Pierwsze 200 wierszy.
Patik mahu bermain...
...dengan Permaisuri Jodha.
Beta gembira kerana isteri-isteri beta...
...akan bermain.
Kalau Ruqaiya menang...
...aku tak dapat bayang permintaan dia daripada Tuanku.
Beritahu beta, Permaisuri Jodha.
Adakah kamu ingin bermain catur dengan beta?
Atau kamu ingin mengaku kalah tanpa bermain?
Adat kami tak menerima kematian tanpa melawan musuh.
Sama ada peperangan atau catur...
...orang Rajput tak akan mengalah.
Beta bersedia untuk bermain catur.
Permainan catur antara...
...Permaisuri Utama Ruqaiya dan Permaisuri Jodha.
Kamu lebih muda.
Jadi kamu boleh memulakan permainan.
Dalam permainan, bukan umur atau status yang dikira...
...tapi hanya gerakan, Permaisuri Ruqaiya.
Tapi jika kamu ingin beta memulakan permainan, beta terima.
Sekarang, beta ambil tir kamu.
Sekarang, beta ambil gajah kamu.
Kamu telah membuat kesilapan besar, Permaisuri Jodha.
Beta telah mengelilingi raja kamu dari empat penjuru.
Raja kamu berada dalam bahaya.
Sabar.
Permainan ini belum tamat.
Semasa kamu beria-ia hendak mengalahkan beta, kamu telah kalah.
Kamu fokus kepada raja beta...
...dan semasa mengepung dia...
...kamu tidak mempertahankan raja kamu.
Sekarang giliran beta.
Beta telah menang.
Syabas.
Tahniah.
Permaisuri Jodha.
Permaisuri, sila terima titah ini.
Beta gembira dapat menang permainan ini...
...dengan berkat doa ayahanda, bonda dan nenda beta.
Tapi patik tak mahu apa-apa balasan.
Patik bermain...
...untuk menjaga maruah Tuanku.
Beta tak mahu apa-apa janji atau hadiah.
Jika Tuanku terus merokok, tekak tuanku...
...akan sakit.
Beta kalah dalam permainan catur.
Sekarang kamu berani mengajar beta cara untuk merokok?
Bukan itu maksud patik, Tuanku.
Apa salahnya jika dia kalahkan Tuanku sekali?
Aduh!
Pulangkan kepada beta.
Biar luka ini jadi pengajaran...
...untuk tidak menyakitkan hati seorang permaisuri.
Pergi dari sini.
Kamu begitu marah.
Dia kalahkan patik di khalayak ramai...
...dalam permainan catur!
Jika beta berfikir seperti kamu, beta tak tahu...
...jumlah nyawa yang beta ambil sehingga sekarang.
Patik kesal kerana tak dapat memenuhi hajat Tuanku.
Tuanku mahu patik memalukan dia di khalayak ramai.
Tapi patik yang dimalukan.
Patik ingat mengalahkan Permaisuri Hindu dengan senang...
...menyeronokkan.
Kesilapan pertama kamu adalah menganggap musuh lemah.
Selalunya, kesilapan itu akan menjadi yang terakhir.
Tuanku tak nampak kesal dengan kekalahan ini.
Beta kesal. Sangat kesal.
Tapi beta tak menunjukkannya.
Mamanda Khan mengajar beta untuk...
...tidak mengutamakan rasa kesal.
Jangan biarkan orang tahu mengenai kekalahan kamu daripada musuh...
...dan sambut kemenangan dengan bangga.
Ini erti politik.
Kalau kamu terlampau mengutamakan kekalahan...
...orang akan lebih berminat dengan kekalahan kamu.
Ruqaiya, membalas dendam terhadap orang yang melukakan kamu sangat bermakna.
Sekarang lupakan kemarahan kamu dan biar beta menikmati rokok ini.
Tapi patik kagum dia menolak...
...titah Tuanku yang ada cap mohor diraja.
Tuanku tak rasa marah?
Beta akan paksa dia untuk menerima titah itu.
Beta ingin lihat cara...
...dia menggunakannya.
Perhatian.
Raja kerajaan Mughal, Maharaja India...
...Raja Jalaluddin Mohammad telah tiba di balai.
Yang Amat Mulia Jalaluddin Mohammad!
Daulat Tuanku!
Yang Amat Mulia Jalaluddin Mohammad!
Daulat Tuanku!
Yang Amat Mulia Jalaluddin Mohammad!
Daulat Tuanku!
Yang Amat Mulia Jalaluddin Mohammad!
Daulat Tuanku!
Di mana pembuat rayuan?
Beritahu beta.
Apa yang kamu mahu?
Patik mahu keadilan.
Dalam kerajaan ini, ada seorang Maharaja, satu bendera...
...tapi mengapa ada pelbagai undang-undang yang berbeza?
Mengapa kami dipaksa menukar agama kami?
Patik menetap dalam kerajaan ini. Patik bayar cukai. Patik tak melakukan jenayah.
Biadab.
Berani kamu bercakap dengan Maharaja menggunakan nada itu.
Pengawal.
Bawa dia pergi dan penjarakan dia.
Jangan. Tuanku tak boleh berbuat begitu.
