Jodha Akbar

Jodha Akbar

Pobierz napisy Malay

Informacje o wydaniu

Jodha Akbar 2013 Episode 071-073 Malay
Komentarz od kikywebsite

Tagi

other
Opublikowano: 2019-05-22
Pobrania: 25
Dla niesłyszących: No

Podgląd napisów Malay

Pierwsze 200 wierszy.

Sejahtera, ibu.

Sejahtera, ratu Salima.

Ibu nak bertemu awak. Silakan, duduk.

Ibu nak tahu, jika hal-hal telah berlalu.

Awak dapat petunjuk menunjukkan Benazir gadis berbisa?

Tidak, ibu. Saya tak lihat Benazir buat apa-apa seperti itu...

...yang boleh saya meragui dia.

Tapi, ratu Jodha berjumpa dengannya.

Kini, dia dah jauhkan Benazir daripada tuanku.

Bagaimana?

Ibu, ini yang terjadi...

Ibu, nak pergi ke mana?

Nak tahu kebenaran daripada Benazir.

Sebelum perkahwinan berlangsung...

...hal ini perlu diselesaikan.

Ratu Jodha juga sedang melakukannya.

Saya berasa tak sesiapa patut campur hal ini.

Kenapa?

Seperti yang saya faham...

...ratu Jodha telah dilamun cinta dengan tuanku.

Dia melakukan ini demi alasan yang sama.

Saya nak tuanku tahu...

...yang ratu Jodha sedang cuba selamatkan nyawanya.

Ratu Salima, awak seorang yang tabah bukan?

Seorang isteri sentiasa cemburukan isteri kedua suaminya.

Namun awak...

Seseorang cemburukan isteri kedua suaminya...

...tetapi tidak seorang adik.

Ratu Jodha menganggap saya seperti kakak.

Saya tak pernah berasa...

...ratu Jodha cemburu kepada saya mahu pun ratu Ruqaiya.

Baiklah. Jika begitu kata awak, ibu akan ikut.

Dengan kuasa tuhan semua akan terjadi seperti yang awak fikirkan.

Amin.

Jodha, awak dah sapu ubat kepada tuanku?

Jodha, apa berlaku? Cakaplah sesuatu.

Saya dah pergi, tapi...

Tapi, apa?

Tapi, ratu Ruqaiya tak benarkan saya sapukan ubat.

Malah, dia suruh saya pergi.

Tuanku juga tidak menghalang dia.

Kenapa tuanku nak halang awak? Awak yang buatkan dia tercedera.

Tidak, Moti.

Jika begitu, kenapa awak...

...sentiasa pergi kepada tuanku?

Mengapa awak bersedih, berasakan awak seorang pesalah?

Apabila tuanku marah kepada awak...

...mengapa awak pergi melawat dia?

Tak apa-apa. Biarkan tuanku berasa marah.

Tapi, saya tak marahkan tuanku.

Okey. Tuanku akan berkahwin dengan Benazir.

Awak tak berasa marah kepada tuanku.

Moti, cukup.

Walaupun tahu semuanya, mengapa awak tambahkan luka saya?

Apa yang awak nak dengar?

Bahawa saya risaukan tuanku?

Ya, saya risaukan tuanku.

Tapi, jika suami terperangkap dalam rancangan wanita berbisa...

...oleh itu, ia tanggung jawab isteri untuk lindungi suami.

Semua yang saya buat kerana tanggung jawab.

Cinta itu hebat.

Mereka terluka oleh anak panah yang sama.

Tapi, mereka tak boleh menerimanya.

Sama ada awak mahu pun tuanku ucapkannya.

Awak juga terluka seperti tuanku.

Ratu Ruqaiya.

Awak tak apa-apa?

Saya dengar awak marah dan tak mahu makan.

Hoshiyar beritahu saya yang awak tak makan sejak pagi.

Malah jurumasak beritahu yang awak tak makan sarapan atau apa-apa makanan.

Apakah halnya, ratu Ruqaiya?

Saya tak berasa nak makan apa-apa.

Benarkah? Awak tak berasa nak makan.

Awak telah begitu sihat, ratu ku.

Jika awak melepaskan marah kepada makanan...

...nanti, apabila awak keluar berburu...

...awak akan melayang sewenang-wenangnya ditiup angin.

Saya akan pergi berburu apabila ratu Jodha tinggalkan Jalal.

Setiap kali dia akan cari alasan untuk bersama Jalal.

Kini, saya faham. Awak tak marah kepada makanan.

Awak berasa marah kepada ratu Jodha.

Sekurang-kurangnya, saya tahu yang awak tak marahkan makanan.

Ratu ku, ia bukan salah dia.

Jangan marah kepada dia. Saya yang memanggilnya.

Sini.

Makanlah sedikit buah.

Ratu Ruqaiya, makanlah sesuatu demi saya.

Lihat, saya tak nak rakan saya lemah...

...semasa berbalah dengan ratu Jodha.

Makan.

Maham Anga.

Saya tak pernah lihat wanita tak tahu malu dan sengaja.

Jalal tak pedulikan dia.

Namun dia tetap menghampiri Jalal.

Lihat ini! Kali ini dia buatkan ubat untuk tuanku.

Untuk tunjuk kepada dunia yang dia tak bersalah.

