Pierwsze 200 wierszy.
Pada 1940, ketika berusia 24 tahun,
Orson Welles berkecimpung dalam dunia Hollywood
setelah ditawarkan kontrak oleh RKO Pictures kerana bakatnya.
Dia diberi kuasa penuh daripada segi kreatif, pengawasan,
dibenarkan membikin filem tentang sebarang subjek,
bekerjasama dengan sesiapa saja yang diingini…
NETFLIX INTERNATIONAL PICTURES MEMPERSEMBAHKAN
LADANG VERDE UTARA
LUAR. VICTORVILLE - RUMAH LADANG TETAMU - SIANG - 1940
Tak mengapa. Saya boleh uruskan.
Mari.
Saya suruh mereka letak katil di sini, supaya awak tak rasa terkurung.
Kaum wanita akan menyerikan suasana
dengan menginap di kedua-dua bilik.
Saya akan tinggal di bandar di spa biasa dipanggil
Shoulder Arms, percaya tak?
Saya akan buat suntingan di sana.
Fräulein Frieda bukan saja jururawat dan pakar terapi fizikal,
bahkan dia belajar nutrisi di negaranya.
- Benar, Fräulein? - Ya, Encik Houseman.
Dilarang minum arak.
Pemilik ladang ini melarang pengambilan alkohol.
Awak orang Pennyslvania. Awak mesti dah biasa.
Tepat pada masanya.
Letak di sini.
Hati-hati. Terima kasih.
Tengok.
Mati-mati awak akan cuba ambil.
Selepas awak siapkan draf pertama dalam masa 90 hari,
awak tentu boleh berlari.
Rita, mari sini.
Ini Puan Alexander.
Dia menaip 100 perkataan seminit dan pandai mengimlak.
Rita Alexander, Herman Mankiewicz.
Apa khabar, Encik Mankiewicz?
Itu soalan yang rumit.
Awak suka bekerja waktu malam, Rita pula ikut waktu London.
Suaminya salah seorang anak muda berani RAF.
- Terbangkan… Apa, Rita? Spitfire? - Hurricane.
- Saya tumpang simpati dan berdoa. - Apa?
Berdasarkan kelajuan, pendakian, lingkungan belokan Messerschmitt Bf 109…
Kami tak perlukan simpati awak, Encik Mankiewicz.
Kami akan berdoa dan berjuang.
Saya laporkan perkembangan kita kepada Orson setiap minggu.
Kami mengharapkan kehebatan.
Apa penulis itu kata? "Ceritakan apa yang awak tahu."
Saya tak kenal penulis itu.
Helo.
Ya, dia di sini.
Segalanya dah ada. Jika saya lupa, ada papan klip.
- Ya? Helo? - Mereka sedang sambungkan.
Bintang muda kita suka buat orang tertunggu-tunggu.
Orson, helo. Kami baru tiba.
- Helo. - Mank!
Houseman kata awak tak boleh ke mana-mana.
Bertuahnya saya.
- Kaki awak okey? - "Tulang paha sambung ke tulang pinggul."
Bagus. Dah bersedia memburu paus putih yang hebat?
Panggil saya Ahab. Saya difahamkan kita ada 90 hari.
Cuba siapkan dalam 60 hari.
Dia cepatkan sebulan.
Saya pernah buat untuk awak dalam lima puluh hari. Ini senang.
- Enam puluh hari, selepas itu bincang. - Saya suka berbincang.
Awak cepatkan 30 hari ini dah dapat pengesahan RKO?
Saya dah kata, saya yang buat suntingan terakhir.
Tiada arahan studio.
Kita yang bertanggungjawab.
- Cakap selepas 60 hari. - Sedia.
Saya pergi dulu. Ada ujian Heart of Darkness.
Budak setahun jagung, macam Joe Conrad.
Jika orang tanya, kata awak olah skrip lain.
Awak tak tahu industri cekik darah di sini, kawan.
Kalau kentut di Hollywood dan Vine
penerbit di Santa Monica akan laporkan paip bocor.
Saya belum kenal bandar ini.
Saya cuba beri semangat, Mank.
Saya tak dengar bunyi menaip.
Tiada apa nak ditulis.
Dia berusia 24 tahun.
Terperangkap.
DALAM RUMAH MANKIEWICZ - MALAM - BEBERAPA MINGGU SEBELUM INI
Biar saya tanggalkan baju awak.
Mereka berhentikan saya ketika kerjaya saya sedang meningkat.
Saya enggan bekerja dengan kebanyakan penerbit di sana
dan separuh lagi enggan bekerja dengan saya.
- Ini borang pertaruhan lumba? - Kalau tak membaca, kita tak belajar.
Jangan bergerak.
Baring.
Tolong beri rokok.
Jika nyalakan mancis, awak akan terbakar.
Nama anjing itu pun teruk. Bunyinya macam budak suruhan Jepun.
Percayalah, Sara.
The Wizard of Oz akan merugikan studio itu.
Tidur. Awak perlu memandu ke New York esok.
Ingat lagi awak selalu naik kereta api dari Timur?
Saya menyelinap ke tempat awak dengan berbogel di Albuquerque.
Saya juga ingat bulan madu di Berlin
dengan pelacur berlegar semalaman
sebab pasangan tampan saya tak mampu bayar hotel mewah.
