Tak. Sebenarnya, ini saja lilin yang terdapat di kedai.
Terima kasih. Ini sangat indah. Bila awak dapat masa untuk buat semua ini?
- Saya keluar selama 30 minit. - Saya nak cakap
awak perlu lebihkan senaman.
- Kek kata saya 20 tahun. - Kek itu tipu.
Baiknya awak.
Saya pasti bukan usaha untuk ceriakan saya kerana hari ini perbicaraan Rosalind.
Awak boleh minta ditugaskan ke tempat lain.
Saya tahu, tapi saya rasa itu tak wajar.
- Boleh kita makan kek ini? - Selepas saya ceriakan awak di bilik air.
Ya Tuhan. Ini memang hari jadi saya. Ayuh.
- Ya? - Selamat pagi.
Hai.
- Dah nak ke kolej? - Sekejap lagi.
Awak patut ikut jalan jauh.
Mereka dah mula menutup
jalan di mahkamah.
Saya tahu. Awak dah beritahu saya. Saya boleh ponteng kelas jika awak nak.
Kita boleh membeli-belah atau tonton wayang.
Saya takkan apa-apa.
Saya takkan berada dekat dengan Rosalind.
Saya dan Tim akan tunggu telefon berdering di balai.
- Untuk kerja penyamaran awak? - Ya.
Operasi asal gagal dan tiada apa-apa berita sejak itu.
Adakah ini penyamaran yang sama yang awak dan Tim bincangkan malam kelmarin?
Saya dah cakap ciuman itu tak bermakna apa-apa.
Betul. Untuk kes itu. Bercium. Hentikan jenayah. Itu memang masuk akal.
- Pergi ke sekolah. - Okey. Semoga menikmati hari yang indah.
- Dengan bos awak. Yang awak cium. - Keluar!
Tutup pintu!
- Awak cium Lucy? - Tak.
Tak. Dim cium Juicy, okey? Atau Jake cium Sava. Apa-apa sajalah.
Perkara yang penting, kami perlu selesa menyamar,
kami berlatih sebagai kekasih.
- Sejauh mana awak berlatih? - Satu ciuman saja.
- Bukan isu besar pun. - Jadi, kenapa kita bercakap tentangnya?
Sebab bagaimana jika itu bukan sekadar ciuman bagi dia?
Awak rasa Lucy ada perasaan terhadap awak?
Tak.
Mungkin dia juga anggap begitu.
Perkara yang perlu dibuat demi kerja.
- Betul. - Timothy.
- Awak ada perasaan terhadap Lucy? - Tak.
Saya bercinta dengan Ashley. Lucy bersama Chris.
- Saya juga pegawai atasannya, jadi… - Betul. Namun, bukan itu yang saya tanya.
Apa yang ketua buat di sini?
Baiklah, bertenang dan dengar sini. Ini hari yang penting.
Perbicaraan Rosalind Dyer akan merumitkan hidup kita semua.
Namun, sebelum itu, Ketua Coleman ada berita baik. Ketua.
Terima kasih, Sarjan. Saya pasti kamu tahu tindakan berani Pegawai Nolan
di sempadan yang menyebabkan 12 penjenayah berbahaya ditahan.
Disebabkan khidmat teladan dan keberanian awak,
saya putuskan untuk tawarkan awak sebarang tugasan dalam Polis LA.
Sebarang unit, divisyen
dan jawatan yang awak nak untuk dilatih oleh jabatan ialah milik awak.
Secara tak rasmi, itu dipanggil Tiket Emas.
Terima kasih, puan.
Keputusan yang besar.
- Jangan gopoh. - Baiklah.
- Sarjan. - Ketua.
- Apa yang saya terlepas? - Nolan dapat Tiket Emas.
Wah.
- Tahniah, Pegawai Nolan. - Terima kasih, tuan.
Saya pernah kata awak takkan jadi detektif. Saya tarik balik kata saya.
Jangan bazirkan tiket awak dengan menjadi detektif, Nolan.
Awak tahu kesukaran mereka bekerja? Pilihlah merekrut.
Dibayar untuk terbang ke seluruh negara
dan puji Polis LA.
Bosan. Awak patut pilih sokongan udara.
Latihan penerbangan ditanggung dan ada kerjaya sandaran.
- Adakah saya perlukan kerjaya sandaran? - K-9 ialah pilihan yang tepat.
Kerja lebih masa ialah 200 dolar sejam dan awak boleh bela anjing.
Jika awak cuma nak duit,
jabatan akan tanggung kelas forensik komputer.
Atau saya boleh gunakan tiket itu
untuk jadi pegawai latihan tahun ini.
- Itu kelakar. - Ya. Bergurau saja.
Tak. Saya perlu berfikir.
- Dia akan pilih sesuatu yang membosankan. - Dah tentu.
Maaf. Telefon Jake. Ini Hajek.
Baiklah. Kembali kepada Rosalind Dyer.
Hei. Saya sangka awak takkan telefon.
Saya perlu buat beberapa butiran, tapi kerja kembali berjalan.
- Kekasih awak dah diuruskan? - Tak.
Awak fikir kami tiada kehidupan, hanya tunggu kerja misteri?
Bertenang. Berbaloi menunggu hari bayaran.
Wisco dan Lyon akan mengetuai.