Apa jenis raja yang berbuat begitu?
Apa kesalahan dia?
Undang-undang perlu dipatuhi oleh raja dan rakyat.
Tuanku telah mengahwini seorang Permaisuri Hindu.
Tuanku tak memaksa dia menukar agama.
Mengapa Tuanku memaksa kami?
Kamu diberi kebenaran untuk membuat rayuan di mahkamah.
Tapi ia tak bermaksud kamu boleh menjadi biadab.
Kamu telah melakukan jenayah dengan mempersoalkan keputusan Maharaja.
Bagus.
Permaisuri baru akan sedar cara Jalal...
...menguruskan orang Hindu yang ingkar.
Kamu bukan saja biadab, tapi bersalah kerana...
...mempersoalkan keputusan Maharaja.
Hukuman dia adalah...
...dipenjarakan secepat mungkin.
Beta mahu kamu semua dengar rintihan mereka.
Kamu semua mesti menjadikan mereka contoh.
Supaya tiada siapa berani menghina Maharaja lagi.
Keadaan ini sangat tidak adil.
Orang yang datang untuk merayu telah dipenjarakan.
Dan mereka tak bersalah.
Tuanku tak ada belas kasihan walaupun terhadap kanak-kanak itu.
Permaisuri Jodha.
Tak perlu rasa sedih.
Mereka bukan masyarakat kita. Mereka orang asing.
Kamu perlu melayan orang asing seperti orang asing.
Apa arahan untuk patik?
Hukuman hanya untuk penjenayah.
Kamu boleh pulang ke rumah.
Rumah apa, Tuanku?
Tentera Tuanku telah merampas rumah kami.
Patik ada minum susu daripada seekor lembu.
Mereka telah merampas lembu itu juga.
Itu sebab kami merayu kepada Tuanku.
Sebab seorang raja ibarat dewa di muka bumi, kan?
Tuanku telah memenjarakan ayah dan ibu patik.
Ke mana patik akan pergi? Di mana patik akan tinggal?
Ayahanda kamu, Humayun, kekanda beta.
Tapi dia ingin bunuh beta demi mendapat takhta.
Sebelum dia membunuh Kamran, beta akan membunuh dia.
Beta akan...Jalal...
Apa yang kamu buat?
Ke tepi, permaisuri. Ini isu politik.
Politik tak melibatkan kanak-kanak.
Dalam peperangan kamu adik-beradik...
...apa dosa Jalal yang tak bersalah?
Mula-mula kamu culik dia daripada ayahandanya dan...
...sekarang kamu ingin membunuh dia.
Beta tak akan biar kanak-kanak tak bersalah ini dihukum.
Permaisuri!
Jalal, luka ini kecil.
Jika kamu tak tahan kesakitan luka kecil...
...bagaimana kamu akan menjadi seorang raja?
Beta bukan menangis kerana sakit. Beta rindukan ayahanda dan bonda.
Disebabkan musuh, patik tak tahu...
...tempat bersembunyi ayahanda kamu, Raja Humayun...
...dan bonda kamu, Hamida Banu.
Tapi patik akan menjaga Tuanku seperti anakanda sendiri.
Patik ibarat ayahanda Tuanku.
Jalal bukan saja tanggungjawab patik, tetapi dia seperti anakanda sendiri.
Tak ada masalah jika ayahanda dan bonda Jalal tak ada bersama dia.
Patik ada. Patik ibunda dia.
Bebaskan ayahanda dan bonda kanak-kanak ini.
Rumah dan harta mereka perlu dipulangkan.
Apa maksud Tuanku? Seorang raja tak boleh mengubah keputusan.
Adham.
Tiada siapa selain beta lebih faham kepentingan...
...ayahanda dan bonda dalam kehidupan kanak-kanak.
Dia mungkin akan menakluk dunia tanpa ayahanda dan bondanya...
...tapi dia akan masih berasa sunyi.
Tak semua orang bernasib baik seperti beta kerana ada Mamanda.
Beta tak mahu ada kanak-kanak...
...perlu hidup tanpa ibu dan bapanya.
Mungkin salah jika seorang Maharaja mengubah keputusannya.
Tapi sebagai seorang yang alim dan adil...
...beta akan pulangkan ayahanda dan bonda kanak-kanak ini kepadanya.
Beta tak nampak apa-apa kesalahan dengan keputusan ini.
Kamu pulang ke rumah.
Beritahu ibu dan ayah kamu, Maharaja telah menghukum mereka...
...tetapi seorang hamba Tuhan telah memaafkan mereka.
Beta rasa keadaan telah berubah, Nazima.
Mula-mula permainan catur...
...dan sekarang, keputusan Maharaja.
Apa maksud kamu, Ruksar?
Beta fikir, apa kata beta juga main catur?
Mungkin kali ini, beta juga akan menang melawan kamu.
Jangan melebihi batasan kamu.
Tuanku marah tanpa sebab.
Beta cuma bercakap mengenai keputusan Maharaja.
Hari ini, Maharaja tak ubah keputusan...
...kerana kanak-kanak itu seorang Hindu atau Permaisuri Jodha seorang Hindu.
No comments yet. Be the first to leave one.