Bahawa dia yang paling risaukan Jalal.

-Benarkah? -Ya.

Tapi, saya tunjukkan ratu Jodha tempatnya.

Saya ambil ubat daripada dia dan menyuruhnya pergi.

Kemudian, saya sapukan ubat pada luka Jalal.

Apa?

Ratu Ruqaiya, apa awak dah buat?

Awak menolong ratu Jodha.

Satu kesilapan yang besar.

Awak sapu ubat yang dibawa olehnya kepada luka Jalal.

Jangan pandang saya dengan muka itu.

Fikirkan nya.

Ubat yang dibawa ratu Jodha disapu atas luka Jalal.

Ratu Jodha yang bijak buatkan awak buat kerja dia.

Dia bawakan ubat kepada Jalal.

Dia melukakan awak.

Pandai sungguh dia buat kerja.

Dia juga dapat simpati daripada Jalal.

Maham Anga, berhenti sakitkan hati saya.

Jika awak ada penyelesaiannya, beritahu saya.

Atau awak boleh pergi dari sini.

Ratu Ruqaiya, maafkan saya.

Saya tak ada ubat untuk ubati luka awak.

Tapi, saya ada penyelesaian kepada masalah awak.

Apakah ia?

Hantar ratu Jodah jauh daripada Agra.

Pisahkan ratu Jodha daripada Jalal.

Dengan itu Jalal akan melupakan ratu Jodha.

Sihir?

Ini ialah kebodohan.

Ini bukan kebodohan.

Buka minda awak. Lihat dengan mata awak!

Semuanya berlaku di hadapan awak.

Benazir dituduh berbisa, namun ia tak benar.

Tapi, tuanku tak hukum ratu Jodha atas tuduhan palsu itu.

Apa lagi, jika tidak sihir?

Adik kepada ratu Jodha, Shivani...

...kahwin lari bersama kekasihnya pada hari perkahwinan dia.

Dia menipu Mirza Hakim, adik kesayangan Jalal.

Tapi, daripada menghukum raja Bharmal...

...dia dilepaskan kerana rasa hormat.

Apa yang awak panggil itu? Jika ia bukan sihir?

Tuhanku!

Awak seorang permaisuri yang bijak.

Awak beritahu yang awak bermain dengan fikiran Jalal.

Paksa fikiran itu dan rasakan sihir ratu Jodha...

...dalam fikiran Jalal.

Demi tuhan lakukan sesuatu, ratu Ruqaiya.

Untuk diri awak.

Patahkan sihir Jodha.

Selamat tinggal!

Saya takkan makan apa-apa sayur-sayuran.

Saya mahukan dos saya.

Tembikai ini bukan untuk awak.

Tapi, kandungannya akan tarik minat awak.

Apa yang awak cakapkan?

Apa kandungannya yang akan tarik perhatian saya?

Sekarang, beritahu saya?

Apakah itu?

Sebuah peta.

Peta apa?

Penjara.

Pengikut setia Abul Mali yang menghantar mesej ini.

Tiba masa untuk keluarkan Abul Mali daripada penjara.

Saya hantarkan awak peta penjara.

Saya nak beritahu awak beberapa hal penting.

Jumpa saya di pasar dengan segera.

Ini adalah bagus.

Kita tak boleh buang masa.

Apabila kita tahu cara untuk dapatkan Abul Mali daripada Kamal Khan...

...kemudian, saya akan bebaskan dia.

Kita perlu selesaikan kerja sebelum sesiapa dapat tahu.

Benazir, bagaimana kita nak pergi ke sana?

Bagaimana jika mereka cam awak lagi?

Bagaimana jika awak diserang?

Kali ini, mereka takkan cam saya.

Saya akan pakai ini. Dengar.

Kali ini, awak takkan ikut saya.

Ia berbahaya untuk kita pergi berdua.

Ratu Jodha, sudahkah awak fikirkan langkah seterusnya?

Saya tak tahu apa Benazir akan buat selepas ini.

Saya akan sentiasa perhatikan dia.

Saya akan cari penyelesaian berdasarkan masalah yang timbul.

Adakah itu dapat membantu?

Saya tak tahu.

Tapi, sekurang-kurangnya saya akan tahu...

...apa Benazir buat? Ke mana dia pergi?

Saya tak ada pilihan selain ini.

Tapi, ratu Jodha, Benazir begitu pandai.

Bagaimana jika dia cuba menipu kita?

Jika begitu, kita perlu lebih bijak.

Saya berharap, dengan keadaan ini...

...tuanku tingkatkan keselamatan.

Dalam keadaan begini, Benazir akan terbuat silap.

Begitulah. Kita akan guna kesilapan itu sebagai senjata.

Jodha, mari sini.

Lihat, Benazir nak keluar.

Ya. Dia kelihatan tergesa-gesa.

Kenapa dia berpakaian seperti pembantu?

Supaya tak sesiapa akan cam dia.

Ini bermaksud...

-...dia buat langkah seterusnya. -Dia buat langkah seterusnya.

Ratu Salima, cepat. Kita perlu ikut Benazir.

Tapi ratu Jodha, bagaimana jika ia berbahaya?

More Malay subtitles for Jodha Akbar

Komentarze

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left