- Masa yang seronok, ya? - Ya, malamnya boleh tahan juga.
- Schnutz? - Apa lagi?
- Ini tahun apa? - Herman…
- Saya sepatutnya dah berjaya sekarang. - Hermie…
Beri aku petanda, Tuhan.
Aku seperti hamba-Mu, Moses, tapi aku takkan bekerja secara percuma.
Tidurlah, meshuggener.
- Schnutz? - Apa?
Kenapa awak terus bersama saya?
Entahlah.
Belukar di perkarangan depan,
jika terbakar malam ini, awak akan beritahu saya?
Awak tahu macam-macam perkara.
Pentameter iambik, ayat-ayat penyair agung.
Bagaimana dengan cara dia tandakan? "Selamanya, Ethel."
Siapa boleh lawan? Bukan saja Ethel. "Selamanya, Ethel."
Tommy, jika kita jumpa bandar sebelum malam,
saya nak minum martini sejuk.
Dia takkan guna "selamanya" jika tak ikhlas.
Jika maksudkan Ethel, dia tulis "Ethel."
Pandang jalan, Tommy.
Saya tahu. Bacalah. Baru awak faham maksud saya.
Dia cintakan saya, bukan?
Mank? Saya Orson Welles.
- Dah agak. - Tiba masa untuk kita berbincang.
Saya sedia mendengar.
BUKU CATATAN SIGHT SAVER THE SPIRAL
Seketika dulu ia istana di atas bukit,
kini hanya kenangan silam.
Bersendirian dalam istana kayangan yang belum siap dan usang,
menyisihkan diri, jarang dilawati, tak pernah bergambar,
kita nampak seorang lelaki tua berjubah sambil menghisap paip,
duduk bersendirian di tepi kolamnya,
kertas yang dibuang berselerak di kakinya.
Pencerita,
"Maharaja akhbar cetak terus memerintah empayarnya yang merudum,
cuba menjadi masyhur seperti dulu
mengatur arah tuju syarikat yang telah lama berhenti mendengar kata-katanya…"
Bukan. "Telah berhenti mempercayakannya."
Di sebalik pokok, seorang pembantu menolak orang tua berkerusi roda ini
melintasi laman yang kemas dirapi.
Pencerita, "Di sana, pada bulan lalu,
seperti yang harus dilalui semua manusia, maut menjenguk…"
Ambilkan secawan teh, Puan A.
Saya tahu siapa itu.
Atau siapa yang awak maksudkan.
Kenapa awak fikir saya maksudkan seseorang?
Tolonglah.
Semua orang di negara berbahasa Inggeris kenal dia.
Dia akan berkata begitu.
- Awak kenal dia? - Mungkin.
Satu ketika dulu.
- Awak penulis salah satu akhbarnya? - Tak, nasib baik.
Saya kenal dia apabila dia mula membiayai filem kekasihnya.
Awak kenal Marion Davies?
- Siapa tak kenal? - Serius?
Orangnya bagaimana?
Kenapa jika awak mengkritik seorang murid perempuan Inggeris,
awak ada peminat tegar filem bergerak
yang lupa apa dia belajar tentang Pertempuran Hastings?
Hastings. 14 Oktober 1066, sepuluh sentigred.
LUAR. PARAMOUNT STUDIOS - SIANG - 1930
CHARLIE DATANG SEGERA BOLEH KAUT BERJUTA-JUTA
PESAING AWAK HANYA ORANG BANGANG - MANK
Mank?
Dengar kata Mankiewicz ada di sini.
Ada. Saya adiknya yang berpotensi, Joe.
- Saya tak tahu Herman ada adik. - Tak sesiapa tahu.
Biar saya teka.
"Boleh kaut berjuta-juta,
pesaing awak hanya orang bangang," noktah.
Bagaimana awak tahu?
Beri tiga perkataan untuk jadikan ayat, sesiapa pun boleh faham.
Mari.
Sudah lepas tengah hari dan kami kejar tarikh akhir.
Dia mungkin sibuk.
- Saya janji takkan ganggu. - Bukan itu maksud saya.
GENIUS SEDANG BEKERJA JANGAN MASUK!
- Ayuh! Awak tahu saya boleh bayar. - Kalian.
Ini pertaruhan besar.
- Bunga! Itu dia! - Tak guna!
Baiklah. Gandakan.
Kali ini cepat sikit putar, bedebah mata terbeliak.
- "Mata terbeliak." - Bedebah?
Mank pernah bertaruh lima untuk lihat berapa lama daun akan jatuh.
- Saya kena pinjam pihak pengurusan. - Untuk lima dolar?
Lima ribu.
Ayuh.
Kepala, celaka!
Seronok berurusan dengan kalian.
Hei, Charlie.
Kalian ingat budak kabin Algonquin, Charlie Lederer,
penulis majalah miskin, tapi berbakat
yang datang dari barat untuk ikut kita.
- Awak kenal kebanyakan orang. - Encik Kaufman.
Panggil saya George.
- Encik Perelman. - Apa khabar?
Panggil Sidney atau SJ?
Panggil apa saja. Charles MacArthur yang hebat.
Bagus bertemu awak.
Pakar segala hal di sini, Shelly Metcalf.
No comments yet. Be the first to leave one.