Jodha Akbar

Jodha Akbar

Pobierz napisy Malay

Informacje o wydaniu

Jodha Akbar 2013 Episode 051-063 Malay
Komentarz od kikywebsite

Tagi

other
Opublikowano: 2019-05-20
Pobrania: 26
Dla niesłyszących: No

Podgląd napisów Malay

Pierwsze 200 wierszy.

Salam sejahtera, Ratu Ruqaiya. Ada urusan apa saya dipanggil?

Ya, Ratu Jodha. Duduklah.

Saya mahu bercakap dengan kamu tentang hal penting. Mari.

Beritahulah saya.

Adakah kamu menyimpan perasaan terhadap Jalal?

Tidak. Saya tak faham soalan kamu.?

Baiklah. Saya akan berterus terang.

Sekarang semua orang sudah tahu kamu tidak mengandungkan...

...anak Jalal, adakah kamu menyesal tidak melahirkan anaknya?

Saya nampak air mata Jalal. Saya juga nampak mata kamu.

Kamu sedang merenung Jalal.

Kamu dapat rasakan penderitaannya.

Adakah setelah bersama selama ini, kamu cintakan Jalal?

Adakah kamu menyesali malam itu?

Kenapa Jalal tidak menyentuh kamu malam itu?

Ratu Ruqaiya, begitu banyak persoalan berlegar dalam pemikiran kamu.

Jujurnya...

...saya sangat gembira tuanku...

...menepati janjinya dan menjaga kehormatan saya.

Ya. Saya juga rasa sedih bila melihatkan dia begitu emosi di mahkamah.

Memang benar yang saya tak bencikan dia.

Sebab dia sudah tunaikan kewajipannya.

Dia selamatkan saya dari fitnah.

Dia menjaga kehormatan saya ketika di mahkamah.

Saya berterima kasih padanya.

Tapi, kamu tersilap jika kamu menyangkakan...

...rasa terhutang budi saya sebagai rasa cinta, Ratu Ruqaiya.

Saya gembira dia tidak rapat dengan saya.

Malahan dia paling rapat dengan kamu.

Bagus. Saya sangkakan kamu cintakan Jalal.

Saya boleh melihat Jalal bersama perempuan lain.

Tapi saya tak tahan jikalau...

...Jalal cintakan orang lain selain saya.

Mencintai seseorang dan berdampingan dengan seseorang...

...adalah dua perkara berbeza.

Ratu Ruqaiya, kamu banyak bertanyakan soalan pada saya.

Sekarang biarlah saya pula bertanya.

Beritahu saya. Benarkah kamu cintakan tuanku?

Apa jenis soalan sebegitu rupa?

Soalan tetap soalan. Jawablah.

Beritahu saya. Kamu cintakan tuanku?

Sebab itulah saya permaisurinya.

Saya akan tetap begitu.

Itu bukan jawapan soalan saya.

Beritahu saya. Benarkah kamu cintakan tuanku?

Dia ialah rakan sepermainan saya.

Bukan. Saya bukan bertanyakan pada isteri sultan...

...mahupun rakan sepermainanya.

Saya bertanyakan soalan ini pada seorang wanita.

Benarkah kamu cintakan tuanku?

Walaupun dia bukan lagi seorang sultan?

Atau walaupun kamu bukan lagi rakannya?

Atau bila kamu bukan lagi isterinya?

Adakah kamu masih akan cintakannya?

Adakah kamu akan gembira, bila dia gembira?

Cukup!

Ratu Jodha, kamu sudah banyak bercakap.

Sudahlah.

Sama ada saya cintakan Jalal, berapa banyak dan kenapa saya cintakannya...

...dan sejak bila saya cintakannya...

...itu semua saya tak perlu jelaskan.

Tidak kepada kamu dan tidak kepada saya sendiri.

Kamu boleh pergi.

Kamu yang panggil saya. Sekarang kamu suruh saya pergi?

Baiklah, saya akan pergi.

Tapi sebelum itu, saya mahu beritahu kamu sesuatu.

Ada perbezaan besar antara...

...mencintai seseorang dan memiliki, Ratu Ruqaiya.

Memanglah.

Sama seperti perbezaan antara Jalal dan perhubungan kamu.

Lupakan saya. Sejak awal lagi saya berada jauh daripadanya.

Tapi kamu adalah rakan sepermainannya.

Tapi kamu masih tak boleh menjawab soalan saya.

Adakah kamu cintakan tuanku?

Ratu Ruqaiya, kamu tak mampu menjawabnya.

Tapi jawablah pada diri sendiri.

Adakah kamu cintakan tuanku ataupun hakikat kamu...

...ialah isteri tuanku?

Apa ini? Dari pagi tadi kamu bermain di sini!

Menteri Maham Anga menyuruh kamu bekerja.

Bukan untuk bermain.

Marilah.

Tapi ibu, semua orang di sini baik-baik belaka.

Tiada pun yang marahkan saya.

Patutkah kita tunggu masa seseorang marahkan kamu...

...atau menghukum kamu?

Mari buat kerja.

Biarkan dia.

Dia terlalu muda untuk bekerja.

Pada umur begini dia patut bermain sahaja.

Biarkan dia bermain.

Baiklah, tuanku.

Nanti kamu pergi ke dapur.

Kamu semua juga patut bekerja.

Kenapa?

Kamu tak memakai sebarang barang kemas.