Kami akan sertakan kawan awak, Dayvion Mosby untuk sokongan.
Dayvion kaya.
Dayvion suka meraba. Cari orang lain.
Dia dah diambil bekerja. Terima sajalah.
- Bila kita berjumpa? - Dua jam.
Saya akan hubungi semula dengan butirannya.
- Jika Dayvion muncul, habislah. - Saya perlu pastikan dia tak muncul.
- Hei. - Hei.
- Seperti sarkas. - Betul.
Itu menjadikannya lebih sukar untuk saya terima hakikat
yang awak dan Rosalind ada hubungan.
Bukannya kami bercinta. Tukar topik,
Ketua Polis beri saya Tiket Emas.
Seperti Willy Wonka?
Saya boleh pilih apa-apa saja kerja yang saya nak di jabatan ini.
Wah. Apa yang awak akan pilih?
Tak masuk akalkah jika saya gunakannya untuk teruskan menjadi pegawai latihan?
Awak tahu awak akan dapat anjing jika sertai Unit K-9?
Okey, jika awak nak anjing, kita boleh dapatkan anjing.
Baiklah. Sila berkumpul.
Saya perlukan perhatian kamu sekejap.
Terima kasih banyak. Saya Sean Del Monte.
Saya mendakwa kes menentang Rosalind Dyer.
Ini Chris Sanford dari pejabat saya. Sarjan Grey dari Polis LA.
Ini Kapten Duane Tovar dari Jabatan Syerif.
Dia menyelia semua keselamatan di mahkamah.
Saya harap perbicaraan ini akan menutup babak menyakitkan
dalam sejarah bandar ini
dan berikan ketenangan kepada keluarga yang dia musnahkan.
Saya akan serahkan kepada Kapten Tovar. Duane?
Terima kasih. Ini lakaran Mahkamah Atasan.
Ada 840 pekerja harian
dan 7,000 pelawat harian. Ada 50 mahkamah.
Perbicaraan Dyer diadakan di tingkat enam Sayap Barat.
Pasukan pengiring akan tiba di pintu rahsia untuk elak khalayak.
Pasukan Sarjan Grey akan kawal tingkat enam
dan iringi banduan berulang-alik ke mahkamah.
Pakej dalam perjalanan. Dijangka tiba dalam masa 30 minit.
Kita akan memerhatikan Rosalind sepanjang hari.
Awak fikir saya kejam, Timbalan Suriel?
Saya rasa bukan tugas saya untuk tentukan.
- Awak fikir awak kejam? - Tak. Saya rasa saya genius.
Saya cuma bernasib malang kerana berjaya dalam mutilasi berbanding muzik.
Okey.
- Itu dia. Hei, Dayvion. - Apa khabar, pegawai?
- Saya datang untuk pemeriksaan parol. - Silakan. Saya tak sembunyikan apa-apa.
- Mari mulakan dengan kereta awak. - Itu bukan kereta saya.
Bukan? Mari periksa untuk kepastian.
Itu bukan permulaan yang baik.
Semakin teruk. Adakah ini bukan pistol awak juga?
Baiklah.
Kenapa pelanduk dua serupa saya tak boleh kurang berminyak?
Agak mengejutkan kerana sangat mudah awak menjadi hodoh.
Kelihatan bergaya, Juicy.
Saya meragui keputusan untuk pakai seluar dalam halus demi penyamaran ini.
Seperti…
- Hei. Kita akan lakukannya atau tak? - Ya.
Jumpa geng saya di Landasan Terbang Whittier, 30 minit.
- Landasan terbang? Saya sangka di sini. - Tak. Ada masalahkah?
Ya, ada masalah. Saya mengembara dengan minimum tiga beg pakaian.
- Ketepatan diperlukan untuk cantik. - Sayang sekali.
Saya bayar awak untuk memandu, bukan berhias.
Datang ke landasan terbang atau cantik di dalam keranda.
- Kita perlu batalkannya. - Apa masalahnya?
Sebaik saja di udara, tiada bantuan dan tiada pengawasan.
Jika timbul isu, kami bersendirian.
Kita tak tahu mereka ke mana.
Terlalu bahaya. Saya batalkan.
Sekejap. Juruterbang perlu failkan rancangan penerbangan.
Awak boleh ikut dengan pesawat Polis LA.
Kelulusan perlukan sepanjang hari.
Kamu akan bertolak sejam lagi.
Saya boleh hantar jet peribadi ke sana dalam masa 45 minit.
Kaviar apa yang kamu suka?
Saya akan pesan pelbagai jenis.
Helo, John.
- Rosalind. - Awak kelihatan kemas.
Gembira. Adakah itu kepuasan kerja?
- Atau Bailey? - Melihat keadilan ditegakkan.
Dia sangat naif.
- Saya John Nolan. - Saya Megan Suriel.
Awak tahu aturan keselamatan?
- Ya. - Mari pergi.
Saya mengikuti Bailey dalam Instagram. Saya suka kek yang dia buat pagi tadi.
Luna juga. Dia semakin mahir menunggang kuda.
Kawan Lucy, Tamara, sangat bagus di Kolej Santa Monica, SMC.
Patutkah saya puji yang awak boleh gunakan media sosial?
No comments yet. Be the first to leave one.