Tuanku, saya seorang pelayan. Saya tak memiliki barang kemas.

Mari ikut saya ke bilik isteri saya.

Saya perlukan bantuan kamu.

Apa yang kamu lihat itu, Moti?

Jodha, Adham Khan memang sangat tak malu.

Dia ada perasaan berahi pada kanak-kanak.

Apa kamu katakan ini? Mungkin bukan begitu halnya.

Bukan, Jodha.

Saya sudah masak dengan kerenah Adham.

Sama ada kanak-kanak ataupun gadis...

...padanya dia hanyalah boneka.

Dia memang keji.

Tengoklah, budak itu mengikutnya.

Baru tadi dia menyuruh ibunya pergi dan berkata...

...dia masih kanak-kanak, biarkan dia bermain.

Jadi kenapa dia bawa dia pergi?

Apa halnya, Khan-e-Khana?

Kenapa kamu masih belum terbangkan layang-layang kamu?

Tuanku, saya rasa saya takkan mampu terbangkannya hari ini.

Angin hari ini kurang baik.

Layang-layang hanya seronok dimainkan jika...

...keadaan angin baik, Khan-e-Khana.

Sekarang saya faham bagaimana tuanku...

...memerintah empayar yang luas ini.

Seseorang yang mampu mengendalikan layang-layang...

...pasti tahu mengendalikan apa saja.

Betul kan?

Rahim, di sini rupanya kamu.

Rahim, hati-hati. Layang-layang itu akan jatuh.

Jadi berhati-hatilah.

Tali mungkin berada di tangan kamu.

Tapi kalau kamu hilang tumpuan walaupun sesaat...

...layang-layang boleh terputus talinya dan jatuh.

Faham?

Sangat bagus, Ratu Jodha.

Kamu sangat memahami perilaku angin.

Saya dengar kamu sangat sukakan burung.

Tapi kenapa kamu bertanya?

Begitu sajalah.

Saya tertanya apakah makna di sebalik kamu meninggalkan burung...

...dan datang kepada saya?

Sama ada kamu lebih menyayangi saya daripada mereka...

...atau kamu mahu bercakap dengan saya tentang sesuatu.

Sebab itu kamu perlukan alasan untuk berjumpa saya.

Sangkaan kamu kedua-duanya salah.

Saya isteri kamu.

Saya tak perlukan alasan untuk berjumpa kamu.

Beritahulah saya, apa kamu mahu katakan?

Saya mahu katakan yang Bakshi Bano...

Cukup, Ratu Jodha.

Bakshi Bano sudah membuat onar terhadap kita berdua.

Sebagai sultan saya sudah titahkan kamu untuk menghukumnya.

Sebagai abang, saya sudah menghukumnya.

Hal ini telah berakhir kerana keadilan telah ditegakkan.

Sekarang janganlah mengejek saya lagi.

Tuanku, apa yang saya mahu katakan ialah...

Ratu Jodha, saya sudah katakan yang saya tak mahu bincangkan hal ini lagi.

Kamu juga mesti berhenti fikirkan tentang Bakshi Bano.

Makcik, layang-layang itu mahu jatuh lagi.

Tuhanku! Kamu buatkan saya kelihatan sangat jelita.

Sebarang barang kemas yang saya pakai kelihatan cantik.

Sudahlah, Javeda. Jangan merenung diri sendiri terlalu lama.

Nanti kamu ditimpa malang.

Tuhanku!

Helo.

Helo.

Ya, beritahu saya. Apa kamu mahu?

Suami puan menyuruh saya ke sini.

Baik.

Baik. Dengar sini. Beritahu saya sesuatu.

Bagaimana rupa saya?

Sangat cantik.

Saya tahu.

Kalaulah suami saya juga berkulit cerah seperti saya...

...mesti sangat bagus.

Dia mengikut rupa ibunya.

Jadi rupanya agak gelap.

Tapi apa boleh buat? Itulah jerat percintaan.

Saya kahwini dia.

Tengok, suami saya sudah datang.

Ambillah, untuk kamu.

Untuk saya?

Ambil. Ambillah, sayangku.

Dia memberikannya dengan penuh kasih sayang.

Terima kasih. Kamu berdua memang baik.

Datanglah ke sini bila-bila kamu mahu.

Kalau ada masalah, beritahu saja saya.

Selamat jalan.

Kenapa kamu melihat saya sebegini?

Saya harap tiada yang dengki dengan kamu.

Kamu memang suami yang baik dan hebat.

Kamu sangat mengasihani budak itu.

Kalaulah kita ada anak, pasti dia sebaya dengan budak itu.

Ada-ada saja kamu ini. Kita belum cukup tua untuk ada anak dewasa.

Lagipun, pelayan itu agak matang.

Tidaklah. Tengoklah dia dengan teliti. Dia seorang remaja.

-Hentikanlah. -Baik.

Jangan cakap lagi hal itu. Boleh kita bercakap tentang kamu?

Kamu sangat baik hati.

Sebab itulah saya tak membantah bila kamu berikan rantai saya kepada budak itu.

Kebaikan kamu buatkan saya terharu.

Semoga semua wanita mendapat suami seperti kamu!

Kamu sangat baik hati dengan budak kecil.

Biar saya ingatkan kamu yang hari lahir Jalal hampir tiba.

More Malay subtitles for Jodha Akbar

Komentarze

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left